Showing posts with label nasi lemak. Show all posts
Showing posts with label nasi lemak. Show all posts

May 21, 2012

Nasi Lemak ala Terengganu


Apakah perbezaan Nasi Lemak ala Terengganu ini? Pandai, spot on. Lauknya yang agak berbeza dan agak sukar didapati di KL. Berlaukkan Ikan Aya @ Ikan Tongkol yang kebiasaannya untuk lauk Nasi Dagang. Terbaik dan memang sedap. Lebih sedap dari berlaukkan Ikan Bilis, telur goreng mahupun telur rebus.

Isteri pun boleh habiskan 2 bungkus. Kalau balik Terengganu memang tak sah kalau tak merasa Nasi Lemak ini. Alisya pun suka. 

P/s : Jauh perjalanan, perutpun kenyang....Hik3.....

May 12, 2012

Brunch Orang Bujang - Nasi Lemak Daun Pisang

Bila dah jadi bujang Sementara ni, pandai-pandaila bawa diri. Makan pun sorang-sorang. So, Brunch today, terjahi salah satu tempat makan kegemaran di hujung minggu yang tak jauh dari rumah. Selaluje penuh orang dan dikunjungi ramai..Datang lambat skit,sure banyak lauk dah habis i.e. time saya datang hari ini :

Nasi Lemak Daun Pisang
Ayam dah habis, so separuh telur rebus, 1 telur goreng, dan daging...Marvellous

Bila dah pekena ngan daun pisang, terasa nasi pun lebih wangi dan sedap. Memang sedap bagi saya, sekejap je habis. Hik3, wifey dan anak-anak pun suka kalau time weekend ,especially Alisya yang sangat gemarkan nasi lemak di sini. 

Action speak for itself...Sentiasa ramai yang menyinggah
Di tepi jalan, santai dan buatla hal sendiri

Part lagi best, Murah pulak tu...Nasi + Teh O Ais hanyalah RM5
Mana mau dpt di KL ni kan?
Ada Masa, tryla terjahi dan rasai sendiri
Warung Indah Ibu Kota, within walking distance dari Uptown Danau Kota

P/s : Jangan Klik --> http://j.mp/I5h6Rw

January 28, 2012

Open Table Pekena Nasi Lemak Sedap

Semalam sempatla eyriqazz open table, jemput rakan-rakan blogger pekena Nasi Lemak Sedap di Jalan Langkawi, Setapak.  Sambil-sambil tu suruh wifey gorengkan keropok lekor Terengganu dan pekena sekali di sana :



Jemput Makan. Amy Sweetdarling @ Isteri Tokey Nasi Lemak. Kak Ina KL dan anak-anak 
Mat Joe datang lambat, tak sempat pulak nak snap gambar bila dah layan borak-borak..

Pilih-pilih. Semua sedap-sedap. 
Antara Lauk Pauk yang ada untuk Nasi Lemak Sedap ini boleh terjah : http://bit.ly/zNjYHc

Lauk Telur Puyuh. Favourite saya. Yummy...

Kerang. Bagus untuk orang cam saya yang "Darah agak rendah" ni... Hik3...

Berselera Manager Kak Ina KL makan. Fuhh, laris keropok lekor ...
Ole-ole buat yang datang, eyriqazz kasila keropok lekor rebus sebungkus dua untuk dibawa pulang
Total termasuk air 6 orang makan, hanyalah RM48 ringgit. Murahkan?

Nasi Lemak Sedap Jalan Langkawi saya terjahi lagi
Memang sedap dan memuas hati
Jemput datang dan rasai sendiri
Cuba sekali tentu nak datang lagi dan lagi

January 19, 2012

Nasi Lemak Sedap Jalan Langkawi


Sempatla dinner dan pekena Nasi Lemak Sedap Jalan Langkawi. Lokasinya yang tak jauh dari rumah eyriqazz. Atas recommendation Isteri pemilik peniaga nasi lemak ini @ Amy Sweetdarling, sempatla terjahi for dinner semalam.

Mama, Alisya nak... Serius, husband saya masak memang sedap , mungkin itulah yang dikatakan oleh Amy Sweetdarling

Jemput Makan

Fuhh, lepas mencubanya, memang sedap seperti dikatakan. Nasinya yang lembut, sambalnya yang memikat hati. Tidak terlalu pedas, tidak terlalu tawar. Just nice dan kena dengan citarasa kami. Isteri mula-mula ambil separuh je nasi, rupanya kena tambah lagi separuh coz separuh tu Alisya dah habiskan. Memang sedap nasinya, sampaikan Alisya saja dah habiskan separuh.  Ayam goreng dan lauk-lauk yang lain pun boleh tahan kesedapannya. Lauk lain yang disediakan antaranya paru ayam, udang, telur goreng etc. Harga pun berpatutan. Dua orang makan semalam , RM7 sahaja. Murahkan?

Pilih-pilih lauk yang berkenan
Sambalnya memang kena dengan citarasaku. Marvellous
Tumpang berniaga di Restoran Ana Tomyam

Bagusla camni kan? Kasi peluang dekat yang lain untuk berniaga sama. Selain masakan panas, nasi lemak, di sini juga ada jual Sate & burger. Lebih banyak pilihan, the merrier kan?

Suasana pun santai
Sempat pekena sate sekali. Boleh tahan juga rasanya
Jom Terjah. Memang saya rekomen. Lokasi : Ana Tomyam, Jalan Langkawi, Setapak


August 18, 2010

Juadah Berbuka Puasa Hari ke 3 | Mali's Corner Menjadi Pilihan Kami

Jumaaat lepas kami pulang ke kampung dan bertolak malam. Jadi, kami berbuka Puasa di Mali's Corner, Danau Kota. Pilihan dibuat kerana dekat dengan rumah dan Isteri teringin nak makan Char Koay Teow Mali's Corner yang memang terkenal kesedapannya. Inilah Juadah Berbuka Puasa untuk hari ke 3 itu :

Nasi Lemak Mali's Corner menjadi pilihan saya . Review dan komen : Memang Sedap dan Lagi Sedap dari Nasi Lemak Antarabangsa
Char Koay Teow Mali's Corner pilihan Isteri | Tak perlu komen banyak. Antara yang paling sedap di Malaysia
Nyam,Nyam Sedap | Sampaikan Alisya pun teruja sama

Overall, memang berpuas hati berbuka puasa di Mali's Corner. Rasanya lazat dan harga berpatutan. Berbaloi-baloi.

P/s : Jom pi berbuka Puasa di Mali's Corner. Bro Je Jai nak belanja, tapi terhad untuk 15 orang aje. Tinggal 14. Satu eden dah ambil. Cepat-cepat, sila tinggalkan komen di blognya sebelum terlambat.

P/s/s : Dah try Char Koay Teow Mali's Corner? Amcam, best?

May 10, 2010

Nasi Lemak Antarabangsa | Bestke?

Hari ini (Ahad) bawa Isteri brunch di Nasi Lemak Antarabangsa. Mula-mula singgah di Platinum Walk, Danau Kota, tapi sudah ditutup. Singgahla di Cawangan Taman Melati. Perut tengah lapar, jadi apa lagi, teruslah order:

Nasi Lemak Antarabangsa

Bestke? Perut tengah berkeroncong, for sure la best. Aku dan isteri memang suka juga singgah di Nasi Lemak Antarabangsa. Saya ambil :

Set Kombo (RM9.90 saja harganya)

Isteri tidak order nasi lemak, jadi saya kasi Iced lemon tea tu kat isteri dan saya order :

Jus Kedondong (Fuhh,memang best dan terbaik )

Isteri pula order :
Roti Bakar
Pisang Goreng Ala Bali

Pisang Goreng nya memang sedap. Lain dari yang lain. Terliur aku dibuatnya. Sempat juga mintak skit ngan Isteri (hak3). Cubalah try, saya gerenti puas hati.

Alisya pula order :

Biskut Tapau dari Rumah Saja

Overall, testimoniku memang berpuashati dengan rasa, harga, dan layanan yang diberikan.

Nasi Lemak Antarabangsa Kampung baru kusinggahi
Aku gembira aku puas hati
Akan ku singgahi di lain kali
Nak order Pisang Goreng Ala Bali aku terliur di dalam hati

P/s : Pernah singgah di Restoran Ini ? Apa pandangan anda?

February 26, 2010

Nasi Lemak Mas Hitam

Harini bangun lambat. Salam Maulidur Rasul untuk semua.Cuti camni, kalau pekena nasi lemak best juga.Aku pun apa lagi, pergilah singgah di Esso On The Run.Harap-harap belum habis lagi la nasi lemak di situ.Memang sedap nasi lemak kat situ.Best dan mengasyikkan.Hik3,sampai sana nasi baik la ada lagi.

Nasi Lemak Bungkus

Sedap, berpatutan pulak tu.RM1.20 sahaja.Berbaloi-baloi .Tambah pula bila breakfast dan pekena :

Mangga Mas Hitam

Sedap, mangga Mas Hitam ni memang favourite aku cuma mangga ni bermusim.Sekejap ada,sekejap takde.Cam chipsmore pula.Nasib baik pi pasar semalam ada mangga ni.Fuhh,best dan puas hati bfast arini.Petang ni nak temankan isteri pergi shopping.Hik3, wanita,memang tak larikan dari shopping?Sebagai suami, kita gembirakanlah hati mereka selagi mampu dan terdaya.Mestilah ada give and take kan?

P/s :Siapa join paintball besok?Dah bersedia untuk ditembah oleh GTO yang tak pernah main paintball?Hik3...

P/s/s : Cuti best kan?Ehh,kalau pi Jom Heboh agak-agak ramai tak orang?Plan nak pi Ahad ni.
Related Posts with Thumbnails