Showing posts with label digi wwwow. Show all posts
Showing posts with label digi wwwow. Show all posts

May 14, 2012

Digi Wwwow Awards - Terima Kasih Semua


Terimakasih Semua yang sudi undi eyriqazz untuk Digi Wwwow Awards - Fave Makan-Makan Expert . Undian dah tamat dan tercalon juga dalam Top 50. Fuhh, memang penat juga untuk meraih undi especially hanya di minggu terakhir dapat promosi dengan lebih agresif atas faktor yang tak dapat dielakkan (balik kampung etc..)

Apapun, menang kalah adat pertandingan. Bersaingla dengan Sihat. Kalau sudah ditakdirkan rezeki kita, tidak ke mana kan? Kalau tidak, mungkin ada yang lain menanti in the future. I believe in that...

Once again, terimakasih buat semua yang memberikan sokongan. Yup, di time sebeginila kita boleh menilai siapa yang menyokong di sebalik blog anda.

Digi Wwwow saya beranikan diri
Walaupun sedar diri ini
 Kalau tidak dicuba, manakan tau potensi diri
Terimakasih dari eyriqazz, orang berjasa di masa hadapan akan cuba dibalasi

May 13, 2012

Kenapa Perlu Undi Eyriqazz di Digi Wwwow Awards

Sticky post. Scroll down for latest entry.


Bantu dan Undi Eyriqazz di Digi Wwwow Awards di sini --> http://bit.ly/I5h6Rw

Kenapa Perlu Undi Eyriqazz di Digi Wwwow Awards? Saya berikan sebab kenapa Saya rasakan saya layak menang dan kenapa anda perlu Undi Eyriqazz untuk kategori ini. Honestly, ini mungkin pertama kali saya memberanikan diri untuk mencalonkan diri sendiri untuk Awards blogging sebegini .

#1 - Niche Blog 
- Selain parenting/travel/blogging dan personal, entri makan-makan turut menjadi kegemaran eyriqazz as it part of of my daily life lebih-lebih lagi bila both saya dan Isteri bekerja. 


#2 - Honest Review - kalau sedap kata sedap, kalau tak sedap, direct je ckp tak sedap :P
 - Yup, saya jenis yang suka straight to the point bila terjahi Restoran dan tempat-tempat makan menarik. Kalau rasanya sedap dan menyelera, i will say so. Kalau sedap tapi mahal, i will say so. Kalau both tak sedap dan mahal, i will tell so. Bukan niat untuk menjatuhkan nama restoran, tapi walaupun feedback negatif yang diberikan, biasanya saya akan turut e-mailkan kepada restoran berkenaan agak mutu dapat diperbaiki. Plus, saya tidak mahu menipu pembaca coz saya sendiripun tentu akan marah kalau Indah Khabar dari rupa kan?


#3 - Achievement dalam Review Makanan/Restoran


Agents of Awesome (March 2011)

#4 - Saya Tidak Pandai Memasak, Tapi Saya Pandai Menilai Makanan
- Seperti rancangan JJCM, pengacara yang berkesan/best tidak semestinya seseorang yang pandai memasak/chef kan? I just be myself, namun setiap entri berkenaan makanan saya cuba berikan yang terbaik, review yang ikhlas, dan cuba dapatkan pandangan sama dari pembaca.

#5 - MasterChef Malaysia - Sokongan saya berikan
- Yup, rancangan Masakan berbentuk Realiti Show ini yang begitu mendapat sambutan di Astro ini saya berikan sokongan yang padu. Entri-entri berkenaan MasterChef Malaysia saya hasilkan, dan turut berkesempatan ambil aura :


#6 - Search Engine Optimization (SEO)
- Antara keyword-keyword menarik yang mendapat tempat di engin carian yang selalu dicari oleh pembaca eyriqazz.com antaranya " tempat makan menarik di Selangor, Ikan Bakar Bagan Lalang , Resepi Mee Rebus Terengganu , Restoran Romantik di Selangor dan pelbagai lagi.Saya harap entri2 saya ini dapat membantu potential readers yang mencari tempat makanan menarik dan ingin dikunjungi.

- Yup, saya bukannya hensem. Saya tiada bakat besar memasak tapi, saya cuba hasilkan entri yang terbaik berkenaan makanan/Food  kerana "Malaysia is a Food Heaven"

#8 - Janji Jika Menang
- Antara hadiahnya adalah "A fine dining experience for four (4) pax at a 5-star hotel worth RM5,000". Yup, kalau saya menang, 2 tempat itu akan saya berikan kepada pembaca yang bantu saya untuk menang itu. Hadiah-hadiah lain i.e. Wang Tunai etc turut akan dikongsi-kongsikan andainya saya menang. Sharing is Caring, rite?

#9 - Effort/Usaha yang diambil
- Yup, saya tidak mempunyai pengikut yang sangat ramai. Masa pun agak membataskan juga bagi tujuan promosi/undi saya. Namun, saya tetap tidak putus asa. Saya anjurkan Contest yang win-win situation dan antaranya yang masih berjalan untuk dimenangi adalah Hadiah Buku Pelaburan dan Duit Kertas Baharu

#10 - Future Plan
- Kalau dah menang, my future plan, bolehla jadikan ianya sebagai bantu loncatan untuk saya lebih aktif dalam reviewkan restoran atau adakan Slot Jalan-Jalan Cari Makan Versi Blogger. Brand Name yang mungkin boleh saya gunakan untuk future plan yang mungkin boleh menguntungkan rakan-rakan bloggers dan Pemilik Restoran di luar sana. InsyaAllah, dream big rite?
Dahla kot, kan tertidur pula membacanya. So, if u think i deserve for this Awards, feel free to vote for me. 3 easy step, Klik, Sign in using Facebook or Twitter and Klik Like...
Bantu dan Undi Eyriqazz di Digi Wwwow Awards di sini --> http://bit.ly/I5h6Rw . Sudah bantu, tinggalkan komen di entri ini, who knows jika saya betul-betul menang, saya akan refer balik kat entri ini untuk tunaikan janji saya.

P/s : Election Coming Soon, Bloggers pun kena ada Manifesto nya sendiri untuk meraih undi juga kan? 

Saya Blogger Baru Nak Up!






TQ kepada eyriqazz bagi peluang nak promote blog ni..

saya gunakan peluang ini untuk promotekan blog..agar blog ni lebih dikenali..
bukan mahu publisiti...tapi bila berblog..publisiti itu kena ada....
kalau tak, macam mana nak glemer blog korang tu ?

saya Udinz dari blog www.udinz.com, merupakan Budak Baru Nak Up dalam dunia blogging...
saya sebenarnya minat tengok orang blogging ni, macam best je, tapi memang best pun...
last-last terjebak jugak dalam dunia ni...mula berblogging secara serius pada awal Disember 2011...

kepada yang ingin mengenali saya..boleh follow www.udinz.com
saja nak tambah follower... maklumlah sikit je follow..
budak baru nak up kan?...hehehe
tak lupa juga... baca-baca dan komen lah ya...
ada orang kata blog saya tak boring..kalau korang nak tahu boring ke tak..try lah baca ya!

Akhir kata..TQ sekali lagi kepada Eyriqazz sebab bagi peluang promote blog,
Blogger yang kegemaran aku ialah Eyriqazz dan juga Cikepal.
Blog CikEpal kadang-kadang suka bercerita pasal makanan
Blog Eyriqazz pun apa kurangnya Makan Makan Makan dan Makan...(telan air liur jer tengok)

sebut pasal makan, korang dah undi ke Eyriqazz untuk Digi Wwwow Awards?
kalau belum lakukan segera..klik sini http://bit.ly/I5h6Rw

P/S: Kalau time lapar boleh lah lawat blog Eyriqazz ni...
makan nasi sambil tengok lauk-lauk dalam blog eyriqazz pun ok jgak sebenarnya..
korang boleh feeling-feeling tengah makan lauk tu...hehe

Tips Memilih Restoran/Kedai Makan

As Salam dari Eyriqazz,


As both of us bekerja, memang kerap dan selalu kami makan di luar. Kali ini eyriqazz nak kongsikan tips memilih restoran/kedai makan berdasarkan pengalaman peribadi. 
#1 - First Impression

- Usually kalau first time kami nak terjah restoran/kedai makan itu, kami akan tengok dulu suasana di dalam kedai makan itu. Ramai ke orang? Meriah ke? Nampak sedap ke makanan? Kalau kurang orang or cam tak bermaya, mula la fikir 2nd thought, umm, ok ke restoran ni? Usually ianya memang betul, contoh dari kes-kes sebelum ini , positif dan juga negatif :


- Local Delight Recipe ( Negatif)
-  Restoran Singgah Selalu (Negatif)
- Ayam Penyet Ekspress Sunway Pyramid (Positif) 


#2 - Status Halal

Memang penting pilih restoran yang halal kan? Honestly, dulu memang as long as ada sijil halal tak kisahla dari Malaysia or luar Malaysia, memang eyriqazz masuk. Tapi sekarang sejak JAKIM mengeluarkan LOGO HALAL yang diiktiraf JAKIM, kami sudah semakin lebih berhati-hati. Nak bagi anak isteri makan, kenalah make sure makanan itu halal kan? Namun kadang-kadang kena guna sixth sense juga i.e. di tempat memang yang takde logo langsung contohnya Pasar Malam, warung tepi jalan, kedai2 di kampung halaman dan etc.
#3 - Google It

- Haa, inilah kelebihan google. Especially kalau nak singgahi Restoran untuk special occasion i.e. Birthday, Anniversary, Hari Guru etc. Jangan nanti menyesal tak sudah macam eyriqazz pernah kena dulu ---> Celebrate Birthday di Restoran Sekinchan Ikan Bakar . Dek kerna percaya yang Restoran ini sedap coz pernah keluar Jalan-Jalan Cari Makan TV3, terusje terjah tanpa selidiki terlebih dahulu. Hasilnya, menyesal dan kecewa on special occasion.

Kongsi pengalaman, ada seorang rakan tergoogle entri eyriqazz pasal Restoran Istana Bambu kerana dia nak celebrate birthday/Hari Ibu. She google it and found my blog. Lepas tu she asked me directly. Umm,jadi eyriqazz pun cakaplah, yup ,makanan dan suasana di situ memang sedap dan menarik, tapi harganya mahal. So, at least eyriqazz membantu dia membuat pilihan and at the end, she said money well spent walaupun mahal .

#4 - Tanya Readers/Pembaca

- Haa, inilah kelebihan menulis blog. Dapat tanya pandangan pembaca tentang tempat makan menarik, antara yang pernah eyriqazz lakukan dan tanyakan antaranya :

- Restoran Masakan Ketam - Time ni Isteri mengidam nak makan ketam
- Tempat Makan Menarik di Selangor - Bertambahla list dan tempat yang bakal diterjahi dari komen pembaca
- Tempat Makan Menarik di Kota Kinabalu, Sabah - time ni semasa nak bercuti di sana. So, banyak tempat makan menarik saya terjahi di sabah hasil feedback dari pembaca.

#5 - Tanya Rakan-Rakan/Word Of Mouth
- Yang ni rasanya antara yang paling boleh dipercayai especially rakan-rakan akrab. Tentula mereka akan rekomenkan restoran yang bagus dan mereka pernah singgahi kan? I..e Seorang rakan ofis saya, Cimon yang memang suka try tempat makan dan dialah yang menjadi salah seorang yang membuatkan saya teruja untuk try restoran tersebut. Yieza, word of mouth really powerful nowadays.

#6 - Sumber dari Suratkhabar/Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan etc
- Usually saya suka juga terjah dari rekomen di rancangan ini or suratkhabar tapi tak semestinya ianya Indah Khabar dari rupa . Contohnya dalam 10 restoran yang eyriqazz terjah melalui review Jalan-Jalan Cari Makan TV3, lebih kurang 3-4 dari 10 Restoran itu yang indah khabar dari rupa. So, utk part ni, sila go back to tips no. 3

#7 - Terjah Blog Eyriqazz.Com dan googlekan Restoran itu  (kalau eyriqazz pernah terjah laa)



- Myself, setiap restoran yang eyriqazz pergi akan eyriqazz cuba reviewkan. Kalau sedap, akan dikata sedap. Kalau mahal akan dikata mahal.Kalau tidak sedap, akan dikata tidak. Yup, citarasa mungkin berbeza, lain padang lain belalang, tapi for me i give my own opinion berkenaan Restoran tempat makan itu as myself pun banyak bergantung kepada feedback readers/ entry bloggers dalam memilih restoran /tempat makan pilihan.

Kalau ada tersilap salah tolong teguri ya? Hanyalah pandangan dan perkongsian peribadi dari seorang bapa/suami yang memang selalu makan di luar. Hik3...

Last but not least, kiranya tips ini membantu, sudi-sudikanlah bantu dan vote saya di hari terakhir ini . 

Bantu dan Undi Eyriqazz di Digi Wwwow Awards di sini --> http://bit.ly/I5h6Rw

Cabaran RM10 Buat 5 Pemenang

Photobucket

1 day Small Contest. Syarat-syaratnya :

1) Vote for Eyriqazz di sini --> http://bit.ly/I5h6Rw
2) Terjah entri FOOD di blog Eyriqazz.Com ... Boleh terjah SINI
3) Lengkapkan ayat ini dengan mengomen di entri ini " Entri Food/Makanan kegemaran saya adalah ______________ (tajuk atau permalink entri)  kerana_________________________ .

Done. 6 pengomen terbaik akan memenangi RM10 each....


UPDATED - Pemenang : Miss Eyza, Cikgu Naman, Amir Nawawi, ummiarissa, HafizRahman, dan Nurul Akmal . E-mailkan pilihan hadiah anda ke iman1237@hotmail.com

Presiden GTB Bakal Digulingkan

Seronok bila dapat jumpa rakan-rakan
Niat untuk menggulingkan Presiden GTB dalam perancangan
Terima kasih Abang Kacak belanja kami makan
Almost 12 malam, kedai nak tutup tidak dihiraukan
Sate Daging,Sate Ayam sangat menggiurkan
Beratus cucuk habis dimakan
Hari terakhir kempen perlu berjalan
Undi Eyriqazz sebelum Presiden digulingkan --> http://bit.ly/I5h6Rw

Gurau santai sekadar gurauan
Berblogging ini mencari musuh better elakkan
Lebih baik kita berkawan
Supaya hidup lebih aman

May 12, 2012

Digi vs Food = Wwwow

Alang-alang dah join Kategori Digi Wwwow - Fave Makan-Makan Expert ini, tak lengkap kiranya saya tak kaitkan Digi vs Food juga kan? . So, ini antara pandangan saya tentang Digi vs Food berdasarkan pengalaman saya berblogging selama ini :



Sambal Belacan dijadikan Subjek Utama dalam komersial ini
Credit picture here

Yup, walaupun Malaysia mempunyai kaum,agama dan taraf hidup yang berbeza, namun dari segi makanan, kita mempunyai persamaan. We Malaysian Love to try new food , dan Malaysia memang sinonim dengan "Food Heaven". Berlainan politik etc pun, di Kedai-Kedai Makan kegemaran, tidak pernah lagi saya lihat ada orang yang bergaduh, semua enjoy the food and enjoy the moments.

Makanan menyatu padukan rakyat malaysia yang berbilang kaum, bahasa, dan agama. Contoh mudah, MasterChef Malaysia yang disertai dari pelbagai kaum mendapat sambutan yang begitu hangat dari penonton pelbagai golongan. Dengar khabarnya, rancangan yang berada di tempat pertama dari segi bilangan penonton di Astro sepanjang ianya disiarkan. 

Tahniah buat Digi kerana berjaya menghasilkan satu Commercial yang menarik hati, relatedkan ianya dengan Sambal Belacan yang digemari dari pelbagai kaum dan agama, dan kena dengan kempennya iaitu Hari Malaysia. Salah satu komersial yang saya gemari dan mempunyai maksud tersirat tersendiri.

Dalam berblogging juga, Digi juga play their part dalam part makanan, antaranya yang pernah saya sertai :

Nyam, Nyam so Yummy...Makanannya Memang Marvellous
Fuhh, makanan pun dah 1Malaysia. Pernah makan Spageti dengan nasi?

Majlis Berbuka Puasa Bersama Digi dan Rakan Artis 2011
Makan percuma di Hotel ekslusif sambil layan persembahan artis...

Food make us happier

Sambil Menyelam Sambil Minum Air
Being a Blogger, Sambil menulis pun sambil makan kan?


Honestly, salah satu event blogging yang paling best pernah saya sertai. Makanan yang menyelera, ala-ala treasure hunt yang mencabar, dan dapat mengenali lebih ramai bloggers di luar sana. Food play an important part for the event itself. Kalau food tak sedap, spoil la majlis kan? So, Congratz Digi, so far, event2 digi makanan yang dihidangkan kena dengan citarasa saya. 

Digi vs Food = Wwwow sudah semesti
Direct or indirect sumbangan diberi
Sebab itu saya berani join Awards ini buat pertama kali
Bantuan dan vote dari anda, saya tagihi --->
 http://j.mp/I5h6Rw

Brunch Orang Bujang - Nasi Lemak Daun Pisang

Bila dah jadi bujang Sementara ni, pandai-pandaila bawa diri. Makan pun sorang-sorang. So, Brunch today, terjahi salah satu tempat makan kegemaran di hujung minggu yang tak jauh dari rumah. Selaluje penuh orang dan dikunjungi ramai..Datang lambat skit,sure banyak lauk dah habis i.e. time saya datang hari ini :

Nasi Lemak Daun Pisang
Ayam dah habis, so separuh telur rebus, 1 telur goreng, dan daging...Marvellous

Bila dah pekena ngan daun pisang, terasa nasi pun lebih wangi dan sedap. Memang sedap bagi saya, sekejap je habis. Hik3, wifey dan anak-anak pun suka kalau time weekend ,especially Alisya yang sangat gemarkan nasi lemak di sini. 

Action speak for itself...Sentiasa ramai yang menyinggah
Di tepi jalan, santai dan buatla hal sendiri

Part lagi best, Murah pulak tu...Nasi + Teh O Ais hanyalah RM5
Mana mau dpt di KL ni kan?
Ada Masa, tryla terjahi dan rasai sendiri
Warung Indah Ibu Kota, within walking distance dari Uptown Danau Kota

P/s : Jangan Klik --> http://j.mp/I5h6Rw

Segmen Tegur Menegur Kembali


Segmen Tegur Menegur Kembali Lagi. Tersentuh Hati untuk Kembalikan Segmen Ini selepas seorang lagi blogger membuatkan saya terharu dengan entrinya :

Bila Kata-kata Semangat/ Nasihat Diberi Oleh Sifu Blogger : Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka


Tahniah juga diucapkan buat Ila Salleh kerana dah dapat dua advertorial post.  Tak kisahla dari Advertiser mana coz hak memilih itu adalah hak peribadi kan?

Jadi kali ini, saya buka Segmen ini dan akan saya teguri 6 bloggers yang bertuah .

Syarat-syaratnya :

1) Buat satu entri bertajuk "Saya Mahu Ditegur Eyriqazz dan Undi Eyriqazz for Digi Wwwow Awards"
- Di entri itu, berikan sebab kenapa anda mahu ditegur dan masukkan link ini sekali --> http://bit.ly/I5h6Rw
2) Undi eyriqazz  for Digi Wwwow Awards di  http://bit.ly/I5h6Rw
3) Tinggalkan permalink entri anda di komen entri ini. 
4) Tarikh tutup 11.59 malam 13 May 2012

6 entri yang eyriqazz paling gemari akan eyriqazz teguri blog mereka dan akan di entrykan di blog ini...

UPDATED - Tahniah, semua peserta yang sertai sebelum tarikh tutup akan saya teguri. InsyaAllah, sebelum hujung bulan ini..

May 11, 2012

Tak Semua Mat Motor Itu Mat Rempit


Balik kerja sebentar tadi, macam biasa merempit pulang dengan Motosikal Lagenda Yamaha 115CC yang sudah berjasa kepadaku sejak mula saya bekerja tahun 2005 lagi. Besar jasanya motosikal ku itu. 

Dipendekkan cerita, tetiba aku terasa seakan diiekori seorang Mat Rempit. Semakin saya lajukan motosikal, semakin laju pula dia mengejar.. Adussh, takkan nak ragut eden kot? Eden ni bukannya ada duit mana pun...Cuak, takut, hati ini mula berdebar-debar....

Finally, Mat Rempit yang kusangkakan itu, berjaya memotongku dan menunjukkan Jari WTF nya...Ehh, bukan-bukan...Dia menunjukkan tangannya ke arah tayar motosikal ku...

Adusshh, patutla cam tak bermaya memecut .Rupa-rupanya motosikal ku tayar pancit. Dahla time dia potong itu betul-betul di depan Kedai Motosikal Yamaha di Jalan Genting Klang. Alhamdulillah, tak perlula mengheret jauh..

Moral of the story, jangan mudah membuat perception negatif ke arah orang lain. Dan tak semua Mat Motor itu Mat Rempit walaupun ada antaranya yang turut memegang title Mat i.e. Mat Joe .

P/s : Life is Beautiful. Gembirakan hati dan Insan tersayang...Kalau masa terluang, bantu gembirakan hati penulis blog ini juga ---> http://bit.ly/I5h6Rw

Sharing Session with Eyriqazz - Rahsia Jana Income dengan Blogging


Sudah pasang niat, sebelum Isteri pulang ke KL ini, nak adakan Small Sharing Session nak berkongsi pengalaman jana pendapatan sampingan dengan blogging. Umm, so sambil menyelam sambil minum air, Eyriqazz nak anjurkan Small Contest dan hadiahnya adalah :

Hadiah : 3 pemenang x Sesi Sharing Session bersama Eyriqazz sambil makan malam (fully sponsored by me)
Masa : 8pm-10pm
Tarikh : Rabu, 16 May 2012
Lokasi : Akan diberitahu kemudian, Restoran Sekitar Wangsa Maju/Setapak

Syarat-syaratnya :

1) Buat satu entri bertajuk " Sharing Session with Eyriqazz - Rahsia Jana Income dengan Blogging"
- Di entri itu, berikan sebab kenapa anda ingin menyertai sharing session ini...
2) Undi eyriqazz  for Digi Wwwow Awards :  http://bit.ly/I5h6Rw
3) Bantu promosi undi eyriqazz for Digi Wwwow awards ( tak kisahla twitter,Facebook, blog etc)
4) Tinggalkan permalink entri anda dan e-mailkan your effort dalam create buzz bantu eyriqazz untuk tinggikan peluang untuk menang for digi Wwwow awards ke iman1237@hotmail.com
5) 2 day contest, tarikh tutup 11.59 malam 13 May 2012

Pemenang akan dikira berdasarkan "Buzz/promosi yang eyriqazz rasakan paling berjaya dan menarik hati di samping entri yang dihasilkan ".

InsyaAllah, di sesi itu eyriqazz akan kongsikan pengalaman eyriqazz Jana Income dengan Blogging sepanjang 3 tahun aktif berblog ini.Apa yang ingin ditanya akan dijawab di sana....

UPDATED - Tiada penyertaan diterima. Apapun, no hard feeling. Mungkin masa tidak sesuai buat pembaca tapi ini saja tarikh yang eyriqazz free sebelum wifey pulang ke KL. 

March 30, 2012

Mencuba Nasib di DiGi WWWow Awards



I know, i know, peluang untuk menang agak tipis. Just mencuba nasib dan sambil mempromosikan Blog Cap Ikan Ayam Goreng ini. Hik3, saje nak join kategori Nuffnang : Fave Makan-Makan Expert.

Dengan Tagline yang diambil dari komen Pembaca : kalau sedap kata sedap, kalau tak sedap, direct je ckp tak sedap :P. Check it out my penyertaan di SINI

P/s : Wish Me Luck...Hik3....
Related Posts with Thumbnails