Showing posts with label mat rempit. Show all posts
Showing posts with label mat rempit. Show all posts

May 11, 2012

Tak Semua Mat Motor Itu Mat Rempit


Balik kerja sebentar tadi, macam biasa merempit pulang dengan Motosikal Lagenda Yamaha 115CC yang sudah berjasa kepadaku sejak mula saya bekerja tahun 2005 lagi. Besar jasanya motosikal ku itu. 

Dipendekkan cerita, tetiba aku terasa seakan diiekori seorang Mat Rempit. Semakin saya lajukan motosikal, semakin laju pula dia mengejar.. Adussh, takkan nak ragut eden kot? Eden ni bukannya ada duit mana pun...Cuak, takut, hati ini mula berdebar-debar....

Finally, Mat Rempit yang kusangkakan itu, berjaya memotongku dan menunjukkan Jari WTF nya...Ehh, bukan-bukan...Dia menunjukkan tangannya ke arah tayar motosikal ku...

Adusshh, patutla cam tak bermaya memecut .Rupa-rupanya motosikal ku tayar pancit. Dahla time dia potong itu betul-betul di depan Kedai Motosikal Yamaha di Jalan Genting Klang. Alhamdulillah, tak perlula mengheret jauh..

Moral of the story, jangan mudah membuat perception negatif ke arah orang lain. Dan tak semua Mat Motor itu Mat Rempit walaupun ada antaranya yang turut memegang title Mat i.e. Mat Joe .

P/s : Life is Beautiful. Gembirakan hati dan Insan tersayang...Kalau masa terluang, bantu gembirakan hati penulis blog ini juga ---> http://bit.ly/I5h6Rw

November 20, 2009

Kisah Seorang Mat Rempit

Sebut sahaja nama Mamat (bukan nama sebenar),seluruh kampung tak berapa kenal dia ni.Yerlah,Mamat hanyalah seorang Mat Rempit kelas bawahan.Jadi,namanya takdelah cukup tersohor seperti rakan-rakannya yang lain seperti Epol, Joki, Kilat dan Mat Trojan.Apapun,kalau dah namapun seorang Mat Rempit,hobi Mamat tak lain dan tak bukan adalah :


Merempitt!!

Walaupun, Mamat hanyalah Mat Rempit kelas bawahan,dia ni memang terror merempit.Setakat gaya wiley,superman, terbang,dan sebagainya adalah kacang baginya.Mamat ni  terpengaruh nak jadi Mat Rempit bila dia tengok citer Flinstone dan terjumpa gambar ni kat internet :


Gaya Rempit Orang Asli

Aduyai,bak kata Abang Bil.Mudah terikut betul la si Mamat ni.Lepas dah aktif merempit hampir 3 tahun,si mamat makin ketagih merempit.Sebab-sebab lain Si Mamat suka merempit adalah :


Boleh tunjuk eksyen dan berlagak pandai!!Susah tu,belajar pun tak berapa pandai,jadi inilah gelanggang Mamat nak tunjukkan kepandaian dan kehebatannya.


Boleh berlumba haram.Nak berlumba secara halal mahal dan susah.Inilah gelanggangnya si Mamat tunjukkan bakat terpendam


Boleh bonceng awek rempit@Bohsia ke sana ke mari.Aduhai,bohsia pun bohsia la bak kata Mamat.Janji ada awekss.

Namun,selepas kemalangan ngeri yang menimpa rakan Mamat ketika berlumba dan rakan-rakannya ditangkap kerana mencuri motosikal,Mamat telah insaf.Dia sudah berubah dan tidak menjadi mat rempit lagi.Bukan itu sahaja,motosikal yang digunakannya untuk merempit turut dia dermakan kepada :


Persatuan Bermotosikal Orang Utan Malaysia

Kini, Mamat sudah mendapat kerja baru.Walaupun gajinya tak seberapa,namun Mamat bersyukur kerana rezeki yang dicarinya rezeki yang halal.Kini mamat terkenal ke seluruh kampung,namun orang-orang kampung tidak lagi memanggilnya Mat Rempit,sekarang Mamat digelar :


Mat Rumput

P/s :Cerita di atas tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.Cerita ini hanyalah berdasarkan imaginasi ku .
Related Posts with Thumbnails