Showing posts with label rumah baru. Show all posts
Showing posts with label rumah baru. Show all posts

September 18, 2011

(Sneak Peak) Rumah Baruku

Alhamdulillah, semalam dah pergi ambil kunci rumah baruku. Syukur, hartanah untuk masa depan anak-anak dan tercapai juga cita-cita kami untuk memiliki 2 buah rumah sebelum umur cecah 30 tahun. Wish 2 more before we turn 35.


Masih Kosong
Nampak la juga KLCC dan Menara KL dari rumahku
Masih lagi sunyi
Serba kuning
Swimming Pool masih belum boleh guna lagi
Mesti Alisya teruja nak mandi sini nanti
Pemandangan pun agak cantik
Playground..Masih lagi basah rumputnya selepas hujan

Ilmu Hartanah? Umm, saya masih hingusan di arena ini. Kalau betul-betul mahu belajar ilmu hartanah, saya rekomenkan Blog INI dan INI. Banyak tips menarik berkenaan hartanah dari beginner sampailah Pro dikongsikan di sana. 

P/s : Hidupkan Untuk Memberi, Jangan Jadi Seperti Kacang Lupakan Kulit, InsyaAllah dimurahkan rezeki.

August 6, 2011

Bila Nak Dapat Kunci Rumah PV13


Bila nak dapat Kunci Rumah PV13? Alhamdulillah, dah telefon developer dan katanya by hujung Bulan ni/August 2011 dah boleh ambil kunci. Bolehla renovate apa yang patut untuk disewakan rumah ini nanti.

Kunci belum dapat, dah banyak call saya terima dari agent/potential tenant. Mostly agent la. Potential tenant mostly student. UTAR especially. Weekend lepas pun baruje saya rejectkan potential tenant yang dibawa oleh Agent. Mereka dah ready nak kasi deposit dan move in walaupun renovation tak buat lagi.

Saya terpaksa tolak coz wifey tak suka ngan potential tenant. 8 orang student Chinese lelaki dari Penang . Almaklumlah, kalau student lelaki yang tinggal ramai-ramai, faham-fahamla, potensi untuk rumah tu kurang terjaga/rosak adalah tinggi.

Bak kata Abang Ensem, better rumah tidak disewakan dari mendapat penyewa yang kurang OK.Thanks Abang Ensem, nanti belanja la saya berbuka puasa pula ya?

Anyway, kalau anda ada rakan-rakan yang berminat nak menyewa rumah PV13 saya bolehla contact or e-mailkan di iman1237@hotmail.com ..Sedikit info pasal Condominium yang ingin saya sewakan ini, rasanya Bulan Oktober 2011 dah boleh masuk :

Rumah/Condo untuk Disewa/Rent

PV13 @ Lake City Phase 3
Lokasi : 7th Floor, view mengadap KLCC, Jalan Genting Klang, Setapak
Bilik : 3 bilik + 2 common room bakal direnovate menjadi 4 bilik + 1 Common room
Keluasan : 1,313 Square Feet
Partly furnished : Kami akan furnished dengan Kipas syilling, Water heater, peti sejuk dan mesin basuh. 
Termasuk dengan 1 Car Park
Harga sewa : RM1600 (negotiable)

Memang tak rugi beli rumah ni kan? Baruje dua tahun lepas membeli, value rumah ni dah naik almost RM100K. Oh, kalaula saya ni Jutawan Hartanah macam Abang Ensem, sure saya beli rumah lagi.

P/s : Beli rumah lagi bagus dari beli kereta?Setuju tak? 

May 20, 2011

Rumah Adalah Liabiliti


Rumah pertama kami bakal siap beberapa bulan lagi. Syukur, semuanya berjalan lancar dan progress seperti yang dijanjikan pemaju. Apapun, bak kata Robert Koyisaki " Rumah Adalah Liabiliti". Yup, ianya bukan asset lagi selagi belum habis membayar kesemua loan tersebut (25 tahun juga tu). But it is better dari terus menyewa dan bayar kat orang kan? . Alhamdulillah, semoga tercapai impian kami memiliki rumah ketiga sebelum umur mencecah 35 tahun (10 years to go,hik3,perasaannn.....)

Lepasni kenala berguru dengan Mat Joe, plan nak sewakan rumah itu. Jom Mat Joe, sesi lepak-lepak bersama Bapa-Bapa. Hik3...

May 26, 2010

Samak Rumah Baru

Fuhh, penat seh. Baruje balik dari :
Samak Rumah Baru
Teringat zaman kerja jadi Cleaner Universiti zaman belajar dulu
Guna Serbuk Tanah Liat (RM 6 satu paket)
Inilah rupanya yang tak berapa nak Coklat mana

Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga. Hasrat kami untuk memiliki 2 buah rumah/condo sebelum umur mencecah 30 tahun akhirnya tercapai. Rumah ni atas nama Isteri seorang saja, sebagai tanda sayangku buat Isteri. Hik3, poyo je...

Sebelum tu, bukan main teruja lagi puteri tersayang :

Jomla Papa, Alisya nak pi Rumah Baru
Rajin Puteri Papa Susun Buku Untuk Library Mini kami nanti (gambar beberapa hari yang lepas)

Dah tempah lori, Sabtu ni akan berpindah secara rasmi  ke rumah baru. Urusan pun semua dah settle, tunggu bank releasekan duit kepada pemilik lama. Alhamdulillah, dah hampir 2 tahun menyewa, akhirnya dapat juga berpindah ke rumah sendiri. Next year, rumah atas nama aku dan Isteri bakal disiapkan developer, umm, serba salah juga lepas ni nak pindah or stay saja di tempat ini. At least, yang ni sudah fully furnished.

P/s : Tiada sesiapa nak tolong saya pindahkan barang ke? Hik3....

P/s/s : Penat kan pindah-pindah ni?
Related Posts with Thumbnails