Showing posts with label hati gembira. Show all posts
Showing posts with label hati gembira. Show all posts

June 15, 2010

Advertorial Proposal for Great Teacher Onizuka‏

Alhamdulillah, Berita Gembira Yang Dinanti-Nanti Akhirnya Menjadi Kenyataan. Semasa di Pulau Langkawi ini sempat menyemak e-mail dan e-mail yang diterima begitu menggembirakan.


Aku Gembira Sangat

Terasa keseronokan berblogging secara aktif sejak hampir setahun ini semakin menampakkan ke arah positif. Ku ingin kongsikan kegembiraan ini dan inilah part of e-mail tersebut (sesetengah part terpaksa dideletekan dan tidak direvealkan)

Hi Eyriqazz, We are pleased to inform you that you have been selected to run an advertorial on "Great Teacher Onizuka".

The details of the advertorial are as follows:

Advertorial:XXX

Deadline:2010-06-20

 Payout:XXX

Description:To blog about xxx promos

Writeup Points:The main purpose of this advertorial is to promote the XXX events and promos. Details can be found in the file attached. Do include pictures and also come up with angle to make your advertorial as interesting as possible :). Drafts are to be submitted before 2pm on the deadline given.

Thanks!

Adush, yang menjadi masalahnya datelinenya 20 June 2010 dan saya hanya akan pulang dari Pulau Langkawi pada 16 June 2010 ditambah pula sibuk untuk persiapan Sambutan Birthday Alisya secara kecil-kecilan (jemput keluarga terdekat sahaja) yang diawalkan pada 19 June 2010 kerana mak mertua dan bapa mertua mahu sambut sama dan mereka akan pulang ke Kelantan pada malam itu.Cucu perempuan sulung katakan,1st Birthday pula tu.

Apapun, saya akan cuba siapkan apabila pulang dari Pulau Langkawi nanti. Offer ini terlalu lumayan untuk ditolak. Jika semuanya ok, habuannya bakal terhidang. Hopefully, saya tidak mengecewakan pihak yang menawarkan peluang ini dan entry yang terbaik akan saya cuba hasilkan . Wish Me Luck...

P/s : InsyaAllah, jika tiada aral melintang, next week saya akan revealkan Tips Untuk Mendapatkan Advertorial dari Nuffnang seperti informasi yang saya perolehi ketika Coffee With Nuffies.

P/s/s : Gembira juga bila Blog Cap Ikan Ayam yang tak seberapa ni dan hits suam-suam kuku mendapat peluang sebegini.

P/s/s/s : Thanks Abang Hensem. Jasamu akan ku hargai sampai mati. Thanks A Zillion from Me...

Advertorial Proposal diterima saya teruja
Pertama kali,  sampaikan bagaikan sang ayam pula saya
Maafkan saya bukan mahu berlagak atau tunjuk hebat yang tak seberapa
Hanya berkongsi pengalaman untuk pembaca setia

May 26, 2010

Samak Rumah Baru

Fuhh, penat seh. Baruje balik dari :
Samak Rumah Baru
Teringat zaman kerja jadi Cleaner Universiti zaman belajar dulu
Guna Serbuk Tanah Liat (RM 6 satu paket)
Inilah rupanya yang tak berapa nak Coklat mana

Alhamdulillah, rezeki kami sekeluarga. Hasrat kami untuk memiliki 2 buah rumah/condo sebelum umur mencecah 30 tahun akhirnya tercapai. Rumah ni atas nama Isteri seorang saja, sebagai tanda sayangku buat Isteri. Hik3, poyo je...

Sebelum tu, bukan main teruja lagi puteri tersayang :

Jomla Papa, Alisya nak pi Rumah Baru
Rajin Puteri Papa Susun Buku Untuk Library Mini kami nanti (gambar beberapa hari yang lepas)

Dah tempah lori, Sabtu ni akan berpindah secara rasmi  ke rumah baru. Urusan pun semua dah settle, tunggu bank releasekan duit kepada pemilik lama. Alhamdulillah, dah hampir 2 tahun menyewa, akhirnya dapat juga berpindah ke rumah sendiri. Next year, rumah atas nama aku dan Isteri bakal disiapkan developer, umm, serba salah juga lepas ni nak pindah or stay saja di tempat ini. At least, yang ni sudah fully furnished.

P/s : Tiada sesiapa nak tolong saya pindahkan barang ke? Hik3....

P/s/s : Penat kan pindah-pindah ni?

March 23, 2010

Berita Gembira Yang Dinanti-Nanti

Aku Gembira Sangat

Alhamdulillah, aku menerima panggilan telefon yang begitu mengembirakan hatiku pagi tadi. Berbaloi, penat lelah dan semangatku berblog kini semakin membuahkan hasil. Terimakasih kepada semua yang menyokong tidak kira siapa anda.

InsyaAllah, sekiranya ianya menjadi kenyataan , akan ku khabarkan kembali nanti. Kasitau sekarang pun, kalau tak jadi malu juga kan? Bak kata pepatah, ayam bertelur sebiji, riuh sekampung. Walaupun aku tidak menjadi sang penyu yang bertelur ratusan dan senyap, aku teruja untuk menyampaikan khabar gembira ini terutama buat pembaca blogku.

Yang pasti, ianya bukan entry hangit. Saat yang ku tunggu kian tiba. Sikit-sikit lama-lama jadi bukitkan? At least, ada yang sedar akan kewujudanku di dunia blog ini. Semoga rezeki terus datang kepadaku.

Terimakasih dari Saya
Buat anda wahai pembaca
Tanpa anda, tawaran sebegitu mungkin tidak ku terima
Sokongan anda, saya hargai dan ganjarannya InsyaAllah akan dikongsi bersama
Dengan Contest lagi di lain masa
Dengan hadiah yang lebih mempesona

P/s : Agak-agak apa berita gembira itu ya? Siapa mahu jadi Nujum Pak Belalang, silalah teka.

March 10, 2010

Pengalaman Malam Pertama Bersama Astro B.yond

Salam dari eyriqazz. Gembiranya di dalam hati. Malam ini (ketika entry ini ditulis ) semuanya berjalan lancar. Projek RM200,000 sudah siap ditandatangani . Nantilah bercerita pasal ini kalau keadaan mengizinkan dan semuanya selesai. Teruja untuk berkongsi pengalaman malam pertama bersama Astro B.yond terlebih dahulu.



Petang tadi , pemasangan Astro B.yond yang ku menangi berjalan dengan lancar. Yey, boleh la tengok World Cup dengan penuh teruja bak kata BangNara .Jadi, tanpa membuang masa inilah yang ingin dikongsi :
Astro B.yond bersama LG HDTV

Padang dan Gambar lebih Jelas Kelihatan

Sebelum itu, pemasangan percuma bersama penukaran baru :

Astro B. yond outdoor unit (dish)
Astro B.yond and New Smart Card

Remote Astro B.yond yang baru

Agak-agak mengujakan tak Astro B.yond ini? Sebelum saya mengomen lebih, tengoklah dahulu hasilnya gabungan LG HDTV dan Astro B.yond :

Lihat dan Dengar tidak seperti dulu (lebih mengujakan)

Rasai dan Sentuhi tidak seperti dulu (lebih mempesonakan!!)

Memang jelas pemandangan.Lincah juga Reyes ni.

Tolong-tolong, saya kena Kad Merah

Keseluruhan nya memang best.Mengujakan, tergoda, dan aku terhibur .Tak sia-sia menang Contest INI. Selamat RM200 untuk subscription Astro B.yond tahun ini, rezeki anak. Boleh belikan pampers dan baju kegemaran untuk Alisya.

Tak sabar nak menonton Manchester United lawan AC Milan di Champion League pagi lusa. Aku peminat setia AC Milan. Hak3, moga-moga AC Milan menang bergaya.Malam pertama yang dilaluiku dengan penuh teruja bersama kekasih baruku, LG HDTV dan Astro B.yond . Lepas ni boleh la subscribe HBO HD (Ch 431) , National Geographic Channel HD (Channel 573) dan juga HISTORY HD (Ch 575) pula. Mudah-mudahan murah rezekiku lagi.

Untuk maklumat lanjut pasal Astro B.yond boleh layari laman web ini : http://www.astro.com.my/byond . Banyak informasi dan maklumat menarik boleh diperolehi di sana berkenaan Astro B.yond ini.

Satu pantun buat Astro dan Nuffnang :

Terimakasih Astro dan Nuffnang atas hadiah yang diterima
Aku teruja aku gembira
Pengalaman malam pertama penuh mempesona
Pengalaman malam seterusnya tak sabar menantinya

P/s :Lepas ni bolehla layan World Cup dengan lebih teruja. Rakan-rakan bloggers,jemputlah ke rumah. Hik3.Boleh kita bergosip sama-sama.

P/s/s :Apa pula pandangan anda? Rasanya Astro B.yond ni bagus tak?
Related Posts with Thumbnails