Showing posts with label selamat pengantin baru. Show all posts
Showing posts with label selamat pengantin baru. Show all posts

October 19, 2011

Selamat Pengantin Baru Puan Jumaah

Weekend lepas sempat menghadiri majlis perkahwinan Puan Jumaah, Cikgu @ Rakan Isteri . Meriah juga majlisnya. 


Selamat Pengantin Baru Puan Jumaah. Semoga Perkahwinan kali kedua ini kekal hendaknya
Ramai juga tetamu yang hadir
Jemput makan
Tentu mahal sewa di sini kan?
Majlis diadakan di Cultural Activity Centre, UIA
Wahh, seronok pula tengok graduan UIA ni..Sure gembira time ni kan?

June 3, 2011

Selamat Pengantin Baru BeautifulNara

Selamat Pengantin Baru BeautifulNara (Credit Picture Here)

Selamat Pengantin Baru BeautifulNara. Elok je tarikhnya majlis akad Nikad 03 June 2011 . Maaf Bro tak dapat hadiri Majlis kenduri kahwin besok, Ada Exora VIP Session dan lepas Session tu terus pulang ke Terengganu, pakcik kahwin hari ahad ini. 

Semoga Ikatan Perkahwinan Kekal Sepanjang Hayat dan Berbahagia Selalu Hendaknya. Bang Nara, salah seorang Blogger Popular yang down to earth dan peramah yang pernah saya kenali. 

P/s : Tentu Bang Nara ternanti-nanti Malam Pertama Kan? Good Luck Broo....Hik3..

March 19, 2010

Kenduri Kahwin Adik Yang Serba Oren

Salam dari kampung. Sekitar gambar majlis kenduri kahwin adik dan persiapan pada 13/3/2010 :

Bertemakan Oren
Pengantin Baru disambut Gembira
Akupun Sibuk juga
Adik dan Adik Iparku
Atuk ku antara orang paling Sibuk
P. Ramlee tengah mencari 6 orang ini (Serba Oren juga)
Bergambar sebelum Pengantin Lelaki tiba (sebelah pagi)
Inilah Lelaki Gentleman namanya
Bergambar bersama Pengasuhku semasa kecil

Sedikit apa yang sempat berbual dengan Pengasuhku. Pengasuhku kata aku ni nakal semasa kecil dan Alisya comel macam mamanya.Ishh,papanya tak comel ke? Tersipu-sipu malu aku dibuatnya bila pengasuhku berkata di depan Isteri.

Adik Perempuan dan Adik Lelakiku (Abangnya lagi hensemkan?)
Mak bersama Mak Angkat adikku
Papa dan Alisya
Pok Mat sibuk dengan lauk pauk
Pengantin Muda bersama keluarga pengantin lelaki
Makan beradat
Alisya bersama bapa mertua,kakak ipar, isteri, upin dan ipinku

2 rangkap pantun buat raja/ratu sehari :

Pengantin baru tersipu malu
Hari bahagia ditunggu-tunggu
Teringat aku kenangan dulu
Bergelar raja sehari gembiranya aku

Pengantin melayu serba oren susah dilihati
Kelainan dari adikku sudahlah pasti
Onak dan duri sama dilalui
Semoga berbahagia sehingga mati

P/s : Amcam, cantik tak baju pengantin tema oren?

P/s/s : Siapa mahu kahwin? Jangan lupa jemput eden.

March 17, 2010

Selamat Pengantin Baru

Gendang dipalu pengantin baru
Duduk bersimpuh tersimpul malu
Selamat Pengantin Baru dariku
Buat adik perempuan yang disayangi selalu


Sekitar majlis akad nikah pada 13/3/2010 ( Gambar dari kamera adik )


Adik Perempuanku sudah Selamat di Ijabkabulkan

Adush, jealous juga seh. Apa taknya ?Adik ipar lagi hensem dariku ...Hik3, tahniah buat adik tersayangku.Semoga bahagia ke akhir hayat.

Adik bongsuku tersimpul malu

Amcam, hensem tak adik bongsuku? Bolehla kalau nak masuk meminang. 

Tandatangan dari Pengantin

Akad nikah di Terengganu mudah. Beberapa patah saja. Rasanya lebih kurang camni "Saya terima Nikahnya dengan kadarnya itu " tidak seperti masaku dulu di Kelantan, saya terima nikahnya ...... dengan mas kahwinnya dot,dot dot..

Cincin disarungkan buat Raja Sehari
Alisya dicium Tok Su nya

Dah ngantuk alisya time ni. Namun, demi Mak Ngah tersayang, digagahkan jua matanya.

Adush, Romantiknya Ayah Tehku (dah kahwin lebih 15 tahun)

P/s :Teringat masa kahwin dulu. Kahwin itu seronok. Kepada yang belum kahwin cepat-cepatla kahwin . Apa pula pandangan anda ?Seronoktak kahwin?

P/s/s : Mana part yang paling best semasa majlis kahwin ? Akad nikah, malam pertama, bersanding ataupun buka hadiah?For me, tentulah......cubala teka...
Related Posts with Thumbnails