Showing posts with label bestke kahwin. Show all posts
Showing posts with label bestke kahwin. Show all posts

April 21, 2010

Ranjau Kewangan Seorang Lelaki Untuk Berkahwin

Salam dari Eyriqazz,

Sambungan dari entry, DARA : Adakah Ianya Penting?, inilah tajuk yang dipilih untuk diceritakan di entry kali ini :

Ranjau Kewangan SeoRang Lelaki Untuk Berkahwin

Sebelum saya meneruskan perbincangan ini, saya ingin tekankan dan buat andaian bahawa ranjau ini bagi lelaki yang tidak mendapat any sponsors untuk berkahwin tak kiralah FAMA(Father and Mother) ataupun saudara mara dan 100% belanja kahwin adalah dari diri sendiri (kalau yang sponsor sikit-sikit tu boleh la juga kot).

Jom kita layan Bajet kahwin dulu :

 Setuju ke dengan jumlah ni?

Pandangan peribadi saya, saya tidak bersetuju dengan jumlah ini.Barang hantaran sekarang ini, at least RM2 ribu, wang hantaran RM8 ribu (paling murah di pasaran,kalau ada Master dengar cerita RM10k,kalau kahwin ngan anak orang kaya, lagi-lagi bertambah), dan yang lain-lain rasanya sekurang-kurangnya RM25 ribu diperlukan. Terus-terang saya dulu masa kahwin, jumlah keseluruhan melebihi RM30 ribu (termasuk beli perabot baru dan baiki rumah).

Inilah antara ranjau kewangan seorang lelaki untuk berkahwin berdasarkan pengalaman peribadi ,rakan-rakan dan pembacaan :

1) Majoriti lelaki yang belajar mula bekerja sekitar umur 21-25 tahun. Semasa mula bekerja gaji yang diberikan biasanya minimum di sektor pekerjaan. Average yang boleh saya berikan sekitar RM1,500-RM3,000. Ketika ini, katakanlah dapat menyimpan RM200 sebulan (honestly,saya dulu masa mula kerja nak simpan RM100 sebulan pun susah), berapa lama yan diperlukan untuk mendapat RM25,000? 125 bulan ataupun 10 tahun. Sanggup ke wanita tunggu 10 tahun?

2) Macam kes saya,honestly duit simpanan tak cukup ditambah pula baru saja menyelesaikan pinjaman rumah mak yang diheret sampai ke mahkamah. Mak mertua pula,sudah bagi syarat, umur 25 tahun kena kahwin kalau tidak Isteri akan dijodohkan dengan orang lain. Jadi, Pinjaman Peribadi lah jalan dituju . Bukan setakat satu, 3 pinjaman peribadi dibuat,  Alliance Bank, RHB Bank dan OCBC Bank. Nasib baik saya mempunyai pekerjaan yang tetap dan sudah diseratkan ke jawatan tetap masatu. Cuba bayangkan bagi yang sukar mendapatkan pinjaman?Apa pilihan lain yang ada? Pinjam Ah Long? Kahwin Lari? Lu Fikir lah sendiri bak kata Nabil.

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian

3)Syarat dah wajib kahwin, ramai lelaki dah hampir menjejak 30 tahun (ramai lagi rakan sekolah dan seuniversiti saya yang lelaki yang belum kahwin), namun dek kerana kekangan kewangan, bercouple bertahun-tahun lamanya .Saya ni nasib baik lagi, kenduri kahwin buat ala kadar saja. Kalau kena buat besar-besaran? Itulah ada orang kata, kahwin sekejap saja, tapi dok bayar hutang kahwin bertahun-tahun tak habis lagi. Samalah dengan saya. Nasib baik takde pinjaman PTPTN or etc.

4) Bukti yang nyata saya nampak semasa kursus kahwin di Bangsar, dalam satu slot, ada slot rehat yang bank-bank dari luar datang untuk kasi borang untuk mendapatkan pinjaman peribadi. Lebih dari 70% pasangan yang datang mengambil borang tersebut.

Bukan senang nak kahwin ni terutamanya bagi lelaki. Adat perlu dipatuhi, tapi jika adat membebankan diri sendiri ,patutkah? Patutlah pepatah melayu ada mengatakan, 'Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat'. Saya tambah sedikit, 'Biar Berhutang Puluhan Ribu, Adat Perkahwinan,berkompang,etc mesti dikekalkan'.Mangsanya? Siapa lagi, pengantin lelaki la.Dek ingin menjadi Raja Sehari, berhutang bertahun-tahun lamanya.

P/s :Apa pula pandangan anda terutamanya lelaki yang sudah berkahwin dan belum berkahwin di luar sana? Lain padang lain belalang kan?

P/s/s : Pandangan kaum wanita pula? Tentu ada pengalaman menarik untuk dikongsi bersama?Kongsi-kongsilah, mungkin berguna untuk adik-adik yang masih belum kahwin lagi .

P/s/s/s : Alhamdulillah, selepas kahwin dan ada anak ni, rezeki makin murah. Jadi, apa tunggu lagi? Cepat-cepatla kahwin...Hik3..

Last but not least :

"A little knowledge that acts is worth infinitely more than much knowledge that is idle"

March 19, 2010

Kenduri Kahwin Adik Yang Serba Oren

Salam dari kampung. Sekitar gambar majlis kenduri kahwin adik dan persiapan pada 13/3/2010 :

Bertemakan Oren
Pengantin Baru disambut Gembira
Akupun Sibuk juga
Adik dan Adik Iparku
Atuk ku antara orang paling Sibuk
P. Ramlee tengah mencari 6 orang ini (Serba Oren juga)
Bergambar sebelum Pengantin Lelaki tiba (sebelah pagi)
Inilah Lelaki Gentleman namanya
Bergambar bersama Pengasuhku semasa kecil

Sedikit apa yang sempat berbual dengan Pengasuhku. Pengasuhku kata aku ni nakal semasa kecil dan Alisya comel macam mamanya.Ishh,papanya tak comel ke? Tersipu-sipu malu aku dibuatnya bila pengasuhku berkata di depan Isteri.

Adik Perempuan dan Adik Lelakiku (Abangnya lagi hensemkan?)
Mak bersama Mak Angkat adikku
Papa dan Alisya
Pok Mat sibuk dengan lauk pauk
Pengantin Muda bersama keluarga pengantin lelaki
Makan beradat
Alisya bersama bapa mertua,kakak ipar, isteri, upin dan ipinku

2 rangkap pantun buat raja/ratu sehari :

Pengantin baru tersipu malu
Hari bahagia ditunggu-tunggu
Teringat aku kenangan dulu
Bergelar raja sehari gembiranya aku

Pengantin melayu serba oren susah dilihati
Kelainan dari adikku sudahlah pasti
Onak dan duri sama dilalui
Semoga berbahagia sehingga mati

P/s : Amcam, cantik tak baju pengantin tema oren?

P/s/s : Siapa mahu kahwin? Jangan lupa jemput eden.
Related Posts with Thumbnails