Showing posts with label kahwin. Show all posts
Showing posts with label kahwin. Show all posts

October 31, 2011

Respekla Sama Lu Jiran


Semalam Jiran Eyriqazz kahwin. Berbangsa Cina. Dah lama membujang duduk sorang-sorang. Tak sangka pula tetiba kahwin. Tak jemput jiran sendiri pulak tu. Hik3, just kidding. Orangnya memang kaya, ada kereta Mercedes, kerja pun bestt...

Yang membuatkan eyriqazz respek sama dia adalah time dia buat Majlis Makan Kahwin.Simple je. Buat di Kondo eyriqazz tinggal di tepi2 balkoni tu. Sewa catering simple2, letak kerusi. Jemput saudara mara,rakan2 makan2.Gambar2pun ambil sendiri, takdelah nak tempat photographer mahal-mahal. Meriah tetap meriah, jemputan tetap ramai yang hadir.

For me, ini bukannya kedekut tapi berjimat. Nak buat apa buat majlis kahwin grand-grand tapi hutang kahwin anak dua tiga pun blom habis bayar? (tunjuk jari kat diri sendiri, walaupun majlis kahwin takdela grand,hutang kahwin sampai skang tak habis bayar).  Memang patut ditukar pepatah melayu ini "Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat". Adat perkahwinan yang memberatkan pihak lelaki especially ( Ranjau Kewangan Seorang Lelaki Untuk Berkahwin) .Patutla semakin ramai yang melewatkan perkahwinan dan gejala buang anak, maksiat semakin berleluasa. Nak kahwin payah, tak tahan dengan godaan nafsu, banyakla perkara yang buruk terjadi.

P/s : Seronok dengar cerita Abang Ensem time dia nak kahwin n ranjau dia untuk berkahwin especially part kewangan, memang saya respek habisss..Umm, nak saya ceritakan ke? Abang Ensem, boleh cerita ke?

November 23, 2010

Kahwin Demi Seks

Demi Seks, sanggup kahwin lain dan beristerikan pelacur,gadis urut bagi memuaskan nafsu. Berlagak konon-konon orang kaya bagi mengaburi mata Pelacur/gadis seks agar mereka sanggup berkahwin dengannya. Entry saya sebelum INI ada menyebut " Women Give Sex To Get Love and Men Give Love To Get Sex" tapi yang ni lain pula "Women Give Sex to get Money and Men Berlagak Banyak Duit to Get Sex"

SEBAHAGIAN wanita pekerja seks di pekan Danok memeluk Islam dan berkahwin dengan lelaki Malaysia untuk mencari kesenangan. -Credit Info dan Gambar to Berita Harian -
"Rahsia Seks Hebat Untuk Suami Isteri"

" Pekerja seks berkahwin lelaki tempatan untuk kesenangan.

DANOK, THAILAND: Segelintir lelaki Malaysia yang kemaruk beristeri lebih, dikesan menjadikan pekerja seks dan tukang urut Thailand sebagai sasaran untuk dijadikan isteri mereka sejak dua tahun lalu.

Difahamkan, kebanyakan lelaki terbabit berkunjung ke sini untuk berfoya-foya di pusat hiburan yang banyak di sini dan berlagak sebagai orang kaya sebelum mengajak pekerja tempat berkenaan berkahwin.

Imam Masjid Fathuislami yang juga Jurunikah Bertauliah selatan Thailand, di sini, Sufian Ismail, berkata kebanyakan wanita terbabit berkahwin semata-mata kerana mahukan kemewahan dan tidak pernah memeluk Islam sepenuh hati. " - Lebih lanjut bolehla baca di SINI (Kahwin Demi Wang) -

Malang sungguh nasib wanita itu, mahukan kemewahan rupanya ditipu lagi. No wonder terdengar sekarang ini, zaman kini, Suami pun dah ada yang jual Isteri. Mungkin golongan sebeginila yang dimaksudkan. Terlepas ke mulut buaya, masuk ke Mulut naga. Andai hasil perkahwinan itu dikurniakan anak dan mereka bercerai, apakah nasib anak itu agaknya?

Si Lelaki berkahwin demi Seks, Si wanita pula kahwin demi wang. Yes, money can't buy u happiness but "Duit membuatkan Mata dan Mata Hati Buta"

P/s : Biar Papa asalkan ada harga diri. Jangan kaya tapi kaya dengan jual maruah diri.

April 21, 2010

Ranjau Kewangan Seorang Lelaki Untuk Berkahwin

Salam dari Eyriqazz,

Sambungan dari entry, DARA : Adakah Ianya Penting?, inilah tajuk yang dipilih untuk diceritakan di entry kali ini :

Ranjau Kewangan SeoRang Lelaki Untuk Berkahwin

Sebelum saya meneruskan perbincangan ini, saya ingin tekankan dan buat andaian bahawa ranjau ini bagi lelaki yang tidak mendapat any sponsors untuk berkahwin tak kiralah FAMA(Father and Mother) ataupun saudara mara dan 100% belanja kahwin adalah dari diri sendiri (kalau yang sponsor sikit-sikit tu boleh la juga kot).

Jom kita layan Bajet kahwin dulu :

 Setuju ke dengan jumlah ni?

Pandangan peribadi saya, saya tidak bersetuju dengan jumlah ini.Barang hantaran sekarang ini, at least RM2 ribu, wang hantaran RM8 ribu (paling murah di pasaran,kalau ada Master dengar cerita RM10k,kalau kahwin ngan anak orang kaya, lagi-lagi bertambah), dan yang lain-lain rasanya sekurang-kurangnya RM25 ribu diperlukan. Terus-terang saya dulu masa kahwin, jumlah keseluruhan melebihi RM30 ribu (termasuk beli perabot baru dan baiki rumah).

Inilah antara ranjau kewangan seorang lelaki untuk berkahwin berdasarkan pengalaman peribadi ,rakan-rakan dan pembacaan :

1) Majoriti lelaki yang belajar mula bekerja sekitar umur 21-25 tahun. Semasa mula bekerja gaji yang diberikan biasanya minimum di sektor pekerjaan. Average yang boleh saya berikan sekitar RM1,500-RM3,000. Ketika ini, katakanlah dapat menyimpan RM200 sebulan (honestly,saya dulu masa mula kerja nak simpan RM100 sebulan pun susah), berapa lama yan diperlukan untuk mendapat RM25,000? 125 bulan ataupun 10 tahun. Sanggup ke wanita tunggu 10 tahun?

2) Macam kes saya,honestly duit simpanan tak cukup ditambah pula baru saja menyelesaikan pinjaman rumah mak yang diheret sampai ke mahkamah. Mak mertua pula,sudah bagi syarat, umur 25 tahun kena kahwin kalau tidak Isteri akan dijodohkan dengan orang lain. Jadi, Pinjaman Peribadi lah jalan dituju . Bukan setakat satu, 3 pinjaman peribadi dibuat,  Alliance Bank, RHB Bank dan OCBC Bank. Nasib baik saya mempunyai pekerjaan yang tetap dan sudah diseratkan ke jawatan tetap masatu. Cuba bayangkan bagi yang sukar mendapatkan pinjaman?Apa pilihan lain yang ada? Pinjam Ah Long? Kahwin Lari? Lu Fikir lah sendiri bak kata Nabil.

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian

3)Syarat dah wajib kahwin, ramai lelaki dah hampir menjejak 30 tahun (ramai lagi rakan sekolah dan seuniversiti saya yang lelaki yang belum kahwin), namun dek kerana kekangan kewangan, bercouple bertahun-tahun lamanya .Saya ni nasib baik lagi, kenduri kahwin buat ala kadar saja. Kalau kena buat besar-besaran? Itulah ada orang kata, kahwin sekejap saja, tapi dok bayar hutang kahwin bertahun-tahun tak habis lagi. Samalah dengan saya. Nasib baik takde pinjaman PTPTN or etc.

4) Bukti yang nyata saya nampak semasa kursus kahwin di Bangsar, dalam satu slot, ada slot rehat yang bank-bank dari luar datang untuk kasi borang untuk mendapatkan pinjaman peribadi. Lebih dari 70% pasangan yang datang mengambil borang tersebut.

Bukan senang nak kahwin ni terutamanya bagi lelaki. Adat perlu dipatuhi, tapi jika adat membebankan diri sendiri ,patutkah? Patutlah pepatah melayu ada mengatakan, 'Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat'. Saya tambah sedikit, 'Biar Berhutang Puluhan Ribu, Adat Perkahwinan,berkompang,etc mesti dikekalkan'.Mangsanya? Siapa lagi, pengantin lelaki la.Dek ingin menjadi Raja Sehari, berhutang bertahun-tahun lamanya.

P/s :Apa pula pandangan anda terutamanya lelaki yang sudah berkahwin dan belum berkahwin di luar sana? Lain padang lain belalang kan?

P/s/s : Pandangan kaum wanita pula? Tentu ada pengalaman menarik untuk dikongsi bersama?Kongsi-kongsilah, mungkin berguna untuk adik-adik yang masih belum kahwin lagi .

P/s/s/s : Alhamdulillah, selepas kahwin dan ada anak ni, rezeki makin murah. Jadi, apa tunggu lagi? Cepat-cepatla kahwin...Hik3..

Last but not least :

"A little knowledge that acts is worth infinitely more than much knowledge that is idle"

March 14, 2010

Selamat Sudah Diijabkabulkan

Berdebar-debar

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, semuanya berjalan lancar. Akad nikah berjalan dengan lancar. Sangat sibuk skang ni, more update coming soon bila dah kurang skit kesibukan.

Doa-doakan perkahwinan ini dirahmati dan diberkati ke akhir hayat. Amin.

December 3, 2009

Kahwin oh Kahwin




Hai susahnya dalam hati
Nak kahwin duit tak cukup lagi
RM20 ribu sudah pasti
Rasanya ingin buat pinjaman peribadi
Namun syarat tak cukup lagi
Masih belum disahkan jawatan sehingga kini
Si dia ternanti-nanti
Mak dan ayah tak sabar menanti
Menantu untuk si puteri
Puteri tunggal penawar jantung hati

Apalah yang perlu ku buat lagi
Takut si dia disunting orang lain diterima keluarga menyesal tak sudah nanti
Aduhai,pilunya hati
Kenapa perlu jadi begini
Kalau Pinjam Ah Long faedahnya menggunung tinggi
Usah cari nahas perkara begini tiada kompromi

Tekadkan usaha pasangkan niat di dalam hati
Kalau dah jodoh ke gunung tinggi sanggup didaki
Lautan api sanggup direnangi
Berkata-kata mudah sekali
Cubalah sekali aku nak tengok bukti

Wahai adikku berat sungguh bebanan lelaki
Mencari duit untuk bakal si isteri
Cincin ala kadar buat malu je nanti
Majlis kahwin hanya sekali
Memang dah takdir si lelaki
Adat dan resam mesti ditepati
Mulut orang susah nak dizipi

Untuk menjadi raja sehari
Banyak halangan yang perlu ditempuhi
Bukan mudah ada yang tertewas bawa diri
Ada pula yang kahwin lari
Tak cukup duit,kahwin lari pun jadi
Kahwin oh kahwin , hanya yang mengalami yang mudah mengerti

P/s :
Luahan hati sendiri
Sebelum kahwin rintangan perlu ditempuhi
Kewangan masalah utama zaman kini
Mujurlah semuanya berjalan rapi
Pinjaman peribadi berjaya diperolehi
Isteri penyayang ,anak yang jelita,dan dimurahi rezeki
Terima kasih di atas kurniaan Illahi
Related Posts with Thumbnails