Assalamualaikum
Sebenarnya reputasi buruk
pemandu teksi Malaysia bukan berita baru bagi kebanyakan warganegara dan pelancong
di ibu negara. Cuma apabila ranking ini dikeluarkan secara rasminya di laman
web Londoncabs.co.uk,
ianya mendapat liputan meluas dan mula diperbincangkan dengan serius oleh media
media cetak di negara kita.
Kurang ajar, selekeh, teksi bau
busuk hal biasa.Mengenakan tambang tak masuk akal untuk perjalanan yang pendek,
tidak menggunakan meter dengan alasan meter rosak bukan juga perkara baru yang
kita dengar. Kalau di tengah KL, banyak yang enggan bawa penumpang ke destinasi
yang dituju dengan alasan jalan jem. Walau pun, kes jenayah seperti serangan
seksual dan rompakan oleh pemandu teksi masih dikira kes terpencil, ianya
adalah sesuatu perkara yang menakutkan. Bagi penumpang teksi, jangan sesekali
tertinggal barang berharga dalam teksi yang dinaiki. Peluang untuk menemuinya
kembali amat tipis.
Ini adalah contoh harga tambang yang dikenakan kepada
seorang penumpang warganegara Jepun dari KLIA ke Kuala
Lumpur. Terdapat 3 resit, dan semuanya tidak
kurang dari RM200. Rakan sepejabat saya warga tempatan mendedahkan tambang
teksi yang dikenakan kepadanya untuk perjalanan dari KLIA ke KL selepas waktu
tengah malam hanya RM150 dengan belian kupon di kaunter yang disediakan.
Kalau hendak bercerita soal
pengalaman buruk dengan perkhidmatan teksi di Malaysia ni memang sampai bila pun tidak akan habis. Google saja,
akan keluar bermacam aduan tentang perilaku memalukan pemandu pemandu teksi
ini. Sama ada warga tempatan mahu pun luar negara.
Bagaimana pun, hakikatnya, kebanyakan pemandu teksi di Malaysia ni hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang. Kalau jatuh sakit, tak ada pendapatan. Bagi yang
menyewa pula, kos menyewa biasanya tak kurang
dari RM1500 sebulan atau RM50 sehari. Jadi tak hairanlah kalau mereka
terpaksa memeras ugut penumpang bagi menampung kos sewa tersebut.
Saya kurang arif tentang
undang-undang dan syarat untuk menjadi pemandu teksi. Tapi, melihatkan fenomena
yang berlaku, pada saya undang-undang tersebut tidak dikuatkuasakan dengan
baik. Kesannya, kita boleh lihat ramai warga asing menjadi pemandu
teksi sekarang ni.
Pemandu teksi dikatakan adalah ambassador kepada negara, maka kualiti pemandu teksi ini sepatutnya
di pantau bagi mengelakkan isu ini terus menerus mencacatkan imej negara di
mata dunia. Dan dalam masa yang sama, saya berharap agar tindakan yang sesuai
akan diambil bagi membela nasib pemandu teksi. Jumlah pemandu teksi juga perlu
disemak semula kerana bilangan yang tinggi di satu kawasan boleh menyebabkan
persaingan yang sengit berlaku dan mengurangkan pendapatan mereka.
Dengan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang yang
berterusan, mereka tak akan
berkesempatan lagi nak memeras ugut penumpang
seperti yang sering berlaku pada hari ini.
Sebagai pengguna pula, kita kena
ambil tahu hak kita. Jangan biarkan pemandu teksi ni ambil kesempatan pada
kita. Gunakan sistem kupon yang disediakan dan bagi wanita, elakkan dari
menaiki teksi seorang diri pada waktu malam. Sifat berhati-hati mungkin boleh
menyelamatkan nyawa dan harta benda kita.
Sekian.
Di kesempatan ini saya
nak mengucapkan ribuan terima kasih buat saudara Eyriqazz kerana sudi memberi
peluang dan ruang buat blogger picisan seperti saya untuk menulis di sini. Bagi
seorang blogger yang tak berapa nak femes seperti saya, peluang seperti ini
adalah ibarat bulan jatuh ke riba.
Tentang penulis : Dengan menggunakan nama pena Rai, saya telah mula menulis sejak tahun 2008. Kebanyakan penulisan
saya adalah berkisar tentang aktiviti keluarga, perkembangan anak-anak yang
diselang selikan dengan pandangan dan perkongsian tentang hasil pembacaan saya
mengenai isu semasa, kesihatan dan kecantikan. Bagi yang tercari cari info
tentang sistem rawatan air yang baik, saya juga ada kongsikan tips bagaimana
memilih teknologirawatan air yang baik dan boleh dipercayai dalam beberapa entry yang agak panjang lebar
tetapi amat berbaloi untuk dibaca.
Follow saya
Google+ : Rai
Ourkizuna