July 27, 2010

Guru Pun Dah Boleh Berpolitik | Patutkah?

Guru Pun Dah Boleh Berpolitik | PaTutkaH?

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.  Sumber - Utusan Malaysia -

Isteri saya seorang guru DG41 dan patutkah anda rasa guru dibenarkan melibatkan diri dalam bidang politik ini? Sorry, pandangan saya yang tidak pernah mengundi kerana jelak dan muak dengan politik tanah air, rasanya tidak patut. Tugas guru adalah mendidik, membimbing dan bukannya berpolitik. Janganlah nak brainwash anak-anak dari zaman sekolah pula.

Sebelum ini pun memang tidak suka bila guru bercakap pasal politik, tidak kiralah sokong ataupun pembangkang. Masih-masih bagi saya adalah sama. " Kepentingan Peribadi Diutamakan, Pengundi Diutamakan time Pilihan Raya, Lepas PilihanRaya , We follow our own direction ya? ''

Saya dari Terengganu dan pernah berada di bawah Pas dan juga UMNO memerintah negeri . Dua-dua tak jauh beza pada pandangan saya , gajah Sama Gajah bergaduh, Pelanduk (rakyat) mati di tengah jalan . Honestly, saya kadang-kadang malu dengan negeri sendiri, negeri yang kaya dengan sumber alam seperti petroleum , namun rakyat ramai yang menderita dan diambang kemiskinan. Yang dapat hasilnya, hanya segelintir pihak saja. I.e. : Monsun Cup, siapa yang untung?

Guru Berpolitik dibenarkan kini
GTO tak suka , GTO benci
Air dan Minyak tidak patut dicampuri
Kelak timbul isu yang tidak diingini

P/s : Oh, kenapa Guru dibenarkan berpolitik? Patutkah? Apa pula pandangan anda?

18 comments:

  1. xsukaaa cikgu join politik!!! titik! ;)

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. bagus lah gambar depannya Onizuka :p

    Sy sokong. Sy tak suke politik dicampur aduk begitu. Hari tu guru2 besar diarahkan pegi kursus on the spot. rupe2nye bukan kursus pengurusan, tapi pembentangan politik...

    Bukan nak mengapi2kan, tapi semakin lama, kalau kerajaan buat camni, semakin rakyat membenci. Seperti takut bayang2 sendiri. Takut rakyat tak percaya kerajaan. Sy natural. Kerajaan atau pembangkang, yang bagus tetap bagus. yang tidak makin menggeramkan~ Entahlah.

    ReplyDelete
  3. sesuatu yang menarik pasti akan berlaku. Ada kemungkinan guru di sekolah berpecah belah.. sebab fahaman politik yang berbeza. kan kan?

    GTO orang trg ye..

    ReplyDelete
  4. Hai eyriqazz...
    pada pandangan saya, saya rasa amat tidak sesuai sekali...Saya membantah...sebagai profesion yang mendidik generasi demi generasi, jangan politicize profesion itu...bagi saya, education is the best asset dan pendidkan, ilmu pengetahuan tidak patut dicampuraduk dengan unsur-unsur politik.
    Harap2 leader-leader akan membuat keputusan yang baik dalam perkara ini...

    *Kenny*

    ReplyDelete
  5. besok bilik guru sekolah pun ikut parti....masuk kelas dok cerita pasal politik...masa ni mmg confirm budak2 tak payah ambik periksa...sekarang pun bukannya cikgu selalu dok dalam kelas...pergi kursus itu ini..in future ckp cikgu takda pergi berkempen...

    ReplyDelete
  6. mungkin di sudut lainnya berpolitik bersih...mungkin....

    ReplyDelete
  7. Pasti akan terjadi (memang dah jadik pon) kes guru2 yg perform tapi bila assessment xdapat "menaik" hanya sebab guru besau@pengetua & guru punya pegangan politik berbeza

    Yang rugi student sebab bila cikgu2 yang terlibat mintak tukar sekolah lain, tak dapatla student terima ilmu dari cikgu2 yang perform & tau macammana nak sampaikan ilmu dengan cara yang efektif. Yang tinggal cuma cikgu yang pandai bodek dan buat kerja semata-mata nak gaji - bukan mereka yang betul2 komited nak tgk anak murid diorang berjaya

    ReplyDelete
  8. la..GTO pun buat jugak..hehe

    ada pro and kons jugak..harap² tak huru hara

    http://naman0807.blogspot.com/2010/07/guru-dg41-dg48-boleh-berpolitik-hooray.html

    ReplyDelete
  9. eyriq, semakin lama semakin mengarutlah dasar mana2 kementerian skrg. semuanya sebab politik lah tu..

    politik org dulu dan sekarang beza langit dan bumi..dulu org berpolitik berjuang demi agama, bangsa dan negara. skrg utk penuh kocek masing2.

    jika guru2 digalakkan aktif berpolitik, habis jahanamlah pendidikan dan masa depan anak bangsa. lagi ramailah yg angguk2, geleng2. saya tak setuju!

    ReplyDelete
  10. Ini perkembangan yang agak membahayakan. Even cikgu pun, dia still manusia biasa yang kadang2 terbatas oleh nafsu. Bimbang, minda anak2 yang sepatutnya dicorak yang jalan yang betul dipenuhi dengan permainan kotor politik. Saya sekeras2nya membangkang, Yang Arif. ;p

    ReplyDelete
  11. Saya tidak faham kenapa guru dibenarkan untuk berpolitik. Ini mesti ada agenda tertentu. Saya rasa government perlu kaji impaknya samaada patut atau tidak guru dibenarkan untuk berpolitik.

    ReplyDelete
  12. @dak eina (◕‿◕) :tak suka juga

    ReplyDelete
  13. @MaryamJamilah:agree with you...minyak dan air tidak patut dicampur adukkan..kelak buruk padahnya..belajar dari pengalaman...

    ReplyDelete
  14. @fahmi ibrahim: u r rite...sebelum ni dah berpecah2 kerana politik..siapa yang jadi mangsa?student juga...

    Yup,saya orang terengganU...I'm Proud jadi org terengganu tapi saya kesal dengan sikap kerajaan terengganu

    ReplyDelete
  15. @Luckystrike:agree 100% dengan kamu...yup,tugas guru mendidik dan bukannya berpolitik..kata orang meluntur buluh biarla dari rebung..kalau anak2 sudah di brainwash,apa nak jadi?

    ReplyDelete
  16. @suzzsuzie:patutla UPSr dan PMR nak dimansuhkan?Ada maksud tersirat...jadi, guru fokus berpolitik,anak2 tak pyh ambil exam dah kan?

    ReplyDelete
  17. @Q:ada politik yang bersih ke ya?

    ReplyDelete
  18. @Che Armster :setuju bro..dan apa yg bro ckp tu pun, memang isteri sendiri yang mengiyakannya..kesian kat guru-guru seluruh malaysia..patuthla,guru saya,Guru paling bagus, berhenti jadi guru...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails