Showing posts with label politik semasa. Show all posts
Showing posts with label politik semasa. Show all posts

January 30, 2011

Keputusan Pilihan Raya Kecil Tenang ke-14|BN Menang

Pilihan Raya kecil Tenang muncul di awal tahun 2011 ni. Wah, begitu berliku dunia politik kini, banyak pilihanraya kecil diadakan. Pandangan saya mengikuti perkembangan politik semasa, inilah ramalan saya berkenaan Keputusan Pilihan Raya Kecil Tenang ke-14 , keputusannya yang hanya akan diketahui petang or malam 30 January 2011 :


BN Menang Pilihan Raya Kecil Tenang Ke-14 2011 (Credit picture HERE)

Kubu BN di Johor terlalu kuat untuk diruntuhkan ditambah pula dengan perkembangan kurang memberansangkan dari parti politik pembangkang + pengaruh media . Oh, saya tak sokong mana-mana parti dan I will stick to it.

For me, pilihanraya kecil semula ini hanyalah membuang masa, wang dan tenaga. Especially sekarang ni dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, berjuta-juta wang dihabiskan untuk pilihanraya kecil semula ini.

Pandangan saya, why not kalau yang meninggal dunia itu dari BN/Pakatan rakyat or any party, lantik sajalah penggantinya dari BN/parti itu juga. Lainla kalau lompat parti or sudah tidak setia lagi dengan parti coz people vote for party not for that person kebiasaanya.

Sometimes wondering n tertanya-tanya :
1) Kenapa bila time pilihanraya barula semua sibuk memancing undi dan buat-buat mesra rakyat dan pelbagai janji diberikan dan cuba dikotakan?
2) Kalau before this batang hidung pun tak nampak, time pilihanraya gunung didaki,hujan direnangi, yang susah ditolongi, yang lambat dicepati dan pelbagi perkara yang susah sebelum ini disenangi.
3) Macam kata dalam satu buku Sidney Sheldon " Politic is the best con in the world" . Pelakon di arena politik lagi hebat dari yang tercalon untuk Pelakon Lelaki dan Wanita terbaik.

P/s : Sediakan payung sebelum hujan, weather forecast cakap hari ini kawasan mengundi di DUN Tenang hujan. 

Apa kata anda? Bohsan tak dengan situasi politik di Malaysia ini?

November 4, 2010

Keputusan Pilihan Raya Kecil Galas|PAS MENANG?

Keputusan Pilihan Raya Kecil Galas

Adakah keputusan pilihanraya kecil DUN Galas kali ini bakal berpihak kepada PAS lagi? Adakah PAS akan memenangi pilihanraya ini? Seperti sedia maklum, DUN Galas adalah di dalam kawasan Parlimen Gua Musang dibawah teraju Tengku Razaleigh Hamzah , kubu kuat BN di Kelantan.

Entahlah, wife saya orang Kelantan dan dengar kata-kata dari bapa mertua, Gua Musang dan Ku Li sudah sebati. Lagipun, dia bukannya orang sembarangan, kerabat diraja . Saya merasakan Kerusi DUN Galas ini bakal dimenangi BN juga selepas begitu hebat hebahan di berita , kempen-kempen, janji gula-gula dan juga Beg Galas (just kidding), dan juga berita seperti PAS akui Ku Li tak amal politik wang dan PAS terdesak beli undi masyarakat Orang Asli . Apapun, sama-samalah kita tengok keputusannya nanti. Politik ini unik, begitu banyak sandiwara dan permainan kata-kata dan pelakon hebat yang sukar dimengertikan.

Jom layan apa pula kata bloggers-bloggers dan juga berita  di luar sana :

Keputusan Pilihanraya DUN Galas N45

Keputusan Pilihanraya Kecil Batu Sapi dan Galas

Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Galas (N45)

KEPUTUSAN DAN LAPORAN TERKINI PILIHANRAYA KECIL N.45 DUN GALAS DAN P.185 PARLIMEN BATU SAPI

DUN Galas: Bakal keputusan petunjuk aliran sokongan Melayu PRU-13


P/s : Adakah akan ada perubahan dalam arus politik tanah air ? Oh, Bilakah agaknya Politik tanah air lebih telus dan rasa seronok untuk mengundi? (Hik3,masih belum lagi mengundi sehingga kini)

November 3, 2010

Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi | BN Menang?

KeputusaN Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi | BN MeNang?

Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi, pengundi akan mengundi pada 4 November 2010 bermula jam 8 pagi sehingga 4 petang . Kalau ikutkan, Keputusan Pilihan Raya Parlimen Batu Sapi akan diketahui pada pukul 6.30petang hari tersebut.

Calon Pilihan Raya Parlimen Batu Sapi

Namun, berdasarkan keadaan Politik Semasa, saya meramalkan Calon BN iaitu Datin Linda Tsen Thau Lin bakal memenangi pilihan raya kali ini dengan mudah. Faktornya mudah saja iaitu undi split/ pembangkang yang tidak sepakat dalam memilih calon (both party mahu bertanding), Batu Sapi adalah kubu kuat di Sabah, PKR/SAPP yang makin bergoyah, dan juga pilihanraya ini yang turut diadakan serentak dengan Pilihan Raya kecil Galas ( divertion strategy).

Apapun, kita tengokla sendiri nanti Keputusan P 185 Parlimen Batu Sapi 2010  ini. Sebelum tu, Bolehla layan (Gambar) Kempen Pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi . Apapun, saya tetap merasakan pilihan raya kecil ini sepatutnya tidak diadakan. Waste of money with a little impact to Society.

P/s : Apa pula pandangan anda? Siapa yang bakal menang?

P/s/s : Terasa teringin mahu mengundi buat pertama kali. Seronok tak mengundi ni?

July 27, 2010

Guru Pun Dah Boleh Berpolitik | Patutkah?

Guru Pun Dah Boleh Berpolitik | PaTutkaH?

Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.  Sumber - Utusan Malaysia -

Isteri saya seorang guru DG41 dan patutkah anda rasa guru dibenarkan melibatkan diri dalam bidang politik ini? Sorry, pandangan saya yang tidak pernah mengundi kerana jelak dan muak dengan politik tanah air, rasanya tidak patut. Tugas guru adalah mendidik, membimbing dan bukannya berpolitik. Janganlah nak brainwash anak-anak dari zaman sekolah pula.

Sebelum ini pun memang tidak suka bila guru bercakap pasal politik, tidak kiralah sokong ataupun pembangkang. Masih-masih bagi saya adalah sama. " Kepentingan Peribadi Diutamakan, Pengundi Diutamakan time Pilihan Raya, Lepas PilihanRaya , We follow our own direction ya? ''

Saya dari Terengganu dan pernah berada di bawah Pas dan juga UMNO memerintah negeri . Dua-dua tak jauh beza pada pandangan saya , gajah Sama Gajah bergaduh, Pelanduk (rakyat) mati di tengah jalan . Honestly, saya kadang-kadang malu dengan negeri sendiri, negeri yang kaya dengan sumber alam seperti petroleum , namun rakyat ramai yang menderita dan diambang kemiskinan. Yang dapat hasilnya, hanya segelintir pihak saja. I.e. : Monsun Cup, siapa yang untung?

Guru Berpolitik dibenarkan kini
GTO tak suka , GTO benci
Air dan Minyak tidak patut dicampuri
Kelak timbul isu yang tidak diingini

P/s : Oh, kenapa Guru dibenarkan berpolitik? Patutkah? Apa pula pandangan anda?

May 16, 2010

Keputusan Pilihan Raya Kecil Sibu Ke-11 | BN Menang



Saya tidak minat/suka politik. Saya tidak pernah case vote lagi sepanjang hidup saya. Bagi saya politik ini terlalu sukar dimengertikan yang mana satu yang betul ataupun silap. Ini entry pertama saya pasal politik. Silap boleh jadi betul, betul boleh jadi silap di dalam Politik ini. Namun, pandangan peribadi saya mengikut perkembangan politik semasa, inilah yang saya rasa bakal berlaku walaupun keputusan Pilihan Raya Sibu ke-11 hanya akan diketahui malam ini :

BN Menang Pilihan Raya Kecil Sibu Ke-11 2010

Kubu BN di Sarawak terlalu kuat untuk diruntuhkan ditambah pula dengan perkembangan kurang memberansangkan dari parti politik pembangkang terutamanya dari PKR. Saya sehingga sekarang masih belum teruja dan terasa untuk mengundi lagi.
P/s :Ini adalah testing entry. Entry ini dibuat selepas mendapat inspirasi dari My Wonderful Experience | Coffee With Nuffies . InsyaAllah, jika semuanya berjalan lancar, akan saya kongsi-kongsikannya nanti.

P/s/s : Seronok tak mengundi? Nampak macam teruja juga beratur panjang tengok di TV setiap kali ada Pilihan Raya.
Related Posts with Thumbnails