Guru Pun Dah Boleh Berpolitik | PaTutkaH?
Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara. Sumber - Utusan Malaysia -
Isteri saya seorang guru DG41 dan patutkah anda rasa guru dibenarkan melibatkan diri dalam bidang politik ini? Sorry, pandangan saya yang tidak pernah mengundi kerana jelak dan muak dengan politik tanah air, rasanya tidak patut. Tugas guru adalah mendidik, membimbing dan bukannya berpolitik. Janganlah nak brainwash anak-anak dari zaman sekolah pula.
Sebelum ini pun memang tidak suka bila guru bercakap pasal politik, tidak kiralah sokong ataupun pembangkang. Masih-masih bagi saya adalah sama. " Kepentingan Peribadi Diutamakan, Pengundi Diutamakan time Pilihan Raya, Lepas PilihanRaya , We follow our own direction ya? ''
Saya dari Terengganu dan pernah berada di bawah Pas dan juga UMNO memerintah negeri . Dua-dua tak jauh beza pada pandangan saya , gajah Sama Gajah bergaduh, Pelanduk (rakyat) mati di tengah jalan . Honestly, saya kadang-kadang malu dengan negeri sendiri, negeri yang kaya dengan sumber alam seperti petroleum , namun rakyat ramai yang menderita dan diambang kemiskinan. Yang dapat hasilnya, hanya segelintir pihak saja. I.e. : Monsun Cup, siapa yang untung?
Guru Berpolitik dibenarkan kini
GTO tak suka , GTO benci
Air dan Minyak tidak patut dicampuri
Kelak timbul isu yang tidak diingini
P/s : Oh, kenapa Guru dibenarkan berpolitik? Patutkah? Apa pula pandangan anda?
