Showing posts with label traffic jam. Show all posts
Showing posts with label traffic jam. Show all posts

May 27, 2011

Antara sebab menyampah balik awal!! Haih!!


Antara sebab menyampah balik awal!! Haih!! ( gambar dan ayat cilok rakan di Facebook)..Umm, nak buat camne, inilah cabaran hidup di KL. Mana-mana asyik Jam especially time pi kerja n balik kerja. That's y laa saya bawa motor je pi kije..Beli rumah pun yang dekat ngan Ofis...Save Minyak , tol ,maintenance kereta etc...

P/s ; Umm, bilala agaknya Public transport akan improve ya? 

April 12, 2011

Traffic Jam Oh Traffic Jam | Saya Kagum dengan Pengguna KL dan Selangor

Semalam, saya temankan Isteri ambil Alisya di rumah Mak Saudaranya di Pandan Indah (pengasuh balik kampung). Dalam pukul 7 malam dari Setiawangsa ke Pandan Indah. Inilah pengalaman yang amat "best" :

Traffic Jam Oh Traffic Jam

Kami menggunakan MRR2. Memang jam memanjang. Dlm pukul 830 malam barula sampai di Pandan Indah. Fuhh,1 jam setengah tu. Begitula juga on the way pulang. Dari Pandan Indah singgah ke Tesco Ampang singgah dinner, setengah jam. Fuhhh, memang jem giler rupanya kawasan Pandan Indah/Ampang ni. Nasib baik dulu tak terbeli rumah di Pandan Indah.


Fuhh, saya cukup kagum dengan Pengguna kenderaan di Kuala Lumpur dan Selangor. Kalau saya, once in a while camnipun dah cukup stress dengan Traffic Jam ni, bayangkanla kepada mereka yang terpaksa laluinya hari-hari dan terperangkap berjam-jam setiap hari kerana traffic jam. No wonder makin ramai yang mempunyai masalah emosi skangni.

Sebab itu, saya beli rumah yang dekat dengan tempat kerja kami walaupun tidak dapat membeli rumah impian (rumah bertanah) atas faktor kewangan dan lokasi. Better this way dari stress memanjang traffic jam. Itu belum ditambah lagi kos minyak yang sentiasa meningkat, tol, maintenance kereta, dan pelbagai lagi.

Again, Saya Kagum dengan Pengguna KL dan Selangor. Malaysia memang boleh :

1) Minyak mahu ikut harga pasaran, tapi kenapa harga kereta tidak mahu ikut harga pasaran . Plus, kita pengeluar minyak, tapi kenapa harga tetap mahal?
2) Jam di mana-mana. Public transport tidak reliable. Cost of living semakin meningkat but purchasing power semakin menurun tidak setimpal dengan kenaikan gaji.
3) Adakah cadangan Budget dari rakyat diambil kira ataupun hanya untuk penyedap rasa sahaja?
4) Korang tambahla sendiri...

P/s : InsyaAllah, nanti saya kongsi-kongsikan tips untuk Kurangkan Stress.
Related Posts with Thumbnails