Showing posts with label website ptptn. Show all posts
Showing posts with label website ptptn. Show all posts

June 30, 2010

PTPTN Oh PTPTN | Mana Janji Manismu?

Gaji baruje masuk beberapa hari yang lepas .Gembiranya hati. Usually bila gaji masuk saya akan turut buka website PTPTN untuk menyemak baki Pinjaman pelajaran Isteri. Pasal nak Log In semuanya ,password telah pun saya perolehi. Namun, kali ini saya masih kecewa dan inilah yang saya mahu kongsikan :

PTPTN Oh PTPTN

Beberapa tahun lepas seperti dihebah-hebahkan di suratkhabar,media ,dan laman webnya bahawa kadar interest 3% akan diturunkan kepada 1% kepada yang membayar dengan tepat. Saya sejak berkahwin memang tolong bayarkan untuk Isteri RM200 setiap bulan tanpa gagal namun hampa sampai sekarang kadar nya masih belum diturunkan lagi.


Mana Janji Manismu?

Kali ini, saya terdetik untuk membuat semakan online untuk menyemak Baki Pinjaman PTPTN, dan inilah hasilnya :

 Masih belum diturunkan (Jika diturunkan, Kadar faedah/kredit hanyalah lebih kurang RM24 sahaja )

Tahun lepas dalam bulan March 2009 kami pernah buat aduan ini dan turut diadukan kepada Biro Pengaduan Awam dan inilah jawapannya :

KES XXX CAJ PENTADBIRAN 1% PTPTN

Saya dengan hormatnya diarah merujuk kepada aduan tuan mengenai perkara di atas.


2. Hasil siasatan yang dijalankan mendapati bahawa, perlaksanaan Pembiayaan Pendidikan PTPTN berasaskan kaedah Ujrah atau upah telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2008. Penawaraan pembiayaan ini telah dilaksanakan kepada peminjam baru bagi kelulusan 1 Disember 2008 dan akan dipanjangkan kepada semua peminjam sediada.

Surat tawaran tersebut akan dikeluarkan secara berperingkat-peringkat kepada peminjama yang layak setelah urusan migrasi data dari sistem sedia ada kepada sistem baru disiapkan. Dengan tawaran ini, semua peminjam dikehendaki menandatangani perjanjian baru yang merupakan salah satu syarat bagi memenuhi kehendak syariah.

Pengiraan upah satu peratus akan diselaras ke belakang bermula 1 Jun 2008 selepas perjanjian baru ditandatangani oleh peminjam. Penjelasan berhubung perkara ini telahpun dimaklumkan kepada pihak puan oleh PTPTN melalui surat bertarikh 4 Mac 2009.


3. Dengan penjelasan ini diharap pihak puan mendapat gambaran sebenar terhadap pemasalahan yang dihadapai oleh pihak PTPTN dalam melaksanakan dasar baru ini. kerjasama pihak peminjam untuk bersabar diperlukan bagi membolehkan PTPTN melaksanakan dasar ini secara berperingkat-peringkat kerana ianya melibatkan jumalah peminjam yang ramai.

Sekarang, sudah lebih setahun berlalu dan adakah migrasi data belum lagi selesai? Lamanya masa yang diambil untuk migrasi data?

Oh PTPTN, mana janji-janji manismu. Memang pinjaman ini menguntungkan pelajar dan memberikan banyak kelebihan, tapi bila tak bayar dapat surat saman dan dihalang ke luar negeri, namun dah bayarpun janji tidak dikota. Dua rangkap pantun buatmu :

Mana janji manismu
Yang pernah kau janjikan dulu?
Menurunkan interest dari 3% kepada satu
Sampai sekarang masih belum berlaku

Aku dan Isterikah yang ditipu
Anda pula bagaimana pula aku pun tak tahu
Menanam tebu di tepi bibir rasaku
Oh, kenapa begitu?

Tahniah buat adik saya kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke Uitm Shah Alam. Sambung buat degree pula selepas mendapat keputusan cemerlang Diplomanya di Uitm Sri Iskandar, Perak.  Weekend ni saya akan pergi hantar, bolehla merasa pergi dan melawat Uitm. Dulu bercita-cita nak belajar Uitm namun hajat tak kesampaian.

Lepasni, giliran adik pula yang memohon PTPTN lagi . Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN ini bagus dan harap-harap cepatlah approve dan reimburse duitnya . Kesian bila dengar pengalaman adik , isteri dan rakan-rakan tentang selalu lewat Pinjaman PTPTN dimasukkan.Sampai nak makan pun terpaksa ikat perut.  Masa sebelum terima pun makan hati, dah bayar pun turut makan hati dan tak tunai janji?

P/s : Kancilbiru dan Kak Elissmie, Sabtu ni kerja tak? Saya nak pi Uitm Shah Alam Sabtu ni, bolehla korang tunjuk-tunjukkan jalan dan belanja makan. Hik3...

P/s/s :Apa pula pengalaman anda? Kongsi-kongsilah. Saya akan cuba push sekali lagi dan hantarkan entry ini kepada mereka.
Related Posts with Thumbnails