Adakah Akan Menjadi Milik Ezani Ataupun Wahidan?
Hari yang dinanti-nanti bakal tiba. Siapakah agaknya yang akan bergelar Juara MasterChef Malaysia? Rancangan ini bolehla dikatakan eyriqazz tontoni almost semua episod dan merakamkannya dengan Astro PVR. Walaupun permulaan Episod 1 MasterChef Malaysia agak hambar, selepas juri chef bertukar, nampak momentum dan Rancangannya semakin menarik hati.
Wahidan, pekebun dari Sabah mempunyai kelebihan tersendiri. Di Episod Pertama MasterChef Malaysia, dia menjadi peserta pertama yang dapat melepasi Cabaran Kupas Bawang. Selepas ini, setiap minggu masakannya begitu menarik, kreatif dan banyak membantu kumpulannya untuk menang ketika cabaran berkumpulan. Inilah namanya, usia semakin mematangkan dan pengalaman yang ada digunakan sebaik-baiknya.
Ezani (26 tahun), doktor gigi bagi saya mempunyai pakej yang lengkap untuk bergelar Juara MasterChef Malaysia. Rupa yang cantik, persembahan masakan yang lebih konsisten, dan gaya masakan yang kreatif . Ehh, kat mana klinik gigi dia ya? Nak pergi buat bridge laa....Hik3....
I Will Be There di Malam Santapan Penamat MasterChef Malaysia
Pandangan peribadinya saya, rasanya Ezani bakal menjadi Juara MasterChef Malaysia kali ini. Apapun, sama-samalah kita tontoni hari Ahad nanti, 8 January 2012 pukul 9.00 malam ya? Siapapun bergelar juara, diharap program sebegini akan diteruskan di masa hadapan yang memang sesuai ditontoni seisi keluarga.
Juara MasterChef Malaysia milik Siapa?
Ezani Doktor Gigi muda menjadi pilihan saya
Masakan menguja , kreatif dan mempesona
Siapa pula yang menjadi pilihan anda pula?

