Showing posts with label MasterChefMY. Show all posts
Showing posts with label MasterChefMY. Show all posts

January 7, 2012

Juara MasterChef Malaysia Milik Siapa?


Juara MasterChef Malaysia Milik Siapa?
Adakah Akan Menjadi Milik Ezani Ataupun Wahidan?

Hari yang dinanti-nanti bakal tiba. Siapakah agaknya yang akan bergelar Juara MasterChef Malaysia? Rancangan ini bolehla dikatakan eyriqazz tontoni almost semua episod dan merakamkannya dengan Astro PVR. Walaupun permulaan Episod 1 MasterChef Malaysia agak hambar, selepas juri chef bertukar, nampak momentum dan Rancangannya semakin menarik hati. 


Wahidan, pekebun dari Sabah mempunyai kelebihan tersendiri. Di Episod Pertama MasterChef Malaysia, dia menjadi peserta pertama yang dapat melepasi Cabaran Kupas Bawang. Selepas ini, setiap minggu masakannya begitu menarik, kreatif dan banyak membantu kumpulannya untuk menang ketika cabaran berkumpulan. Inilah namanya, usia semakin mematangkan dan pengalaman yang ada digunakan sebaik-baiknya.


Ezani (26 tahun), doktor gigi bagi saya mempunyai pakej yang lengkap untuk bergelar Juara MasterChef Malaysia. Rupa yang cantik, persembahan masakan yang lebih konsisten, dan gaya masakan yang kreatif . Ehh, kat mana klinik gigi dia ya? Nak pergi buat bridge laa....Hik3....


Pandangan peribadinya saya, rasanya Ezani bakal menjadi Juara MasterChef Malaysia kali ini. Apapun, sama-samalah kita tontoni hari Ahad nanti, 8 January 2012 pukul 9.00 malam ya? Siapapun bergelar juara, diharap program sebegini akan diteruskan di masa hadapan  yang memang sesuai ditontoni seisi keluarga.

Juara MasterChef Malaysia milik Siapa?
Ezani Doktor Gigi muda menjadi pilihan saya
Masakan menguja , kreatif dan mempesona
Siapa pula yang menjadi pilihan anda pula?

Malam Santapan Penamat MasterChef Malaysia


Special thanks buat Astro kerana sudi menjemput ke Malam Santapan Penamat MasterChef Malaysia pada Ahad nanti, 8 Januari 2012. Excited, boleh katakan almost all episod eyriqazz tonton dan sempat rakamkan dengan Astro B.yond PVR

Agak-agak siapa yang bakal bergelar Juara MasterChef Malaysia ya? Umm, susah nak buat pilihan. Both Ezani dan Wahidan memang hebat dan terror memasak. My personal view, mungkin Ezani kot bakal bergelar Juara MasterChef Malaysia.

Malam Santapan Penamat MasterChef Malaysia saya teruja
Masakan menggiurkan dan menyelera
Antara rancangan kegemaran, pergi bercuti pun tetap merakamkannya
Terimakasih Astro for the invite sudah pasti I will be there taknak melepaskan peluang saksikan live di depan mata

November 23, 2011

MasterChef Malaysia Semakin Menarik Hati

MasterChef Malaysia saya tontoni
Dari Episod 1 sehinggalah kini
Semakin hari semakin menambat hati
Tak sempat tengok memang saya rakamkan dengan Astro B.yond PVR mudah sekali

Yess, semakin hari semakin menarik hati. Lebih-lebih lagi apabila pengacara jemputan yang cukup saya gemari kini sudah menjadi pengacara utama. Siapa lagi kalau bukan :


Chef Riz atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Redzuawan  (Sebelah kiri)

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Anak kepada Chef Wan, salah seorang Chef @ Pengacara masakan yang cukup popular di Malaysia ini. Memang nampak kelainan apabila dia turut menjadi pengacara utama rancangan MasterChef Malaysia ini.

Kritikan yang bernas dan berkesan

Memang seronok tengok cara Chef Riz di MasterChef Malaysia ini. Menambahkan keyakinan dan juga kelebihan. Quote sikit kata-katanya " Memasak ini kenalah dengan hati yang ikhlas, kanak-kanak ini sensitif, jangan hidangkan makanan yang mentah, nanti mudah keracunan, siapa susah? "

Memang kagum dan lebih berselera untuk menonton rancangan MasterChef ini dengan kehadiran Chef Riz, pengacara kegemaran saya untuk rancangan MasterChef Malaysia ini.Walaupun masih muda, namun nampak kehebatannya dalam bidang pengacaraan, memikat hati peserta, dan juga membuatkan penonton tertanya-tanya apakah yang bakal dikatakannya.

Peserta kegemaran saya? Ada 2 peserta kegemaran eyriqazz di MasterChef Malaysia ini :

1) Danial Firdaus

Peserta paling muda. Tengok gaya dia, teringat dekat Whitney Miller, Juara MasterChef USA musim pertama. Yup, sikapnya yang berani mencuba, tidak takutkan cabaran dan usia bukannya halangan untuk berjaya. Keep it up Danial, saya sentiasa sokong kamu.


2) Saiful, Penoreh getah

Saya pun berasal dari keluarga miskin. Saya faham dan boleh rasa kesusahan yang dialami dan cabaran yang dihadapinya. Nampak keikhlasan wajahnya dan jawapan yang diberikan setiap kali menyediakan masakan membuatkan hati ini tersentuh. Yup, Masakan akan lebih sedap apabila "Hati Kita Ikhlas". Nampak Innocent kan si Saiful ni? Good Luck Saiful.

Antara masakan kegemaran yang menjadi favourite saya, of course laa yang dimasak oleh peserta kegemaran saya, antaranya :


Bubur bersama "Schichuan" Ikan Stim

Yiezaa, saya bukan penggemar bubur. Tapi bila melihat bubur ini, hati saya memang teruja untuk merasanya lebih-lebih lagi apabila mendapat pujian dari Ketua Chef @ Chef Jo. Masakan Danial ini bikin saya tidak keruan.


Burger Kambing Kuala Penyu masakan Saiful

Fuhh, meleleh air liur ini apabila melihat masakan ini especially dengan namanya yang unik.Kuala Penyu? Memang kreatif, siapa sangka, Penoreh getah boleh menghidangkan masakan yang menggiurkan sebegini.

Up and down, memang semakin terasa debaran MasterChef Malaysia ini. Antara detik yang tidak dapat dilupakan :


Both Peserta kegemaran saya hampir tersingkir di Episod 17

Nasib baik Danial dan Saiful tidak tersingkir. Kalau tak, mahu juga kesedihan melanda. Yey, my favourite Contestant still bersaing untuk merebut gelaran Juara MasterChef Malaysia yang pertama.

Turut tak dapat dilupakan apabila Zeri 'mensabotajkan' dirinya sendiri bagi menyingkirkan dirinya dari MasterChef Malaysia. For me, itu bukannya semangat juang, kalau ada masalah, biarlah keluar dengan terhormat. Apapun, mungkin dia ada sebab tersendiri yang membuatkan dia bertindak sedemikian.

Apakah Harapan saya untuk Episod MasterChef Malaysia yang akan datang

Umm, antara harapan saya yang saya rasakan mungkin boleh menghangatkan lagi dan lebih teruja untuk menontonnya antaranya :

1) Chef Wan sebagai Chef Jemputan. Pertembungan bapa dan anak. Tentu lebih meriah Chef paling popular di Malaysia turut memeriahkan MasterChef Malaysia ini.

2) Pemenang Blogger MasterChef Malaysia dijemput dan mendapat undian masuk untuk turut serta. Nampak gaya masakan pemenang pertama dan kedua turut menguja hati. Pluss, it will create more buzzz in blogging community...

3) Contest untuk memenangi hak ekslusif untuk menonton MasterChef Malaysia final.

4) Contest bersama MasterChef Malaysia yang menawarkan hadiah yang menarik. Sambil menonton, sambil berpeluang menang hadiah, sure lebih seronok kan? 

MasterChef Malaysia semakin menarik hati
Pukul 9 malam, Astro Ria Sabtu hingga Rabu  rancangan ini
Melihat masakan menguja menjilat jari
Ohh, bilakah nak jemput saya dan Isteri menjadi Juri? ( Hik3, tak dapat jadi contestant, dapat merasa masakan yang lazat-lazat pun Jadi...)


Oh ya,  Contest Facebook MasterChef Malaysia yang menawarkan hadiah yang menarik antaranya Cash Prize,Pendrive, IPAD, dan pelbagai lagi  sedang dijalankan bermula 19 November sehingga 21 Dec 2011. Jom sama-sama kita sertai, Tuah Ayam nampak di kaki, tuah kita maybe di Contest Facebeook MasterChef Malaysia ini? 


October 23, 2011

MasterChef Malaysia Episod 1

Punyalah excited untuk menonton MasterChef Malaysia semalam. Sampaikan Live Terengganu vs Selangor Separuh Akhir pun saya abaikan. Umm, bestke MasterChef ini? Inilah pandangan peribadi saya tentang MasterChef Malaysia Episod 1 semalam :
Dari kanan, Ketua Chef : Chef Johari , Chef  Yahaya, Chef Priya

Ketiga-tiga Chef ini dari segi masakan memang mengkagumkan. Namun dari segi pengacaraan, pandangan peribadi agak mengecewakan. Chef Yahaya nampak gaya macam Ustaz Zul@pengacara Imam Muda. Ayat yang digunakan agat skema, bahasa baku dan macam follow the skrip. Tak nampak "Wow" factor dari segi pengacaraan. Apapun, ini baru episod 1 kan? Lagipun , lain padang lain belalang.

Cabaran Pertama Episod 1 :

Cabaran Memotong Bawang
Pisau Yang tajam penting bagi mengopek bawang
Ary Malik, antara peserta yang turut serta MasterChef Malaysia

Inikah mentaliti rakyat Malaysia? Berebut-rebut nak ambil bawang?
Takkan tak cukup satu forklift untuk semua peserta? Umm, bad Impression, Bad Impression


For me, rasanya Chef Yahaya agak kasar kepada peserta. Maybe dia nak tiru cara Chef Gordon Ramsay di MasterChef USA tapi nampak macam tak kena jer..Satu part yang saya tak suka :



Patutke bawang yang dipotong kurang elok dibuang di dalam tong sampah?
Rezeki tu dan still boleh guna...Kenapa dibuang dalam tong sampah?
Respectla Pakcik ni @ Wahidan Si Penoreh Getah dari Sabah
Peserta pertama yang lepas cabaran memotong bawang ini

10 Peserta yang tidak melepasi cabaran ini berentap untuk cabaran Memasak. Ingredient utama yang perlu digunakan adalah Udang. Hik3, teringat pula SemiFinal Blogger MasterChef Malaysia. Skill masakan peserta memang saya kagum, terror2 semua memasak . Chef Jemputan @ Chef Kenny @ Pelakon Baba dan Nyonya dijemput sebagai Juri Jemputan. 


Udang, Udang, Alisya Suka

Antara menu yang mendapat pujian tertinggi Chef adalah :


Udang Bersos Kari Nyonya Mangga

Udang Sinar Mentari

Nak tengok resepi mereka, bolehla tengok di sini : http://www.astro.com.my/masterchef/

Beberapa orang peserta disingkirkan di Episod 1 ini.

Overall, kalau diberikan rating untuk first episod ini, saya berikan 5/10. Waiting for soooo long tapi agak mengecewakan. Tak banyak "Wow faktor" yang saya nampak. Pengacara agak skema dan macam baca skrip, jantung tidak terasa berdegup kencang melihat peserta memasak,dan  suara latar agak mengantukkan .

2nd episod malam ini saya tetap akan tonton or rekodkan ajer dengan PVR sekiranya ianya masih seperti episod pertama. 

Apapun, itu hanyalah pandangan peribadi saya, anda yang menonton semalam macam mana pula? 

October 10, 2011

Kak Ina KL dan Blogger MasterChefMY | Hasrat di Hati Tidak Tertunai


Kak Ina KL nama diberi
Mencuba nasib di Blogger #MasterChefMY pertama kali
Blogger masakan terkenal sana sini
Pernah try masakannya memang terliur hati

Di dapur ini mereka beraksi
Menunjukkan bakat yang terpendam selama ini
Oh kenapa tiada live di saat ini
Mahu juga melihat aksi memasak teruja hati
Suwa suwee good morning goreng-goreng sedap sekali
Masak memasak memang hobi Akak dari dulu lagi
Masuk Blogger #MasterChefMY memang teruja hati
Yang terbaik dari akak mungkin itu kata Kak Ina KL ini

Tuah ayam nampak di kaki
Setelah mencuba, hasrat tidak tertunai kali ini
Walaupun tidak ke final Blogger #MasterChefMY time ini
Tahun depan kalau ada akan dicuba lagi

Saya memang teruja hati
Melihat pengalaman yang dikongsi oleh Kak Ina KL di ENTRY ini
Pengalaman menguja sayang tak dapat join sekali
Akan saya rekodkan dengan Astro B.yond PVR sudah semesti
Siapa terlepas, jemputla ke rumah tontoni sekali

I Need Your Love, Please

Related Posts with Thumbnails