Showing posts with label MasterChef Malaysia. Show all posts
Showing posts with label MasterChef Malaysia. Show all posts

November 9, 2012

Juara MasterChef Malaysia 2

Yieza, memperkenalkan Juara MasterChef Malaysia 2, jatuh kepada :


Nurul Alisya Ilyani... Yeyy, Anak Papa Menang
Tips Anak Pintar --> http://goo.gl/hplkk

Suka bebenar Alisya dengan permainan masak-masak dan games masak-masak. Kalau dalam kereta, selalu lakonkan aksi tukang masak , suruh papa dan mama order makanan, alisya nak masakkan. Nak mengikut jejak langkah Ezani MasterChef Malaysia ke? Papa sokong je apa yang anak papa minat.

February 25, 2012

Kekasih Ezani MasterChef Malaysia


Siapakah Insan di sebelah Ezani, Juara MasterChef Malaysia ini? Nampak kacak juga. Adakah Kekasih hatinya? Hik3, mungkin juga adik atau abang yang menemaninya kot ketika pementasan Cuci The Musical Last Kopek , preview bersama Astro.

P/s : Nampak gaya, menggigit jari la Mamat INI untuk tackle Ezani kalau disebelahnya ini adalah Kekasih Ezani, Juara MasterChef Malaysia..

January 11, 2012

Ezani MasterChef Malaysia | Saya Memang Tamak

Tidak ku sangka, Ezani Juara MasterChef Malaysia , wajah jelita,gaya santai ,Cool dan nampak tenang saja, RM100 ribu sudah menjadi miliknya, Klinik Gigi Income berpuluh ribu sebulan rasanya, namun, tamak orangnya?
Ehh, ini yang terpacul dari mulutnya Sendiri :
Haah, saya memang tamak kata Ezani

Oh, tamak dalam memilih kerjaya pilihan rupanya. Hihihi, apa salahnya kan, kalau memilih kedua-duanya yang mampu membantu dan meninggikan taraf hidup di masa hadapan. Kagum dengan semangat gigih dan bakat yang dimilikinya. Tamak bertempat, apa salahnya kan?

Samalah juga kita, di zaman inflasi yang semakin mencabar ini, apa salahnya jika kita cuba keluar dari kepompong dan mencari pendapatan sampingan buat keluarga demi masa depan? Alhamdulillah, i already found a few part time/side income, dan Alhamdulillah, tahun lepas 5 angka berjaya diperolehi setahun dengan side income ini. Semoga tahun ini berjaya mendapatkan 6 angka pula. Doa-doakan ya?

P/s : Bak Kata Suami Pilihan, Orang Tamak Selalu Untung... Eyriqazz tambah skit. Yup, kalau kena dengan tempat dan Caranya...Apa pula kata anda?

January 10, 2012

Ary Malik Hampir Nak Kena Lempang


Nasib baik, SEMUA yg bergambar dgn Ary Malik smlm, memang dia PELUK.....tak kira laki/pompuan....malah dpn husband dia sndr....so, kena lah Mama CONTROL MACHO.....
*nasib baik dia PELUK jer.....kalo dia KISS/LAGA2 Pipi dgn suamiku Eyriqazz ni.....memang TIME tu gak Mama LEMPANG si Ary Malik ni!!!*......dan Papa, sila sewa/bermalam kat HOTEL yer.. - FB Isteri-

Fuhh, nasib baik...Kalau tidak pasti eden pun turut menjadi mangsa.Hik3, memang terkejut gak bila bergambar tiba-tiba dia letak tangan kat bahu tu... Tuh yang Uncle Romeo ni jealous giler, dahla Rozita Che Wan tak buat penampilan malam tu...Hihihi...

P/s : Buat Isteri, abang minta maaf ya...Bergambar ni untuk blog dan tiada niat lain. Di hati saya hanya ada Sayang dan Anak-Anak......Peace No War, hik3...

January 9, 2012

Juri MasterChef Malaysia 2


Yieza, Juri MasterChef Malaysia 2 sudah dikenal pasti bagi menggantikan Juri MasterChef Malaysia season 1. Calon-calonnya tak lain tak bukan : 1) Blogger Masakan ala-ala Rozita Che Wan 2) Chef Underdog Eyriqazz . 

Hik3, just kidding. Masak pun dah tak pandai, ada hati nak jadi juri MasterChef Malaysia 2? Ehh, ada ke season 2 ni? Harap-harap adalah, memang seronok ditonton seisi keluarga. Alisya pun siap cakap, Cerita Papa, jom tengok cerita Papa.

P/s : Hensem-hensem juga Juri MasterChef Malaysia ni kan, especially yang paling tengah tu..Hik3...

Gembira Dapat Berjumpa Peserta MasterChef Malaysia



Finally, berpeluang berjumpa dan bergambar dengan Danial , salah seorang Peserta MasterChef Malaysia. Walaupun dia tidak layak ke final, dia tetap menjadi Peserta Kegemaran Eyriqazz di MasterChef Malaysia, masih muda dan berbakat besar. Teruskan memasak bro, one day maybe bro boleh jadi lagi Popular dari Chef Riz. Hik3....

Orangnya sempoi dan memang peramah. Senang berbual-bual dengan dia dan boleh dikatakan kesemua finalist MasterChef Malaysia semuanya cool-cool belaka.


Issh, Memana je mesti ada Kekasih Gelap Rozita Che Wan dan Duta Baru Astro ni

Sempat juga bergambar dengan Felix. Special thanks Astro for the invite malam tadi dapat jumpa Peserta dan Juri MasterChef Malaysia.

Huk3, Gumuknya rasanya diri Eden ini di sisi Ary Malik
Still sweet dan jelita walaupun usia dah mencecah 40an..Apa rahsianya ya?
Ezani, sudah semestinya Peserta yang paling gembira, Juara MasterChef Malaysia dan wang tunai RM100,000 menjadi miliknya. 
Haah, saya memang tamak kata Ezani. Kih3....
Best Of Luck buat Semua Peserta MasterChef Malaysia

P/s : Next week jom terjah Klinik Gigi Ezani jom ...

January 7, 2012

Juara MasterChef Malaysia Milik Siapa?


Juara MasterChef Malaysia Milik Siapa?
Adakah Akan Menjadi Milik Ezani Ataupun Wahidan?

Hari yang dinanti-nanti bakal tiba. Siapakah agaknya yang akan bergelar Juara MasterChef Malaysia? Rancangan ini bolehla dikatakan eyriqazz tontoni almost semua episod dan merakamkannya dengan Astro PVR. Walaupun permulaan Episod 1 MasterChef Malaysia agak hambar, selepas juri chef bertukar, nampak momentum dan Rancangannya semakin menarik hati. 


Wahidan, pekebun dari Sabah mempunyai kelebihan tersendiri. Di Episod Pertama MasterChef Malaysia, dia menjadi peserta pertama yang dapat melepasi Cabaran Kupas Bawang. Selepas ini, setiap minggu masakannya begitu menarik, kreatif dan banyak membantu kumpulannya untuk menang ketika cabaran berkumpulan. Inilah namanya, usia semakin mematangkan dan pengalaman yang ada digunakan sebaik-baiknya.


Ezani (26 tahun), doktor gigi bagi saya mempunyai pakej yang lengkap untuk bergelar Juara MasterChef Malaysia. Rupa yang cantik, persembahan masakan yang lebih konsisten, dan gaya masakan yang kreatif . Ehh, kat mana klinik gigi dia ya? Nak pergi buat bridge laa....Hik3....


Pandangan peribadinya saya, rasanya Ezani bakal menjadi Juara MasterChef Malaysia kali ini. Apapun, sama-samalah kita tontoni hari Ahad nanti, 8 January 2012 pukul 9.00 malam ya? Siapapun bergelar juara, diharap program sebegini akan diteruskan di masa hadapan  yang memang sesuai ditontoni seisi keluarga.

Juara MasterChef Malaysia milik Siapa?
Ezani Doktor Gigi muda menjadi pilihan saya
Masakan menguja , kreatif dan mempesona
Siapa pula yang menjadi pilihan anda pula?

Malam Santapan Penamat MasterChef Malaysia


Special thanks buat Astro kerana sudi menjemput ke Malam Santapan Penamat MasterChef Malaysia pada Ahad nanti, 8 Januari 2012. Excited, boleh katakan almost all episod eyriqazz tonton dan sempat rakamkan dengan Astro B.yond PVR

Agak-agak siapa yang bakal bergelar Juara MasterChef Malaysia ya? Umm, susah nak buat pilihan. Both Ezani dan Wahidan memang hebat dan terror memasak. My personal view, mungkin Ezani kot bakal bergelar Juara MasterChef Malaysia.

Malam Santapan Penamat MasterChef Malaysia saya teruja
Masakan menggiurkan dan menyelera
Antara rancangan kegemaran, pergi bercuti pun tetap merakamkannya
Terimakasih Astro for the invite sudah pasti I will be there taknak melepaskan peluang saksikan live di depan mata

November 23, 2011

MasterChef Malaysia Semakin Menarik Hati

MasterChef Malaysia saya tontoni
Dari Episod 1 sehinggalah kini
Semakin hari semakin menambat hati
Tak sempat tengok memang saya rakamkan dengan Astro B.yond PVR mudah sekali

Yess, semakin hari semakin menarik hati. Lebih-lebih lagi apabila pengacara jemputan yang cukup saya gemari kini sudah menjadi pengacara utama. Siapa lagi kalau bukan :


Chef Riz atau nama sebenarnya, Mohd Nadzri Redzuawan  (Sebelah kiri)

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Anak kepada Chef Wan, salah seorang Chef @ Pengacara masakan yang cukup popular di Malaysia ini. Memang nampak kelainan apabila dia turut menjadi pengacara utama rancangan MasterChef Malaysia ini.

Kritikan yang bernas dan berkesan

Memang seronok tengok cara Chef Riz di MasterChef Malaysia ini. Menambahkan keyakinan dan juga kelebihan. Quote sikit kata-katanya " Memasak ini kenalah dengan hati yang ikhlas, kanak-kanak ini sensitif, jangan hidangkan makanan yang mentah, nanti mudah keracunan, siapa susah? "

Memang kagum dan lebih berselera untuk menonton rancangan MasterChef ini dengan kehadiran Chef Riz, pengacara kegemaran saya untuk rancangan MasterChef Malaysia ini.Walaupun masih muda, namun nampak kehebatannya dalam bidang pengacaraan, memikat hati peserta, dan juga membuatkan penonton tertanya-tanya apakah yang bakal dikatakannya.

Peserta kegemaran saya? Ada 2 peserta kegemaran eyriqazz di MasterChef Malaysia ini :

1) Danial Firdaus

Peserta paling muda. Tengok gaya dia, teringat dekat Whitney Miller, Juara MasterChef USA musim pertama. Yup, sikapnya yang berani mencuba, tidak takutkan cabaran dan usia bukannya halangan untuk berjaya. Keep it up Danial, saya sentiasa sokong kamu.


2) Saiful, Penoreh getah

Saya pun berasal dari keluarga miskin. Saya faham dan boleh rasa kesusahan yang dialami dan cabaran yang dihadapinya. Nampak keikhlasan wajahnya dan jawapan yang diberikan setiap kali menyediakan masakan membuatkan hati ini tersentuh. Yup, Masakan akan lebih sedap apabila "Hati Kita Ikhlas". Nampak Innocent kan si Saiful ni? Good Luck Saiful.

Antara masakan kegemaran yang menjadi favourite saya, of course laa yang dimasak oleh peserta kegemaran saya, antaranya :


Bubur bersama "Schichuan" Ikan Stim

Yiezaa, saya bukan penggemar bubur. Tapi bila melihat bubur ini, hati saya memang teruja untuk merasanya lebih-lebih lagi apabila mendapat pujian dari Ketua Chef @ Chef Jo. Masakan Danial ini bikin saya tidak keruan.


Burger Kambing Kuala Penyu masakan Saiful

Fuhh, meleleh air liur ini apabila melihat masakan ini especially dengan namanya yang unik.Kuala Penyu? Memang kreatif, siapa sangka, Penoreh getah boleh menghidangkan masakan yang menggiurkan sebegini.

Up and down, memang semakin terasa debaran MasterChef Malaysia ini. Antara detik yang tidak dapat dilupakan :


Both Peserta kegemaran saya hampir tersingkir di Episod 17

Nasib baik Danial dan Saiful tidak tersingkir. Kalau tak, mahu juga kesedihan melanda. Yey, my favourite Contestant still bersaing untuk merebut gelaran Juara MasterChef Malaysia yang pertama.

Turut tak dapat dilupakan apabila Zeri 'mensabotajkan' dirinya sendiri bagi menyingkirkan dirinya dari MasterChef Malaysia. For me, itu bukannya semangat juang, kalau ada masalah, biarlah keluar dengan terhormat. Apapun, mungkin dia ada sebab tersendiri yang membuatkan dia bertindak sedemikian.

Apakah Harapan saya untuk Episod MasterChef Malaysia yang akan datang

Umm, antara harapan saya yang saya rasakan mungkin boleh menghangatkan lagi dan lebih teruja untuk menontonnya antaranya :

1) Chef Wan sebagai Chef Jemputan. Pertembungan bapa dan anak. Tentu lebih meriah Chef paling popular di Malaysia turut memeriahkan MasterChef Malaysia ini.

2) Pemenang Blogger MasterChef Malaysia dijemput dan mendapat undian masuk untuk turut serta. Nampak gaya masakan pemenang pertama dan kedua turut menguja hati. Pluss, it will create more buzzz in blogging community...

3) Contest untuk memenangi hak ekslusif untuk menonton MasterChef Malaysia final.

4) Contest bersama MasterChef Malaysia yang menawarkan hadiah yang menarik. Sambil menonton, sambil berpeluang menang hadiah, sure lebih seronok kan? 

MasterChef Malaysia semakin menarik hati
Pukul 9 malam, Astro Ria Sabtu hingga Rabu  rancangan ini
Melihat masakan menguja menjilat jari
Ohh, bilakah nak jemput saya dan Isteri menjadi Juri? ( Hik3, tak dapat jadi contestant, dapat merasa masakan yang lazat-lazat pun Jadi...)


Oh ya,  Contest Facebook MasterChef Malaysia yang menawarkan hadiah yang menarik antaranya Cash Prize,Pendrive, IPAD, dan pelbagai lagi  sedang dijalankan bermula 19 November sehingga 21 Dec 2011. Jom sama-sama kita sertai, Tuah Ayam nampak di kaki, tuah kita maybe di Contest Facebeook MasterChef Malaysia ini? 


October 23, 2011

MasterChef Malaysia Episod 1

Punyalah excited untuk menonton MasterChef Malaysia semalam. Sampaikan Live Terengganu vs Selangor Separuh Akhir pun saya abaikan. Umm, bestke MasterChef ini? Inilah pandangan peribadi saya tentang MasterChef Malaysia Episod 1 semalam :
Dari kanan, Ketua Chef : Chef Johari , Chef  Yahaya, Chef Priya

Ketiga-tiga Chef ini dari segi masakan memang mengkagumkan. Namun dari segi pengacaraan, pandangan peribadi agak mengecewakan. Chef Yahaya nampak gaya macam Ustaz Zul@pengacara Imam Muda. Ayat yang digunakan agat skema, bahasa baku dan macam follow the skrip. Tak nampak "Wow" factor dari segi pengacaraan. Apapun, ini baru episod 1 kan? Lagipun , lain padang lain belalang.

Cabaran Pertama Episod 1 :

Cabaran Memotong Bawang
Pisau Yang tajam penting bagi mengopek bawang
Ary Malik, antara peserta yang turut serta MasterChef Malaysia

Inikah mentaliti rakyat Malaysia? Berebut-rebut nak ambil bawang?
Takkan tak cukup satu forklift untuk semua peserta? Umm, bad Impression, Bad Impression


For me, rasanya Chef Yahaya agak kasar kepada peserta. Maybe dia nak tiru cara Chef Gordon Ramsay di MasterChef USA tapi nampak macam tak kena jer..Satu part yang saya tak suka :



Patutke bawang yang dipotong kurang elok dibuang di dalam tong sampah?
Rezeki tu dan still boleh guna...Kenapa dibuang dalam tong sampah?
Respectla Pakcik ni @ Wahidan Si Penoreh Getah dari Sabah
Peserta pertama yang lepas cabaran memotong bawang ini

10 Peserta yang tidak melepasi cabaran ini berentap untuk cabaran Memasak. Ingredient utama yang perlu digunakan adalah Udang. Hik3, teringat pula SemiFinal Blogger MasterChef Malaysia. Skill masakan peserta memang saya kagum, terror2 semua memasak . Chef Jemputan @ Chef Kenny @ Pelakon Baba dan Nyonya dijemput sebagai Juri Jemputan. 


Udang, Udang, Alisya Suka

Antara menu yang mendapat pujian tertinggi Chef adalah :


Udang Bersos Kari Nyonya Mangga

Udang Sinar Mentari

Nak tengok resepi mereka, bolehla tengok di sini : http://www.astro.com.my/masterchef/

Beberapa orang peserta disingkirkan di Episod 1 ini.

Overall, kalau diberikan rating untuk first episod ini, saya berikan 5/10. Waiting for soooo long tapi agak mengecewakan. Tak banyak "Wow faktor" yang saya nampak. Pengacara agak skema dan macam baca skrip, jantung tidak terasa berdegup kencang melihat peserta memasak,dan  suara latar agak mengantukkan .

2nd episod malam ini saya tetap akan tonton or rekodkan ajer dengan PVR sekiranya ianya masih seperti episod pertama. 

Apapun, itu hanyalah pandangan peribadi saya, anda yang menonton semalam macam mana pula? 

October 12, 2011

For A Men Who Think...

For A men who think "A women's place is in the kitchen" , u r totally wrong..Men's place is also in the kitchen..Look at Je Jai , finalist for Bloggers MasterChef Malaysia ...Good Luck brooo. Buktikan yang RCW itu silap apabila menolak lamaran bro

Jom Nonton MasterChefMalaysia

Bakat Terpendam CikLilyPutih Dicungkil di Bloggers @MasterChefMY


Kusangkakan CikLilyPutih hanyalah seorang Isteri yang yang Happy Go Lucky..
Yang Gilakan TV dan juga selalu tersenyum tersengih-sengih nampak gigi...
Ahh, apa kau peduli?

Juga Kaki Events memeriahkan Events blogger Sana dan Sini
Asyik-asyik dia, ehh, No pain no gain usahala kalau nak merasa sekali
Jangan asyik nak mengata itu ini
Rezeki sama-samalah direbuti dan dikongsi-kongsi


Walaupun Namamu mungkin masih ramai yang belum kenal, namun, Lubang Hidungmu tetap menjadi pujaan si Je Jai yang bakal bertanding di Final Bloggers MasterChefMY

Kaki bergosip dan "AJK Approval" Geng talibaruts antara jawatan yang dipegang kini
Ooh, gila kuasa betulla Minah Ini
Hak3, jangan marah sekadar bergurau macam tak kenal Eyriqazz 

Namun, sungguh ku tak sangka, disebalik apa di atas...

Rupa-rupanya turut ada bakat terpendam 

Bakat Memasak turut Dicungkil di Bloggers @MasterChefMY
Tak percaya boleh terjah entri INI
Walaupun tak ke final, ingat mudah ke nak sampai Semi Final stage?
Oooh, no wonder both Suami Isteri "Riang Gembira"
Rupa-rupanya bakat memasak memang dah ada


Ahhh, Ni yang buat saya makin teruja untuk Menonton MasterChefMalaysia
Tentu menarik dan buat lidahku terliur sama
Cishh CikLilyPutih ini salah satu dikau punya angkara
Meh jemput ke rumah, saya mahu test dikau punya "Kepoweran" memasak pula...

Kasi 5 Love jika korangpun turut rasa CikLilyPutih memang terror memasak saje-saje tak tunjuk Skill selama ini

Jom Nonton MasterChefMalaysia

October 10, 2011

Kak Ina KL dan Blogger MasterChefMY | Hasrat di Hati Tidak Tertunai


Kak Ina KL nama diberi
Mencuba nasib di Blogger #MasterChefMY pertama kali
Blogger masakan terkenal sana sini
Pernah try masakannya memang terliur hati

Di dapur ini mereka beraksi
Menunjukkan bakat yang terpendam selama ini
Oh kenapa tiada live di saat ini
Mahu juga melihat aksi memasak teruja hati
Suwa suwee good morning goreng-goreng sedap sekali
Masak memasak memang hobi Akak dari dulu lagi
Masuk Blogger #MasterChefMY memang teruja hati
Yang terbaik dari akak mungkin itu kata Kak Ina KL ini

Tuah ayam nampak di kaki
Setelah mencuba, hasrat tidak tertunai kali ini
Walaupun tidak ke final Blogger #MasterChefMY time ini
Tahun depan kalau ada akan dicuba lagi

Saya memang teruja hati
Melihat pengalaman yang dikongsi oleh Kak Ina KL di ENTRY ini
Pengalaman menguja sayang tak dapat join sekali
Akan saya rekodkan dengan Astro B.yond PVR sudah semesti
Siapa terlepas, jemputla ke rumah tontoni sekali

I Need Your Love, Please

April 7, 2011

MasterChef Malaysia | KakInaKL dan Mat Gebu Bakal Berentap....

Sambil-sambil layan drama bersama Astro B.yond PVR, terperasan iklan MasterChef Malaysia. Wah, gempak ni, saya memang minat sangat-sangat MasterChef USA yang dimenangi si Whitney tu, memang best dok tengok masakan yang sedap-sedap dan skills memasak yang gempak habis.


MasterChef Malaysia dibawakan khas oleh Astro tak lama lagi 

Agak-agak kalau Eyriqazz join ada chance terpilih tak?

Dream on eyriqazz. Setakat masak Maggi dan Air Masak boleh la...Hik3, namun ura-ura dunia blogger semakin kuat mengatakan dua pakar masakan blogger yang saya cukup kagumi bakal menyertai MasterChef Malaysia ini, tak lain tak bukan ianya adalah :
1) Kak Ina KL ( kredit picture to Kak Ina KL )
Tengok Masakannya pun sudah kecur air liur ini
2) Mat Gebu @ TiffinBiru ( Credit Picture to Mat Gebu)

2 orang ni memang tak perlu disebut lagi. Memang cukup terkenal di dunia blogging dengan masakannya yang menggiurkan. Saya sendiri pernah merasa masakan Kak Ina KL, memang sedap. Mat gebu belum lagi, tapi kalau Kak Ina KL sendiri yang cakap sedap, memang confirm la sedap. Umm, tak sabar melihat mereka berentap di Gelanggang MasterChef Malaysia. Boleh kecur perut Chef-chef di Malaysia ni. Hik3, gurauje, sekadar cabaran buat mereka. Memang teringin nak tengok mereka beraksi di MasterChef Malaysia. Korang setuju tak kalau mereka join?

Apapun, kalau berminat nak join MasterChef ni bolehla terjah sini :


Entri berkaitan MasterChef Malaysia



P/s : Suggestion buat Astro, kalau MasterChef Malaysia ni turut ditayangkan di Channel HD, tentu lebih mengujakan. 

P/s/s : Korang sokong tak kalau Kak Ina KL dan Mat Gebu join MasterChef Malaysia ni?
Related Posts with Thumbnails