Showing posts with label selingan. Show all posts
Showing posts with label selingan. Show all posts

October 21, 2012

Tips Elak Kereta Dicuri


I'm Watching You...
"Amcam, Kreatif Tak?"

September 4, 2012

Jangan Diucap Selamat Tinggal


Sungguh ku tak sangka sampai begitu sekali rajuk hatinya. Dek kerna Eyriqazz tidak membenarkan dia join Contest INI, katanya biarlah dia membawa diri jauh ke negeri orang. 13 jam perjalanan membawa diri hati yang lara. Owhh, sungguh susah nak dipujuk.

Maafla bro, bukan taknak bagi bro join tapi biarla orang lain yang menang kan? Walaupun merajuk hati, sempat lagi dia menghadiahkan Duit Raya RM6,300 buat 63 pemenang sempena pemergiannya dan eyriqazz pun salah seorang pemenangnya. Dalam merajuk, sempat lagi dihadiahkan duit raya...

P.s : Have a nice journey bro...Kalau Mamat perasan Ensem ini nak kirim Jersey Robin Van Persie, eyriqazz just nak kirimkan fridge magnet dari sana ya bro? Cukup2la bawa hati yang rajuk itu....Hik3....

May 22, 2012

Rakyat Didahulukan, Janji Ditepati

Apa Pandangan Anda?
P.s : Gambar ini diambil ketika pulang dari Terengganu ke Kelantan

April 18, 2012

Single and Available


Tips Memilih Calon Suami :

1) Pegangan Agamanya - Pass, walaupun lebih muda, dia yang selalu jadi Imam-
2) Hubungan dengan Ibu Bapa dan Keluarga  - Big Pass, adik-adik pun turut dibantu dari segi kewangan-
3) Interaksi dengan kanak-kanak -Big Pass- ( Yup, kalau orangtu mudah mesra dengan kanak-kanak, InsyaAllah, dia boleh jadi Bapa/Ibu yang bagus)
4) Hubungan dan Interaksi dengan rakan-rakan - Antara rakan terbaik pernah saya kenali, saya nak kahwin pun dia kasi duit, anak saya pun dia kasi duit raya,Mak Ngah saya dalam masalah dulupun disumbangkan 4 angka...Bro, gua akan kenang lu sampai bila-bila-
5) Rupa Paras - Pilihla yang ini yang terakhir, wajah yang hensem tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan. Suami Miang tetapi Setia mungkin lebih baik dari "Malu-malu kucing tapi pasang dua tiga di belakang"


Yup, My friend ni still Single and Available. Saya percaya, siapa yang menjadi Isteri pasti akan gembira. So, any taker?

P/s : Mr. H, selingan dan usikan je...Tapi apa yang dari no. 1 hingga 4 tu, memang  ikhlas dari gua... Hik3....

February 28, 2012

Memang Tak Ada Lelaki Sehebat Aku


Kesetiaanku Diuji Lagi. Lafaz-lafaz cinta dari gadis itu membuatkan hatiku tidak keruan. Cantik,memang cantik Orangya. Ohh, Patutkah Aku Curang? Ohh, Ku tahu, memang tak ada lelaki Sehebat aku. Hensem tiada,manis dan kata-kata yang mampu melembutkan hati wanita di luar sana, mungkin ada...

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Isteri yang setia padaku


Maaf, Cintaku Hanya Untuk Isteriku....

P/s : Memang Tak Ada Lelaki Sehebat Aku, tapi yang lebih hebat ramai di luar sana.... Entri ini sama dengan entri-entri sebelum INI...

February 13, 2012

Rezeki Berganda Abang Dragon


Abang Dragon dapat cek berganda dari Nuffnang
Payung Biru, Payung Merah

Dengar cerita mahu payung-payungkang
Jangan Lupa Hutang dengan Mak Merah ?

February 11, 2012

Bila Masa Saya Kahwin dengan Inul Goyang?


Ehh, Bila Masa Saya Kahwin dengan Inul Goyang @ Madammondoq ni?
Speechless... Check out entri INI

P/s : Alisya, alisya anak siapa? Alisya anak Papa, Anak Mama, Anak Ayah Su, Anak Atokk.... Anak atok? Hik3, kids....

February 10, 2012

Income Blog Negatif?


Ehh, camne Income blogging bulan ni boleh jadi negatif? Huk3, first time ni sepanjang berblogging bersama Nuffnang dapat Income Negatif. Normally memang 3-4 angka. Takpelah, hasil berblogging ini untuk digunakan bersama keluarga, so mana yang bukan kita punya, patut dikembalikan ke tempat yang sepatutnya kan?

Alhamdulillah, rezeki bulan Februari. E-mail gembira diterima lagi bulan ini. We are pleased to inform you that you have been selected to run a sponsored post on "Great Teacher Onizuka" Alhamdulillah, rezeki anak-anak. 

P/s : InsyaAllah, jika tiada aral melintang, akan dikongsikan rahsia menjana 3-4 angka sebulan dengan berblogging di SINI nanti. 

February 6, 2012

Aksi Gadis Melayu Masa Kini


Inikah Aksi Gadis Melayu dan pasangan masa kini? Gambar ini diambil ketika bercuti di Melaka, di depan Dataran Pahlawan Megamall, Melaka. Si lelaki membimbit beg tangan wanita dengan tangan merayap di..... 

P/s : Dunia makin maju tapi banyak perkara lain yang semakin mundur ke belakang. Semakin risau dalam menempuhi dugaan membesarkan anak-anak especially anak perempuan. Terlalu besar dugaan kiri ,kanan,depan belakang....

February 3, 2012

I Love Eyriqazz.Com

Amcam, Cantik tak?
Umm,myself i'm not totally happy dengan hasilnya yang dibeli di SINI
Dahla mahal, RM35, tapi hasilnya tidak seperti yang diidam-idamkan...
Any recommendation tempat lain yang menjual design Baju "I Love ........ "ni yang memuaskan hati dan Indah Khabar Indah Rupa?

P/s : Huwa,huwa..Ni yang makin jealous dengan Design yang Akak Gojes ni Pakai ni.. Nampak jauh lebih cantik dan menarik...Sayang, tempat dia beli tu sudah gagal dikesan...

February 2, 2012

Jerat Percintaan U and Me

Dari mata turun ke hati
Dari hati teruslah MC
Penangan renungan tajam buat Nurul ternanti-nanti
Bilakah nak diajak berkaroake lagi
Dua tiga kucing berlari
Nurul lari abangensem kejar dengan LRT
Hati bertaut ku nanti-nanti
Inikah jelingan yang dipelajari dari Datuk K yang buatkan Datuk Siti Nurhaliza terus kata “Jerat Percintaan u and Me”
Amboi-amboi feeling-feeling melayan diri
Ayat baik mengayat awek kanan dan kiri
Si Nurul tersipul-sipul malu blushing Pipi
Tertanya-tanya apakah yang bermain di Hati
Tapi di dalam hati.... " Dulu Mahu tapi Malu"
Kini Baru Ku Tahu
Jeling-Jeling AbangEnsem Menjelingku
Buatkan Hatiku terkedu

P/s : Credit picture to Madammondoq dan entri ini hanyalah entri usikan buat rakan-rakan bloggers....Hik3...

Baucar Buku 1Malaysia Milik ...........


Yieza, Baucar Buku 1Malaysia dalam genggamanku. Yess, eyriqazz seorang pelajar Universiti/Kolej, beberapa tahun yang dulu. Umm, how come ia dalam genggaman ku? Beli Baucar Buku yang dilelong/dijual oleh pelajarke?. Oh tidak, saya tidak buat sebegitu. 

So, camne baucar buku 1Malaysia berada di tangan eyriqazz? Apa kata anda? Camna saya dapatkan baucar ini?

February 1, 2012

RM10 6 Minit

Biar betik? RM10 untuk 6 minit? Umm, betul tak puas.Tak puas. Apa yang tak puas? Petang tadi sempena Cuti Hari Wilayah sempatlah ke Jusco Wangsa Maju. Wah2, dah ada benda baru di tengah2 tu. 


Go Kart . Boleh naik ngan anak-anak
Meriah

Yang tak bestnya, Serius Sangat mahal. RM10 untuk 6 minit je

Alisya merengek-rengek menangis nak naik. Sayangkan anak, ikut-ikutkan. Memang dia happy giler. Lepas naik sekali, nak naik lagi. So, 12 minit for RM20. Kalau sejam RM100. Kalau 8 jam, RM800. Fuhh, mengalahkan harga menginap di Hotel bertaraf 5 bintang. Mengalahkan harga sewa kereta sehari di Sabah

P/s : Pandai diorang buat duit/bisnes dan  mengambil peluang di kala kecutian.

Terima Kasih Kepada Rakan Blogger


Terimakasih Kepada Rakan Blogger. The power of backlinks sampaikan bandwith limit exceeded. Skim Sara 1Malaysia mencetuskan kontroversi. Halalke, haramke? Umm, too good to be true. Malas nak fikir panjang, dunia akhir zaman. Mandi Kolam Lagi best... Sejuk dan nyaman.Takpun Pekena Nasi Lemak Sedap pun best juga. 

Makin famous rakanku ini. Penangan Jumpa Abang Ensem sampaikan sepet mata dibuatnya gadis itu. Umm, pakai ilmu apa mengayat bro?.30K dalam setahun, nampak lumayan, mungkin ada Rahsia yang boleh dicungkil dari Rahsia 14 Buah Rumahku Terbongkar

Namun, dalam kita bergembira, Ada Rakan yang tengah bersedih. Blog Dijangka Bersawang, tabahkan hati kuatkan semangat bro. We will always be with you,dimasa senang or dimasa susah. Oh, dah lama tak masuk List Top 10 Link Referral .

Bermingle-Mingle tak ajak kita
Kari Ayam nampak menyelera
Carrot Cake pun terliur sama

January 31, 2012

10 Sen Boleh Beli Apa?

Kecil-kecil dulu, 10 Sen boleh beli beberapa biji gula-gula, jajan, Aiskrim 1Malaysia,  dan pelbagai lagi. Sekarangni agak-agak dengan 10 Sen boleh beli apa ya? Nak masuk tandas pun tak lepas 10sen rasanya.

Umm, Semalam bila Baca entri Mamat Malam Jumaat dengan tajuk entrinya yang buat orang teruja nak klik : Hisap Jangan Tak Hisap , terasa nak buat entri pasal ni. Haa, 10 Sen boleh beli apa?

10 Sen bolehla beli Aiskrim 1Malaysia, Mak eyriqazz jual di kampung

Mak, kenapa Mak jual aiskrim ni?. Duit eyriqazz kasi tak cukupke? Mak saje, boring-boring, ada la kanak-kanak datang rumah, terhiburla hati mak ni. Nak tengok cucu, setahun berapa kali je balik kampung ( Ni yang buat eden sedih ni...) . Lagipun, dapatla lebih kurang RM1 sehari, lepasla Mak nak bayar bil elektrik. Duit Eyriqazz kasi boleh mak belikan mainan buat cucu mak (Sob2, mak buat saya makin sedih lagi...)

Itulah nilai 10 sen. Besar maknanya bagi yang menghargainya. Syahdu bila ingat kat Mak, nasib baikla ada adik bongsu menjadi peneman mak di kampung. 


RM25 boleh beli Apa pula? Bolehla beli Ebook AbangEnsem  . Ilmu dari RM25 ini bolehla dikembangkan menjadi 4-5 angka.Eyriqazz dah cuba, it's work for me...Tak sabar nak memiliki rumah ketiga pula...Now dah ada konsisten return 3 angka sebulan dari rumah sewa pertama.

P/s : 10 Sen Boleh Beli Apa? Umm, kalau tak boleh membeli dengan 10 sen, simpanla dalam tabung. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Kalau dipraktikkan dengan Tips Tabung Bunian ni, simpanan selama 3 tahun boleh mengalahkan Simpanan Seorang yang berusia 30 tahun (Hint,hint Usia eyriqazz 5 tahun lagi...Hik3)...

January 30, 2012

Kemaruk Juara Lagu

Hik3, tergelak sakan eden dibuatnya melihat aksi adik bongsuku ini
Inikah namanya "Kemaruk Juara Lagu''?
Aksi Siapa yang ditiru ni? Faizal Tahir ke? 

P/s :  Patutpun Awan Nano menang #AJL26 ...The only lagu yang follow tema "Air" rasanya kot.. 

January 29, 2012

Will You Marry Me?

Will You Marry Me?
Ehh, ehh,tersilap orang ke?
Ahaks,ahaks.... Apa pandangan anda? 
Kenapa Mamat Ala-ala Datuk K melutut di depan lelaki itu?

Teringin Nak Melancong Oversea


Almost 10 tahun berlalu. Bila tengok balik video ni, memang meruntun-runtun hati ini. Honestly, sejak pulang tamatkan zaman belajar di UK tahun 2005, tak pernah lagi eyriqazz keluar Malaysia. Pernah la sekali hampir nak dapat pi Hong Kong Disneyland, namun bukan rezeki. Cancel last2 minute.


Yup, pernah janjikan Isteri nak bawa at least ke Bandung or Singapura, tapi ada saja sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. 

Hopefully, this year dapatla tunaikan hasrat Isteri dan diri Sendiri melancong ke Oversea. Tak perlu jauh-jauh, dapat pergi Singapura, Bandung or Thailand pun jadi. 

P/s : Perasan tak, pekerja full time cam most of us, we spent most of our time di Ofis dari keluarga sendiri? Umm, bilakah agaknya boleh keluar dari "Rat Race" ini?

January 28, 2012

Hanis Zalikha dan Eyriqazz di NST

 Amboi...Muke Masuk Paper NST ye...Tahniah my bro...Kwan opis yang bagitau... Kalau x, x perasan juga... -Dari Adikku semalam-


Fuhh, punyalah excited..Tergigil-gigil mencari NST tapi ofis eyriqazz takde NST la pula. Dah subscribe The Star... Mesej sana,mesej sini nak tau apa kisahnya..Yerlah, kot-kot menang Kereta ke, cabutan bertuah ke...Rupanya :


Hanis Zalikha dan Eyriqazz di NST... Ehh, Kekasih Rozita Che Wan tak jadi pun ada, Nani Rostam, Tey Cindy, Kenwooi, Diese (meet her masa Coffee with Nuffies) dan ramai lagi...

Bukan setahun, mahu makan bertahun-tahun ni wajah riak ini..... Kih3...Yang buruk itu datangnya dari diri sendiri yaa...

P/s : Alamak, muka berminyak laa..Any recommendation pencuci muka terbaik ? Hihihihi.....

January 27, 2012

Money Is Not Everything


Pernah tak dengar kata-kata ini "Money Is Not Everything" (Duit bukan segala-galanya). Yup, Indeed, so true, tapi di zaman moden ni :

- Sanggup beratur panjang di bawah panas mentari untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

- Mak saya cakap, time mesyuarat kampung, bukan main susah nak datang. Tapi time nak kasi borang bantuan Wang Ehsan, orang yang tak layak isi borang pun berduyun-duyun datang.

- Wifey cakap time bantuan persekolahan, 2 jam je, habisss... Sanggup ambil cuti etc. Time mesyuarat PIBG, batang hidung pun tak nampak.

- Banyak bloggers cakap, "Saya berblog bukan kerana duit". Tapi agak-agak kalau duit tu takde dalam berblog, agak-agak berapa ramai yang akan tutup blog ya?. Me? Tepuk dada, tengoklah nanti...Hihihi...

-  Ramai Lelaki Bujang dan Wanita Bujang belum berkahwin kerana faktor kewangan--> Ranjau Kewangan Seorang Lelaki Untuk Berkahwin

- Di Malaysia, tak susah nak kaya @ Senang or banyak duit. But, u must know the right person. Itulah kata salah seoarang business Mat Salleh yang pernah buka bisness di Malaysia.

Money is Nothing in Zimbabwe, Nak beli Roti pun kena guna sistem barter @ emas sebagai tukarannya... Kawan saya cakap, Investla in Gold

Jutawan Hartanah cakap, Investla in Property...  Check out : Tips Mudah Lulus Pinjaman

*Money Is Not Everything, but without money .................  silala sambung sendiri....
Related Posts with Thumbnails