Showing posts with label jusco wangsa maju. Show all posts
Showing posts with label jusco wangsa maju. Show all posts

February 1, 2012

RM10 6 Minit

Biar betik? RM10 untuk 6 minit? Umm, betul tak puas.Tak puas. Apa yang tak puas? Petang tadi sempena Cuti Hari Wilayah sempatlah ke Jusco Wangsa Maju. Wah2, dah ada benda baru di tengah2 tu. 


Go Kart . Boleh naik ngan anak-anak
Meriah

Yang tak bestnya, Serius Sangat mahal. RM10 untuk 6 minit je

Alisya merengek-rengek menangis nak naik. Sayangkan anak, ikut-ikutkan. Memang dia happy giler. Lepas naik sekali, nak naik lagi. So, 12 minit for RM20. Kalau sejam RM100. Kalau 8 jam, RM800. Fuhh, mengalahkan harga menginap di Hotel bertaraf 5 bintang. Mengalahkan harga sewa kereta sehari di Sabah. 

P/s : Pandai diorang buat duit/bisnes dan  mengambil peluang di kala kecutian.

January 3, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan | Johnny's Restaurant

Salah satu tempat makan stimboat kegemaran kami adalah Johnny's Restaurant. Lokasinya pun tak jauh dari rumah, biasanya terjah di Jusco Wangsa Maju :


Pilih Ala Carte.Yang set pun ada. Ada kuah sup dan juga Tomyam. Biasanya ambil sup je

Nyam2, sedia untuk dimasak

Sabar,sabar, sedap,sedap...Hik3
Pelbagai pilihan untuk dipilih
Sambal ladanya terangkat
Sambil pekena teh panas. Syok jugakk
Slurp,slurp..Sedap Papa. Tempat ni memang favourite Isteri

Harganya for me agak mahal laa skit. Air kosong pun nak charge kan?

Overall memang sedap, my favourite telur burung puyuh cuma overall harganya for me agak mahal la skit. Apapun, tepuk dada,tanya selera kan? Sometimes kegembiraan bukannya boleh diukur dengan wang ringgit. Once in a while bawa keluarga ke tempat camni apa salahnya kan? 

Johnny's Restaurant Jusco Wangsa Maju

P/s : Amcam, pernah terjah Johnny's Restaurant? Apa pandangan anda?

August 23, 2011

Hot & Roll Jusco Wangsa Maju

Wah,ada restoran baru buka di Jusco Wangsa Maju. Hot & Roll namanya. Nampak cam ramai yang beratur, restoran ala-ala pancake ni. Apa lagi, kami pun terjahi sekali. Sebelahje dengan CoolBlog yang memang kegemaran Isteri :
Hot & Roll Jusco Wangsa Maju
Pisang..Nyam2....
This one Chapati kot.Makcik sebelah yang order
Pisang tambah coklat. Terangkat.
Nyam2, Yummy

Overall, boleh tahan juga kesedapannya. Rangup, Crunchy dan sedap. Tapi wifey cakap yang dekat Wangsa Walk lagi sedap. Umm, kena try yang dekat wangsa Walk la pula lepas ni....

August 22, 2011

Berbuka Puasa di Secret Recipe, Jusco Wangsa Maju

Semalam sempatlah kami Berbuka Puasa di Secret Recipe, Jusco Wangsa Maju. Yang lain-lain dah fully booked, nasib baik terjahi sini masih belum penuh :

Aksi Budak tak puasa. Bukan main suka lagi Alisya dengan Air Sirap Secret Recipe
French Fries untuk Alisya
Order Main Course, percuma kurma dan Air Sirap. Bagus juga, yerla, Air di Secret Recipe ni mahal
Umm,Sedapnya Papa. Papa Nak?
Black Pepper Chicken untuk Isteri. Wifey cakap sedap
Nasi Goreng Satay Ayam for me. Umm, bolehla tahan. Biasa-biasaje rasanya
Happy Moments, "Senyum-Senyum"
Mata Alisya ikut Mama dia ke Papa nya? Hik3...
Hik3, tergelak sakan bila agent Insurans eyriqazz cakap eyriqazz ni kacukan Chinese, coz mata Sepet..
Umm, sepetke?

Total cost RM30+. So far bolehla rasa makanan di sini. Yang penting dapat makan dan spend Quality time seisi keluarga.
Related Posts with Thumbnails