Showing posts with label food review. Show all posts
Showing posts with label food review. Show all posts

November 16, 2012

Burger Bakar Kaw Kaw Wangsa Maju

Pengalaman pertama mencuba Burger Kaw Kaw Wangsa Maju bulan Jun 2012 yang lepas. Time ni memang burger bakar ni tengah hot selepas keluar Jalan-Jalan Cari Makan dan mendapat publisiti meluas dari media massa dan juga bloggers.

Inilah pengalaman saya untuk dikongsi bersama :

Burger Bakar Beef Single, Cheezy Baconizer , RM13 satu set
1st Burger Bakar in Malaysia. Kaw ke?
Harga burger Bakar Kaw Kaw. Order, rileks, n tunggu ianya sampai
Alamat : Jalan 4A/27A, Seksyen 2 Wangsa Maju, 53100 Kuala Lumpur
Official Website : http://burgerbakar.com
Boleh tahan juga ramai yang beratur time ni
Boleh tahan cara masakannya
Amcam, nampak menggiurkan tak?
Sosej nya pun sedap. Favourite Alisya
Jemput makan, jangan malu-malu
Amboi-amboi, bukan main lagi my lovely Wife & Princess
Yummy, Sedap. Met my expectation
Habis Licin
Bukan main suka lagi Alisya

Overall, testimoni saya, burger bakar kaw kaw wangsa maju ni sedap juga.Satu kelainan dan rasanya pun lain dari yang lain. Cara masakannya pun agak unik. Cuma, sedikit cadangan dari eyriqazz :

1) Signature Drink tu mungkin boleh dipelbagaikan. Mojitos tu tak berapa sedap dan kenala makan dengan burger bakar. Saya lebih prefer minuman tu Teh Ais ke, Milo Ais ke, Milo Dinosaur, etc.
2) Kadar kebersihan. Yerlah, sebelah longkang dan tepi jalan. Pernah terserempak tikus besar di sebalik longkang tersebut. 
3) Special harga untuk regular customer. Barula rasa nak singgah selalu
4) Roti tu rapuh sangat. Makan sekejap, dan berderai-derai.


Selepas heboh burger bakar ni, rasanya sepanjang bulan June-Nov 2012, burger bakal yang lain muncul bagaikan cendawan selepas hujan.Berlambak-lambak dan bersepah-sepah. So, bila dah banyak camni, keunikan asal bagaikan hilang dan aura "wow" faktor nya makin berkurang. Last time terjah bulan lepas, Queuenya pun sudah tidak sepanjang masa terjah bulan June 2012.

Overall, we have fun and enjoy the Food
Overall Rating = 8/10, InsyaAllah, next time singgah lagi

November 9, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan - Cinnamon Box, KL Festival City

2 tiga hari lepas, pergi dinner di satu restoran baru, Cinnamon Box, KL Festival City. Mak mertua teringin nak makan kat sini :

Sirap Selasih dan Ice Lemon Tea. Ambil set pakej
Nasi Pandan Sambal Udang, RM8.90 (termasuk air satu gelas)

Boleh tahan juga nasi pandan ni. Berselera Alisya dan eyriqazz makan. Memang puas hati, sedap dan meet my expectation.

Oh Som. Oh Sem..Yup, Azim n Papa memang ensem

Mee Kari untuk Mak Mertua. Serius voila dan nampak menggiurkan

Isteri order Mee Sup (tiada dalam gambar), bapa mertua order Nasi Pandan Ayam Rendang. Sedap juga kata diorang.

Cucur Ikan Bilis. Sedap,sedap...RM7.90
Antara menu yang paling sedap di sini, Pisang Karamel with Ice Cream ,Rm6.90

Tak cukup satu, order dua. Memang terbaik. Isteri siap ajak nak singgah lagi lepas ni. Makcik goyang pun dah excited nak tahu kat mana kitorang order. Bolehla datang dan belanja kami ya? 5 mins je dari rumah eyriqazz.

Suasana Santai. Kat Luar Restoran
Suasana di dalam. Lokasinya yang agak tersorok, no wonder dah terjah dekat 10 kali shopping complex ni, tak pernah terjah
5 orang makan, RM66.20. Berbaloi-baloi..Plus, takde service charge
Cinnamon Box, KL Festival City
Antara menu-menu menarik di sini
Cinnamon Box
Lot G-20 & AG-20, Ground Floor
KL Festival City
Taman Danau Kota, Setapak.
Tel no : 03-41317289

October 14, 2012

Restoran Marina Seafood, Johor Bahru

Semasa bercuti di Legoland Malaysia, malam itu kami dibelanja makan oleh pihak Maybank di Restoran Marina Seafood, Johor Bahru.Sampai-sampai, nampak akuarium di luar restoran tersebut :


Udang Kara? Perghh, Giler best kalau dapat makan Lobster ni

Mr Crab. Papa, jangan la makan Mr Crab

Around 10 minit, sampailah makanan :


Seafood Sup. Ehh, ni bukan Sup Sirip tau
Being a blogger, perkara pertama sebelum makan adalah Snap gambar
Satu meja dengan Nanirostam dan Sue Anna Joe
Sayur. Eyriqazz suka mushroom dia.Sedap
Sotong Masak Cili. Boleh tahan juga
Roasted Duck. Umm, tak kena dengan selera eyriqazz. First time makan Itik
Udang. Boleh tahan juga
Dancing fish
Jemput makan
Air Chinese Tea dengan F&N. Nak je request Teh tarik tapi seganla pulak, orang belanja nak demand lebih-lebih kan?

Ketam goreng, voila my favourite

Overall, pendapat peribadi eyriqazz, rasa makanan di sini, bolehlah tahan, just average. Eyriqazz kasi rating 7/10. Harganya tak pastila pula, orang belanja, so tak sempatla tengok bilnya. Untuk desertnya, satu keunikan :


Air Durian Belanda. Mula-mula wifey sangkakan Jus Kelapa Muda
Restoran Marina Seafood, Johor Bahru

September 30, 2012

Pha-Pha Garden Taman Melawati - Makan Malam Yang Mengecewakan

2nd time singgah di Pha-Pha Garden, Taman Melawati ini. Pengalaman pertama sebelum ini, tidak mengecewakan. Sedap dan kena dengan citarasa. Malam ini, singgah lagi coz ingin mencuba dan mengidam nak makan ikan bakar. Nak pi jauh-jauh, tak sempat pula. 


Tomyam Ayam - Sedap
Suka dengan cara dia masak. Voila, panas-panas lagi

Tanya-tanya tentang ikan bakar. Yang ada malam ini, Ikan siakap ngan kembung je. Orderla siakap, lebih kurang setengah jam , sampai :


Ikan Siakap Bakar  - RM38

Masa sampai memang terkejut coz kosong je. Tanya dia takde kuah kat atas ke? Yang pedas-pedas tu. Then dia bawakan sos thai. Umm, lain diminta lain yang diberi. Mungkin memang camni cara masakan Ikan Bakar di restoran ini.

Tryje secubit dua, WTFisshhh... Honestly, ini pengalaman ikan bakar yang paling mengewakan. Rasa ikannya yang macam kurang masak dan tiada rasa. Kosong, just rasa ikan. Cam tak berbaloi saya bayar RM38 untuk ikan siakap bersaiz sederhana. Serius agak kecewa. Makan je la lauk-lauk yang lain.

Total harga termasuk 2 jenis lauk dan 3 jenis air RM60. Fuhh, terbang my 2 weeks lunch.


Macam-macam hidangan bakar

Harga dan rasanya serius buat saya terbakar

Sorry, my rating this 2nd time, 4/10. Kerana ikan bakar tersebut, spoil mood makan malam hari ini. Keluar dengan muka yang kecewa dan "terbakar"

Samurai Burger - Wachaaa!

Beberapa hari lepas, wifey mengidam nak makan Samurai Burger, Mc Donalds. So, bawala ke sana :

Samurai Burger - Packaging unik
Samurai Burger - Macam burger bakar pun ada
Sedap ke?
Isteri cakap sedap
Eyriqazz cakap, bolehla tahan. Sedap burger Bakar kaw kaw lagi
Jemput makan
Satu set
Rakan blogger cakap Katsu Curry dia sedap. Umm, tak sempat try

Mc Value Dinner- RM11.15 datu set
Siapa ada double Samurai, tentu Food Blogger ni dah try

P.s : Next week nak pekena Burger KL Drift dan Burger Bini-bini ku Gengster la pula. Baru bukak depan rumah eyriqazz.
Related Posts with Thumbnails