Showing posts with label jalan jalan cari makan. Show all posts
Showing posts with label jalan jalan cari makan. Show all posts

November 9, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan - Cinnamon Box, KL Festival City

2 tiga hari lepas, pergi dinner di satu restoran baru, Cinnamon Box, KL Festival City. Mak mertua teringin nak makan kat sini :

Sirap Selasih dan Ice Lemon Tea. Ambil set pakej
Nasi Pandan Sambal Udang, RM8.90 (termasuk air satu gelas)

Boleh tahan juga nasi pandan ni. Berselera Alisya dan eyriqazz makan. Memang puas hati, sedap dan meet my expectation.

Oh Som. Oh Sem..Yup, Azim n Papa memang ensem

Mee Kari untuk Mak Mertua. Serius voila dan nampak menggiurkan

Isteri order Mee Sup (tiada dalam gambar), bapa mertua order Nasi Pandan Ayam Rendang. Sedap juga kata diorang.

Cucur Ikan Bilis. Sedap,sedap...RM7.90
Antara menu yang paling sedap di sini, Pisang Karamel with Ice Cream ,Rm6.90

Tak cukup satu, order dua. Memang terbaik. Isteri siap ajak nak singgah lagi lepas ni. Makcik goyang pun dah excited nak tahu kat mana kitorang order. Bolehla datang dan belanja kami ya? 5 mins je dari rumah eyriqazz.

Suasana Santai. Kat Luar Restoran
Suasana di dalam. Lokasinya yang agak tersorok, no wonder dah terjah dekat 10 kali shopping complex ni, tak pernah terjah
5 orang makan, RM66.20. Berbaloi-baloi..Plus, takde service charge
Cinnamon Box, KL Festival City
Antara menu-menu menarik di sini
Cinnamon Box
Lot G-20 & AG-20, Ground Floor
KL Festival City
Taman Danau Kota, Setapak.
Tel no : 03-41317289

July 26, 2012

Kenapa Eyriqazz tidak Sesuai Jadi Host Jalan Jalan Cari Makan

Beberapa hari lepas ada terbaca entri dari Food Blogger yang bertajuk 5 Bloggers untuk Calon Host Jalan Jalan Cari Makan . Umm, rasanya Eyriqazz tak layak untuk jadi calon host jalan jalan cari makan tersebut.

Jalan Jalan Cari Makan (Credit Picture to Nazrien)

Just for fun, ini sebab kenapa Eyriqazz tidak Sesuai jadi Host Jalan Jalan Cari Makan .

1) Tiada rupa , Siapa Eyriqazz?

Setuju dengan pendapat Cik Lily , rupa paras dan woww faktor amatlah penting dalam mengacarakan sesuatu rancangan. Pluss, Who the Hell is Eyriqazz?. Lainla kalau blogger tu Hanis Zalikha ke, Maria Elena, MatLutfi or Zackzukhairi, tentu meleleh ramai di depan kaca tv nak menonton. 

2) Kalau Sedap Kata Sedap, Kalau tidak katakan tidak

Yup, ada a few restoran yang difeaturedkan di Jalan Jalan Cari Makan TV3 hanyalah Indah khabar dari rupa. Contohnya Local Delights Recipe,Terengganu . Punyalah excited nak terjah di negeri halaman, rupa-rupanya tidakla sesedap seperti dikata. Hahaha, of course la rancangan tu kena cerita yang sedap-sedap je. Kan nanti eyriqazz asyik kondem restoran yang tidak menepati citarasa, tentu Produser dan Pemilik Restoran Marah kan? No, no, no..mana pernah rancangan JJCM kasi feedback negatif pasal restoran yang mereka singgah ,semuanya mesti ada lebih kurang camni :

" Umm sedap, rasanya yang amat menyelerakan, cukup rasa, .... sila sambung sendiri..


3) Eyriqazz Pemalu Orangnya

Hik3, nak jadi pengacara mana boleh malu-malu kan? Kalau perasan, banyak entri food review eyriqazz, jarang ada muka eyriqazz .Asyik Isteri dan Anak-anak yang jadi model. Hihihihi, dalam blog je banyak luahkan kata-kata. Normal la kan, dikurangkan satu tempat, dilebihkan di satu tempat lagi... Hahahaha....

Cukupla 3, korang sila sambung lagi ya....Kenapa korang rasa Eyriqazz tidak Sesuai Jadi Host Jalan Jalan Cari Makan? 2 komen terbaik akan eyriqazz kasi hadiah RM10 cash/top up each...


UPDATED - Pemenang adalah Cikgu Naman dan Sarah. E-mailkan pilihan hadiah ke iman1237@hotmail.com

July 8, 2012

Penangan Jalan Jalan Cari Makan TV3 - Queue Panjang di Yazid Burger Shah Alam

ooo kedai dia dekat bawah mee ketam tu je ke bro.. rasanya boleh gi terjah ni.. tadi baru je masuk Jalan Jalan Cari Makan TV3 .. meletup lah kedai ni lepas ni.. macam burger bakor.. hehehe - Myvitrd- Komen dari entri Yazid Burger Shah Alam


Petang tadi, lepas cover satu Job di Shah Alam, sempatlah dinner di Restoran Mee Ketam Shah Alam. Bawah tu, ada gerai Yazid Burger. Sempatlah usha tempat tu sekejap : 


Around 7 malam. Panjang giler dah Queue. Adalah dalam 30+ tengah beratur
Kagum dengan kesungguhan mereka beratur demi Burger Size Besar di Yazid Burger ini
Supersized Burger - Memang besar. 
Tengah Masak. Fuhh, kalau eyriqazz makan seorang, confirm tak habis ni
Fuhh, baunya agak mencucuk hidung ini juga. Tapi, mungkin bukan kali ini, tak sanggup eden beratur panjang
Full House. Memang meriah. Penangan Jalan Jalan Cari Makan TV3.
Tahniah, nampak perubahan yang lebih positif dengan pengacara baru, Iqram Dizly

June 11, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan : Restoran Mee Ketam, Shah Alam

Yieza, weekend lepas, sempatla terjahi Restoran Mee Ketam lagi. Kali ini bawa family, Adik perempuan, adik lelaki n bakal adik ipar. Wifey mengidam nak pekena mee ketam lagi, so terjahi la kali ini :


Mee Kari Ketam. Menggiurkan. Memang sedap dan puas hati
Alisya makan Honey Star je. Sampah buang dalam tu. Mee Ketam mama punya
Yummy,yummy..Meleleh air liur. Jemput makan
Slurp,slurppp...Sedappp
Alisya : Mee ketam alisya mana?? Takkan makan honey star je?
Tambah ketam nipah. Range harga RM6-11
Serius lebih sedap dari ketam biasa. Rasa lebih manis dan lembut
Tambah 3 ekor ketam extra. Ratah jangan tak ratah. Bukan main berselera Isteri meratah
Rasa cam berada di kampung je
Port kami. Yummy,yummy, puas hati

Total harga termasuk tambah 4 ekor ketam dan air adalah RM72. Lebih kurang Rm15 seorang makan . Puas hati, Sedap dan akan terjahi lagi nanti. 

Restoran Mee Ketam
No. 11, Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B
Seksyen 7, Shah Alam,Selangor.
Hubungi :Encik Ubai: 019-2496054 / 0192346388 / 0175653556

March 29, 2012

Restoran Asam Pedas Selera Kampung, Melaka

Semasa bercuti di Melaka bulan lepas, sempatla lunch satu keluarga di Restoran Asam Pedas Selera Kampung yang sememangnya agak famous dan pernah di featured di Jalan-Jalan Cari Makan, Warung Kita, dan pelbagai lagi. Jom terjah :
Ikan Asam Pedas , RM6 sepinggan

Asam Pedas memang famous di Melaka. Bagi penggemar Asam pedas, memang sedap. Bagi eyriqazz yang kurang sikit makanan masam-masamni, bolehla tahan juga. 

Ketam Masak Lemak, RM16 sepinggan

Ini wish list Isteri, mengidam ketam macam biasa. Sedap juga. Harga pun sedap.
Ayam Kampung, RM6 sepinggan

No wonderla terjah before this rasa mahal. Rupanya ayam kampung. One of my favourite dan menepati citarasa.
Daging masak Kicap , RM7

Ini pilihan dan kegemaran mak mertua. Indah khabar, Indah rupa.
Sayur Kacang, RM4

Suka kacangnya yang sebati dengan rasa ikan bilis. Ratah saja 2 pinggan pun eyriqazz boleh habiskan.
Suasana di dalam Restoran. Kalau time lunch dan dinner, memang sentiasa dipenuhi orang ramai
Total 5 orang makan RM89.20

Overall, puas hati. Rating eyriqazz kasi 8.5/10.Before this makan time malam dan tak ambil ambil lauk, so rasa cam tak ok.But 2nd round ni, rasanya worth it. Nampak ramai juga yang order Udang Besar, seekor dalam RM40-RM60 kalau tak silap. Next time singgah mungkin bolehla try.

Restoran Asam Pedas Selera Kampung
G2, Jalan P.M.3 Plaza Mahkota Square
75000 Bandar Hilir Melaka
Melaka

Lokasinya yang within walking distance dari Hotel Mesra Mutiara dan Dataran Pahlawan Megamall Melaka . 

March 12, 2012

Restoran Mohd Chan Abdullah, Wangsa Maju

Special thanks buat Bro Hazman Fadzil yang rekomenkan Restoran Mohd Chan Abdullah (Restoran Masakan Cina Muslim) ini. Jadi, 2 minggu lepas, kami terjahi la restoran ini yang salah satu cawangannya terletak di Wangsa Maju (tak jauh dari Carrefour Wangsa Maju).

Papa , Alisya Nak Pau. Memang pau, favourite Alisya
Ketam Masak "Sos Special" - RM38
Antara yang famous di restoran ini

Sejak wifey preggyni, memang selalu mengidam nak makan ketam. Memang sedap dan puas hati, rasanya yang manis-manis pedas, menambah lagi selera. Slurp,slurp menghirup kuah dan meratah isi ketam.

Ayam Masak "Kam Heong" - RM15

For me, biasaje. Ayam masak kicap mungkin lebih kena dengan citarasa saya. In term of harga, rasanya agak mahal kot.

Kangkung Belacan -RM8

Sedap dan juga mahal. Takperlah, at least ini antara sayur yang wifey boleh makan. 

Jus Epal -RM3.50, Sirap limau - RM1.60
Overall - Habis licin except for ayam tu...So, puas hati la juga makan di sini....
p/s : Kalau harga dimurahkan sikit, tentu lebih teruja nak singgah lagi...
Antara Menu lain yang boleh diperolehi di sini

Grand total = RM70+...
Restoran Mohd Chan Abdullah
6, Jalan 1/27F,
Pst Bdr Wangsa Maju (KLSC), Seksyen 5,
53000 Kuala Lumpur
Tel: 012 - 383 1499
Official website : http://mohdchan.com.my

Overall, in term of rasa, sedap dan menepati citarasa kami. In term of harga, mungkin boleh review lagi. Saya datang malam tu, banyak meja kosong saya nampak, mungkin faktor harga yang menjadi penghalang untuk lebih ramai berkunjung ke sini...

February 23, 2012

Jalan-Jalan Cari Makan | Warung Norazila Kuala Ibai, Terengganu

Balik kampung bulan lepas, sempatlah singgahi dan diner di Warung Norazila Kuala Ibai. Tempat ni tempat sepupu eyriqazz kerja, dan adik2 eyriqazz pernah kerja part time disini. Keunikan kedai ini adalah harganya yang berpatutan, pilihan yang pelbagai dan rasanya pun bolehla tahan juga.

Ramai juga orang disana malam itu
Meriah
Ini favourite saya. Pulut kelapa. Kat KL ni memang payah nak dapat
Nasi minyak dan nasi kerabunya pun boleh tahan juga sedap
Pulut Kuning. One of my favourite too
Jemput makan nasi minyak
Ayamnya yang lembut ,kuahnya yang sedap. RM4 sepinggan. Murahkan?

Kalau bercuti ke Terengganu,bolehla singgahi sini ya. Pilihan pelbagai, harga berpatutan. Rasanya pun tidak mengecewakan....

P/s : Mengidam la pula nak pekena pulut kuning..Kat mana area KL boleh dapat ya?
Related Posts with Thumbnails