Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

March 29, 2012

Restoran Asam Pedas Selera Kampung, Melaka

Semasa bercuti di Melaka bulan lepas, sempatla lunch satu keluarga di Restoran Asam Pedas Selera Kampung yang sememangnya agak famous dan pernah di featured di Jalan-Jalan Cari Makan, Warung Kita, dan pelbagai lagi. Jom terjah :
Ikan Asam Pedas , RM6 sepinggan

Asam Pedas memang famous di Melaka. Bagi penggemar Asam pedas, memang sedap. Bagi eyriqazz yang kurang sikit makanan masam-masamni, bolehla tahan juga. 

Ketam Masak Lemak, RM16 sepinggan

Ini wish list Isteri, mengidam ketam macam biasa. Sedap juga. Harga pun sedap.
Ayam Kampung, RM6 sepinggan

No wonderla terjah before this rasa mahal. Rupanya ayam kampung. One of my favourite dan menepati citarasa.
Daging masak Kicap , RM7

Ini pilihan dan kegemaran mak mertua. Indah khabar, Indah rupa.
Sayur Kacang, RM4

Suka kacangnya yang sebati dengan rasa ikan bilis. Ratah saja 2 pinggan pun eyriqazz boleh habiskan.
Suasana di dalam Restoran. Kalau time lunch dan dinner, memang sentiasa dipenuhi orang ramai
Total 5 orang makan RM89.20

Overall, puas hati. Rating eyriqazz kasi 8.5/10.Before this makan time malam dan tak ambil ambil lauk, so rasa cam tak ok.But 2nd round ni, rasanya worth it. Nampak ramai juga yang order Udang Besar, seekor dalam RM40-RM60 kalau tak silap. Next time singgah mungkin bolehla try.

Restoran Asam Pedas Selera Kampung
G2, Jalan P.M.3 Plaza Mahkota Square
75000 Bandar Hilir Melaka
Melaka

Lokasinya yang within walking distance dari Hotel Mesra Mutiara dan Dataran Pahlawan Megamall Melaka . 

March 1, 2012

Hanya di Melaka

Mood Malas. Gara-gara penyewa rumah baru sampai sekarang belum bank in kan lagi Duit sewa.First time selewat sebegini... Nak kena khatamkan Tips dan Ebook dari Jutawan Hartanah ini...Rasanya ada dikongsi cara melayan Penyewa yang culas ini...


So, before mood kembali, layan ini dulu..Hanya di Melaka :



February 3, 2012

Tempat-Tempat Menarik di Melaka

Weekend ni akan pergi bercuti ke Melaka lagi bersama Isteri, Alisya, Bapa/Mak Mertua dan Adik Ipar. Ini antara tempat-tempat menarik di Melaka yang pernah kami singgahi sebelum ini : 


One of the best place untuk menikmati Ikan Bakar. Sedap, hargapun berpatutan.Highly recommended.


Tak lengkap rasanya kalau pergi Melaka tak naik Beca Berhias Melaka, kan? Short trip cost around RM10, longer trip around RM30.

3) Menara Taming Sari (The Only Rotating Tower In Malaysia)

Viewnya memang cantik dari atas dengan harga tiket RM10 untuk dewasa (as at Feb 2011).


Tempat best untuk cari souvenir untuk dibawa pulang. Pelbagai barangan boleh diperolehi di sini.


Memang best tempat ni.Di sini ditempatkan tradisi dan rumah-rumah dahulu mengikut negeri seperti Selangor,Terengganu dan lain-lain serta pameran pakaian tradisi di setiap rumah tersebut.Kami tak sempat nak tengok Mini Asean kerana ada renovation. Kalau datang time cuti sekolah ataupun cuti awam, memang bernasib baik kerana selalu diadakan :


7) Menaiki Kapal di Bandar Melaka

8) A Farmosa
Jonker Walk @ Jalan Hang Jebat memang destinasi pilihan di waktu malam. Ala-ala Pasar Malam yang menjual pelbagai souvenir dengan harga yang berpatutan .


Selain di Umbai, Muara Sungai Duyong turut menjanjikan Ikan Bakar dan Seafood yang menyelera. Harga pun agak berpatutan dan kena dengan selera seisi keluarga.

Kat mana nak menginap di Melaka? Antara Hotel yang kami selalu menginap :


Hotel Mesra Mutiara. Harga sekitar RM70-RM200 


Oh, selain tempat di atas, any suggestion tempat lain yang best untuk dikunjungi/aktiviti menarik untuk dilakukan di Melaka? Oh, Melaka one of our favourite travel place, tempat kecil tapi banyak tempat menarik.

*Latest update on 2 Februari 2012.

March 30, 2011

Jalan-Jalan di Bandar Melaka

Jalan-Jalan di Bandar Melaka, random pictures yang sempat diambil :

Beca Berhias Melaka..Memang meriah

Memang susah nak cari beca berhias camni kan? Rasanya setakatni yang saya jumpa hanya di Bandar Melaka. Satu trip kalau tak jauh dalam RM10 satu beca, kalau perjam dalam RM20-RM50 rasanya. Memang syok jalan-jalan naik beca pusing bandar Melaka.

Beca Bang...Hik3,It's Ok..kami jalan je..Exercise skit
Mantap.Siap ada Pasukan Bandaraya berkuda lagi.Apa taknya, Pelancongan antara Income yang agak masyukk buat Negeri Melaka
Jom Naik Duck Tours. Darat boleh, laut pun boleh terjah.Next time kena try ni

Mahkota Parade. Tak singgah macam tak lengkap la kan?

Memang cukup kagum dengan Bandar Melaka. Tempatnya takdelah besar mana, tapi banyak tempat/aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Meriah dan berbaloi-baloi...

March 29, 2011

Menara Taming Sari Melaka

Akhirnya, selepas tiga kali terjah Bandar Melaka, berpeluang juga untuk naik Menara Taming Sari, Melaka. The only menara yang berpusing di Malaysia. Lokasinya tak jauh dari Dataran Pahlawan, memang di dalam bandar Melaka. 

Menara Taming Sari, Melaka
Harga tiket : RM10 each untuk dewasa
Isteri tersenyum gembira
Di dalam Menara Taming Sari
Percutian bagus untuk Keluarga. Mengeratkan kemesraan Suami Isteri
Get Ready..Mula naik
Pemandangan dari Atas Menara. Nampak kapal etc...
Memang Cantik Pemandangan dari atas Menara Taming Sari. Adalah rasa gayat skit2..
Selat Melaka tu kan?
Isteri dah mula gayat-gayat...Hik3..
Saujana Mata Memandang
Memang Best

Seronok dapat naik Menara Taming Sari. CUma rasa kejap sangat dia berputar kat atas tu..Tak sempat nak ambil gambar banyak-banyak. Hik3, takperla,nanti datang lagi, boleh naik lagi. Melaka, destinasi wajib kami setiap tahun. Dekat, banyak tempat menarik, dan puas hatii....

P/s : Tersentuh hati bila membaca Hikayat Dodol Melaka. Moral of the stories, jangan mudah percayakan orang.

March 28, 2011

Jonker Walk, Melaka

Semasa bercuti di Melaka beberapa minggu lepas, sempat terjah Jonker Walk.Tak jauh dari Dataran Pahlawan dan hotel yang kami menginap, jalan kaki je kami ke sana :
Jonker Walk, Bandar Melaka

Meriah, ramai orang. Ala-ala Petaling Street situ. Pelbagai barangan dan cenderamata di jual disini. Hargapun berpatutan.
Terletak di Jalan Hang Jebat (Jonker Street)
Ala-ala Petaling Street, most penjual di sini adalah Chinese
Comelnya Aiskrim
Lampu-lampu pun cantik
Sesak juga datang time cuti sekolah ni
Tanglung bercahaya dan berwarna-warni.Cantik. Ingat nak beli untuk Alisya tapi mahal la pulak
Hik3...Sempat rembat Selipar Twitter. RM10 je..
Taman Warisan Dunia Jonker Walk
Pistol Buih Air untuk Alisya
Umm, most wanita memang suka la tempat camni kan?

Memang syok jalan-jalan di sini. Kalau nak cari souvenir, ini antara tempat yang sesuai. Sempatla kami membeli keychain, fridge magnet, dan pelbagai lagi.

P/s : Kalau singgah Melaka, jangan lupa terjahi Jonker Walk.Meriah di waktu malam...
Related Posts with Thumbnails