Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

November 29, 2012

Ladang Teh BOH Sungei Palas Cameron Highlands

Semasa Percutian di Cameron Highlands yang lepas, sempatla singgahi Ladang Teh BOH Sungei Palas Cameron Highlands, salah satu tempat menarik di Cameron Highlands.

Sebelum sampai. Ambil gambar dulu. Agak luas juga ladang teh ini
Boleh tengok sendiri proses pembuatan teh di sini
Pemandu Pelancong kami. Begitu terror dia menerangkan perbezaan teh dan grade nya
Pilih je mana yang berkenan
Boh Teh O Ais + Madu. Umm, tak berapa kena dengan selera saya
Menghijau pokok-pokok teh
Santai. My lovely kids
My Lovely wife n kids
Bergambar kenangan Ladang Teh BOH Sungei Palas Cameron Highlands

Cantiknya alam Anugerah Tuhan
Boh Tea Centre, Sungei Palas @ Ladang Teh BOH Sungei Palas Cameron Highlands
Udara nyaman. Rasa macam nak singgah selalu
Ramai juga pengunjung ketika ini
InsyaAllah, bulan depan akan kami singgahi lagi

November 28, 2012

Pasar Malam Brinchang, Cameron Highlands

Salah satu tempat menarik untuk dikunjungi di Cameron Highlands adalah Pasar Malam Brinchang. Kalau pergi Cameron Highlands, tidak singgah di sini, suatu kerugiaan rasanya. Percutian di Cameron Highlands yang lepas, sempatla singgah di Pasar malam ini :


Strawberri Coklat - Suatu Kemestian. Memang sedap dan fresh
Kemudahan parking berbayar pun ada disediakan. Jalan kaki je ke Pasar malam
Cenderahati. Rambang mata dibuatnya
Memang ramai orang especially kalau time Cuti Sekolah/Weekend
Pelbagai warnya yang menarik hati
Strawberri yang segar megar suatu kemestian. Rambang mata dibuatnya
Buah-buahan
Jagung Mutiara. Memang rasanya lagi sedap dari jagung biasa
Lauk pauk yang pelbagai dan menggiurkan hati
Madu dengan Sarang. Cuba sekali nak lagi
P.s : Jangan teringin nak tambah koleksi sudahla ya...
Ketam Goreng, Cendewan goreng, Udang goreng. Pilih-pilihje
Berhenti sat. Pekena Strawberri coklat lagi. Voilaa
Cendawan gorengnya memang sedap
Apam balik
Yummy,yummy
Jem Strawberri
Keychain dan fridge magnet dengan harga yang berpatutan
Dalam banyak-banyak warna, warna hijau yang dipilih Alisya
bukan main geram lagi Mama Alisya tak tertunai nak belikan warna Pink
Lagi-Lagi Strawberri coklat. Menggiurkan
Jemput makan. Jangan malu-malu
Teringin bermadu? Fikir2 banyak kali..hik3
Bukan main lagi Isteri memilih itu dan ini

Overall, memang best jalan-jalan di Pasar Malam Brinchang, Cameron Highlands ini. Suasana yang nyaman, pilihan yang pelbagai, hargapun boleh tahan. Bolehla singgahi entri ini juga untuk melihat Tempat Menarik di Cameron Highlands.

P.s : Tak sabar nak bercuti lagi ke Cameron Highlands bulan depan...Lagi ramai, lagi meriah...

November 27, 2012

Percutian Kali Kedua di Legoland Malaysia

Percutian kedua di Legoland Malaysia beberapa minggu lepas. Mencari kelainan, kali ini pergi dengan keretapi dan menggunakan public transport ke Legoland Malaysia dari JB Central Line, bangunan berdepan dengan stesen keretapi JB Central.

Naik bas Causeway Link. Perkhidmatan setiap 1 jam
Harga tiket RM4 seorang dari JB Central - Legoland Malaysia. Berhenti seketika di stesen Larkin
Bukan main seronok lagi Alisya dapat naik bas

Perjalanalan mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Sampai dah

Time ni time cuti sekolah. Memang ramai orang. Beratur panjang di panas terik mentari hanya kerana nak claim tiket free kanak-kanak redeem pembelian Susu Dutch Lady. Fuhh, really not worth it. Beratur ni mahu dalam 2 jam baru dpt tiket. Nasib baik ada tour agent yang menjual tiket mereka disebabkan pelancong dari Indonesia tak dapat datang. Dapat dua tiket hanya RM130 total (dewasa dan kanak-kanak).


Panas terik ketika ini. Around pukul 12 tengah hari

Kanak-kanak tentu yang paling gembira kalau ke Legoland Malaysia ini, termasukla Alisya :

Kereta ini memang menjadi kegemarannya
Gaya pemanduan pun dah semakin ok
Showtime. Jom layan
Are you ready to become "Danger Detective?"
Memang ramai orang time ni
Shownya agak membosankan. Tengok separuh je. Baik pusing tempat lain pula
Naik kapalterbang. Dua kali alisya naik. Satu dengan mama, satu dengan papa
Tak sempat nak naik kereta bomba ni. 

Lepastu, sempatla Alisya, Mama, Azim dan Mak/Bapa mertua naik keretapi Legoland. Eyriqazz tunggu kat luar je..Hik3...

Jom makan dulu . Makan tengahari
Di market Restaurant. Antara restoran yang agak famous di dalam Legoland ni
Nasi Ayam .Agak famous di sini. Adik ipar order. RM16.50 sepinggan.
Adik ipar cakap sedap. Eyriqazz cakap Mahal
Bread & Butter Pudding. RM8.50
Fuhh, bestnya kalau dapat berendam dalam ni time panas-panas ni

Zirafah
Dinasour
Asyik rosak je Lego tower ni. Ish2...
Jom layan 4D pula
Amboi-amboi, bukan main lagi
Best juga layan 4D ni....Rasa cam live je
Before this eyriqazz dan Isteri belum makan lagi..Lunch sebelum tu mak mertua/bapa mertua dan adik ipar
Pekena Aloha Chicken Pizza, RM20.50 di Pizza Mania
Mahal, tapi memang sedap..Nasib baik...Hik3..
Playground. Dekat sejam jugala Alisya bermain di sini

Naik keretapi untuk kanak-kanak pula
Macam tahu-tahu je Alisya Sang Singa bakal membaham Sang Harimau
Teringin nak try..Alisya taknak la pula
Jom bina bangunan dari Lego
Tahan gegaran tak ni?
Memang seronok kanak-kanak. Banyak tempat boleh terjah
Pendek cerita, satu hari memang tak sempat nak terjah semua tempat
Amboi-amboi, bukan main lagi 
Mama merajuk Papa tak naik sekali
memang nak naik tapi temankan ALisya time ni..Biasalah anak-anak, nak itu, nak ini...
Time camni, memang keseronokan untuk diorang kena diutamakan dari keseronokan sendiri
Legoland Malaysia, destinasi pelancongan menarik dan buat poket cepat kering 
Dah nak hujan. Baruje ingat nak terjah Castle ni

Tengok dari Luarje la

Maybank salah satu penaja di Legoland Malaysia ini

Sebelum pulang, singgahla dulu cari ole-ole/cenderahati untuk dibawa pulang:

Fuhh, memang murah2..Mug saja RM34.95 satu

Keychain RM12.95... Kalau tempat lain, dah boleh beli 5-6 keychain
Sempatla beli 2 fridge magnet buat pembaca blog. Dah poskan malam tadi buat pemenang

Murahnya T-Shirt. Rasa macam nak borong semua jerrrr.... Hik3...

Kena la beli juga untuk ALisya.Mana boleh pulang tangan kosong kan?

Jom pulang. Jalan kaki dalam 100 meter kot dari Stesen bas
Pelangi.. Melihat pelangi di langit, mengidam pula durian crepe
Balik naik bas Transnasional. RM6 seorang. Terus ke JB Central

Overall, percutian yang agak menarik dan lebih cepat mengeringkan poket. Demi anak-anak dan Isteri tersayang, apa salahnya kan? Lagipun part of it i.e. penginapan hotel sudah disponsor oleh Mak/Bapa mertua. Hik3....

P.s : Next destination bulan depan, Cameron Highlands. Jom Cuti-Cuti Malaysia, banyak tempat menarik di dalam negara yang boleh dikunjungi.

Related Posts with Thumbnails