Weekend ni akan pergi bercuti ke Melaka lagi bersama Isteri, Alisya, Bapa/Mak Mertua dan Adik Ipar. Ini antara tempat-tempat menarik di Melaka yang pernah kami singgahi sebelum ini :
One of the best place untuk menikmati Ikan Bakar. Sedap, hargapun berpatutan.Highly recommended.
Tak lengkap rasanya kalau pergi Melaka tak naik Beca Berhias Melaka, kan? Short trip cost around RM10, longer trip around RM30.
3) Menara Taming Sari (The Only Rotating Tower In Malaysia)
Viewnya memang cantik dari atas dengan harga tiket RM10 untuk dewasa (as at Feb 2011).
Tempat best untuk cari souvenir untuk dibawa pulang. Pelbagai barangan boleh diperolehi di sini.
Memang best tempat ni.Di sini ditempatkan tradisi dan rumah-rumah dahulu mengikut negeri seperti Selangor,Terengganu dan lain-lain serta pameran pakaian tradisi di setiap rumah tersebut.Kami tak sempat nak tengok Mini Asean kerana ada renovation. Kalau datang time cuti sekolah ataupun cuti awam, memang bernasib baik kerana selalu diadakan :
7) Menaiki Kapal di Bandar Melaka
8) A Farmosa
10) Jonker Walk
Jonker Walk @ Jalan Hang Jebat memang destinasi pilihan di waktu malam. Ala-ala Pasar Malam yang menjual pelbagai souvenir dengan harga yang berpatutan .
Selain di Umbai, Muara Sungai Duyong turut menjanjikan Ikan Bakar dan Seafood yang menyelera. Harga pun agak berpatutan dan kena dengan selera seisi keluarga.
Kat mana nak menginap di Melaka? Antara Hotel yang kami selalu menginap :
Oh, selain tempat di atas, any suggestion tempat lain yang best untuk dikunjungi/aktiviti menarik untuk dilakukan di Melaka? Oh, Melaka one of our favourite travel place, tempat kecil tapi banyak tempat menarik.
*Latest update on 2 Februari 2012.

