Showing posts with label malam pertama. Show all posts
Showing posts with label malam pertama. Show all posts

October 4, 2010

Pengalaman Malam Pertama | Uptown Shah Alam

Photobucket
Selepas I-City , Uptown Shah Alam pula Disinggahi
Pengalaman Malam Pertama Singgah di sini Teruja hati
Tempatnya luas dan besar , first impression Wow,Wow, dan Wow lagi
Layanan VIP kami dapat dan perolehi
Photobucket
Welcome to Uptown Shah Alam| Selamat Datang ke Uptown Shah Alam

Di Bawa Jalan-Jalan In Group
Photobucket
Bersama Encik Aizul Hisham Pemilik Jass Cafe, salah seorang peniaga berjaya di Uptown Shah Alam (Anaknya nangis bila kami mahu tinggalkan dia, hik3)
P/s : Thanks for layanan VIP and sponsoring us makan-makan dan show us around the area


Apa yang menarik di Uptown Shah Alam :

Photobucket
Pelbagai gerai dengan harga berpatutan seperti gerai bunga, urut refleksologi, haiwan peliharaan,pakaian ,cermin mata, gerai makanan,pakaian,permainan kanak-kanak dan pelbagai lagi
Photobucket
Surf ,Shopping or pusing-pusing mengikut citarasa tersendiri
Photobucket
Silap Mata pun ada 

Silap Mata In Action
Photobucket
Pelbagai Makanan/Minuman turut dijual


Honestly, tempatnya lebih besar dan barangan pun lebih banyak jika dibandingkan dengan Uptown Danau Kota, KL yang berdekatan dengan rumah saya. Suasananya pun lebih santai dan lebih luas untuk dijelajahi. Penjual-penjual nya majoritinya berbangsa Melayu dan peramah belaka. Oh ya, jangan lupa layari Facebook Uptown Shah Alam juga . Uptown Shah Alam ini beroperasi dari pukul 8 malam sehingga 3 pagi.

Photobucket
Sudah pukul 12 pagi+, penat kami menanti, rupa-rupanya mereka masih layan dan Berkaraoke di dalam sana ( Amelia our "Hot Mama" sempat layan karaoke)

Jom Layan Emilia nyanyi


Nyanyian Azuan Zahdi pun apa kurangnya



Memang Uptown Shah Alam tempat yang menarik untuk disinggahi di waktu malam. Bolehla bershopping juga dengan harga yang berpatutan. Terimakasih buat Tourism Selangor kerana bawa kami ke sini .Satu pengalaman yang menarik. Oh ya, feedback dari saya untuk menarik lebih ramai orang berkunjung di Uptown  Shah Alam :

1) Disediakan kemudahan parking yang selesa. Umm, tak perasan pula di mana tempat parking kereta, tapi banyak nampak motosikal parking di bawah jalan.
2) Lucky Draw buat pengunjung bertuah .
3) Tanda harga bagi barang jadi mudahla pengguna untuk memilih dan tawar-menawar.
4) Event yang menarik di waktu malam seperti Pertandingan Memasak, Pertandingan Teka Lirik Lagu, dan Pertandingan Karaoke.
My Vlog|Feedback on Uptown Shah Alam
Photobucket
Bergambar Sebelum Pulang | Terimakasih buat Dataran Usahawan Selangor Sdn Bhd
Photobucket
Finally, finish Day One dan menghabiskan Malam Pertama MySelangorStory Journey di Carlton Holiday Hotel & Suites.


Thanks to P1Wimax ( Official Broadband Sponsor for MySelangorStory) , saya sempat menyiapkan my first entry [       Preview | My First Day at MySelangorStory Journey     ] di hotel itu.  (kredit this picture to Tianchad.Com )


Siap akhirnya entry di hari pertama MySelangorStory Journey . Entry sebelum ini di hari pertama bolehla terjah entry-entry ini :


Preview | First Day at MySelangorStory 


More Pictures bolehla terjah SINI

P/s : Anda pernah singgah di Uptown Shah Alam? Apa pandangan anda?

P/s/s :Bagi yang tidak pernah singgah di Uptown Shah Alam, apa pandangan anda pula pasal Uptown ini? Adakah tempat ini menarik untuk disinggahi?

***** If you like this entry, kindly leave your comments/feedback/opinion here and vote 4 my entry [ Klik Here] . 

March 10, 2010

Pengalaman Malam Pertama Bersama Astro B.yond

Salam dari eyriqazz. Gembiranya di dalam hati. Malam ini (ketika entry ini ditulis ) semuanya berjalan lancar. Projek RM200,000 sudah siap ditandatangani . Nantilah bercerita pasal ini kalau keadaan mengizinkan dan semuanya selesai. Teruja untuk berkongsi pengalaman malam pertama bersama Astro B.yond terlebih dahulu.



Petang tadi , pemasangan Astro B.yond yang ku menangi berjalan dengan lancar. Yey, boleh la tengok World Cup dengan penuh teruja bak kata BangNara .Jadi, tanpa membuang masa inilah yang ingin dikongsi :
Astro B.yond bersama LG HDTV

Padang dan Gambar lebih Jelas Kelihatan

Sebelum itu, pemasangan percuma bersama penukaran baru :

Astro B. yond outdoor unit (dish)
Astro B.yond and New Smart Card

Remote Astro B.yond yang baru

Agak-agak mengujakan tak Astro B.yond ini? Sebelum saya mengomen lebih, tengoklah dahulu hasilnya gabungan LG HDTV dan Astro B.yond :

Lihat dan Dengar tidak seperti dulu (lebih mengujakan)

Rasai dan Sentuhi tidak seperti dulu (lebih mempesonakan!!)

Memang jelas pemandangan.Lincah juga Reyes ni.

Tolong-tolong, saya kena Kad Merah

Keseluruhan nya memang best.Mengujakan, tergoda, dan aku terhibur .Tak sia-sia menang Contest INI. Selamat RM200 untuk subscription Astro B.yond tahun ini, rezeki anak. Boleh belikan pampers dan baju kegemaran untuk Alisya.

Tak sabar nak menonton Manchester United lawan AC Milan di Champion League pagi lusa. Aku peminat setia AC Milan. Hak3, moga-moga AC Milan menang bergaya.Malam pertama yang dilaluiku dengan penuh teruja bersama kekasih baruku, LG HDTV dan Astro B.yond . Lepas ni boleh la subscribe HBO HD (Ch 431) , National Geographic Channel HD (Channel 573) dan juga HISTORY HD (Ch 575) pula. Mudah-mudahan murah rezekiku lagi.

Untuk maklumat lanjut pasal Astro B.yond boleh layari laman web ini : http://www.astro.com.my/byond . Banyak informasi dan maklumat menarik boleh diperolehi di sana berkenaan Astro B.yond ini.

Satu pantun buat Astro dan Nuffnang :

Terimakasih Astro dan Nuffnang atas hadiah yang diterima
Aku teruja aku gembira
Pengalaman malam pertama penuh mempesona
Pengalaman malam seterusnya tak sabar menantinya

P/s :Lepas ni bolehla layan World Cup dengan lebih teruja. Rakan-rakan bloggers,jemputlah ke rumah. Hik3.Boleh kita bergosip sama-sama.

P/s/s :Apa pula pandangan anda? Rasanya Astro B.yond ni bagus tak?

March 4, 2010

Aina Wedding Contest

Sejak mengenalimu, hatiku sudah bertaut.Itulah kata-kata Aus kepada Cik Aina .Itulah luahan hati dan persoalan siapakah gadis di entry Kalau Sudi Katakan Sudi,Tidak Aku ternanti-nanti terjawab. Takpe Aus, jangan merajuk hati, ramai lagi gadis cantik menanti di luar sana. Teruskan usahamu untuk memikat Si Eny, Cik Aina sudah berpunya dah bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Hik3,selingan sat.Kali ini aku nak join Contest Cik Aina yang diberi nama :

Aina Wedding Contest : Apakah hadiah perkahwinan yang paling ideal drpd kawan² untuk Aina dan kenapa?

Inilah 7 hadiah yang kurasakan agak sesuai/paling ideal daripada kawan-kawan untuk Cik Aina dan mengapa?Rakan bloggers pun dikira juga kan?Ok,tanpa membuang masa, inilah hadiah-hadiah yang terfikir di fikiranku kini :

1) Buku yang bertajuk "Hadiah Untuk Pengantin"

Kenapa buku ini?Idea ini kuambil bila search Internet dan jumpalah artikel/entry dari link ini : Hadiah Buat Pengantin Baru .Inilah lebih kurang tentang buku ini yang diambil dari entry itu :

"Buku ini adalah himpunan doa-doa untuk pengantin amalkan sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga sehinggalah akhir hayat.Buku ini sangat istimewa kerana memimpin pasangan mengikut fasa-fasa menarik iaitu Fasa1 – memilih Pasangan, Fasa 2 – Semasa Bersiap, Fasa 3 – Menuju ke Lokasi, Fasa 4 – Apabila Akad Nikah, Fasa 5 – Merisik dan Meminang, Fasa 6 – Semasa Akad, Fasa 7 – Hidup Suami Isteri, Fasa 8 – Permata Ayah Bonda, Fasa 9 – Apabila Bersalin, Fasa 10 – Doa untuk keluarga dan keturunan."

Fuhh,aku pun kena carila buku ini untuk diriku juga.Teruja juga bila baca detail nya. Semoga dengan buku ini akan menjadi petunjuk dan membantu untuk rumahtangga yang lebih bahagia.
2)Buku Resipi Masakan

Oleh kerana Cik Aina tak pandai masak dan selalu saje makan luar (hik3), buku resipi ini amat bagus buat Cik Aina. Macam-macam jenis masakantu, barat, timur, nyonya ,sabah dan sebagainya.Kata orang, suami akan cair dengan masakan Isteri.Jadi Cik Aina, gunakanlah buku masakan ini sebaik-baiknya..Make sure Cik Aina pandai masak within 6 months ye (pandai-pandaije aku cakap Cik Aina tak pandai masak)


3)Microwave

Selain buku masakan, microwave pun bagus juga. Yerlah, Cik Aina kan sibuk dengan suami ditambah dengan berblogging lagi. Jadi, boleh saja tapau makanan dan panaskan balik menggunakan Microwave.Nanti eyriqazz ajarkan camne nak buat Baked Potato ye?Hik3,penting microwaveni.Menjimatkan masa dan menyenangkan kehidupan.


4)Buku Kamasutra Bergambar (Yang kartun-kartun sahaja)

Hik3,noty la eyriqazz ni. Issh,aku pun tak pernah beli buku ni.Sesuai tapi gambar-gambartu kena yang kartun sahaja dan bukan gambar betul.Dengan kehadiran buku ini akan memeriahkan aktiviti 'Bersukan' sepanjang siang dan malam. Hik3 lagi.

5)Katil yang Berkualiti/Kukuh

Sediakan payung sebelum hujan.Tergelak juga bila dengar radio iklan apa ntah.Inilah dialog si Suaminya "Aduh,patah lagi". Disebabkan Cik Aina dan tunang memang nampak aktif ketika di Gathering Paintball, hadiah ini memang sesuai untuk Cik Aina agar tidaklah mereka kesedihan andainya katil patah. Ada pengganti untuk meneruskan aktiviti 'Bersukan'.

6) LG High Definition TV

Dah penat bersukan dan bertarung, tentu nak luangkan masa menonton cerita kegemarankan?Jadi, LG HDTV ni memang sesuai. Gambar yang lebih jelas ditambah dengan sound sistem yang lebih mengujakan.Lagi mengujakan hadiahkan sekali dengan Astro B.yond subscription. Tentu nama anda akan disebut-sebut selalu.

7)Entry Khas

Dah nama pun bloggers,kenalah buat entry khas pasal perkahwinan ni.Kasi saham naik skit.For me, kalau dijemput,memang akan kubuat entry khas buat Cik Aina.Inilah hadiah yang paling kurang dapat diberikan.Hey, mata pena/mata bloggers lebih tajam dari mata pedang tau.

X lupa juga, 2 rangkap pantun buat Cik Aina yang bakal menjadi ratu sehari :

Cik Aina tahniah dariku
Perkahwinan bahagia dan mendapat restu
Di malam pertama tersipu-sipu malu
Di malam kedua, dia pula yang terjah dulu(hik3)

Cik Aina tidak sabar menanti
Bakal bergelar ratu sehari
Doaku yang terbaik sudahlah pasti
Semoga berbahagia dan dirahmati

Last but not least, pesananku buat Cik Aina dan bakal suami :
Good Luck!!Berhati-hati di atas Katil (hik3 lagi,Credit picture to http://syamsulum.blogspot.com/)

P/s : Apa tunggu lagi.Mehla sama-sama memeriahkan Contest ini. Cik Aina ni memang popular orangnya, followers pun beribu-ribu.Hadiah menarik bakal menanti.Jadi, jomla terjah dan join Contestnya sekali,gerenti puas hati.

P/s/s :Apa pula pandangan anda pasal Cik Aina? Kesian si Aus, sedih lagi.Takpe Aus, jodohmu bakal menanti.Teruskan usaha memikat si Eny.

February 18, 2010

Malam Pertama

Inilah pengalaman malam pertamaku. Ussh, pengalaman begini bolehke dikongsi? Takpelah, aku berkongsi demi kebaikan bersama, tak salahkan? Rasanya gambar lebih sesuai kan? Inilah gambar terpilih yang belum ditapis olehku lagi:

Pengalaman Malam Pertama di Melaka

Pengalaman di malam pertama Bercuti di Melaka.Hik3,siapa yang kena lagi ye? Ishh2, laju je korang ni.

Hotel Mesra Mutiara menjadi pilihan

Plan asal nak bermalam di Hotel Seri Malaysia namun semua fully booked. Jadi, hotelni je la kami bermalam. Betul-betul di bandar Melaka.Yang ni pun antara termurah, RM160 semalam untuk satu katil queen dan katil double decker. Yang lain-lain majoriti RM200 ke atas. Alah, setakat nak tidur je pun kan?
Bazaar Malam di Dataran Pahlawan Melaka

Memang meriah, penuh orang lebih-lebih lagi sempena Cuti Chinese New Year. Plan nak pi naik Taming Sari malam tu, namun :
Punyalah ramai orang

Punyalah ramai orang beratur, jadi kami batalkan niat tu dulu. Alah, besok lusa pun sempat lagi kan?Rezeki kami baik pula tu, masa bazaar tu ada persembahan dan nyanyian istimewa daripada :

Jamal Abdillah
Lagu Gadis Melayu dinyanyikan.Best-best!!
Amboi, sempat lagi menjeling
Ayu dan anggun

Memang best Jamal Abdillah menyanyi. Kesian mak mertua ku tak sempat tengok dia nyanyi, dia nyanyikan satu lagu je malam tu. Masatu mak mertua aku masih di hotel, dia memang minat giler kat Jamal Abdillah ni. Plan seterusnya nak tengok wayang .

Beca Berhias Melaka

Singgah di TGV Melaka, namun hampa, tiada cerita yang menarik kurasakan untuk ditonton.Lepastu tengok banner ni , menarik juga :

Lu Fikirlah Sendiri The Movie

Namun, bila teringat dan terbaca di BeautifulNara yang Nabil pun cakap cerita ni tak best, kami batalkan niat tak jadi menonton wayang. Nak tengok wayang kenalah tengok cerita yang berkualiti kan?

Balik tu, sedih dan tersentuh hatiku bila terserempak dengan :

Mamat ni
Demi Mencari rezeki

Dalam kita bergembira, ramai lagi yang bersedih di luar sana kan? Itulah, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada, perbaiki diri, dan membantu insan lain mengikut kemampuan kita. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing kan?

Betul, bukan senang nak senang, dan bukan susah nak susah.Aku dulu pun pernah satu ketika hanya ada RM1 di wallet ku semasa zaman belajar, duit di bank telahpun kosong dan duit biasiswa seminggu lagi bakal masuk.Jadi, korang bayangkan lah sendiri aku di masa itu.

P/s : Cerita Percutian di Melaka bakal menyusul beserta segmen terjah juga. Percutian di Melaka memang best dan mengujakan. Anda pula bagaimana, pernah pergi  dan bercuti di Melaka tak?
Related Posts with Thumbnails