Showing posts with label pengantin baru. Show all posts
Showing posts with label pengantin baru. Show all posts

October 19, 2011

Selamat Pengantin Baru Puan Jumaah

Weekend lepas sempat menghadiri majlis perkahwinan Puan Jumaah, Cikgu @ Rakan Isteri . Meriah juga majlisnya. 


Selamat Pengantin Baru Puan Jumaah. Semoga Perkahwinan kali kedua ini kekal hendaknya
Ramai juga tetamu yang hadir
Jemput makan
Tentu mahal sewa di sini kan?
Majlis diadakan di Cultural Activity Centre, UIA
Wahh, seronok pula tengok graduan UIA ni..Sure gembira time ni kan?

March 19, 2010

Kenduri Kahwin Adik Yang Serba Oren

Salam dari kampung. Sekitar gambar majlis kenduri kahwin adik dan persiapan pada 13/3/2010 :

Bertemakan Oren
Pengantin Baru disambut Gembira
Akupun Sibuk juga
Adik dan Adik Iparku
Atuk ku antara orang paling Sibuk
P. Ramlee tengah mencari 6 orang ini (Serba Oren juga)
Bergambar sebelum Pengantin Lelaki tiba (sebelah pagi)
Inilah Lelaki Gentleman namanya
Bergambar bersama Pengasuhku semasa kecil

Sedikit apa yang sempat berbual dengan Pengasuhku. Pengasuhku kata aku ni nakal semasa kecil dan Alisya comel macam mamanya.Ishh,papanya tak comel ke? Tersipu-sipu malu aku dibuatnya bila pengasuhku berkata di depan Isteri.

Adik Perempuan dan Adik Lelakiku (Abangnya lagi hensemkan?)
Mak bersama Mak Angkat adikku
Papa dan Alisya
Pok Mat sibuk dengan lauk pauk
Pengantin Muda bersama keluarga pengantin lelaki
Makan beradat
Alisya bersama bapa mertua,kakak ipar, isteri, upin dan ipinku

2 rangkap pantun buat raja/ratu sehari :

Pengantin baru tersipu malu
Hari bahagia ditunggu-tunggu
Teringat aku kenangan dulu
Bergelar raja sehari gembiranya aku

Pengantin melayu serba oren susah dilihati
Kelainan dari adikku sudahlah pasti
Onak dan duri sama dilalui
Semoga berbahagia sehingga mati

P/s : Amcam, cantik tak baju pengantin tema oren?

P/s/s : Siapa mahu kahwin? Jangan lupa jemput eden.

March 4, 2010

Aina Wedding Contest

Sejak mengenalimu, hatiku sudah bertaut.Itulah kata-kata Aus kepada Cik Aina .Itulah luahan hati dan persoalan siapakah gadis di entry Kalau Sudi Katakan Sudi,Tidak Aku ternanti-nanti terjawab. Takpe Aus, jangan merajuk hati, ramai lagi gadis cantik menanti di luar sana. Teruskan usahamu untuk memikat Si Eny, Cik Aina sudah berpunya dah bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Hik3,selingan sat.Kali ini aku nak join Contest Cik Aina yang diberi nama :

Aina Wedding Contest : Apakah hadiah perkahwinan yang paling ideal drpd kawan² untuk Aina dan kenapa?

Inilah 7 hadiah yang kurasakan agak sesuai/paling ideal daripada kawan-kawan untuk Cik Aina dan mengapa?Rakan bloggers pun dikira juga kan?Ok,tanpa membuang masa, inilah hadiah-hadiah yang terfikir di fikiranku kini :

1) Buku yang bertajuk "Hadiah Untuk Pengantin"

Kenapa buku ini?Idea ini kuambil bila search Internet dan jumpalah artikel/entry dari link ini : Hadiah Buat Pengantin Baru .Inilah lebih kurang tentang buku ini yang diambil dari entry itu :

"Buku ini adalah himpunan doa-doa untuk pengantin amalkan sepanjang menjalani kehidupan berumah tangga sehinggalah akhir hayat.Buku ini sangat istimewa kerana memimpin pasangan mengikut fasa-fasa menarik iaitu Fasa1 – memilih Pasangan, Fasa 2 – Semasa Bersiap, Fasa 3 – Menuju ke Lokasi, Fasa 4 – Apabila Akad Nikah, Fasa 5 – Merisik dan Meminang, Fasa 6 – Semasa Akad, Fasa 7 – Hidup Suami Isteri, Fasa 8 – Permata Ayah Bonda, Fasa 9 – Apabila Bersalin, Fasa 10 – Doa untuk keluarga dan keturunan."

Fuhh,aku pun kena carila buku ini untuk diriku juga.Teruja juga bila baca detail nya. Semoga dengan buku ini akan menjadi petunjuk dan membantu untuk rumahtangga yang lebih bahagia.
2)Buku Resipi Masakan

Oleh kerana Cik Aina tak pandai masak dan selalu saje makan luar (hik3), buku resipi ini amat bagus buat Cik Aina. Macam-macam jenis masakantu, barat, timur, nyonya ,sabah dan sebagainya.Kata orang, suami akan cair dengan masakan Isteri.Jadi Cik Aina, gunakanlah buku masakan ini sebaik-baiknya..Make sure Cik Aina pandai masak within 6 months ye (pandai-pandaije aku cakap Cik Aina tak pandai masak)


3)Microwave

Selain buku masakan, microwave pun bagus juga. Yerlah, Cik Aina kan sibuk dengan suami ditambah dengan berblogging lagi. Jadi, boleh saja tapau makanan dan panaskan balik menggunakan Microwave.Nanti eyriqazz ajarkan camne nak buat Baked Potato ye?Hik3,penting microwaveni.Menjimatkan masa dan menyenangkan kehidupan.


4)Buku Kamasutra Bergambar (Yang kartun-kartun sahaja)

Hik3,noty la eyriqazz ni. Issh,aku pun tak pernah beli buku ni.Sesuai tapi gambar-gambartu kena yang kartun sahaja dan bukan gambar betul.Dengan kehadiran buku ini akan memeriahkan aktiviti 'Bersukan' sepanjang siang dan malam. Hik3 lagi.

5)Katil yang Berkualiti/Kukuh

Sediakan payung sebelum hujan.Tergelak juga bila dengar radio iklan apa ntah.Inilah dialog si Suaminya "Aduh,patah lagi". Disebabkan Cik Aina dan tunang memang nampak aktif ketika di Gathering Paintball, hadiah ini memang sesuai untuk Cik Aina agar tidaklah mereka kesedihan andainya katil patah. Ada pengganti untuk meneruskan aktiviti 'Bersukan'.

6) LG High Definition TV

Dah penat bersukan dan bertarung, tentu nak luangkan masa menonton cerita kegemarankan?Jadi, LG HDTV ni memang sesuai. Gambar yang lebih jelas ditambah dengan sound sistem yang lebih mengujakan.Lagi mengujakan hadiahkan sekali dengan Astro B.yond subscription. Tentu nama anda akan disebut-sebut selalu.

7)Entry Khas

Dah nama pun bloggers,kenalah buat entry khas pasal perkahwinan ni.Kasi saham naik skit.For me, kalau dijemput,memang akan kubuat entry khas buat Cik Aina.Inilah hadiah yang paling kurang dapat diberikan.Hey, mata pena/mata bloggers lebih tajam dari mata pedang tau.

X lupa juga, 2 rangkap pantun buat Cik Aina yang bakal menjadi ratu sehari :

Cik Aina tahniah dariku
Perkahwinan bahagia dan mendapat restu
Di malam pertama tersipu-sipu malu
Di malam kedua, dia pula yang terjah dulu(hik3)

Cik Aina tidak sabar menanti
Bakal bergelar ratu sehari
Doaku yang terbaik sudahlah pasti
Semoga berbahagia dan dirahmati

Last but not least, pesananku buat Cik Aina dan bakal suami :
Good Luck!!Berhati-hati di atas Katil (hik3 lagi,Credit picture to http://syamsulum.blogspot.com/)

P/s : Apa tunggu lagi.Mehla sama-sama memeriahkan Contest ini. Cik Aina ni memang popular orangnya, followers pun beribu-ribu.Hadiah menarik bakal menanti.Jadi, jomla terjah dan join Contestnya sekali,gerenti puas hati.

P/s/s :Apa pula pandangan anda pasal Cik Aina? Kesian si Aus, sedih lagi.Takpe Aus, jodohmu bakal menanti.Teruskan usaha memikat si Eny.
Related Posts with Thumbnails