Showing posts with label majlis kahwin. Show all posts
Showing posts with label majlis kahwin. Show all posts

August 28, 2012

Kisah Goodiebag Kenduri Kahwin

Balik raya baru-baru ni, sempatlah hadiri beberapa majlis/kenduri kahwin. Alisya laa orang yang paling excited, menanti goodiebag :


Macam-macam keletah Alisya

Kreatif goodiebag skangni. Pelbagai bentuk, corak, dan etc. Rambang mata Alisya dibuatnya. Gula-gula, mainan, bunga telur, etc... Sampaikan ada sekali tu Alisya nangis terus nak jumpa tuan rumah taknak makan...Nak goodiebag je...


Mama,mama, nanti nak pi mana pula?

P.s : Goodiebag, nampak kecil, tapi besar juga belanja nya kan?

October 31, 2011

Respekla Sama Lu Jiran


Semalam Jiran Eyriqazz kahwin. Berbangsa Cina. Dah lama membujang duduk sorang-sorang. Tak sangka pula tetiba kahwin. Tak jemput jiran sendiri pulak tu. Hik3, just kidding. Orangnya memang kaya, ada kereta Mercedes, kerja pun bestt...

Yang membuatkan eyriqazz respek sama dia adalah time dia buat Majlis Makan Kahwin.Simple je. Buat di Kondo eyriqazz tinggal di tepi2 balkoni tu. Sewa catering simple2, letak kerusi. Jemput saudara mara,rakan2 makan2.Gambar2pun ambil sendiri, takdelah nak tempat photographer mahal-mahal. Meriah tetap meriah, jemputan tetap ramai yang hadir.

For me, ini bukannya kedekut tapi berjimat. Nak buat apa buat majlis kahwin grand-grand tapi hutang kahwin anak dua tiga pun blom habis bayar? (tunjuk jari kat diri sendiri, walaupun majlis kahwin takdela grand,hutang kahwin sampai skang tak habis bayar).  Memang patut ditukar pepatah melayu ini "Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat". Adat perkahwinan yang memberatkan pihak lelaki especially ( Ranjau Kewangan Seorang Lelaki Untuk Berkahwin) .Patutla semakin ramai yang melewatkan perkahwinan dan gejala buang anak, maksiat semakin berleluasa. Nak kahwin payah, tak tahan dengan godaan nafsu, banyakla perkara yang buruk terjadi.

P/s : Seronok dengar cerita Abang Ensem time dia nak kahwin n ranjau dia untuk berkahwin especially part kewangan, memang saya respek habisss..Umm, nak saya ceritakan ke? Abang Ensem, boleh cerita ke?

October 19, 2011

Selamat Pengantin Baru Puan Jumaah

Weekend lepas sempat menghadiri majlis perkahwinan Puan Jumaah, Cikgu @ Rakan Isteri . Meriah juga majlisnya. 


Selamat Pengantin Baru Puan Jumaah. Semoga Perkahwinan kali kedua ini kekal hendaknya
Ramai juga tetamu yang hadir
Jemput makan
Tentu mahal sewa di sini kan?
Majlis diadakan di Cultural Activity Centre, UIA
Wahh, seronok pula tengok graduan UIA ni..Sure gembira time ni kan?

September 11, 2011

Selamat Pengantin Baru Puan Norfa


Selamat Pengantin Baru Puan Norfa

Semalam, sempat kami sekeluarga menghadiri majlis kahwin Puan Norfa @ Adik Sumijelly. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, kami antara yang terakhir sampai. Je Jai 2nd last kot...Lorr, mana-mana mesti ada mamat ni..Hik3.Adalah dalam pukul 4.30 petang. Maafkan kami yerkss, susah-susah pula keluarga Puan Norfa kena masakkan lauk untuk kami coz lauk dah habis. Takperla, yang penting dapat jumpa pengantin. Cantik Berseri menjadi Raja dan Ratu Sehari.


Bersama Sumijelly, Puan Norfa dan Kakak Sumijelly. 
Memang peramah keluarga Sumijelly nii....

Sorang baru lepas bersalin, Seorang lagi sedang menjaga Suami yang sibuk berskandal sana sini, seorang lagi tengah pregnant.... (Sumijelly, Wifey Je Jai & Wifey Eyriqazz)


Terimakasih diucapkan buat Puan Norfa, Sumijelly dan keluarga kerana menjemput kami sekeluarga. Maaflah, tak sempat nak belikan hadiah, kasi "Duit Raya" je sempena Perkahwinan ini. Doa eyriqazz semoga berbahagia selalu dan kekal sehingga hujung usia. Aminn....

March 16, 2010

Patah Tumbuh Hilang Tak Berganti

Salam dari eyriqazz. Baru dapat nak update blog lagi. Inipun slow mengalahkan siput.Namun, perjuangan mesti diteruskan .Ewahh. Entry kali ini entry sedih dan kecewa di hati. Apakan daya patah tumbuh, hilang tak berganti.

Memori Kad kameraku diserang virus!!

Sedih sangat, petang tadi masa nak transfer lebih kurang 300+ gambar kahwin, gambar percutian di terengganu, gambar berjumpa Mamat Destinasi Budget, gambar Masjid Kristal Terengganu, sedar-sedar bila scan memory kad dengan Kaspersky, ada virus. Aku cuba membunuh virus tersebut. Virus berjaya dibunuh, namun gambar-gambar di dalamnya turut terkubur sama.

Sedih, sudah 5 tahun lebih aku bersama Kamera Sony Cybershot ini dan tidak pernah perkara ini berlaku. Tak sangka pula perkara ini boleh berlaku time aku sibuk di kampung untuk majlis perkahwinan adik perempuanku. Adakah ini petanda untuk ku menukar kamera baru ? Teringin nak pakai kamera DSLR , gambar cukup jelas dan cantik. Nuffnang taknak sponsorke?Hik3,manalah nak sponsor bloggers picisan cam aku ni. Huk3..

Adush, kurang mood nak update blog pasal majlis kahwin ni. Nasib baik sempat copy gambar dari kamera adik beberapa keping gambar sebelum ni.

Patah tumbuh hilang tak berganti
Menangis air mata darah pun perkara sudah terjadi
Pengalaman sebegini jadikan pengalaman di kemudian hari
Agar ianya tidak berulang lagi

Apapun , aku masih :

Sedih

P/s : Jadikan pengajaran. Lain kali, transfer gambar yang telah diambil sekerap mungkin dan berjaga-jaga dengan pendrive yang tidak dikenali. Inipun berjangkit dengan memori kad adik rasanya.

P/s/s :Pernahkah perkara sebegini terjadi kepada anda? Sedihtak?
Related Posts with Thumbnails