Terimakasih buat Kak Nani Rostam dan Hanis Zalikha kerana menjemput kami sekeluarga ke kenduri kahwin kakak Hanis @ Liana Ezzana semalam. Majlis kenduri yang diadakan di rumah mereka di Shah Alam. Lebih kurang pukul 2+ petang,sampaila kami di sana.
Yieza, Inilah Sifuku, AbangEnsem @ Jutawan Hartanah berjaya
Seminar Hartanah yang dianjurkan kini semakin mendapat sambutan yang menggalakkan. Tips dan informasi menarik, harga berpatutan, dan memang banyak membantu bagi sesiapa yang ingin menceburkan diri dalam bidang hartanah especially Newbie. Tak sabar pula rasanya kami untuk memiliki rumah ketiga. InsyaAllah, berkat tunjuk ajar sifuku, mungkin ianya akan menjadi kenyataan tak lama lagi.
Hanis Zalikha. Cantik dan Ayu sentiasa
Mencari-cari juga pakwe/kekasih Hanis Zalikha semalam tapi tak nampak la pula kelibatnya. Kalau tak, boleh ambil gambarnya sekali ,tentu ramai jejaka di luar sana yang menangis kekecewaan especially Mamat ni. Hik3..
Carl Samsudin . Long Time No See. Makin segak dan bergaya skang.
Bila pula tarikh gembira bro?
Jawapan : Tak cukup duit lagi laa broo...
Umm, Indeed. Zaman moden ini, memang besar Ranjau Kewangan Seorang Lelaki Untuk Berkahwin. Plus, adat resam yang perlu diikuti, dan memang setuju dengan entri ini : Perkahwinan Jahiliah Menggalakkan Maksiat
Haah, skangni nak kahwin kalau takde at least RM30K, bye-bye laa jawabnya. Cam eyriqazz, kahwin dah masuk 4 tahun, anak dah nak masuk 2, hutang kahwin masih lagi ada berpuluh-puluh ribu.
Sweet je Pengantin . Bagai Pinang dibelah dua
Jom Pulang. AEON Bukit Tinggi destinasi seterusnya
Ole-Ole buat Alisya di bawa pulang
Once again, thanks Kak Nani Rostam dan Hanis Zalikha for inviting us. This is the beauty of blogging, persahabatan yang dibina di alam maya, berterusan di alam nyata.
P/s : Agak-agak sekarangni kalau nak kahwin, berapa minimum yang diperlukan ya? Jejaka Jambu ni tengah menghitung budget bagi meminang Rozita Che Wan. hihihihi...
