Semakin Ramai Rakyat Malaysia yang Kahwin Lewat? (Credit picture Here)
Terdetik untuk mengomen sama bila membaca entry LPPKN pandang serius kahwin lewat . Antara faktor penyebabnya adalah :
1) Wanita memberikan alasan tiada calon yang sesuai.
- Umm, honestly saya bersetuju (not 100% laa..) . Bukan mudah nak mencari lelaki yang sesuai sekarang ini. Sudah berkahwin pun,ramai yang badigooolll.... Terjadi kat adik saya sendiri ( Bekas Adik Ipar Yang Badigool!!! )
2) Kewangan yang belum Stabil bagi lelaki
- Setuju, saya pernah buat entry pasalni dulu : Ranjau Kewangan Seorang Lelaki untuk Berkahwin
Selain itu, saya mahu tambah lagi :
@ Perbelanjaan kahwin yang semakin meningkat. Tidak kirala dari pihak lelaki or wanita..
@ Adat dan Resam. Nak kahwin mesti kena buat kenduri. Mesti ajak at least berapa orang. Mesti buat itu dan ini. Tup2 menyusahkan bakal pengantin. Myself, hutang kahwin sampai sekarang belum habis bayar lagi.
@ Semakin sibuk dengan mencari harta duniawi @ perkerjaan.
@ Kos sara hidup yang semakin meningkat. Sana sini mesti naik. Baruje nak kumpul duit untuk kahwin, dah kena korek tabung lagi....Umm,bila mau cukup camni?
Apa pula pandangan anda? Kenapa Semakin Ramai Rakyat Malaysia yang Kahwin Lewat?
