Showing posts with label abangensem. Show all posts
Showing posts with label abangensem. Show all posts

November 28, 2012

Mega Hartanah Bumiputera - Evolusi Kekayaan Menerusi Pelaburan Rumah Subsale

Sambungan dari entri (Teaser) Mega Hartanah Bumiputera. Mega Hartanah Bumiputera yang julung kali diadakan ini sempat saya hadiri weekend yang lepas. Speaker yang pertama adalah Pakcik goyang dengan tajuknya Evolusi Kekayaan Menerusi Pelaburan Rumah Subsale :


Bikin goyang dibuatnya Pakcik goyang dengan kehadiran lebih dari 200+ Peserta Seminar

AE : Sebelum saya berikan seminar, izinkan saya menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk " Ramalanku Benar Belaka"

As usual, trademark unik dia yang menampilkan gaya ala-ala gatal. Sebenarnya tidak, inilah salah satu caranya bagi menarik perhatian audiance yang pelbagai usia.

14 Buah Rumah yang dimilikinya kini..Idea tercetus sejurus menamatkan pengajian di Uitm.

Jadi student, rumah semestinya suatu kemestian ketika belajar kan? Bijak merebut peluang, itulah yang dilakukan oleh AE.



Kenapa Hartanah?

Suka cara AE berkongsi pengalaman peribadi berkongsikan pengalamannya yang pernah Invest in Gold, saham, dan pelbagai lagi. Instrument hartanah adalah instrument yang paling sesuai dengannya dan mampu memberikan hasil yang lebih memuaskan dan kenapa dia memilih hartanah.


Matlamat & Strategi Pelaburan Hartanah

Mudah je konsep yang diberikan oleh AE. Mahu kaya, gunakan konsep flipping (beli dan jual). Mahu Senang, gunakan konsep beli dan sewa. Mahukan kedua-duanya, lakukan kedua-duanya. Eyriqazz? Masih baru nak berjinak-jinak, baru ada 1 rumah yang disewakan .


Tiada Modal?

Pinjam awek? Hutang Ah Long? Join MLM? Banyak cara lain bagi kumpulkan modal, misalnya :

1) Gunakan duit EPF (Rumah pertama boleh keluarkan akaun 2 duit EPF)
2) Pinjam dengan Ibubapa macam apa yang AE dan Eyriqazz lakukan.
3) Simpanan dan tabungan. Boleh praktikkan Tips Menabung Tabung Bunian
4) Praktikkan Tips Pelaburan Hartanah Tanpa Modal


Jeng,jeng.... Yang tiada boleh diadakan
Kenapa SubSale? (beli rumah dah siap )

Banyak kelebihan beli rumah subsale jika dibandingkan dengan beli rumah lelong ataupun Under Construction. Rumah kedua eyriqazz, misalnya, beli under subsale. Sign agreement, terus minta pindah rumah.  

WTF? Where, What & When to Find?

Lokasi strategik nak beli rumah sekarang, antaranya di lokasi "Laluan Naga". Boleh refer entri sebelum ini. 



Harga Berpatutan? Boleh dapatke? 

Boleh, jika rajin mencari dan tidak cepat putus asa. Network pun penting.


Teknik pun kena ada untuk membeli rumah. Saya ada praktikkan di rumah kedua. Berhasil

Site viewing. Antara part paling penting dalam membeli rumah

Sistem perparitan,sistem pengaliran air, keadaan dalam dan luar rumah perlu diambil kira juga.


Bank : "Yes, we Are Ah Long with a License One"
Peminjam : "Please approve my loan"

Teknik mendapat kelulusan pinjaman bank turut dikongsikan oleh AE antaranya kedudukan kewangan yang baik (CCRIS), kemampuan membayar, debt service ratio, dan pelbagai lagi.Bolehla hadiri Seminar Hartanahnya in future kalau nak tahu lebih lanjut.


Kemampuan Membayar - Antara Part paling Penting untuk loan diluluskan

So, make sure CCRIS anda cantik. Bagi yang tiada pinjaman langsung, disarankan ambil kredit kad (use it wisely or guna pada amount yang minimum). At least, adalah rekod. Bank sekarang ni agak reluctant utk kasi pinjaman perumahan dekat individu yang tiada rekod pinjaman langsung macam apa yang terjadi dekat adik ipar Eyriqazz.

Overall, saya berikan rating 8.5/10 untuk talk dari Abang Ensem ini. Banyak tips dan informasi berkenaan Pelaburan Hartanah yang dikongsikan. Juga kagum dengan Peserta Seminar. Lebih kurang dalam 30 orang peserta seminar yang sudah memiliki 4 buah rumah ke atas namun masih menghadiri seminar sebegini. Yup, mereka pun dahagakan ilmu dari Otai-Otai Hartanah seperti AE ini. 

P.s : What's Next? Kenalah Praktikkan Ilmu yang dipelajari. Bak kata Ariff Shah, Tak Guna Belajar Teori Kalau tak Praktikkan

November 11, 2012

Ensem Untuk Hartanah


Perkongsian menarik dari Pakcik Goyang di Bisnes Alternatif, Astro Awani dengan tajuknya "Ensem Untuk Hartanah" :


Pakcik Goyang : Saya memang Ensem. Dulu pun Neelofa pun pernah jatuh cintan dengan saya..Hik3..

Thanks petik blog Eyriqazz. Yup, Pelaburan Hartanah memang boleh membuahkan hasil yang menguntungkan

P.s : Ensem untuk Hartanah, memang blog dan Ebook Hartanah dari Pakcik Goyang memang saya rekomenkan. Memang banyak membantu bagi yang berminat untuk bergiat dan menceburi diri dalam pelaburan Hartanah. Tak lupa juga Ebook ini --> Pelaburan Hartanah Tanpa Modal


July 11, 2012

Fatin Liyana Termakan Pujuk Rayunya


AE : Fatin Liyana, sebagai Presiden Club Kelab Presiden Fatin Liyana, saya mahu memujuk  anda supaya kembali kepada Nuffnang...

FL : Bagi saya 3 sebab kenapa saya perlu berbuat demikian?
AE : Sebab pertama, Alisya anak Eyriqazz pun dah jadi Ahli Club FL. Papa dia pun bersama Nuffnang
FL : Umm, good point...Lagi?

AE : Sebab kedua, ramai lelaki-lelaki kacak @ Ahli Kelab Peminat FL ternanti2 kehadiran U di Event Nuffnang
FL : Umm, boleh diterima...Sebab terakhir?

AE : Sebab ketiga, takkan u tak tergoda dengan kekacakkan I ni? Presiden dan FL kena satu haluan kan?
FL : Umm, I like the last one...OK then..I switch now...

Jeng, Jeng, Jeng, Fatin Liyana kini kembali bersama Nuffnang
Tentu semakin ramai yang teruja menanti penampilannya di Event Nuffnang nanti kan?

P.s : Fuhh, Online Users saja dah mengalahkan Average Online Users sejam di blog Eyriqazz. Huk3.....

Oh ya, dialog diatas hanyalah rekaan semata-mata, Fatin Liyana mungkin ada sebabnya tersendiri kenapa dia memilih Nuffnang kan?. 

June 30, 2012

Umur Sebenar Abang Ensem

Fuhh, selama ini tertanya-tanya berapakahUmur sebenar Abang Ensem ni. Rasanya dah cecah 50 kot , itula first impression Eyriqazz.


Agak-agak berapa Umur mamat yang Perasan Ensem ini ya?

Fuhh, harini terjawabla persoalan di hati...

28 Tahun?? Biar betik, Jamu Apa dia pakai yang membuatkan dia nampak lebih Tua dari Usia sebenar ni?

June 4, 2012

Abang Ensem Di Mata Aku

Siapa Abang Ensem Di Mata Aku? . Agak menggigil juga nak karang entri ini, namun bak kata Pepatah, Orang Mengantuk diSorongkan Bantal. Inila peluang untuk saya untuk memberikan pandangan. Hahaha,Sila jangan nangis ya Abang Ensem.

 #1 - Ensem ke?

Ensem ke mamat ni? Inila first time pandangan saya bila terjah blog dia? Fuhh, badan ketak-ketak. Mesti kaki pukul or tukang tarik kereta bank ni. Don't play-play, Don't judge people by their look. Umm, adala kot sikit-sikit hensem ala-ala Datuk K.

 #2 - First Impression Jumpa Face to Face
(Credit Picture to Hazman Fadzil)

Ehh, Abang Ensem ni kan? Haahla, di luar nampak lebih ensem dari dalam blog (Ayat bodek nak paww Ebook). Memang santai borak ngan Mamat ni, sempoi, dan down to earth. Cayola bro, dalam blogging ni, bro antara blogger yang saya memang bertuah dapat jumpa. 

P.s : Sila belanja saya makan lagi...


Kerana entri nya yang nampak cam ada gatal-gatal dan bersahaja inila yang buat saya terus melekat kat Blog Abang Ensem ni. For me, kalau blog ilmiah itu too serious sangat, I'm not too interested to read. Better saya baca buku Robert Koyisaki, Azizi Ali atau banyak lagi buku ilmiah di luar sana. Selingan dan aksi manja dan perasan ensem inila yang buat "Eden menyampah tapi Selalu Nak Menyinggah" ....

Plus, aksi gatal-gatal diani di alam maya je. Di dunia nyata, depan Isteri, nyamuk pun tak mati. Yang lagi coolnya, Isteri pun punya perangai yang gila-gila cam Mamat ni. "Korang jangan Percaya sangat cakap Meor tu" , auta je lebih... Hahahaha, sweet couple, anak2 pun  comel2..Semua perempuan..Latest ni bro dah tau jantina?


Enough said, Mamat ini la yang telah meragut keterunaanku bersama Karaoke. Cissh, cisshh.... Aksi feeling-feeling syok sendiri aksi nyanyi cam Jamal Abdillah. Di sini juga la first time saya jumpa Zarul Umbrella. Saya ni memang blur2 bak artis, time ni siap saya tanya , Zarul Umbrella tu siapa? . Dia ada jual payung ke? (ayat last tambah sendiri...)

#5 - Ensem with A Brain

Jangan mudah tertipu dengan aksinya yang menggoda. Nampak nerd tapi dalam Hati ada taman. Yup, Ensem with a Brain. Mengenali Mamat ini, rupanya barula saya sedar, banyak lagi peluang di luar sana dan cara untuk lebih optimumkan kelebihan blogging untuk masa hadapan.


Yup, Contest anjuran bersama ini really give a win-win situation. Banyak juga backlinks yang diperolehi ketika Contest ini berlangsung. Cuma sayang,tak dapat hadiri sesi ini. Kalau tak, sure diorang jeles dengan ketajaman vokal eyriqazz. On the other notes, Current Contest bro ni belum cukup menguja. Satu hadiah Grand Prize dan hadiah Saguhati? Mana hadiah tempat ke-2,3,4,5? Hahaha,the more the merrier kan? Penat dowwh eden mengayat entri ini....

 7- Networking

Serius, saya kagum dengan networking yang AE ada especially dalam pelaburan hartanah. Yup, Mamat ni seorang Jutawan Hartanah yang kini memiliki lebih kurang 14 buah rumah. Berkenalan dengan penulis buku WTF membuka lebaran baru bagi saya, Usia bukannya penghalang untuk berjaya dan berani untuk mengambil risiko..


Setakat ini, 4 ebook telah berjaya dihasilkan oleh AE. Action speak for itself. Pulangan ebook yang konsisten 4 angka kini dan juga sistem affiliate yang membantu orang lain menjana Income sama,termasukla saya. InsyaAllah, tak lama lagi, satu Ebook hasil kerjasama dengan AE, Eyriqazz, dan Je Jai bakal dihasilkan.

#9 - Dialah Sifuku

Yieza, pengakuan saya.Diala sifuku. Untuk terus maju dalam bidang kewangan dan juga berblogging. Dia banyak menunjukkan jalan. Jana Income dengan Blogging bukan sekadar dari Iklan dari Nuffnang, tapi banyak lagi potential Income yang boleh dihasilkan. InsyaAllah, sedang mengorak langkah.

#10 - Sifu Hartanah/Robert Koyisaki Versi Melayu 

For me, Seminar Hartanah nya memang menarik. Must attend buat sesiapa yang baru/ingin menceburkan diri dalam pelaburan Hartanah. InsyaAllah, planning untuk memiliki rumah ketiga hasil tunjuk ajar AE.Harap-harap by next year..


Hadirila Seminar Hartanah AE. Beli ebook Hartanah Abang Ensem. Terjah blog dia. InsyaAllah, ilmu berkenaan Hartanah dapat anda pelajari.


Secara jujurnya, mengenali dan hasil tunjuk ajar Mamat yang mengaku ensem ini, eyriqazz banyak belajar cara "Menjana Income Sampingan". Yup, bukan sekadar blogging, hartanah dan kembangkan ia. Banyak lagi yang belum eyriqazz lakukan. My first Ebook maybe? Who knows kan?

#13 - Cabaran dan Cadangan

Last but not least, teruskan dengan cabaran bro bagi memberikan ilmu kepada lebih ramai orang. Semoga sama-sama dapat meraih kejayaan. 

Blogging wise, cadangan saya, teruskan berblogging dan kerapkan buat entri. Bosanla satu entri je sehari. Tak puas. Gambar-gambar jangan lupa tambah. Hadiah Contest jangan lupa tambah, jangan kedekut..Hahahaha.... "Statistik Lawatan ke website anda: 132" Affiliate website masih belum berupdate lagi, Sila upkan sebelum banner ditarik dari blog...

Terimakasih kerana menjadi Mentor & Sifu. Yup, blogging bukannya semata-mata  "Traffic and Money". AE telah banyak mengajar saya, dalam berblogging, banyak lagi yang anda boleh lakukan. Nak atau tidak saja. Yakin or tidak, berani or tidak, Ensem or tidak???

Kalau Ensem,Cantik atau mahukan cabaran untuk lebih berjaya, Jom Sama Joini Contest Siapa Abang Ensem Di Mata Aku? 


May 5, 2012

Jumpa Penulis Buku WTF? 23 Properties by 30

Berjumpa Penulis  WTF? 23 Properties by 30 , Faizul Ridzuan
Serious, bukunya laris dan bagaikan pisang panas, banyak tempat sold out

Preview : Faizul Ridzuan knows how to invest. And he makes it look easy. This regular employee turned RM2,000 in seed capital into multi-million property portfolio in just 5 years, with 23 properties purchased to date.

Buku ini menceritakan pengalaman penulis macam mana dia berjaya memiliki 23 biji rumah by umur 30 tahun. Umm, eyriqazz 30 tahun baru 2 biji rumah. Sempat mengorek serba sedikit rahsia yang dikongsikan secara peribadi kepada kami. InsyaAllah, akan dikongsikan di blog ini beserta review tentu bukunya sekali. 


Partner in Crime , Abang Ensem, AriffShah, dan Tuan Bri

Eyriqazz dah baca serba sedikit buku ini dan dalam proses nak khatamkan minggu ini. Gaya penulisan yang mudah difahami, dan bolehla dikatakan buku ini macam buku versi "Robert Koyisaki versi Melayu"

P/s : Hati semakin berkobar-kobar untuk memiliki rumah yang seterusnya. Mungkin minggu depan akan turut serta join Seminar Hartanah, 4 Langkah ke Arah Hartawan Hartanah

P/s/s : Yup, Buku WTF ini mostly Sold Out di Kedai Buku kini. Saya turut rekomenkan Ebook Hartanah ini, pengisian, informasi dan maklumat berkenaan pelaburan hartanah tak kurang hebatnya...

March 27, 2012

Aksi Atas Katil


Aksi Atas Katil. Anda nampak tak apa yang saya nampak?
Hik3, Life is Beautiful
Nak berkenalan dengan Abang Hot atas katil itu , bolehla terjah http://bit.ly/hZbv6I

March 13, 2012

Kekasih Baru Rozita Che Wan

Khabar-khabar angin bertiup kencang, Inilah Kekasih Baru Rozita Che Wan
Oh, Betulke khabar-khabar angin Ini..No wonderla , Jejaka yang Pernah Dikecewakan dengan Rozita Che Wan semakin kecewa dan dengarnya kini telah menerima tawaran untuk berlakon filem :
P/s : Life is Beautiful...Kalau memanjang serius, boring juga kan? Hik3, buat rakan bloggers ku, jangan marah naaa....Nanti kena jual...

February 10, 2012

Jom Berkaraoke Bersama Eyriqazz

Jom Berkaraoke Bersama Eyriqazz
Tarikh : Sabtu, 25 Februari 2012
Tempat : RedBox , Sunway Pyramid

Featuring Inul Gelek, "Jamal Abdillah" dan Artis Jemputan Zarul Umbrella
Teaser Skit

InsyaAllah, eyriqazz will be there dan  jika tiada aral melintang dan suasana mengizinkan, mungkin eyriqazz akan kongsikan pengalaman "How to Earn 3-4 angka sebulan" dengan berblog. 

Nak join dan berkaraoke bersama Eyriqazz & The Gang? Check out entri ini : http://bit.ly/xm5q7w

February 2, 2012

Jerat Percintaan U and Me

Dari mata turun ke hati
Dari hati teruslah MC
Penangan renungan tajam buat Nurul ternanti-nanti
Bilakah nak diajak berkaroake lagi
Dua tiga kucing berlari
Nurul lari abangensem kejar dengan LRT
Hati bertaut ku nanti-nanti
Inikah jelingan yang dipelajari dari Datuk K yang buatkan Datuk Siti Nurhaliza terus kata “Jerat Percintaan u and Me”
Amboi-amboi feeling-feeling melayan diri
Ayat baik mengayat awek kanan dan kiri
Si Nurul tersipul-sipul malu blushing Pipi
Tertanya-tanya apakah yang bermain di Hati
Tapi di dalam hati.... " Dulu Mahu tapi Malu"
Kini Baru Ku Tahu
Jeling-Jeling AbangEnsem Menjelingku
Buatkan Hatiku terkedu

P/s : Credit picture to Madammondoq dan entri ini hanyalah entri usikan buat rakan-rakan bloggers....Hik3...

January 18, 2012

Inul Gelek, Zarul Umbrella, 'Jamal Abdillah', dan 'Siti Nurhaliza' Beraksi


Inul Gelek duet 'Siti Nurhaliza


Zarul Umbrella



Inul Gelek Duet Kak Sha


I Lost My Virginity

Fuhh, susahnya untuk kuluahkan kata-kata ini. Patutkah aku berterus-terang. Huhuhu, bukan mudah, bukan mudah. Namun, terpulangla, berpantang tetap akan kuluahkan . Inilah tempatnya " I Lost My Virginity" 

Redbox. Keterunaan ku bersama Karaoke akhirnya diragut.
Hik3, kasi hangit skit. Inilah first time saya singgahi karaoke sepanjang 25 tahun umur saya ini (hik3 lagi)

Wah, bukan main lagi Akak Inul Gelek dan Kak Sha
Geng-geng Si Cantik Manis pun apa kurangnya
Dapat juga jumpa Zarul Umbrella. Bekas penyanyi kumpulan Umbrella now kerja Pramugara MAS
Inilah Si 'Jamal Abdillah' nya yang berjaya membawaku ke karaoke session pertama kali

Umm, lagu apa yang eyriqazz nyanyi? Umm, inilah lirik lagu saya nyanyi dalam hati  "Biar malu-malu, biar segan-segan, saya malu-malu, saya segan-segan, saya pun tak nyanyi, tengok orang saya pejam-pejam,nanti kalau hujan, payahlah eden balik naik motor kebasah-basahan.."

Enjoy the session n fun. Siapa kata blogger takde life kan? Cam Mamat ni lagi lah, life start at 40. Nasib baik takde Kekasih Tak jadi Rozita Che Wan ni. Kalau tak, lagi haru dibuatnya...

P/s :Lagu-lagu nyanyian mereka akan diuploadkan di Youtube soon... Hik3, memang berbakat laa diorang ni...

P/s/s : Jom karaoke.... 'Jamal Abdillah' blanje...
Related Posts with Thumbnails