Showing posts with label abang ensem. Show all posts
Showing posts with label abang ensem. Show all posts

June 30, 2012

Umur Sebenar Abang Ensem

Fuhh, selama ini tertanya-tanya berapakahUmur sebenar Abang Ensem ni. Rasanya dah cecah 50 kot , itula first impression Eyriqazz.


Agak-agak berapa Umur mamat yang Perasan Ensem ini ya?

Fuhh, harini terjawabla persoalan di hati...

28 Tahun?? Biar betik, Jamu Apa dia pakai yang membuatkan dia nampak lebih Tua dari Usia sebenar ni?

June 28, 2012

RM162.50 Rezeki Contest

Entri mengenakan rakan blogger Abang Ensem di Mataku berjaya berkongsi hadiah tempat Pertama ( Pemenang Contest Abang Ensem Di Mata Aku). Alhamdulillah, RM162.50 sudah dibank in ke akaunku...Rezeki anak, dah lama rasanya tak menang Contest blogging ni... Join pun bila ada kelapangan dan rasa ada peluang untuk menang or Sokong Contest rakan-rakan rapat.

 #1 - Ensem ke?

Mungkinkah Penangan Bodek Lelaki Kacak vs Lelaki Ensem ?

Dahla, cukupla lebih-lebih puji Mamat ni. Kan ada yang tak tidur malam nanti... Hahaha, bagi yang nak menang Contest lagi, jemput joini Contest Eyriqazz dengan hadiah bernilai RM1,700+) untuk dimenangi...

April 30, 2012

Wanita-Wanita Cantik : Register Here

Wanita-Wanita Cantik , Register here : A&E Department
Serius bro, bila tengok sign ni, teringat kat Lu...


P/s/s : Entri ini hanyalah sekadar gurauan buat rakan bloggers @ Abang Ensem. Jangan ambil serius ya...

September 19, 2011

Beraya di Rumah AbangEnsem

Semalam, lepasje pergi singgah di Rumah Baruku dan tunjukkan suasana di sana kepada Isteri dan Alisya, terus terjah dan pergi beraya di RUmah AbangEnsem.

Anak Je Jai, Amcam ada gaya bapanya tak?

Time saya sampai ni, Mat Joe dah nak pulang, makanan dah almost nak habis dihabiskan oleh Je Jai.Just kidding. Sedap bro makanan yang disediakan semalam especially kuih muih yang bro beli dari Mak Hanis Zalikha @ Nanirostam . Tahun depan tolong orderkan untuk saya sekali ya bro? Pastu kita pi ambik sama-sama. Takyahla bawa Isteri...Hik3..

Memang strategik rumah yang AbangEnsem tinggal skangni. Tak jauh dari Uitm, nak pi I-City pun jalan kaki je boleh. Fuhh, memang kagum la dengan Jutawan Hartanah ini yang kini mempunyai berbelas-belas buah rumah dan more coming soon....
 
Bersama Abang Ensem @ Jutawan Hartanah yang disegani

P/s : Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kalau kita pandai manage "Finance" kita, InsyaAllah kita mampu tingkatkan dan perbaiki dan meningkatkan taraf ekonomi...I learn a lot from AbangEnsem, Alhamdulillah, 2 rumah sudah berjaya saya miliki walaupun gaji kami takdelah tinggi mana.

September 18, 2011

Dia Tetap Penyokong Setia Arsenal

Dia Tetap Penyokong Setia Arsenal

Walaupun Prestasi Arsenal agak kurang memberangsangkan tahun ini i.e. kena belasah teruk dengan Manchester United dan terbaru kekalahan 3-4 di tangan Blackburn,  Si Dia yang Ensem, tetap setia menyokong team Arsenal. Tengokla, time pergi Open House Raya di rumahnya pun, tetap bergaya dengan jersi Arsenal.

P/s : Kan bagus kalau ramai penyokong Malaysia camni kan? Bro, tak bercita-cita mahu sokong team QPR ke?

September 14, 2011

Serius Jealous dengan Keensemannya


Serius,serius saya jelesss dengan KeEnseman Mamat INI. Dahla hensem, blogger/Jutawan Hartanah pula tu...Rumah dah ada berbelas-belas biji..Seriuss aku jeleess...

Tengokla, Sampaikan Miss Dior yang Jelita pun 'terkenyit-kenyit' mata dengan keenseman mamat disebelahnya...

Bodyguard dia pula, pasrahhlaa, nak buat camne tak dapat duduk sebelah Miss Dior..

Saya pula, of course laa jealouss giler, tak nampak muka masam/serius je tu...

Dah,dah, Korang Jangan KLIK SINI tau..Bertambah-tambah jealouss saya nanti...

August 24, 2011

Kalau Dah Ensem


Abang Ensem berbaju hijau senyuman manis sekali
Orangnya Sempoi, Jutawan Hartanah cemburunya hati
Perasan Ensem, Kalau dah Ensem apa nak dikata lagi
Tengok rupanya tentu ramai yang tergoda sudah semesti

Bro Framestone jejaka kacak turut tumpang sekaki
Trademark Jaket kuning sejak first time kujumpa hinggala kini
Baru terima bayaran, alahai taknak belanja ke kami?
Kecil tapak tangan, saya bawa satu lori

Je Jai oh Je Jai, kemana-mana asyik-asyik dia lagi
Nak buat camne, makin famous business baru bakal menyusul tak lama lagi
Gambir Sarawak Asli sudah semesti  murah sekali
Mahu tempah, cepat-cepat ada promosi sempena raya ini

Kalau Dah Ensem, ke empat-empat ada keistimewaan tersendiri
Kalau dah bertemu pot-pet pot pet kalahkan kaum Isteri
Oh, Penangan Abang Ensem sudah hinggap ke Pipi
Bilakah pula penangan "Jutawan Hartanah" bakal menerjah kami?

 Kalau dah hensem, kentut pun bau wangi
Itulah abang ensem rupanya ada Isteri cantik sekali
No wonder, Awek "Cun/Hot" kanan dan kiri hanya dijeling buat tidak peduli
Itulah kelebihan Kalau dah Ensem buat apapun semuanya jadi
Fuh kanan, fuhh kiri
Semoga terjah aura Jutawan ke Eyriqazz pula tak lama lagi

August 11, 2011

Hadiah Raya dari Abang Ensem|Tips Mudah Lulus Pinjaman

Photobucket
Hadiah Raya dari Abang Ensem|Tips Mudah Lulus Pinjaman



Pucuk dicita, ulam mendatang. Bertitik dari entry semalam --> Blog Pilihan August 2011 , saya menerima personal e-mail dari Abang Ensem :

Assalamualaikum Bro,Aku lampirkan ebook terbaru aku untuk ko review. Kalau bagus, ko kata la bagus dan kalau ada kelemahan, ko belasah je aku. Aku takdak hal punya. Satu lagi, tips ni bukan semata-mata untuk pinjaman rumah sahaja tetapi untuk lain-lain pinjaman pun boleh diguna pakai. Website untuk ebook ini adalah http://bicarahartanah.com.

-AE-

Selepas bersahur ni, sempatlah download ebook yang diberikan Oleh Abang Ensem ni dan baca seimbas lalu. Ada 11 tips yang menarik yang dikongsikan berkenaan "Tips Mudah Lulus Pinjaman Rumah"

So, first impression, sebagai banker dan bekas Recovery Officer di salah sebuah bank di Malaysia, memang saya cukup kagum dengan tips yang diberikan. No wonder Abang Ensem dapat apply lebih dari 10 pinjaman perumahan dari bank untuk pembelian rumahnya.

** Fyi, abang ensem bukannya businessman,full time worker sama macam most of us. Bila baca kisah2 Abang Ensem, teringat buku "Rich Dad, Poor Dad" dari Robert Koyisaki. 

Full review, nanti ya Abang Ensem, tak sempat lagi nak baca abis. Untuk yang baru nak berjinak-jinak or dalam proses untuk apply loan perumahan, Ebook ni memang saya rekomenkan. Tak perlula pening-pening kepala memikirkan apa yang diperlukan untuk mempercepatkan dan mudah Lulus Pinjaman. Well,some of the tips tu memang saya dah praktikkan semasa saya membeli rumah kami yang kedua tahun lepas. Bila baca-baca balik Ebook Abang Ensem, kalau saya beli ebook ni awal-awal, takdela pening sangat kepala memikirkan pasal nak lulus pinjaman ni.

Umm, lebih lanjut pasal Ebook ni, bolehla korang terjahi SINI --> http://bit.ly/xFyxtC

P/s : Thanks Abang Ensem for the ebook ni.... Tak sabar nak khatamkan ebook ini....

August 10, 2011

Blog Pilihan August 2011

Fuhh, sejak update Blog Pilihan Eyriqazz untuk March 2011, tersangkut di tengah jalan. Mood agak kerajinan skit, so Inilah blog Pilihan Eyriqazz untuk August 2011 :



1) Denaihati  - Hidupkan untuk Memberi. Salah seorang blogger kegemaran eyriqazz yang banyak buat Contest dengan hadiah-hadiah yang menarik. Antaranya Insentif tunai untuk setiap trafik ke blog denaihati . Selain itu, banyak berkongsi isu-isu semasa, keagamaan, sukan, dan sebagainya. Yup, memang benar, saya ada praktikkan, Hidupkan Untuk Memberi, dan it's true, The More you give, the more you will get.

P/s : X sabar menanti next contest dari bro denaihati.



2) Cik Epal - Blogger unik yang mempunyai identiti tersendiri.Cik Epal gonjeng yang terkenal dengan Segmen Menternak lemak, Shaheizy Sam, anonymous,keluar magazines, dan pelbagai lagi.  Gaya penulisannya yang outspoken dan tulus memberikan kekuatan tersendiri di blognya. Blog peribadi yang mencecah 10K+ UV sehari memang sukar dicari dan cikepal telah membuktikannya.RM5K+ sebulan dengan berblogging,memang menjadi idaman setiap bloggers di luar sana. In person dan di blog, itulah orangnya. Tiada sorokan identiti dan apa yang boleh saya katakan, Cik Epal, salah seorang top blogger di Malaysia. Well,well, it's not easy being her, tak gitu Cik Epal?

P/s : Cik Epal, bila mahu payungkan kami berbuka puasa?


3) Mat Gebu - Blogger masakan yang selalu membuatkan air liur saya meleleh dek keterujaan melihat masakan yang dimasak oleh Mat Gebu. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ini. Oh, alangkah indahnya kalau dapat berbuka puasa bersama Mat Gebu. Salah seorang blogger masakan yang cukup top, online users beratus-ratus setiap kali. Umm, siapa cakap blogger Blogspot tak mampu pergi jauh? Mat Gebu sudah membuktikannya.

P/s : Mat Gebu, bila nak ajak saya  makan-makan di rumah mat gebu?

4) Kak Ina KL  - Ketua Talibarutz. Seorang ibu, blogger yang mempunyai ciri istimewa. Mana nak cari blogger yang bukan setakat terror memasak namun selalu join dan menceriakan event-event bloggers? Satu keluarga pula menyokong sama. Blogger yang unik yang berkongsi suka duka kehidupan, kekeluargaan, masakan yang mampu mengalahkan 5 star hotel, dan tak lokek dengan senyuman dan nasihat. A few entries sebelum ini yang saya dedicatedkan untuk Kak Ina, bolehla terjahi ----> SINI

P/s : Bilakah agaknya akan tertunai hasrat di hati untuk makan di rumah Kak Ina KL ?
Abang Ensem @ http://abangensem.com


5) Abang Ensem  - Sesuai dengan nama blognya, memang hensem orangnya. Peramah pulak tu. Inilah blogger Jutawan yang saya kagumi. Mempunyai lebih kurang 14 buah rumah yang mostly disewakannya. Inilah Sang Penyu yang eyriqazz kagumi, di dalam diam banyak membuat side Income dengan hartanah, jualan ebook, seminar dan etc. Banyak perkongsian menarik berkenaan tips hartanah yang memang best untuk diterjahi especially cam eyriqazz yang baru nak berjinak-jinak dengan sewa rumah.

P/s : Bro, taknak kasi ''Ebook sebagai free gift ke untuk saya ker sebagai hadiah raya?" . Boleh saya tolong reviewkan dan jadi affiliate bro... Tak lupa juga, berminat nak join seminar bro tu...Hik4...rezeki ada di mana-mana saja kan?

P/s : Apa pula blog pilihan anda bulan ini? Kongsi-kongsikan di sini, jika ada yang berkenan di hati, boleh saya masukkan  untuk Bulan September pula nanti...
Related Posts with Thumbnails