Showing posts with label blog pilihan eyriqazz. Show all posts
Showing posts with label blog pilihan eyriqazz. Show all posts

October 31, 2011

Blog Pilihan Oktober 2011

Final day di bulan Oktober 2011, inilah blog Pilihan Eyriqazz untuk Bulan ini :



1) Kak Jie - Hidup Biar Sedap. Penulisannya memang santai dan menjadi terjahanku hari-hari. Banyak juga berkongsi tips yang menarik yang boleh dipraktikkan oleh bloggers. Sifu dan Seorang yang sangat berpengalaman dalam dunia blog. Kalau mahu belajar apa itu erti sebenar dan etika seorang blogger, blogger ini memang saya rekomenkan. 
P/s : Kak Jie, bila nak jemput ke rumah?

2) ZackZukhairi - Realiti Konspirasi. Apa yang saya boleh katakan, penulisannya mampu menarik ratusan komen dan menggiurkan Sang Pria. Salah seorang blogger yang cukup berpengaruh. Tengok sajalah followernya, berpuluh2 ribu. Sayang, dah lama tak update namun saya tahu tentu ramai yang menanti-nanti entry terbarunya termasukla eyriqazz sendiri.


3) Marya Hana - Eyriqazz cukup kagum dengan gambar-gambar yang diambil di blognya. Membuatkan saya semakin teruja untuk turut memiliki DSLR. Perkongsian entry pun bersahaja, membuatkan santai membacanya.

P/s : Kalau eyriqazz nak beli DSLR, jenama apa yang Marya rekomenkan ya?

Hazman Fadzil @ http://hazmanfadzil.com

4) Hazman Fadzil  - Seorang blogger yang tengah mengumpul duit untuk meminang Lisa Surihani or Rozita Che Wan. Food blogger, melihat entry-entry dan gambar makanan di blognya cukup untuk membuatkan terliur dan terasa lapar. Juga salah seorang yang membuatkan hati saya makin teruja untuk memiliki DSLR.

P/s : Saya cadangkan bro tukar header, kasi lebih "Ummph" n nampak lebih menggiurkan...Alaaa,Je Jai sure terror redesign balik.

Lilianna Mardiana @ http://www.dangobunny.com/

5) Lilianna Mardiana  -Skema Itu Hot.Umm,memang hot orangnya. No wonderla Cimon@rakan seofis eyriqazz selalu terjah blog ini. Masa mula-mula singgah blog ini, mati-mati eyriqazz ingatkan Si Lilianna ini ada talian persaudaraan dengan Hanis Zalikha. Banyak berkongsi tips kecantikan dan "Beauty with The Brain".


P/s : "Skema Itu Hot, Tak Skema Hot juga tak?

September 23, 2011

Blog Pilihan September 2011

Fuhh, agak lewat la sedikit update blog pilihan eyriqazz bulan ini jika dibandingkan dengan  Blog Pilihan Eyriqazz untuk August 2011

Inilah Blog Pilihan Eyriqazz Bulan ini :






1) Kak Yan - Boleh Bah Kalau Kau. Honestly, ini salah seorang sifu eyriqazz. Banyak tips, perkongsian menarik dikongsikan di sini. Kalau mahu berguru tips SEO, blogging, etc, blog ini memang eyriqazz rekomenkan. Pandai-pandai la godek entry-entry lama. Antara blogger berpengalaman,surirumah sepenuh masa yang mampu menjana pendapatan at least 4 angka sebulan.
P/s : Bila mau blanje Ikan Bakar Klang, Kak Yan?





2)Je Jai - Asyik-asyik Je Jai. Nak buat camne, dah kena paksa.Kan tak letak blog dia, abis diamuknya satu KL.Wahh, Abang Long dah macam KL Gengster ya?..Ahaks, gurauje. Ini blogger pertama yang eyriqazz jumpa in real life. Walaupun di alam maya selalu gaduh2, Mamat ni sebenarnya cool dan jambu orangnya. Pelbagai perkongsian dikongsikan di sini, gosipnya dengan Fasha Sandha, dan juga .... Ahh, terjahla sendiri....Dah terjah, sudah pasti teruja untuk terjah lagi..
P/s : Header bila mau tukar? Macam mahu hujan laa eden nampak bro dengan awan-awan itu... 

3) Madam Mondoq - Blogger yang boleh dikatakan baru aktif kembali. Memang teruja dengan gambar-gambar di blognya yang membuatkan hati ini berdegup kencang untuk menyambar DSLR. Cuba tengok Matanya..Mata inilah yang telah membuatkan "Shah Rukh Khan @ Laling terus jatuh cinta pandang "kali ke berapa ya? "

P/s : Selain gambar cantik,entri diolah menarik, diani pun pandai design header,banner,etc..Sila-sila order kalau dia sudi mendesignnya.Cantikk...


4) Mat Joe  - Orang Kanan Talibarutz. Seorang bapa, blogger, Pelabur Hartanah dan juga Bakal Jutawan. Banyak berkongsi tentang tips-tips berkenaan kewangan yang memang bagus untuk diambil iktibar dan diamalkan. Mendapat didikan dan tunjuk ajar dari Jutawan Hartanah dan bakal bergelar Jutawan Hartanah tidak lama lagi...
P/s : Bila mau lepak-lepak lagi "Geng-Geng Talibarutz dan Bujang Lapok? "


5) Miss Lolly  - Blog ini digemari ramai especially 'stalker' i.e lelaki remaja yang tertarik dengan kecantikan pemilik blog ini. Yes, including u Cimon. Juga Mamat INI. Hari-hari mesti terjah katanya. Namun, apakan daya,walaupun   boleh dikatakan antara Lelaki Paling Ensem di Malaysia , Fahrin Ahmad tetap menjadi pilihan pemilik blog ini. 
Put that aside, "Beauty with the Brain", walaupun jarang update,sekali update "Woww factor" memang jelas kelihatan dengan banyak komen membina diterima.Entri pun banyak maksud tersurat dan tersirat. Antara entri yang menjadi kegemaran eyriqazz adalah :


P/s : Kata rakan saya @ Mamat INI boleh aturkan "Janji Temu" dengan Fahrin Ahmad. Hik3, just kidding.... Tapi dengan "status jutawannya" rasanya tidak ada masalah kot...

P/s : Apa pula blog pilihan anda bulan ini? Kongsi-kongsikan di sini, jika ada yang berkenan di hati, boleh saya masukkan  untuk Bulan October 2011 pula nanti...

August 10, 2011

Blog Pilihan August 2011

Fuhh, sejak update Blog Pilihan Eyriqazz untuk March 2011, tersangkut di tengah jalan. Mood agak kerajinan skit, so Inilah blog Pilihan Eyriqazz untuk August 2011 :



1) Denaihati  - Hidupkan untuk Memberi. Salah seorang blogger kegemaran eyriqazz yang banyak buat Contest dengan hadiah-hadiah yang menarik. Antaranya Insentif tunai untuk setiap trafik ke blog denaihati . Selain itu, banyak berkongsi isu-isu semasa, keagamaan, sukan, dan sebagainya. Yup, memang benar, saya ada praktikkan, Hidupkan Untuk Memberi, dan it's true, The More you give, the more you will get.

P/s : X sabar menanti next contest dari bro denaihati.



2) Cik Epal - Blogger unik yang mempunyai identiti tersendiri.Cik Epal gonjeng yang terkenal dengan Segmen Menternak lemak, Shaheizy Sam, anonymous,keluar magazines, dan pelbagai lagi.  Gaya penulisannya yang outspoken dan tulus memberikan kekuatan tersendiri di blognya. Blog peribadi yang mencecah 10K+ UV sehari memang sukar dicari dan cikepal telah membuktikannya.RM5K+ sebulan dengan berblogging,memang menjadi idaman setiap bloggers di luar sana. In person dan di blog, itulah orangnya. Tiada sorokan identiti dan apa yang boleh saya katakan, Cik Epal, salah seorang top blogger di Malaysia. Well,well, it's not easy being her, tak gitu Cik Epal?

P/s : Cik Epal, bila mahu payungkan kami berbuka puasa?


3) Mat Gebu - Blogger masakan yang selalu membuatkan air liur saya meleleh dek keterujaan melihat masakan yang dimasak oleh Mat Gebu. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ini. Oh, alangkah indahnya kalau dapat berbuka puasa bersama Mat Gebu. Salah seorang blogger masakan yang cukup top, online users beratus-ratus setiap kali. Umm, siapa cakap blogger Blogspot tak mampu pergi jauh? Mat Gebu sudah membuktikannya.

P/s : Mat Gebu, bila nak ajak saya  makan-makan di rumah mat gebu?

4) Kak Ina KL  - Ketua Talibarutz. Seorang ibu, blogger yang mempunyai ciri istimewa. Mana nak cari blogger yang bukan setakat terror memasak namun selalu join dan menceriakan event-event bloggers? Satu keluarga pula menyokong sama. Blogger yang unik yang berkongsi suka duka kehidupan, kekeluargaan, masakan yang mampu mengalahkan 5 star hotel, dan tak lokek dengan senyuman dan nasihat. A few entries sebelum ini yang saya dedicatedkan untuk Kak Ina, bolehla terjahi ----> SINI

P/s : Bilakah agaknya akan tertunai hasrat di hati untuk makan di rumah Kak Ina KL ?
Abang Ensem @ http://abangensem.com


5) Abang Ensem  - Sesuai dengan nama blognya, memang hensem orangnya. Peramah pulak tu. Inilah blogger Jutawan yang saya kagumi. Mempunyai lebih kurang 14 buah rumah yang mostly disewakannya. Inilah Sang Penyu yang eyriqazz kagumi, di dalam diam banyak membuat side Income dengan hartanah, jualan ebook, seminar dan etc. Banyak perkongsian menarik berkenaan tips hartanah yang memang best untuk diterjahi especially cam eyriqazz yang baru nak berjinak-jinak dengan sewa rumah.

P/s : Bro, taknak kasi ''Ebook sebagai free gift ke untuk saya ker sebagai hadiah raya?" . Boleh saya tolong reviewkan dan jadi affiliate bro... Tak lupa juga, berminat nak join seminar bro tu...Hik4...rezeki ada di mana-mana saja kan?

P/s : Apa pula blog pilihan anda bulan ini? Kongsi-kongsikan di sini, jika ada yang berkenan di hati, boleh saya masukkan  untuk Bulan September pula nanti...
Related Posts with Thumbnails