Showing posts with label cik epal. Show all posts
Showing posts with label cik epal. Show all posts

March 8, 2012

Case Study - Projek Kerjasama Antara Blogger

Entri Tips Blogging | Projek Kerjasama Antara Blogger dirujuk. So, kali ini, Case study dari projek kerjasama antara blogger yang tengah eyriqazz lakukan kini bersama iaitu :

My Pinky Moments Contest - 2 Way Contest bersama Madammondoq

Berkesanke buat 2 way contest ni? Umm, jom tengok hasilnya, selepas kurang daripada 24 jam entri itu dipublishkan :

Madammondoq menjadi direct referral(penyumbang trafik) ke empat tertinggi menewaskan Facebook....

Yang 1st tu, datangnya dari followers Blog rasanya. So, Pentingke followers? Tepuk dada,tanya selera

2nd, Entri INI Featured Post tertinggi di INNIT Nuffnang hari ini

Yang ketiga tu, CikEpal, tak perlu la nak mention lagi, Antara top bloggers di Malaysia ini..Thanks ya Cikepal

P/s : Jadi Blogger kena kreatif dan thinking outside the box..Be Smart, InsyaAllah akan membuahkan hasilnya...*Tips Blogging dari Blogger Perasan untuk kali ini...*

August 10, 2011

Blog Pilihan August 2011

Fuhh, sejak update Blog Pilihan Eyriqazz untuk March 2011, tersangkut di tengah jalan. Mood agak kerajinan skit, so Inilah blog Pilihan Eyriqazz untuk August 2011 :



1) Denaihati  - Hidupkan untuk Memberi. Salah seorang blogger kegemaran eyriqazz yang banyak buat Contest dengan hadiah-hadiah yang menarik. Antaranya Insentif tunai untuk setiap trafik ke blog denaihati . Selain itu, banyak berkongsi isu-isu semasa, keagamaan, sukan, dan sebagainya. Yup, memang benar, saya ada praktikkan, Hidupkan Untuk Memberi, dan it's true, The More you give, the more you will get.

P/s : X sabar menanti next contest dari bro denaihati.



2) Cik Epal - Blogger unik yang mempunyai identiti tersendiri.Cik Epal gonjeng yang terkenal dengan Segmen Menternak lemak, Shaheizy Sam, anonymous,keluar magazines, dan pelbagai lagi.  Gaya penulisannya yang outspoken dan tulus memberikan kekuatan tersendiri di blognya. Blog peribadi yang mencecah 10K+ UV sehari memang sukar dicari dan cikepal telah membuktikannya.RM5K+ sebulan dengan berblogging,memang menjadi idaman setiap bloggers di luar sana. In person dan di blog, itulah orangnya. Tiada sorokan identiti dan apa yang boleh saya katakan, Cik Epal, salah seorang top blogger di Malaysia. Well,well, it's not easy being her, tak gitu Cik Epal?

P/s : Cik Epal, bila mahu payungkan kami berbuka puasa?


3) Mat Gebu - Blogger masakan yang selalu membuatkan air liur saya meleleh dek keterujaan melihat masakan yang dimasak oleh Mat Gebu. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ini. Oh, alangkah indahnya kalau dapat berbuka puasa bersama Mat Gebu. Salah seorang blogger masakan yang cukup top, online users beratus-ratus setiap kali. Umm, siapa cakap blogger Blogspot tak mampu pergi jauh? Mat Gebu sudah membuktikannya.

P/s : Mat Gebu, bila nak ajak saya  makan-makan di rumah mat gebu?

4) Kak Ina KL  - Ketua Talibarutz. Seorang ibu, blogger yang mempunyai ciri istimewa. Mana nak cari blogger yang bukan setakat terror memasak namun selalu join dan menceriakan event-event bloggers? Satu keluarga pula menyokong sama. Blogger yang unik yang berkongsi suka duka kehidupan, kekeluargaan, masakan yang mampu mengalahkan 5 star hotel, dan tak lokek dengan senyuman dan nasihat. A few entries sebelum ini yang saya dedicatedkan untuk Kak Ina, bolehla terjahi ----> SINI

P/s : Bilakah agaknya akan tertunai hasrat di hati untuk makan di rumah Kak Ina KL ?
Abang Ensem @ http://abangensem.com


5) Abang Ensem  - Sesuai dengan nama blognya, memang hensem orangnya. Peramah pulak tu. Inilah blogger Jutawan yang saya kagumi. Mempunyai lebih kurang 14 buah rumah yang mostly disewakannya. Inilah Sang Penyu yang eyriqazz kagumi, di dalam diam banyak membuat side Income dengan hartanah, jualan ebook, seminar dan etc. Banyak perkongsian menarik berkenaan tips hartanah yang memang best untuk diterjahi especially cam eyriqazz yang baru nak berjinak-jinak dengan sewa rumah.

P/s : Bro, taknak kasi ''Ebook sebagai free gift ke untuk saya ker sebagai hadiah raya?" . Boleh saya tolong reviewkan dan jadi affiliate bro... Tak lupa juga, berminat nak join seminar bro tu...Hik4...rezeki ada di mana-mana saja kan?

P/s : Apa pula blog pilihan anda bulan ini? Kongsi-kongsikan di sini, jika ada yang berkenan di hati, boleh saya masukkan  untuk Bulan September pula nanti...

July 31, 2011

Celcom XPLAY Party 2011

Semalam saya menghadiri Celcom XPLAY Party 2011 yang diadakan di Opera, Sunway Pyramid. Datang sorang-sorangje...

XPLAY Party 2011. Serba Purple. 

Kolony. Get infected now..Hik3, saya belum kena infected lagi dengan Kolony. 

Booth Jualan dan Xpax turut dibuka

Bersama Cik Epal dan Farra

Dapatla jumpa Encik Shaheizy Sam Cik Epal . Hensem orangnya cuma pemalu sedikit.Macam eyriqazz la. The next Sirman in the making. Rajin dia tolong ambilkan gambar untuk Cik Epal. Cik Epal, nanti dah nak kahwin jangan tak jemput tau...Hik3..

P/s : I believe Cik Epal will be the next Redmummy. Hits dia pun dah cecah 10 Ribu+ sehari..Tahniah Cik Epal...Nanti2 saya datang berguru ya?

Blogger lain yang turut hadir, Darkbatman dan Madammondoq
P/s : Congratz madammondoq for ur 1st Advertorial. Do ur best ya...

The Power Of Bloggers. Dapat VIP Pass. Tempat special untuk ambil gambar etc

MC of the day....

Persembahan dimulakan

Eyriqazz, Darkbatman dan Nuffies
Quite curious , why Staff Nuffnang semua Hot-hot ya?

Our Place..Ambil gambar pun senang

Darkbatman, One of the top bloggers di Malaysia

Layan...

May 7, 2011

Gendang di Palu, Cik Epal Tensenyum Malu

Gendang di Palu, Cik Epal Tensenyum Malu

Ehem,ehem, ada apa-apa ke Cik Epal dengan Benjy Junior ni?

December 4, 2010

Kisah Hanis Zalikha, Irine Nadia Marcello, dan Cik Epal

Salam weekend dari Eyriqazz,


Hari ini mahu bercerita kisah Hanis Zalikha, Irine Nadia Marcello, dan Cik Epal. Sudah a few entry saya buat pasal Hanis Zalikha, akhirnya Hanis Zalikha datang berkunjung dan mengomen  di entry :



Inilah komennya :
Hanis Zalikha said...

Aw Eyriqazz you're so sweet. Thanks for having me in your blog!
Nice to meet you and friends :)


Komen : Thanks Hanis Zalikha. Memang surprise kemunculan anda di event Nokia itu. N nice meeting u too.

Lebih teruja, entry yang sama turut menerima komen dari :
Irine Nadia Marcello (kredit picture to Irine Nadia )

Irine Nadia MaRceLLo said...


bro main jengket2 ehh time nak bgmbar ngn kak hanis nih :P

btw, tahun depan jmput2 la dtg umah irine kat melaka, sure dpt jmpe punye ;)


Komen : Hik3, memang saya lagi rendah dari Hanis Zalikha. Serius, jom geng-geng, kita pi serbu rumah irine tahun depan sambil minta dia belanja Ikan Bakar Umbai.
Cik Epal ( Kredit Picture to Cik Epal )

cik EPAL said...

wah wah wah hanis zalikha tu. hanis zalikha bagi komen lak tu =)

Komen : tuhla, memang teruja. Cik epal datang komen pun teruja juga. Bila mahu jumpa di event Nuffnang?

Seriously, 3 Dara Pingitan ini memang bloggers hot/popuar di dunia blogging ini. Ketiga-tiga mereka finalist untuk "Blog Personal Wanita Pilihan" . Yang membuatkan saya lebih kagum, ketiga-tiga mereka berplatformkan blogspot tanpa domain or hosting etc. Aura mereka begitu terserlah di persada blogging Malaysia ini.No wonder hits mereka mereka mantap dan masyukkk...Jealouss sehh...Hik3...

P/s : Hanis Zalikha sudah ku ketemui. Cik Epal dan Irine Nadia, bila pula boleh berjumpa dengan kamu berdua?

*** Tips untuk menjadi blogger Popular = Be Unique dan Carilah Aura anda tersendiri seperti mereka bertiga ini. 

P/s/s : Bila la agaknya Kennysia mahu datang mengomen entry ku ya?

October 26, 2010

Selamat Kembali Cik Epal


Misteri Kehilangan Cik Epal terjawab . Cik Epal kini kembali untuk menggegarkan kembali persada blogging di Malaysia ini. Thanks to Sharinginfoz memaklumkan hal ini.  Selamat Kembali Cik Epal. Ramai yang merindui penulisanmu. Semoga kesihatanmu beransur pulih...

P/s : Good Luck  buat Cik Epal. Jom terjah blognya beramai-ramai...

July 15, 2010

Misteri Kehilangan Cik Epal

Cik Epal Nama diberi
Orangnya Cantik Comel Sekali
Tiba-tiba menghilangkan diri
Tertanya-tanya apakah sebabnya sehingga kini

Cik Epal tidak perlulah saya perkenalkan lagi. Cukup sinonim namanya di kalangan bloggers baru dan lama. Ada Apa Dengan CIk Epal ? . Bagi saya, Cik Epal adalah blogger contoh terutamanya di kalangan blogger melayu. Popular, mesra reader, ada aura tersendiri , rajin menyinggah dan mempunyai follower yang ramai .

Mengancam Bukan?

Ini hits diambil bulan Jan 2010, average uniques visitors ketika itu 1,500+ sehari. Mengancam bukan. Cik epal salah seorang inspirasi saya untuk terus maju dan di dalam segmen TERJAH  saya dialah yang menjadi blogger pertama yang saya terjah dan penangannya begitu memberansangkan dan saya mula dikenali selepas itu.Bolehla refer Penangan Cik Epal dan Melromeo . Sampaikan Nazz Ahmad turut menjadi follower di blognya. Cukup unik dan aura tersendiri yang sukar dicari di dunia blogging di Malaysia ini.

Komennya di blog saya turut menjadi inspirasi dan semangat buat saya.Antara yang saya tak dapat lupakan adalah :

cik EPAL said...

uihhh terkejut. hehehehe. blog ni pon tak lama lagi masuk paper ni. tengok lah satu hari nanti blog bro eyriqazz meletop :)
April 14, 2010 12:05 AM

Pandai Cik Epal bergurau masatu. Namun, saya berfikiran positif dan Alhamdulillah, apa yang diucapkan Cik Epal membantu dan prestasi blog saya semakin memberansangkan dari hari ke hari. Terima Kasih Cik Epal.

Namun, dunia blogging dikejutkan apabila Cik Epal mengambil keputusan untuk Privatekan blognya . Apakah yang telah terjadi? Adakah Sang Anonymous telah mengganggu Privasi Cik Epal? Sukar untuk diketahui, hanya Cik Epal yang mampu menjawabnya. Namun ,inilah pandangan saya kenapa Cik Epal privatekan blog :

1) Mahu fokuskan kepada pelajaran
2) Sudah tidak tahan diganggu Sang Anonymous
3) Personal matter

Apapun, Good Luck Cik Epal. Namamu dan jasamu akan sentiasa mekar dari ingatanku dan juga blogger-blogger yang lain rasanya. Bila sudah tenang emosimu dan sampai masanya , Kembalilah. Kami dan diriku merindui penulisanmu yang ikhlas dan straight to the point itu.

Saya Dedicatekan Lagu Ini buatmu Cik Epal :

Kau Pergi - Aizat (Kredit Picture to Bingkisan Nurani )

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..

hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..
kau pergi.. pergi..

Kau Pergi membawa diri
Permata blogger, kaulah Inspirasi
Terimakasih dari saya ini
Mata pena, penulisan unik kurindui hingga kini

P/s : Cik Epal telahpun privatekan blog dan berundur dari dunia blog. Bila pula masa saya? Hik3, anything can happen, sedangkan cuaca boleh berubah, inikan pula hati manusia? Lagipun ,andainya saya berundur, tiada siapa yang akan menyedari kehilangan ini.

P/s/s : Apa pula pandangan anda? Terasa something/kehilangan tak bila penulisan Cik Epal sudah tidak dapat dibaca lagi?

April 14, 2010

Terima Kasih Cik Epal

Cik Epal namanya semakin disebut di mana-mana
Aura Hebat, Follower beribu-ribu ,entry menyengat , aku teruja
Entry ini khas buat Si dia
Buat Cik Epal, Terima kasih kerana entry yang penuh bermakna

First of All, nak minta maaf dengan Cik Epal kerana ambil gambaR tanpa kebenaran dan kasitau awal-awal akan ku copy sedikit ayat dia di entry ku ini nanti. Namun, entry terbaru Cik Epal telah memberikan aku inspirasi, kesedaran, dan motivasi untuk terus menulis blog. Betul-betul tersentuh dan teruja dengan entry itu. Entry yang ku maksudkan itu adalah :



Antara ayat yang telah menyentuh perasaan dan begitu mengujakan ku adalah ( dushh, kena taip satu-satu balik, tidak dibenarkan copy, hak3, aku tetap degil,tetap copy. Sila kutuk saya hebat-hebat jika tidak suka.Hik3...)

1) I am Newbie. Banyak lagi nak belajar..... (fuh,masih down to earth walaupun sudah mantap sekarang)

2) Follow the flow. Jangan terus berlari. Nanti akan jatuh tersungkur. Teruskan usaha. Don't give up . Biar merangkak dan bertatih tatih macam baby itu. ( Aku rasa apa yang cuba disampaikan, biarlah lambat,asalkan selamat,jangan jadi pantas tapi terkandas di tengah jalan)

3)Sekarang ini blog tumbuh macam cendawan. Macam-macam jenis cendawan ada.... ( Umm,betul juga,hari-hari blog baru muncul)

Dan yang tak dapat dilupakan, ayat ini .Begitu tersentuh dan memberi kesan yang mendalam membacanya :

"Tapi bila cakap pasal blog, itu terpulang pada citarasa dan niat. Kalau niat nak glamour itulah yang kau dapat. Kalau niat nak dapat duit, itulah yang kau dapat. Blogger yang berjaya bukan blogger yang nak duit atau or trafik semata, sebaliknya lebih kepada berkongsi maklumat dan info."

Betul juga katanya, jika dilihatkan bloggers-bloggers popular dan berjaya seperti:

Kennysia - Berkongsi kehidupan dengan cara yang begitu memikat hati. Lawak-lawak dan ayat yang disusun begitu hebat sekali. Aku jatuh hati dan sebelum aktif berblog, blog Kennysia memang ku singgah hari-hari.
Redmummy - Berkongsi info kekeluargaan, blogging, produk terkini daripada Advertorial dan lain-lain lagi.
BeautifulNara - Berkongsi informasi gosip artis terkini.
Melromeo - Berkongsi tips berblogging, gaya penulisan yang menarik dan pengalaman berblogging yang mengujakan

Tepuk dada tanya selera. Tidak hairanlah, CikEpal walaupun kurang dari 2 tahun berblogging sudah mampu mendapatkan Advertorial Job daripada Nuffnang yang masih menjadi impian ramai bloggers termasuklah saya sendiri. 

Informasi CikEpal ini saya cuba praktikkan untuk entry hari ini, ketika entry ini ditulis ( Selasa, 13 April 2010) dengan entry ini :


Dan inilah Hasilnya :

Hits Tertinggi Minggu Ini

Terima Kasih Cik Epal di atas inspirasi dan entry yang memberikan motivasi dan pembakar semangat. Aura Cik Epal memang mengancam, bolehla rujuk di entry ini juga :


Akan ku cuba mencari rentak ku tersendiri,entry Cik Epal ini benar-benar memberikan nafas baru dan informasi yang dikongsi di sana, betul-betul memberikan kesan mendalam ke atasku.

Last but not least, terimakasih Cik Epal sekali lagi. Dua pantun buatmu :

Cik Epal , usia muda banyak ilmunya
Rajin berusaha kelainan dalam penulisan senjata utama
Teruskan usaha potensi yang besar ada padanya
Mungkin suatu hari nanti 'Redmummy Junior' bakal tercipta

Walau apa yang orang kata
Tetap utuh meneruskan perjuangan dan berkongsi untuk semua
Terima Kasih tidak terhingga
Kesedaran dan informasi yang diterima besar maknanya

P/s : Apa pula pandangan anda berkenaan entry yang saya maksudkan itu? Jom kita berkongsi-kongsi pendapat pula untuk kebaikan bersama.

January 16, 2010

Penangan Cik Epal dan Melromeo


Cik Epal dan Melromeo,gandingan blogger baru/muda yang sedang meningkat naik

Edisi terjah Ada Apa dengan Cik Epal dan Ada Apa Dengan Melromeo kurasakan agak berjaya bagiku.Hebat betul penangan hero dan heroin muda ini.Buat pertama kali, lepas aku menerjah mereka,hits blogku mencecah 400 unique visitors, satu pencapaian yang boleh ku banggakan buat diriku sendiri yang baru saja aktif menulis blog kurang dari 5 bulan .Korang tengoklah sendiri penangan mereka ini :


Lumayan hasilnya

Tak sangka pula edisi terjahku ini mendapat sambutan dan blogger yang diterjah amatlah sporting/cool.Entry Cik Epal yang ini juga http://cikepal06.blogspot.com/2010/01/kalau-buat-peacekena-ajak-rakan-rakan.html menjadi antara penyumbang referral terbanyak untuk 2 hari yang lepas.Nak tahu jumlahnya?Kasilah RM1 seorang,saya akan uploadkan print screennya.Just kidding.....

Lepas ni bila ada kelapangan ble la sambung lagi edisi terjah.Memang teringin aku nak terjah BeautifulNara and the Gang.Hanis Zalikha telah diterjah dan boleh ku katakan ,rekod baruku akan tercipta.Nak tahu jumlahnya?Nanti saya kongsikannya ya?

Oh ya, sebelum aku terlupa,aku juga akan turut terjah pengomen2 setiaku.Jadi,kepada sesiapa yang ingin diterjah,tinggalkan komen di entry ini dan saya akan buat undian.Tiga pengomen yang terpilih akan ku terjah pada masa yang sesuai dan kuberikan pandangan peribadi berkenaan blog mereka.Namun,kalau ada terkutuk or terkasar bahasa bila menerjah nanti,harap-harap maafkan la ye?

Ok la,gotta to go.Nak pergi Samsung Corby Carnival Day ni.Doa-doakan aku pulang dengan tangan yang penuh barang Samsung kali ini.Muahahaha....Good Luck to Me...

P/s :Aku teringin nak terjah blog Azwan Ali (Project Alpha Season 2), tapi tak berani....Nanti aku kena cili-cili,naya eden...Hehehe...

P/s/s: Tinggalkan komen, 3  pengomen terpilih akan diterjah +backlink percuma (cabutan akan dibuat melalui website untuk SEO tu..Betulke ni Jejaktrend?, Aku tak pandai SEO).

P/s/s/s :Agak2,kalau Cik Epal dan Melromeo bercinta dan mereka buka blog bersama apa nama yang mereka nak kasi ye?Adakah :

1)Cik Epal di Hati Romeo?
2)Sharing is Caring, Sharing I Find My Love
3)Nothing is Impossible in Blogging World

Atau ada apa-apa cadangan?Hehehe,Melz n Cik Epal,jangan marah daa...Bergurau sahaja...Thanks to both of you..Jgn lupa terjahla blog mereka,memang cool dan menarikk......

UPDATED

Thanks guys,I just won myself :


Samsung Corby handphone during Samsung Corby Carnival today

As promised,Pink Colour for my Wife

Later eyriqazz updatekan pasal event ni ya?

January 13, 2010

Ada apa dengan Cik Epal

Cik Epal Oh Cik Epal

Terpanggil untuk menulis pasal Cik Epal kali ini selepas membaca entry ini :

http://cikepal06.blogspot.com/2010/01/nuffnang-viewers-visitors-hari.html

Inilah Analytics Cik Epal seperti di post tersebut :

Meriah bukan?

Tak perlulah aku nak bercerita panjang lebar.Kali ini aku hanya ingin memberikan pandangan peribadi kenapa blog Cik Epal mempunyai hit yang begitu tinggi dan dikunjungi ramai.Kalau ada tersalah dan silap harap maafkan la ye?

1.Cik Epal sangat open dan Outspoken blogger.Dia berani meluahkan apa yang dia rasakan betul walaupun ada insan-insan yang mengeji dan mencaci.Tengoklah juga apa yang diperkatakan oleh Redmummy berkenaan Cik Epal Ini seperti di entry ini :

Cik Epal is a new name/blogger to me, she seems to be an outspoken blogger, the way she wrote in her entry, sangat mengganas jugak. aku pun dulu ganas gak bahasa tapi waktu marah2 je lah. skang kalo marah2 pun pi taji kat sirman, telinga dia menadah jer, busuk2 pun carik GBM, or i did a protected entry. being known by most of readers, susah nak mengamuk2 cam dulu.

Pls give support to Cik Epal @ Chipsmore…emm tak nak tukar template ke yang? sakit gak mata akak ngan template ko yang bergerak2 icon sana sini ada background tuh hahahahaha. first thing first, Cik Epal baca entry ni nanti yer. tips for blogging gak nih. A bit of being genuine blogger is here.
2.Gaya penulisan Cik Epal simple, dan mudah difahami.Cik epal tidak merumitkan entry-entrynya dan gaya penulisannya bersahaja dan seperti yang terbuku di hati.

3.Cik Epal seorang pelajar.Jadi,mungkin ramai rakan-rakan pelajar turut membacanya serta menyebarkan kemeriahan blognya.Word of mouth is a very powerful tools nowadays.Hey,tengoklah Cik Hanis Zalikha,boleh dikatakan separuh daripada followersnya adalah wanita berusia 25 tahun ke bawah rasanya.

4.Entry Cik Epal mengikuti perkembangan semasa dan entrynya juga diselitkan tentang artis iaitu entry yang menjadi kegilaan ramai.Hey,tengoklah BeautifulNara,berpuluh-puluh ribu orang singgah di blognya sehari.

5.Sesetengah entry Cik Epal agak sensasi dan kontroversi.Rakyat Malaysia sukakan entry bercorakkan kontroversi ,gosip ,dan kawasan yang sewaktu dengannya.Antaranya entry kontroversi contohnya :

Yang selebihnya bolehla terjah sendiri.


6.Cik Epal rajin juga blogwalking terutamanya kepada komentator yang meninggalkan jejak di blog nya.Contohnya aku sendiri,dalam seminggu mesti Cik Epal jejak balik.Itulah mesra reader namanya.Itulah yang aku amalkan juga cuma cepat atau lambatje jejak balik.Almaklumlah,dah berkeluarga,masa agak terhad sedikit untuk jejak kembali.Namun,aku tetap akan singgah dan tinggalkan komen kepada komentator yg jejak di blog ku.

7.Template dan design blog dia simple.As a reader,tak suka lah tengok blog yang banyak -banyak widget ni cam ada jam besar,lagu yang annoying,ada kartun-kartun bergerak,word verification,tulisan kecil dan banyak sangat warna-warni.Sakit mata.So,boleh dikatakan blog Cik Epal ni mesra reader dan user friendly.

Itu sahaja buat kali ni.Observation ini dibuat sama seperti observation yang dibuat ke atas redmummy seperti entry ini : http://eyriqazz.blogspot.com/2009/10/reddish-redmummy.html cuma dipendekkan kerana tiada hadiah ditawarkan.Jadi siapa yang ingin direview seterusnya,kenalah kasi hadiah.Hehehe,just kidding,review ni dibuat suka-suka sahaja.Sekadar berkongsi pendapat peribadi.Tak semestinya betul kan?

P/s :Kepada Cik Epal,teruskan usaha.Saya masih lagi mencari 400 unique pertama saya sehari.Harap-harap singgahla tempias kat saya lepas entry ini.

P/s/s :Jangan mudah putus asa.Di mana ada kemahuan,di situ ada jalan.Biar lambat ,asalkan selamat.Jangan kerana terlampau mengejar visitors,yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.

December 2, 2009

Terujakah Anda ?

Teruja tak bila tgk :


Cik Epal visitors.Average 1,000+ sehari


How about this ? Ceeramoon unique visitors.Average 2,500+ visitors sehari.


Yang ni mesti lagi terujakan?The Red Lover, The Red Diva, The Reddish Redmummy . Average, 3,500+ visitors sehari


Yang ni lagi gempak.Satu Malaysia mesti kenal dia ni.He Won the Best Entertaiment Blog during Nuffnang Award in Singapore this year.One of the most popular blogger in Malaysia.Hey,I think u know him, The Hillarious Kennysia .200,000+ visitor per week@25,000+ visitors sehari...


Wait,wait...Dia ni pun mengancam juga..Gosip Artis Malaysia Terkini dan Gambar Artis Malaysia Terbaru .He did mention that he reach more than 2.5+ million visitors in one month.Fuhh,average dalam 70,000+ visitors sehari.Itulah dia BeautifulNara


Nanti,nanti...Blom habis lagi.....Ada yang lagi hebat.....


Ehh2,ada lagi ke?Rasanya Redmummy,Kennysia dan BeautifulNara la yang paling top di Malaysia ni....


Ada....ada....


Scrolll down ke bawah.....



Lagi-lagi......





Ala....kenalah sabar.....




Ishhh...cepatlah skitz....tak sabar nak tau ni.....








Ok.....Ok....Tgk bawah ni.......


Hehehe,kita tengok siapa yang kena?

http://emo.huhiho.com

Average <300 sehari.....Huhuhuhu.......

http://emo.huhiho.com

P/s :Janganlah mudah asa.Saya percaya,di mana ada kemahuan di situ ada jalan...Usaha tangga kejayaan....Jadikan yang baik sebagai tauladan dan berusaha ke arah kegemilangan dan kejayaan....
Related Posts with Thumbnails