Showing posts with label blogging tips. Show all posts
Showing posts with label blogging tips. Show all posts

October 9, 2012

Blog - Perlukah Ada Perancangan?

Assalamualaikum dan salam perkenalan, apabila kita bercerita dengan blog, ramai yang mula menulis blog disebabkan minat untuk menulis, minat untuk menjana pendapatan tambahan dan pelbagai lagi sebab dan dengan pelbagai sebab inilah yang membuatkan kita akan terus menulis dan mengemaskini artikel demi artikel setiap hari atau minggu atau bulan di blog kita.




Persoalan artikel kali ini, blog - Perlukah ada Perancangan? Mari sama-sama kita meluangkan masa sejenak untuk memikirkan persoalan ini, mungkin ramai yang menjawab perlu dan tidak kurang juga yang menjawab tidak perlu. 

Bahkan mungkin ada segelintir yang tidak mengendahkan pun persoalan ini kerana bagi mereka, ini hanyalah soalan yang tidak mempunyai hala tujuan. Walau apapun jawapan yang kita berikan, tiada yang salah untuk semua jawapan itu kerana setiap perkara pasti ada baik dan buruknya. 




Begitu juga dengan persoalan yang dibangkitkan dalam artikel kali ini. Kata bijak pandai "Gagal merancang adalah merancang untuk gagal" dan saya pula ingin menambah, "Gagal untuk melaksanakan perancangan yang telah dirancang, itu juga menuju jalan kegagalan". Oleh yang demikian, perancangan semata-mata tidak akan memberikan kita apa-apa kesan kerana perancangan perlu dilaksanakan, barulah ianya akan membuahkan hasil.

Berbalik kepada konsep menguruskan blog, perlukah kita mempunyai perancangan untuk blog kita? Jika kita merancang untuk menjadi blogger profesional yang menjadikan penulisan blog sebagai kerjaya, perancangan yang baik itu adalah sangat penting.



Meletakkan kayu pengukur

Jika kita ingin menjadikan penulisan blog sebagai kerjaya, pasti kita ingin memastikan blog kita menjana pendapatan yang cukup untuk menampung keperluan kehidupan kita. Sekiranya kita tidak merancang apa yang kita lakukan, lazimnya kita akan leka dan tidak sedar akan pencapaian yang kita kecapi kerana tiada kayu pengukur yang kita tetapkan. Berbeza apabila kita telah merancang untuk mencapai sesuatu dalam tempoh yang ditetapkan.



Contohnya kita merancang untuk mendapatkan pendapatan RM2880 sebulan daripada blog pertama kita dalam tempoh 12 bulan akan datang. Pendapatan semasa blog kita semasa perancangan dibuat adalah RM280 sahaja sebulan. Jika kita tidak ada perancangan yang baik, pasti sukar untuk merealisasikan impian tersebut dalam tempoh 12 bulan sahaja, namun senario ini amat berbeza jika kita mempunyai perancangan yang teliti. Kita akan memastikan beberapa bulan pertama akan digunakan untuk menambah baik prestasi blog disamping menghadiri pelbagai majlis untuk berkenalan dengan lebih ramai orang disamping mempromosi blog kita. Walaupun kita melakukan kegiatan atas talian, namun promosi luar talian juga boleh digunakan untuk memastikan apa yang ingin kita capai dapat dicapai. Perancangan sebegini akan membolehkan kita meletak titik panduan atau rujukan untuk menilai prestasi kegiatan yang sedang dijalankan.



Perancangan bukan semata-mata untuk duit

Ramai juga yang seringkali menyalah anggap, blog tidak perlu perancangan kerana mereka bukan ingin menjana pendapatan melalui blog. Walaupun anda hanya ingin menulis, jika anda mempunyai perancangan yang baik, perjalanan blog anda akan lebih kemas dan teratur. Selain itu, dengan perancangan yang sesuai, tidak akan timbul soal ketiadaan idea untuk menulis, atau tiada mood untuk menulis, atau kebuntuan semasa sedang merangka artikel yang ingin diterbitkan. Sekiranya anda merancang artikel anda dengan baik, isu-isu seperti yang disenaraikan akan dapat diatasi dengan lebih mudah dan seringkali isu-isu seperti itu tidak akan timbul pun. Bagaimana untuk merancangan aktiviti penulisan blog anda? itu anda perlu fikir atau rujuk bahan-bahan bacaan yang sesuai. Pada permulaan, mungkin agak sukar untuk merancang sesuatu yang kita buat sebagai hobi dan lain-lain, tetapi apabila kita sudah mula merancang dan meletakkan titik rujukan dalam perancangan kita, hasil yang lebih baik akan kita perolehi.



Laksanakan Perancangan

Seperti yang telah dinyatakan pada awal artikel, perancangan bukanlah langkah akhir yang perlu kita lakukan, ianya merupakan langkah pertama dalam aktiviti penulisan blog kita. Langkah seterusnya adalah perlaksanaan perancangan tersebut. Walau bagaimana hebat pun perancangan yang telah direncanakan, jika tiada perlaksanaan, ianya ibarat sebuah kereta yang telah siap dibina tetapi tidak dipandu untuk menuju ke destinasi pilihan kita. Oleh yang demikian, jawapan untuk persoalan adakah perlu perancangan dalam menguruskan sesebuah blog itu? jawapan dari penulis adalah ianya sangat perlu jika kita ingin menambah baik atau meletakkan blog kita pada tahap yang lebih tinggi. Setiap pencapaian yang kita telah rancang, jika tidak mendatangkan hasil dari segi wang ringgit, pasti boleh memberikan kita hasil dari segi emosi dan kepuasan dengan kejayaan tersebut.




Tentang Penulis : Eizil.Com , fulltime programmer, part time designer dan blogger. Dialah yang menjadi tulang belakang dan insan di sebalik blog Denaihati.com dan bakal menjadi pemangkin Eyriqazz.com dalam proses bertukar kepada own hosting+domain (Sudah tiba masanya untuk berubah ke arah yang lebih positif).


September 27, 2012

Rahsia SEO Forblogger - Pemenang Utama Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati


Cukup kagum, entri yang pendek dan bersahaja INI  mendominasi tempat pertama di Google untuk Keyword "Eyriqazz vs Denaihati". Forblogger, pemenang pertama Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati

Apakah Rahsia SEO Forblogger? Apa strategi yang digunakan? Camne dia boleh menang? Jom kita lihat perkongsian rahsianya :


Apa yang boleh Eyriqazz rumuskan, antara rahsianya adalah :
  1. Strategi itu penting. Bukan main serkap jarang je. Memang bro Forblogger ni praktikkan sebaik-baiknya ilmu yang ada.
  2. Pagerank yang tinggi turut membantu. Blognya yang ber pagerank PR4 
  3. Backlink itu penting (backlinks di footer, backlink di mainpage, backlink di artikel lama dan baru dan etc)
  4. Update entri secara konsisten supaya google selalu crawl entri. 
  5. Bantuan backlink secara automatik dari SocialMonkee di  http://www.socialmonkee.com/ (Perkhidmatan berbayar). 

Lebih lanjut akan Rahsianya, bolehla singgahi di --> : http://bit.ly/PHPisp


P.s : Semoga perkongsian ini akan membantu pembaca blog Eyriqazz.com untuk lebih memahami ilmu SEO.

July 18, 2012

Wordless Wednesday - 7 Tips Blogging di Nuffnang Blogopolis









July 16, 2012

Master Class 1 : Idea Sourcing & Content Creation #NNBMY2012

Berkongsi pengalaman ketika menghadiri Nuffnang Blogopolis 2012 yang lepas. Ilmu yang diperolehi,elokla dikongsi-kongsikan.

First Session, Master Class 1 : Idea Sourcing & Content Creation. Mencari idea dan sumber idea. sebelum tu :

Yiezaa, I'm No. 1..I bought the first tiket..
Dapat Seat depan sekali..
P.s : Eyriqazz bukanla Anak emas Nuffnang ya, eyriqazz sama macam anda semua, tiket I still have to buy it
Pengacaranya pun boleh tahan juga "Hot". Tak berkelip AriffShah dan Profhariz dibuatnya

Mencari Idea? Apa yang menarik?

Entry Pendapat

Cari kelainan dalam menulis dan kelainan dari memberikan pendapat inilah yang membezakan anda dengan beratus ribu bloggers Malaysia dia luar sana. People wanna hear your opinion, not otherss...
Bersemangat Kenwooi...Kagum..
Entry kelakar

Yup, most people membaca blog untuk bersantai-santai dan merilekskan minda. Entry kelakar ni memang menarik pembaca. 

Locally Influenced Post
Pemilihan tajuk Amatlah Penting. 1st step before pembaca membaca blog anda
Tajuk yang menarik minat pembaca

-Dari speaker Kyspeaks, setuju juga, brandingkan tajuk pun agak menarik juga. No wonder entry makan-makan dia dia dahulukan dengan "KY Eats -  " . Yup, sooner or later, people akan mudah mengingati and branding workkk!!

Contoh tajuk yang menarik Pembaca..
-Komen eyriqazz ; Totally agreed
Kenwooi tengah kusyuk menyedut ilmu blogging yang disampaikan
Source Idea : Social Media i.e. Facebook dan Twitter
Yup, planning is Important
"Fail to Plan, Plan to Fail"

Idea Sourcing & Content Creation kelas Pertama berinformasi
Pelajaran menarik meningkatkan ilmu blogging ini
Berkongsi informasi salah silap sila teguri
Perbaiki prestasi, tingkatkan kualiti blog untuk masa hadapan nanti

July 9, 2012

Berblog Harus Ikhlas, Minat, bukan kerana Wang semata-mata

Sambungan entri Diam-Diam Ubi Berisi. Mendapat respons positif dari pembaca dan juga komen dari pemilik blog tersebut :

Fillapetua dari saya yang kerdil, berblog harus ikhlas, minat, bukan kerana wang semata-mata, share good tips and infos, sentiasa update, jangan tiru orang lain.. InsyaAllah akan ada yang setia bersama kita nanti ;) 

Kagum, walaupun trafik 6-8K, sehari, tetap humble and down to earth si Filla ni. Sekali pandang, nampak macam ibu-ibu yang lain. Komen tambahan dari eyriqazz yang lagi kerdil ini :

# Minat - Yup, dalam apa jua yang kita lakukan, minat memang penting. 

# Harus Ikhlas - Yup, kalau paksakan diri,lama-lama kita akan boring. Mulala blog bersawang atau mulala buat cerita yang follow the crowd. Orang citer pasal "Si A Meninggal Dunia, kita pun nak follow.". Artis ni kahwin, kita pun nak follow. Tak salah, kalau betul-betul minat nak bercerita.

# Bukan kerana wang semata-mata - The money will come sooner or later kalau minat diletakkan di hadapan.

#Share good tips & Info - Yup, people love it.

#Sentiasa update - Tepuk dada,tanya selera....Suratkhabar kalau berita sama selalu pun,tentu boring kan?

#Jangan Tiru Orang Lain - Originality itu penting. Itulah yang membezakan kita dengan beratus ribu penulis blog yang lain di Malaysia....



P.s : Semua orang boleh lakukan, namun tidak semua orang berjaya melakukannya...

July 2, 2012

Pecahkan Ruyung, Dapatkan Sagunya

Gembira apabila melihat semakin ramai Rakan blogger yang berjaya mendapat Income 4 angka dengan berblogging. RM1,321.57 Cash Out Dari Nuffnang, bolehla paww Shakiddo belanja Nasi Arab di Cyberjaya nanti.. Hik3...

Eyriqazz? Alhamdulillah, cukup makan dan bolehla bawa keluarga bercuti dalam negara dengan Income berblogging. Pengalaman Eyriqazz, pecahkan ruyung, dan dapatkan sagunya. Tidak kira apa platform yang anda gunakan sebagai medium pengiklanan. Ibaratkan blog anda itu seperti sepohon pokok kelapa, banyak sebenarnya yang boleh dibuat dengan pokok kelapa itu.


Syukur, Rezeki berblogging Eyriqazz bersama Nuffnang tetap konsisten. Naik turun tu normalla...

Dengar cerita, Seorang Kakak Garang ni dapat job yang agak lumayan juga.Lebih separuh dari gaji fulltime Eyriqazz.  Feeling blue,blue gitu..Rezeki kan?

Tips Blogging? Eyriqazz pernah kongsikan. Tepuk dada, tanya selera....Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang. Usaha tangga kejayaan dalam apa jua bidang yang diminati...

P.s: Pecahkan Ruyung, dapatkan Sagunya..Action speak louder than word. Tidak guna menjadi bagaikan Anjing menyalak bukit, tak gitu?

June 29, 2012

Alexa Ranking Naik Mendadak

Eyriqazz : Sifu, camne nak Naikkan Alexa Ranking  ya? ( nombor semakin menurun yang dimaksudkan...)
Sifu : Salah satu caranya adalah cuba dapatkan Backlinks yang berkualiti...

Umm, boleh percaya ke cakap Sifu ni? Jadi, eyriqazz lakukan ujikaji sepanjang Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati, menguji kata-kata sifu. Time ni memang banyak backlinks yang masuk ke blog Eyriqazz. Peserta Contest pun sudah mencecah 60 orang sepanjang lebih kurang 10 hari Cabaran ini berlangsung. 


22 June 2012

24 June 2012

26 June 2012


28 June 2012

Peningkatan yang begitu ketara dalam masa 10 hari, Malaysia ranking meningkat dari 680 kepada 540.


Eyriqazz : Tapi Sifu, pentingke Alexa Ranking ni? Alah, ianya bukan really reflected trafik blog or populariti blog yang sebenar pun...
Sifu : Umm, bergantung....
Eyriqazz : Maksud Sifu?
Sifu : Kita tinggalkan part yang tak ambil kira.. Tapi ada advertiser yang turut memandang Alexa ranking ni kan? 
Eyriqazz : Umm, haahla...Ada juga advertiser yang ambil kira Alexa Ranking ini.. 

* Sifu = ___________ (cuba teka...)

P.s : Pentingke Alexa Ranking ini? Umm, saya tiada jawapannya.... Apa kata anda?

May 27, 2012

Now, Dare to Dream Big


Agak-agak apakah yang paling Istimewa tentang Burger Kaw Kaw Wangsa Maju ini? Adakah rasanya yang sedap? Caranya dimasak? Umm, pandangan peribadi saya, part yang paling Istimewa "Dare to Dream Big" Burger Kaw Kaw ini adalah kelainan dan keunikan yang dicipta yang sukar dicari dan juga promosi yang berkesan  i.e. Keluar di JJCM TV3, Suratkhabar, Media massa, blog dan pelbagai lagi.. In term of rasa, tak semua merasakan rasanya sangat sedap, i.e. pandangan dari Blogger ini --> Burger Kaw Kaw Wangsa Maju

Samalah juga dengan berblogging. Entri yang bagus tidak semestinya menjanjikan pembaca yang ramai dan diminati. Plus, lain pembaca, lain citarasanya. Keunikan yang sukar dicari inilah yang menjadikan sesuatu blog itu digemari dan selalu dikunjungi...Contoh keunikan pada blog popular yang eyriqazz nampak : 

 ZackZukhairi --> Wajah yang kacak ditambah pula dengan entri yang santai dan menghiburkan. For me, dia ni macam P. Ramlee versi Blogger. Baca entri nya berkali-kali pun still menyentuh jiwa.

Fatin Liyana/Hanis Zalikha/Yuyu Zulaikha --> Wajah yang sangat cantik ditambah dengan "Beauty with the Brain" membuatkan pembaca suka menerjah/stalk blog mereka . Yes,including u Cimon... Hik3...

Denaihati --> Hidupkan untuk memberi dan Contest hadiah yang lumayan.  Plus, cara mempromosikan blog yang agak unik antaranya Insentif backlinks, Contest, Rewards Points dan pelbagai lagi.  Entri yang pelbagai yang sesuai untuk pelbagai golongan umur. 

Ben Ashaari --> Rajin berkongsi backlinks mempromosikan blog-blog baru dan lama. Ditambah dengan wajah yang kacak dan juga rajin updatekan blog. Entri yang santai dan bersahaja yang mudah diterima dan tidak memberatkan minda. Yup, Followers memang penting kiranya andai mahu jana pendapatan dengan serius dengan blogging dan mencapai hits yang lebih tinggi /dipandang lebih serius oleh Potential Advertiser. Income Ben Ashaari? Umm, rasanya lebih tinggi dari Income blogging eyriqazz....


Now, Dare to dream big... Carilah kelebihan blog anda yang boleh diserlahkan. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. Keunikan inilah yang akan membezakan anda dengan beratus ribu bloggers lain di Malaysia ini... Nothing Impossible. Tanpa wajah yang kacak/jelita, tak semestinya tidak boleh berjaya.....

March 8, 2012

Case Study - Projek Kerjasama Antara Blogger

Entri Tips Blogging | Projek Kerjasama Antara Blogger dirujuk. So, kali ini, Case study dari projek kerjasama antara blogger yang tengah eyriqazz lakukan kini bersama iaitu :

My Pinky Moments Contest - 2 Way Contest bersama Madammondoq

Berkesanke buat 2 way contest ni? Umm, jom tengok hasilnya, selepas kurang daripada 24 jam entri itu dipublishkan :

Madammondoq menjadi direct referral(penyumbang trafik) ke empat tertinggi menewaskan Facebook....

Yang 1st tu, datangnya dari followers Blog rasanya. So, Pentingke followers? Tepuk dada,tanya selera

2nd, Entri INI Featured Post tertinggi di INNIT Nuffnang hari ini

Yang ketiga tu, CikEpal, tak perlu la nak mention lagi, Antara top bloggers di Malaysia ini..Thanks ya Cikepal

P/s : Jadi Blogger kena kreatif dan thinking outside the box..Be Smart, InsyaAllah akan membuahkan hasilnya...*Tips Blogging dari Blogger Perasan untuk kali ini...*

March 4, 2012

Tips Blogging | Projek Kerjasama Antara Blogger


5. Projek kerjasama antara Blogger seperti projek karaoke blogger oleh beberapa Blogger top Malaysia antaranya EyriqazzTeratakarmoThe Singing Blogger Zarulumrella dan Madammondoq. Cuba tanya blogger top Malaysia adakah projek mereka ini meningkatkan trafik blog? - Dipetik dari Entri Cara Meningkatkan Trafik Blog -

**Pembetulan : Eyriqazz bukan Blogger top Malaysia. Hik3..

Yup, saya setuju dengan apa yang ditulis oleh Saudara Denaihati, Salah seorang blogger Popular Malaysia dan Pemenang Best Of The Best Blog Of The Year

Pandangan saya, memang ianya memberikan impak yang positif dan dapat meningkatkan trafik blog. Readers dari blog2 di atas datang berkunjung ke blog eyriqazz, dan ada antaranya menjadi pengomen tegar dan loyal readers (berdasarkan komen etc).

Contoh terbaik yang boleh saya berikan adalah Projek Kerjasama yang dilakukan oleh Blogger Ben Ashaari bersama bloggers lain antaranya TiffinBiru, Lyssa Secret , dan ramai lagi yang saya rasakan memberikan "Win-Win Situation for both" dan saling membantu menyumbangkan trafik antara satu sama lain.

Being a blogger, we need to be creative right? Tepuk dada, tanya selera. Projek Kerjasama Antara Blogger antara salah satu cara yang paling efektif untuk tingkatkan trafik. Apa pandangan anda?

December 29, 2011

Tips Backlinks

Tips Blogging kembali lagi
Setelah sekian lama menyepi diteguri Jejaka Kacak Ini
Bukan sombong atau kedekut untuk berkongsi
Takut dikata, Ek Ele trafik ciput bercita-cita nak berkongsi tips blogging sedarlah diri


Tips kali ini yang eyriqazz ingin kongsikan adalah Tips Backlinks , sambungan dari entri Tips Blogging|Jangan Kedekut Nak Kasi Backlinks . Enough  said, sudah pasti ramai bloggers yang sukakan backlinks especially kalau backlinks itu dapat mempromosikan dan memberikan hits yang memuaskan ke blog mereka, kan?

Tapi, camne nak increase chance backlinks yang kita kasi tu , lebih ramai yang akan klik? Jawapannya, adalah keunikan. Instead of backlink itu kita letakkan i.e. Eyriqazz.Com kita kasi lebih menarik i.e. Jejaka Perasan Bagus, Papa Hot, or anything yang nampak menarik dan lebih teruja untuk orang Klik.

Contoh dari entri ini : Bestnya Kalau Ada Side Income Camni  . Di situ saya backlinkkan ke blog AbangEnsem.Com . Instead of AbangEnsem.Com  saya tukarkan kepada Sifuku dan rasanya percubaan saya itu berjaya dan hasilnya :

First time kot dapat menakluki takhta referring site tertinggi ke blog Sifuku semalam

Secara sengaja or tidak sengaja, trafik ke blog eyriqazz turut mencatatkan peningkatan trafik yang memuaskan. Inilah hukum alam, "the more you give, the more you will get". Contoh terbaik boleh saya berikan adalah Blogger " Jejaka Hot Malaya ini". Cuba perhatikan, banyak backlinks yang dia berikan kepada bloggers lain kan?

Action speak louder than word, contoh backlinks yang memberikan impak kepada bloggers lain :


Tepuk dada tanya selera. Sebelum kita menerima, seeloknya kita memberi. Walaupun masa membataskan, saya mencubanya dan Alhamdulillah, it works on me. Nahh, i don't care about 'blog traffic'...Umm, tipu la kan? Kalau betoi don't care, kenapa tidak privatekan blog dan baca seorang diri dan syok sendiri-sendiri? 

P/s : Siapa yang tak suka backlinks, sila angkat tangan.....

November 14, 2011

How I Made RM5,191.36 From Nuffnang



Entry saya sebelum INI banyak menerima respons dan komen dari pembaca. Ada yang teruja, ada yang berfikiran negatif, dan sebagainya. Ada juga yang bertanya, apa rahsianya?

Hari ini adalah birthday eyriqazz yang ke-29. So, sebagai hadiah buat pembaca, biarlah saya kongsikan rahsia dari pengalaman peribadi saya. Sebelum itu, sekali lagi ditekankan, ianya hanya berdasarkan pengalaman peribadi dan pembacaan. 

How I Made RM5,191.36 From Nuffnang? Rasanya better saya kongsikan jawapan berdasarkan perkongsian dari entry bloggers yang lebih berpengalaman di luar sana. 


Enough said, tiada cara mudah untuk berjaya. Usaha tangga kejayaan. Pecahkan ruyung, dapatkan sagunya.


Saya banyak belajar dari blogger ini. Blogger yang banyak memberikan Inspirasi dan panduan untuk lebih berjaya. Entri ini juga telah berkali-kali saya baca. Memang betul kata-katanya. Antara rahsia yang dikongsi oleh Kak Red antaranya "Minat, Hits/trafik , Ingat Asal Usul/Jangan Mudah Lupa diri, Perbaiki Entry, Kesabaran, dedikasi dan jaga prestasi, berkongsi rezeki, PR, dan selebihnya bolehla baca entry di atas. Trust me, ianya akan memberikan lebih inspirasi.


Honestly, RM5K+ ini mostly datangnya dari Advertorial/Sponsored Post . Macam mana nak dapatkan Advertorial/Sponsored Post dari Nuffnang? Umm, saya tiada jawapan yang tepat berkenaannya, hanya Nuffnang dan Advertiser saja yang tahu jawapannya. Namun saya kongsikan entry dari rakan bloggers saya yang mungkin boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang bercita-cita dan ingin mendapatkan Advertorial ini :



Saya bersetuju dengan entry mereka. Yup, bukan mudah untuk mendapatkan Advertorial dari Nuffnang. Bukan Hits semata-mata yang menjadi daya tarikan. Gaya penulisan, komitmen, kesungguhan, relationship dan pelbagai lagi memainkan peranan juga. Yang penting, jangan mudah putus asa. Kalau ada rezeki, InsyaAllah,takkan ke mana. Tanya sajelah Kak Ina KL contohnya, berapa tahun dia berblog sebelum dia menerima Advertorial yang agak konsisten. 

Tips berblogging? Umm, banyak sumber di luar sana. Googlekan aja. Saya tersentuh untuk kongsikan entry ini. Cukup lengkap dan rasanya memang bagus untuk dijadikan panduan :

Bean Moreno -  Cara Berblog Dengan Betul
Honestly, takdela setiap bulan eyriqazz mendapat Income 4 angka sebulan. Kadang-kadang 3 angka aja. Tapi at least, memang dapat cash out setiap bulan. Alhamdulillah, rezeki berblogging/side Income yang boleh saya gunakan untuk masa hadapan.

Tepuk dada, tanya selera. Percayalah, Usaha tangga kejayaan. Pecahkan ruyung, dan dapatkan sagunya. Sesuatu yang kita mulakan dengan minat yang mendalam dan disusuli dengan usaha yang berterusan, InsyaAllah, akan ada hasilnya. 
Related Posts with Thumbnails