Showing posts with label alexa ranking. Show all posts
Showing posts with label alexa ranking. Show all posts

July 3, 2012

Ranking Alexa Bawah 500 Pertama Kali

Hebat sungguh penangan Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati. Sambil menyelam, sambil minum air. Kurang dari 20 hari Contest SEO tersebut dianjurkan, Ranking Alexa Eyriqazz Naik Mendadak. Semak balik hari ini :


479 Ranking di Malaysia, bawah 100K seluruh dunia
Pertama kali untuk tahun 2012 rasanya

Ada yang kata, ranking Alexa ini berdasarkan trafik yang datang. Umm, kalau diikutkan trafik, rasanya trafik di blog Eyriqazz.com tetap konsisten sepanjang 3 bulan yang lepas, average 2-3K UV sehari. Kayu pengukurnya? Entah, kenalah tanya Sifu kot...Sifu pun dah lama rasanya tak berkongsi Tips Alexa, mehh, kita pujuk-pujuk sifu kongsikan tips Alexa Ranking.

Yup, Alexa ranking bukannya the only pengukur dalam berblog, tapi banyak Advertiser yang melihat kepada Alexa ini. Big Advertiser, Bigger Potential, tak gitu? . Tepuk dada, tanya selera, Jom Pekena Durian Musang King!!!

June 29, 2012

Alexa Ranking Naik Mendadak

Eyriqazz : Sifu, camne nak Naikkan Alexa Ranking  ya? ( nombor semakin menurun yang dimaksudkan...)
Sifu : Salah satu caranya adalah cuba dapatkan Backlinks yang berkualiti...

Umm, boleh percaya ke cakap Sifu ni? Jadi, eyriqazz lakukan ujikaji sepanjang Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati, menguji kata-kata sifu. Time ni memang banyak backlinks yang masuk ke blog Eyriqazz. Peserta Contest pun sudah mencecah 60 orang sepanjang lebih kurang 10 hari Cabaran ini berlangsung. 


22 June 2012

24 June 2012

26 June 2012


28 June 2012

Peningkatan yang begitu ketara dalam masa 10 hari, Malaysia ranking meningkat dari 680 kepada 540.


Eyriqazz : Tapi Sifu, pentingke Alexa Ranking ni? Alah, ianya bukan really reflected trafik blog or populariti blog yang sebenar pun...
Sifu : Umm, bergantung....
Eyriqazz : Maksud Sifu?
Sifu : Kita tinggalkan part yang tak ambil kira.. Tapi ada advertiser yang turut memandang Alexa ranking ni kan? 
Eyriqazz : Umm, haahla...Ada juga advertiser yang ambil kira Alexa Ranking ini.. 

* Sifu = ___________ (cuba teka...)

P.s : Pentingke Alexa Ranking ini? Umm, saya tiada jawapannya.... Apa kata anda?

July 27, 2010

Alexa Ranking Below 150K In 3 Months

Salam dari Eyriqazz,

Blog ini berdomainkan Eyriqazz.com pada 2/5/2010. Dalam masa 10 hari, ranking Alexa di bawah 1 juta dan selepas hampir 3 bulan, saya cuba menerjah kembali apakah ranking Alexa saya. Inilah hasilnya :


125, 594 as at 26 July 2010 ( Yey, Alexa Ranking Below 150K In 3 Months)

Actually, sampai skang masih belum faham mana pasal fungsi Alexa Ranking ni. Tapi teruja nak letak juga di blog coz saya ni suka tengok-tengok nombor. Namapun banker, hik3. Namun, ada terbaca di AriffShah.com yang Alexa Ranking – Bukan Kuantiti Tapi Kualiti .Patutlah, kalau ikutkan Hits, suam-suam kuku aja. Cuma masih pelik juga kerana hits saya dari Search Engine pun takdela banyak mana. Around 100-400 je sehari.

Terbaca juga di YanmieOnline cara untuk perbaiki Alexa ranking 20 Ways to Increase Your Alexa Ranking . Umm, saya buat yang No. 2 saja rasanya setakat ini coz bagi saya Alexa Ranking ini bukannya motif utama saya dalam berblog.

Nak quote dan tambah skit dari entry Kak Ina KL : Tak Puas Hati Selagi Tak Tertunai Hasrat di Hati 

Dulu tak puas hati sebab masa pakai blogspot ranking alexa 200K+ .

Bila dah tukar ke dot com ranking pun naik mencanak naik 3 juta...lagilah saya tak puas hati.

Bila dah turun ke bawah 2 juta pun masih tak puas hati.

Sekarang ni dah puas hati sebab ranking dah bawah 200,000 sebab kat malaysia pulak dah bawah 500..Alhamdulliah ..

Sekarang lagi dah tak kisah kerana tak lama lagi mungkin nak berhostingkan sendiri dan Alexa Ranking bakal mencanak naik lagi. Hak3...

Apapun, tepuk dada tanya selera. Pilihan masing-masing dan kepuasan pun lain-lain. Cuma bagi saya, Alexa Ranking bukannya daya pengukur kepopularan ataupun kehebatan blog itu. Contoh terdekat bagi saya ialah Blog Hanis Zalikha dan Mat Gebu @ TiffinBiru yang Alexa Ranking nombornya lagi tinggi dari saya tapi Hits mereka 3-5 kali ganda lagi byk dari saya Blogger Cap Ikan Ayam ni.

Sekadar berkongsi pandangan peribadi, Ini yang saya nampak mengenai Alexa Ranking ini (salah silap tolong tegur-teguri ya? )

1) Alexa Ranking lebih cepat turun bagi blog yang ada domain sendiri ataupun domain+hosting sendiri.

2) Lebih cepat turun bila lebih banyak update dibuat.

3) Lebih cepat turun bila link itu dishare-sharekan dan dilinkkan oleh orang lain i.e. Facebook, twitter,backlink and etc.

4) Lebih cepat turun bila bercerita kisah isu semasa I.e. World Cup, Paul Si Sotong,Jadual Berbuka Puasa, Juara Lagu, Piala Thomas, Fasha Sandha dan Je Jai nak kahwin, dan macam-macam lagi.

5) Lebih cepat turun bila sudah jatuh ditimpa tangga ataupun bila menggunakan lif/fast track (hak3, yangni saya saje melawak)

Sifu saya, Melromeo pernah cakap, Alexa Ranking ini boleh dimanipulatekan. Sebab tu saya tidak menjadikan ranking ini sebagai pengukur diri saya dalam berblog. Tapi, bila dia turun teruja juga kan? (Number count).  Korang bolehla check alexa rank di SINI

Apapun, selesalah dengan diri sendiri. Tulisla mengikut gerak hati dan apa yang terbaik bagi kita. When you have passion in it, you will write better quality entry and in turn attracting more visitors to your blog. For me, saya main redah saja coz "Saya Menulis Bukan Kerna Nama". Hak3...

Alexa Ranking nama diberi
Makin rendah makin dicari-cari
Tepuk dada jangan pula ketuk kepala nanti
Tinggi atau rendah ada kelebihan masing-masing yang tersendiri

P/s : Apa pula pandangan anda? Pentingke Alexa Ranking ini untuk kepuasan diri sendiri?

May 15, 2010

My Wonderful Experience | Coffee With Nuffies

Salam Weekend dari Eyriqazz,

Hari ini akan ikut Isteri Family Day di Ulu Yam. Jadi sedikit update selepas Dijemput Nuffnang untuk Coffee With Nuffies .  Masih sedih dengan Keputusan Separuh Akhir Piala Thomas 2010 |Malaysia vs China yang tidak memihak kepada Malaysia.

Apapun, Coffee With Nuffies pengalaman yang begitu mengujakan dan menawan hati. Terasa mahu pergi sekali lagi kerana masih banyak yang ingin kutanyakan. Apa yang saya dapat di sana? Umm, Inilah serba sedikit yang mungkin bakal dikongsi later :



Save dan Besarkan Gambar Untuk lebih Jelas
Mahu tahu rahsia nya ? Hik3, akan dikongsikan tapi kenalah Vote Eyriqazz for Guest Blogger Project Alpha Season 3 dulu. Mudah saja , Register di sana dan klik Like. Cukup 100 orang Vote, saya revealkan ke semua rahsia di atas. No Pain, No Gain kan?

Walaupun Malaysia tewas, saya menerima kegembiraan yang lain iaitu :
Rekod Baru Tercipta Harini, First Time Sepanjang Berblog Ini Unique Visitors Melebihi 3,000 Sehari .

Alexa Ranking Eyriqazz turun lagi.
Terima Hadiah Daripada Nuffnang dan Sumijelly ( Satu lagi Hadiah Contest Project Alpha belum boleh diambil lagi)

Selamat Hujung Minggu Dari Eyriqazz buat semua
Sudah mengantuk besok kena bangun Awal pula
Terima kasih kepada yang menyokong saya
Jasa anda tidak akan dilupa
Jangan pula Jangan Lupa
Vote dan Join Contest Terbaru Saya

P/s : Memang berbaloi pergi Coffee With Nuffies.Banyak informasi dan tips berguna diperolehi. Jangan lupa vote saya, nanti saya akan kotakan janji bila target yang dikehendaki sudah dipenuhi.

P/s/s :  Maaf, niat bukan nak berlagak. Hanya teruja dengan diri sendiri. Apalah nak dibanggakan dengan Blog Cap Ikan Ayam Goreng Ni. Berblog untuk kepuasan diri sendiri dan sebagai hobi baru yang mengujakan hati.

May 13, 2010

Alexa Ranking Kurang Dari 1 Juta dalam Masa Sepuluh Hari

Salam dari Eyriqazz,

Gembira dalam hati, sejak Selamat Tinggal Eyriqazz.Blogspot.Com dan beralih ke Eyriqazz.com pada 2/5/2010, dalam masa 10 hari, kini ranking Alexa Eyriqazz sudah berada di :

Tangga 900 ribu+

Pencapaian terbaikku ketika di Eyriqazz.Blogspot.com iaitu 8 bulan berblog secara aktif adalah:

Alexa Traffic Rank: 296,512
Traffic Rank in MY: 1,097
Sites Linking In: 107

Faktor kejayaan: Aktif dengan acara2 anjuran NUFFNANG, blogwalking dan kuasa BACKLINKS (Kredit to Entry Kajian terhadap Alexa Traffic Rank kepada Blog-Blog Hebat yang aku suka baca termasuk Ben Ashaari )
 
Sebelum beralih ke .Com tak sempat nak print screen. Apapun, ini hanyalah untuk kepuasan sendiri. Ada orang cakap Alexa ni boleh dimanipulasikan, saya pun ada terbaca, apa pula pandangan anda?
 
Bagi saya, saya hanya letak Alexa banner di blog dan pelbagaikan entry/updatekan selalu.Selebihnya sayapun kurang pasti.
 
Apapun, Alexa bukan the only things kayu pengukur dalam berblog ini. Terpulang kepada Individu dan diri masing-masing. Dalam apa jua yang dibuat, ambil yang jernih, buang yang keruh, kan?
 
P/s : Bila Alexa Ranking aku dapat mengejari Ben Ashaari , Redmummy, atau Kak Jie ya? Umm, mungkin di dalam mimpi buat masa terdekat ini.
 
P/s/s : Bila pula boleh berada di Dalam List Denaihati dan Joegrimjow pula ya? Hak3, sekadar kepuasan peribadi .
 
P/s/s/s : Ada sesiapa yang boleh terangkan lebih lanjut pasal Alexa ni tak ?Saya pun masih blur-blur pasal Alexa ni, cuma teruja bila ramai yang sebut-sebut pasal ni.
Related Posts with Thumbnails