Showing posts with label blogging achievement. Show all posts
Showing posts with label blogging achievement. Show all posts

July 3, 2012

Ranking Alexa Bawah 500 Pertama Kali

Hebat sungguh penangan Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati. Sambil menyelam, sambil minum air. Kurang dari 20 hari Contest SEO tersebut dianjurkan, Ranking Alexa Eyriqazz Naik Mendadak. Semak balik hari ini :


479 Ranking di Malaysia, bawah 100K seluruh dunia
Pertama kali untuk tahun 2012 rasanya

Ada yang kata, ranking Alexa ini berdasarkan trafik yang datang. Umm, kalau diikutkan trafik, rasanya trafik di blog Eyriqazz.com tetap konsisten sepanjang 3 bulan yang lepas, average 2-3K UV sehari. Kayu pengukurnya? Entah, kenalah tanya Sifu kot...Sifu pun dah lama rasanya tak berkongsi Tips Alexa, mehh, kita pujuk-pujuk sifu kongsikan tips Alexa Ranking.

Yup, Alexa ranking bukannya the only pengukur dalam berblog, tapi banyak Advertiser yang melihat kepada Alexa ini. Big Advertiser, Bigger Potential, tak gitu? . Tepuk dada, tanya selera, Jom Pekena Durian Musang King!!!

December 31, 2011

Pencapaian Berblogging 2011

Tahun 2011 bakal melabuhkan tirai beberapa jam lagi. Sejak aktif berblogging lebih kurang 2 tahun lepas, Alhamdulillah, semakin banyak kegembiraan dan pencapaian positif yang berjaya diraih. Umm, entry ini sebagai flashback pencapaian berblogging sepanjang 2011. Antaranya ,not in random order :


# Sahabat Blogger - The More The Merrier

Alhamdulillah, memang gembira especially dapat mengenali Sifuku ini , yang banyak mengajarku selok belok dunia hartanah, dunia kewangan, dunia artis, tektik2 mengorat awek2 jelita...Keh3...U really are lain dari yang lain bro..

#Income Blogging - Alhamdulillah, tahun ni bolehla dikatakan konsisten dapat mengecapi 4 angka sebulan
#Testimoni ku di dinding Restoran Ayam Penyet AP, KL Festival City, Setapak (credit picture to Gadis Jelita)

#Won IPAD 2 - Best entry for Post Event Nuffnang Hypp TV Blogger's Party ( June 2011 )


Rezeki. Dapat juga merasa pegang IPAD 2.

Hadiah pakej pelancongan ke Hotel Sutera Harbour,Kota Kinabalu pergi balik termasuk tiket kapalterbang. Pakej keseluruhan yang rasanya almost mencecah RM5K. Special thanks buat Nuffnang dan Astro.

Nuffnang Featured Blogger for the month of May 2011 ( May 2011 ) 

Agents of Awesome (March 2011)

Maxis10 Reviewers Programme Nokia E7 (March 2011)



Semoga tahun 2012 memberikan lebih banyak peluang dan pencapaian yang menggembirakan. For Me, One of the main reason saya kecapi semua ini adalah dengan bersama Nuffnang. Yup, Nuffnang offer me something yang others can't give to me. 

2011 bakal berlalu pergi
Semangat berblogging tetap di dalam hati
Minat dan tulisla apa yang anda gemari
InsyaAllah, the rest akan menjadi lebih mudah dan lebih kejayaan bakal dikecapi

Terimakasih buat pembaca Blog Eyriqazz.Com ini
Salah dan silap harap maafi
Jika ada terkurang or hadiah belum diposkan lagi
InsyaAllah, akan diposkan dengan kadar yang segera saya cuba percepati

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama pembaca blog Eyriqazz.Com ini
Pembaca , pengomen dan sesiapa yang menyinggahi
Kecil tapak tangan, nyiru eyriqazz tadahi

November 14, 2011

How I Made RM5,191.36 From Nuffnang



Entry saya sebelum INI banyak menerima respons dan komen dari pembaca. Ada yang teruja, ada yang berfikiran negatif, dan sebagainya. Ada juga yang bertanya, apa rahsianya?

Hari ini adalah birthday eyriqazz yang ke-29. So, sebagai hadiah buat pembaca, biarlah saya kongsikan rahsia dari pengalaman peribadi saya. Sebelum itu, sekali lagi ditekankan, ianya hanya berdasarkan pengalaman peribadi dan pembacaan. 

How I Made RM5,191.36 From Nuffnang? Rasanya better saya kongsikan jawapan berdasarkan perkongsian dari entry bloggers yang lebih berpengalaman di luar sana. 


Enough said, tiada cara mudah untuk berjaya. Usaha tangga kejayaan. Pecahkan ruyung, dapatkan sagunya.


Saya banyak belajar dari blogger ini. Blogger yang banyak memberikan Inspirasi dan panduan untuk lebih berjaya. Entri ini juga telah berkali-kali saya baca. Memang betul kata-katanya. Antara rahsia yang dikongsi oleh Kak Red antaranya "Minat, Hits/trafik , Ingat Asal Usul/Jangan Mudah Lupa diri, Perbaiki Entry, Kesabaran, dedikasi dan jaga prestasi, berkongsi rezeki, PR, dan selebihnya bolehla baca entry di atas. Trust me, ianya akan memberikan lebih inspirasi.


Honestly, RM5K+ ini mostly datangnya dari Advertorial/Sponsored Post . Macam mana nak dapatkan Advertorial/Sponsored Post dari Nuffnang? Umm, saya tiada jawapan yang tepat berkenaannya, hanya Nuffnang dan Advertiser saja yang tahu jawapannya. Namun saya kongsikan entry dari rakan bloggers saya yang mungkin boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang bercita-cita dan ingin mendapatkan Advertorial ini :



Saya bersetuju dengan entry mereka. Yup, bukan mudah untuk mendapatkan Advertorial dari Nuffnang. Bukan Hits semata-mata yang menjadi daya tarikan. Gaya penulisan, komitmen, kesungguhan, relationship dan pelbagai lagi memainkan peranan juga. Yang penting, jangan mudah putus asa. Kalau ada rezeki, InsyaAllah,takkan ke mana. Tanya sajelah Kak Ina KL contohnya, berapa tahun dia berblog sebelum dia menerima Advertorial yang agak konsisten. 

Tips berblogging? Umm, banyak sumber di luar sana. Googlekan aja. Saya tersentuh untuk kongsikan entry ini. Cukup lengkap dan rasanya memang bagus untuk dijadikan panduan :

Bean Moreno -  Cara Berblog Dengan Betul
Honestly, takdela setiap bulan eyriqazz mendapat Income 4 angka sebulan. Kadang-kadang 3 angka aja. Tapi at least, memang dapat cash out setiap bulan. Alhamdulillah, rezeki berblogging/side Income yang boleh saya gunakan untuk masa hadapan.

Tepuk dada, tanya selera. Percayalah, Usaha tangga kejayaan. Pecahkan ruyung, dan dapatkan sagunya. Sesuatu yang kita mulakan dengan minat yang mendalam dan disusuli dengan usaha yang berterusan, InsyaAllah, akan ada hasilnya. 

November 2, 2011

Wordless Wednesday|Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Eyriqazz bersama Nuffnang

August 8, 2011

1 Juta UV

Finally, selepas almost 2 tahun berblog secara aktif, blog Cap Ikan Ayam Goreng ini berjaya mencecah 1 Juta UV since October 09 (aktif berblog Sept 09). Teruja juga dibuatnya :



Tahniah buat Bro BeliaMuda yang berjaya Capture nombor ini. 
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga menjadi milik bro



Tahniah buat Hans yang berjaya capture no. 999999
RM10 cash/top up sebagai hadiah

Tahniah buat Joel Leslie Anyie yang berjaya capture User Online tertinggi sepanjang Contest ini
X ramai pun, 48 orangje...
Special Prize = RM20 Cash/Top up

Alhamdulillah, dah cecah 1 Juta Unique Visitors. Terima kasih buat semua yang rajin menyinggah,mengomen , etc..... InsyaAllah, rezeki akan dikongsi-kongsikan lagi...

July 2, 2011

My Biggest Cheque From Nuffnang


cek dari Nuffnang
Alhamdulillah, finally cek yang dinanti-nanti kunjung tiba. This is my biggest cheque from Nuffnang yang saya terima semenjak saya mula aktif berblog lebih kurang almost 2 tahun. Yup, Money Can’t Buy u happiness but with this money saya boleh tunaikan “Impian Seorang Isteri” dan gunakan ia bila bercuti di Kota Kinabalu, Sabah hujung bulan ini.

Mood berblogging semakin mencabar kini especially faktor kesihatan yang kurang menentu, masa berblogging (bukan main susah Alisya mahu tidur malam2) dan pelbagai lagi. Apapun, kata pepatah, No Pain, No Gain kan?

Once again, Thanks Nuffnang….Kegembiraan sentiasa muncul bersamamu. Tak sabar pula nak bermain golf petang nanti bersama Blogggers ( I never play golf in my life) and the opportunity i will surely grab it..

P/s : Banyak peluang sebenarnya dengan berblogging ini. Tepuk dada, tanya selera…Ramai silent bloggers di luar sana sudah mampu mengecapi 4-5 angka sebulan dengan berblogging. Sambil menyelam, sambil tingkatkan stamina, tak salahkan?

June 17, 2011

Saya Menang IPAD 2


Ohh, Saya Menang IPAD 2. Tak sangka yang hangit menjadi hangat. Yang diusik-usik menjadi kenyataan. Tak salah keep on dreaming kan? . Refer my earlier entry hangit : [ I Won IPAD 2 & I Won IPAD 32GB]. E-mail yang diterima petang tadi betul-betul menggembirakan hatiku :

Nuffnang Hypp TV Blogger's Party entri kemenangan



My most lucky event yang pernah saya joini. Menang Cabutan bertuah, Menang best dressed, and now menang IPAD 2 post event entry.  Terimakasih TM dan Nuffnang  kerana memilih saya sebagai pemenang.

Special thanks juga buat sahabat bloggers yang lain especially Shahrul , Hazman FadzilMadamMondoq  dan Je Jai  kerana menjadi penyumbang gambar di entry itu....As a token of appreaciation, InsyaAllah akan ada Ole-Ole/Hadiah untuk anda semua dari Sabah nanti...Or hadiah lain yang difikirkan 
sesuai...InsyaAllah...

Satu lagi Contest yang eyriqazz joini [IPAD 2 Selesai ] yang turut menawarkan IPAD 2 kini menjadi rebutan. Siapakah yang bakal menang ya ? . Mungkinkah Hangit Menjadi Hangat Sekali lagi? . Umm, eyriqazz tidak menaruh harapan yang tinggi kerana jawab soalan pun 2nd last + referral dari eyriqazz tidaklah tinggi mana. Peribadi, eyriqazz menjangkakan YanmieOnline, AriffShah dan Kak Jie bakal memenangi IPAD 2 dari Denaihati ini. Apapun, semua Contestant berpeluang untuk menangkan? 

Tuah Ayam Nampak Di Kaki , tuah manusia siapa yang tahu. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya kan? InsyaAllah, rezeki kemenangan akan dikongsi-kongsi dengan more Contest/Give Away in the future. Current Contest/Give Away akan diumumkan pemenang tak lama lagi. Oh ya, anyone yang menang tapi belum terima hadiah lagi, let me know ya? 


UPDATED - Alhamdulillah, menang hadiah saguhati  1 unit Cermin Mata Ray Ban dan Tunai RM100 dari Denaihati... Thanks Bro Denaihati .Siapa nak beli Cermin mata Rayban, angkat tangan...

P/s : Alhamdulillah, dimurahkan rezeki berblogging ini. Special thanks to my beloved Wife yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi. 

May 24, 2011

RM4,306.74 dari Nuffnang | May 2011,My Lucky Month...


RM4K+?? Alhamdulillah, rezeki berblogging bersama Nuffnang. First time sejak berblogging merasa Income melebihi RM3K. Rasanya bulan ini, May 2011 my lucky month :






@ Next Month Genapla 2 Tahun Usia Alisya  (Semakin murah rezeki semenjak kehadiran Alisya)

Alhamdulillah, murah rezeki. Honestly, ini kalau kedua berjaya Cash Out lebih dari RM2K. Special thanks to Sponsored Post yang diterima.  

Thanks to My Sifu too Melromeo, RedmummyKak Yan, Kak Ina KL , Denaihati  n the list goes on.....

Thanks Nuffnang for making my life happier and merrier....

Last but not least, zillion thanks to Readers too, tak kirala siapa anda. Andala yang memberikan saya lebih Inspirasi untuk menulis dan memeriah blog "Cap Ikan Ayam Goreng" ini... InsyaAllah, rezeki akan dikongsi-kongsikan lagi dengan Give Away/Contest in the future.

P/s : Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Di mana ada jalan, pilihla jalan yang terbaik.......
Related Posts with Thumbnails