Showing posts with label blogging journey. Show all posts
Showing posts with label blogging journey. Show all posts

August 8, 2011

1 Juta UV

Finally, selepas almost 2 tahun berblog secara aktif, blog Cap Ikan Ayam Goreng ini berjaya mencecah 1 Juta UV since October 09 (aktif berblog Sept 09). Teruja juga dibuatnya :



Tahniah buat Bro BeliaMuda yang berjaya Capture nombor ini. 
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga menjadi milik bro



Tahniah buat Hans yang berjaya capture no. 999999
RM10 cash/top up sebagai hadiah

Tahniah buat Joel Leslie Anyie yang berjaya capture User Online tertinggi sepanjang Contest ini
X ramai pun, 48 orangje...
Special Prize = RM20 Cash/Top up

Alhamdulillah, dah cecah 1 Juta Unique Visitors. Terima kasih buat semua yang rajin menyinggah,mengomen , etc..... InsyaAllah, rezeki akan dikongsi-kongsikan lagi...

May 24, 2011

RM4,306.74 dari Nuffnang | May 2011,My Lucky Month...


RM4K+?? Alhamdulillah, rezeki berblogging bersama Nuffnang. First time sejak berblogging merasa Income melebihi RM3K. Rasanya bulan ini, May 2011 my lucky month :






@ Next Month Genapla 2 Tahun Usia Alisya  (Semakin murah rezeki semenjak kehadiran Alisya)

Alhamdulillah, murah rezeki. Honestly, ini kalau kedua berjaya Cash Out lebih dari RM2K. Special thanks to Sponsored Post yang diterima.  

Thanks to My Sifu too Melromeo, RedmummyKak Yan, Kak Ina KL , Denaihati  n the list goes on.....

Thanks Nuffnang for making my life happier and merrier....

Last but not least, zillion thanks to Readers too, tak kirala siapa anda. Andala yang memberikan saya lebih Inspirasi untuk menulis dan memeriah blog "Cap Ikan Ayam Goreng" ini... InsyaAllah, rezeki akan dikongsi-kongsikan lagi dengan Give Away/Contest in the future.

P/s : Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Di mana ada jalan, pilihla jalan yang terbaik.......

May 10, 2011

My Top 20 Events with Nuffnang in 2010|Final Part

Final Part, My Top 20 Events with Nuffnang in 2010, inilah Top 5 event bagi saya yang telah saya hadiri bersama Nuffnang :



Event yang menguja, satu team 4 orang. Saya bergandingan dengan Je Jai n the gang. Memang meriah terkejar ke sana ke mari. Ala-ala Amazing Race gitu. 


Yiezaa, Model Geng-Geng Bujang Lapok

Macam-macam aktiviti ,dari bergaya,menyumpit,puzzle sampaikan menari di Pool. Fuhh, Je Jai memang terror bergelek dan aksi dangdut,no wonderla, dulu pernah berguru dengan Datuk Mat Daud Kilau. Di event ini juga la first time saya jumpa face to face, Sifu saya , Melromeo. Memang best dan teruja, Digi, bila nak buat lagi?


Masa mula-mula Nuffnang offerkan untuk saya jadi Guest Blogger di Sharing Session ni, saya almost tolak. Yerla, saya blogger picisan, nanti apa pula kata orang? Namun, saya fikirkan positif, dan Alhamdulillah, event ni berlangsung dengan jayanya. Thanks buat semua yang hadir.

Number 3 : Astro B.yond Bloggers Night

Ni event ketiga yang saya hadiri sejak saya aktif dengan Nuffnang dan event ke 3 paling best di 2010. Banyak informasi saya perolehi. Masa tu memang teruja untuk memiliki Astro B.yond. 

Juga dapat jumpa Geng-geng Talibarut Kak Ina KL

Kali ketiga ni la baru berani tegur KakInaKL. Ingatkan garang. Siap dia panggil n borak-borak sakan. Hik3, so, bloggers, jangan takut nak join event. First impression is not always rite dan sepanjang saya join event, tak pernah lagi jumpa blogger kerek or berlagak,sombong etc. Cam Kak Ina KL ni, bukan main kamceng lagi skang ni.

The Best Part, I won the best write up for Post Event entry. LG HDTV 32" dan Astro B.yond subscription selama setahun menjadi milikku.

First time memang hadiah utama dengan blogging ni. Memang teruja. Thanks Astro n Nuffnang, making my life happier with New TV n Astro B.yond.

Number 2 : Nuffnang Friso Gold Family Day Out

Kami bapa dan ibu mahu juga join event. Tapi yang selalu menjadi halangan adalah masa dan menjaga anak-anak. Event ni, siap boleh bawa Spouse dan juga anak-anak. Memang best sakanlah, sekeluarga boleh menikmati dan enjoy di Kizsports dan Gym. Yang paling seronok, of course la anak-anak :

Bukan Main seronok lagi Alisya. Time ni belum lagi cukup 1 tahun. Kalau skangni, sure dia lagi seronok
Persembahan Silap Mata

Memang seronok especially dapat dinikmati seisi keluarga. Anak-anak, mak pak, dan dapat jumpa Mama n Papa Blogger. Susah nak cari sebegini. Umm, tahun ni tak nak buat lagi ke? Wifey dan tertanya-tanya, Alisya pun sure lebih teruja. 
Number 1 : Samsung Corby Carnival

The best event for me last year. Main reason coz semangat berpasukan dapat dipupuk tanpa mengenal bangsa dan agama. Barula 1Malaysia namanya. Berganding bahu for 1 common goal. Ingat mudahke nak kumpulkan camni? 4 team, 15 orang satu team. Me, dalam team orange yang memang happening dan meriah.Setakat Team Pink Jejai , main tarik tali, saya tarik sebelah tangan je (hik3, tipu2)

Team Orange di Samsung Corby

Oh, Team Manakah yang Menang?

Of Course, Orange Team. Samsung Corby for u sayang (Sob2, sedih phone tu kena cilook masa shopping)

Apapun, kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Di event yang lain, saya menang lucky draw LG Cookies. Oh, event Nuffnang di 2010 memang mengujakan. Rasanya overall, lebih 20 event yang saya joini bersama Nuffnang tahun lepas, just listkan My Top 20. 

Tahun 2011 tidak mengecewakan walaupun event Nuffnang agak sepi skit tahun ni, latest one event yang saya hadiri :

I Won Best Dress For HyppTV Bloggers Party (First time sewa Costume n won best dressed)

Lain padang, lain belalang. Seperti entry AriffShah : Bagaimana Mengukur Kejayaan Sesebuah Blog? . For me, ianya bukan diukur daripada hits, Income mahupun followers tapi kepada kepuasan/kegembiraan diri sendiri dalam berblog. Kegembiraan itu saya kecapi bersama Nuffnang, event yang menguja, rakan-rakan bloggers yang Cool & Happening, pengalaman baru yang mempesona, peluang yang sukar diperolehi di luar sana, dan juga kegembiraan yang dapat dikongsi seisi keluarga.

Thanks Nuffnang for making my life happier & merrier. Teruskan event yang menguja dan mempesona di masa hadapan dan lebih banyak jemputan yang dapat hadir. The more, the merrier kan?

P/s : How about U?Apa event yang paling anda suka tahun lepas?

April 21, 2011

My Top 20 Events with Nuffnang in 2010 | Part 3

Sambungan entry My Top 20 Events with Nuffnang in 2010 | Part 2 :



Akhirnya, Official Nuffnang Glitterati Plus Open Meeting diadakan. Gembira kerana terpilih salah seorang Pioneer untuk GplusMY. Banyak event-event yang menguja dan menarik telah dianjurkan oleh GPlusMY antaranya sesi berbuka puasa, food sharing session, special movie screening, dan pelbagai lagi.


Mendapat jemputan dari Nuffnang, event yang dianjurkan oleh Sony yang turut menjemput pengguna Sony dan syarikat pengiklanan yang lain. Walaupun tidak menang, satu pengalaman yang menarik di Sunway Lagoon bermain pelbagai games bersama Sony TX5. To cut the story short, akhirnya Sony TX5 kamera saya beli beberapa minggu selepas itu dan masih setia/berjasa kepada saya kini. Thanks Nuffnang.


Hik3, saya datang sebagai "Incredible Hulk" . Namun sayang mereka tak nampak saya bertukar kerana nobody buat saya marah. Bukan setakat marah, bertambah gembira bila memenangi Lucky draw Phone LG Cookies. Masih gunakan ia sehingga kini. First time dpt berjumpa dengan Kennysia, memang cool & happy go lucky orangnya.


Banyak informasi yang saya perolehi ketika Coffee with Nuffies ini i.e cara pengiklanan, event, cara mendapatkan Buffered Earning, selection of Blogger for Advertorial job dan pelbagai lagi. Seorang tak dtg, siap saya boleh minta kebenaran dari Robb Chew untuk menjemput Mat Joe sekali. Ehh,tahun ni takde Coffee with Nuffies ke? Saya nak pergi session dengan Timothy Tiah boleh?


Antara event paling meriah 2010, kehadiran lebih dari 400 orang bloggers. The Largest bloggers gathering dan masuk dalam Malaysia Book Of Records. Setiap yang dtg tidak pulang dengan tangan kosong, Lucky draw nya pun hadiah memang mempesona. Oh, sayang tak menang lucky draw. Happy turut terpilih buat Live Blogging dan dari event ni, ramai bloggers baru dan lama saya kenali dan rapat sehingga kini.

Ohh, Memang menguja event bersama Nuffnang. New event dengarnya Coming Soon : HyppTV Comes Alive! Celebrating UniFi’s 1st Anniversary with 60,000 Hypp Subs , nampak best dan menguja. Jom kita apply sama-sama. Kalau dapat, bolehla berjumpa di sana.

P/s : Final part coming soon. Thanks Nuffnang for making my life happier & merrier.

April 20, 2011

My Top 20 Events with Nuffnang in 2010 | Part 2

Sambungan entry My Top 20 Events with Nuffnang in 2010 | Part 1 :

Number 15: Digi Pimp My Music

Hazman, tangan kat mana tu? Baguslah Digi, banyak adakan event untuk Digi Evangelist. Macam-macam aksi dan memang tergelak bila melihat bloggers menari. Siap ada "tiger show" yang telah dilatih khas oleh :

Je Jai, Klon P. Ramlee, misai kontot Senyuman Menggoda

First event yang dianjurkan khas buat Pioneer Gplusmy . Dek kerna Majlis berbuka puasa ini, daripada langsung tak pernah try Ayam Penyet, now saya penggemar makanan Ayam Penyet. Dah pelbagai Restoran Ayam Penyet saya terjahi. Memang meriah sesi berbuka puasa ini. Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati.


Memang best bila dapat jumpa geng-geng bloggers. Lebih mengujakan, saya terpilih untuk Review IPhone 4. Walaupun ianya tidak menjadi milik saya, pengalaman beberapa minggu dengan IPhone 4 memang menguja. Ohh, ini my next gadget wish list. Tahniah juga yang lain yang dapat review phone. Ohh, tahniah Je Jai menang Blackberry. Nanti, jangan lupa belanja kitorang makan durian bersama Gplusmy ya?


Macam tak percaya bila Hanis Zalikha turut hadir di workshop ini. Blogger popular yang tidak perlu diperkenalkan lagi sehinggakan turut muncul antara insan yang paling banyak muncul di Google Search untuk tahun 2010. Juga berpeluang tahu lebih lanjut tentang ;

Nokia Ovi Application

Kesedihan terubat tak terpilih Berbuka Puasa bersama Nuffnang. Dapat berbuka puasa bersama Digi Angels. Meriah dengan kehadiran ramai bloggers dan juga popular bloggers antaranya BeautifulNara, Ceeramoon, Viruspadu dan ramai lagi.

Berakhir Part 2. Event Nuffnang memang menguja. The more ,the merrier. Love dengan event ini merapatkan lagi hubungan sesama bloggers dan dapat menghadiri event yang mempesona.

P/s : There are something Money can't buy, i.e. Persahabatan dan event menguja bersama Nuffnang. Love it and Want more of It....

April 19, 2011

My Top 20 Events with Nuffnang in 2010 | Part 1

Nuffnang Event memang mengujakan. Walaupun tahun ini bagaikan sepi dengan event , kehangatan event bersama Nuffnang tetap dirasai. Inilah My My Top 20 Events with Nuffnang in 2010.


Memang syok tgk Featured Bloggers Season 1 dan 2 ni berentap dan main futsal one on one. Who said bloggers can't play sport? Time ni saya sokong BeautifulNara, namun dikalahkan oleh Kyspeaks di SemiFinal . Event ini dimenangi oleh KySpeaks. Memang kelakar tgk aksi mereka especially bila time kena Ole. 



Time ni saya datang memberikan sokongan kepada Redmummy dan hasilnya, She Won!!. Hik3, tuh usaha kak red sendiri. Time tu memang dah teruja dengan Astro B.yond PVR namun masih belum mampu nak rembat. Bila dah diberi kesempatan review Astro B.yond PVR tahun ini, yup,memang besttt bersama Astro B.yond PVR ni. 


Memang teruja bila berkesempatan berjumpa dengan "Top Bloggers" di Malaysia. Tak lupa juga pengacara serba boleh Jojo Struys yang maintain hot. Lebih teruja dapat berjumpa rakan-rakan bloggers dan juga bergambar dengan salah seorang top bloggers di Asia Tenggara :


Entry ini memang marvellous, macam dalam Filem pula : Peter Coffin is Loser (hint : Memang loser dan konon2 bercinta dengan gadis hot walhal watak yang dicipta sendiri/bercinta dengan diri sendiri??? What A Loseerrr...)


Event bersama GplusMy. Memang teruja tengok kereta yang cantik yang turut dihadiri Tun Dr. Mahathir. Oh alangkah bestnya :

Dapat memiliki kereta seperti Peugeot 207 ni kan?
Tak dapat kereta, dapat bergambar dengan Daphne Iking pun jadilah...

Syok especially bila boleh Bawa Wifey dan Alisya sekali. Sambil2 tu boleh shopping dan singgah makan di IKEA. Tengokla :

Siapa yang teruja lebih?

Plus ada performance dari Kumpulan Bunkface. Akhir event ada Freegift. T-Shirt dan pelbagai lagi. Penerangan pun best. Sampaikan saya sendiri terus register Untuk Pakej Unifi. Waktu tu belum ada coverage di kawasan saya.Skangni pun tengah menanti. Bila dah ada nanti, bolehla angkat Unifi kan?

Berakhir part 1. 15 more events to go.Sambungan Part 2 nanti.Memang teruja ngan event Nuffnang dan ternanti-nanti event seterusnya. This is one of the main reason I Love/Stick with Nuffnang. Bagi saya kegembiraan/kepuasan berblogging bukannya diukur dengan wang ringgit. Up and down, as long as I'm Happy, i will stick with it. Till Now, saya akan terus bersama Nuffnang coz i know along the way, Nuffnang will be Better and More Successful.

P/s : Oh, rindu event Nuffnang... Bila la agaknya next event bersama Nuffnang ya?

January 3, 2011

2010|My Blogging Journey

Salam dari Eyriqazz,


Antara detik menarik berblogging Eyriqazz sepanjang tahun 2010 :


January 2010 



Entry di awal tahun 2010, tak sangka, My wish No.10 menjadi kenyataan iaitu 1st Advertorial dari Nuffnang yang diterima pada bulan July 2010. So,tak salah mempunyai cita-cita dan Azam tahun baru, who know, ianya akan menjadi kenyataan?


Event kedua yang eyriqazz Joini bersama Nuffnang, rasanya inilah event pertama yang dianjurkan yang melibatkan golongan Ibu bapa dan Anak-anak. Semoga event sebegini diteruskan di masa depan. Kami ibubapa yang berblogpun mahu lebih aktif dengan Event yang dianjurkan Nuffnang.


One of the best event yang pernah saya joini bersama Nuffnang. Event kedua juga yang menemukan saya dengan Je Jai dan juga team mate yang lain iaitu ARC13 dan Mie.

Di event ini jugalah ,first time eyriqazz berjumpa face to face dengan Sifuku, Melromeo. Memang teruja habis time tu. Dup,dap,dup dap, Tiger Show yang diadakan juga membuatkan ARC 13 tak keruan dan Je Jai hampir melamar Fasha Sandha (tipu-tipu). Hik3,walaupun tidak menang, memang menyeronokkan aktiviti seakan-akan amazing race ini. Nuffnang, plz do more in the future. Love it to the fullest.


Segmen Terjah Diperkenalkan di Eyriqazz.Com . Mangsa Pertama dan Kedua adalah Cik Epal dan Melromeo dan disusuli dengan :

Pelajaran yang saya perolehi, jangan mudah putus asa. Tak sangka, penghujung December 2010, ketiga-tiga bloggers yang saya kagumi, saya berkempatan meet face to face. No Pain, No Gain. Usaha tangga kejayaan.


Walaupun merasakan Blogger Cap Ikan Ayam Goreng, apa salahnya berkongsi kan? My 1st blogging tips in 2010 rasanya, dan Alhamdulillah, masuk 2011, angka 4 angka UV sehari sudah berjaya saya perolehi .


Eyriqazz, meh sini skit, Nak luku kepala skit. Itulah kata-kata Kak Ina KL. Hik3,apa taknya, event ke 3 ini barulah saya berani menegur Kak Ina KL. Sebelum ini ingatkan dia garang (1st impression is not always rite) . disini jugalah pertama kali saya berjumpa Bean Moreno (sombong timetu,hik3),Mat JoeSumijelly, SweetDarling, Shahrul Hairy, dan ramai lagi. Di event ini jugalah memberikan memori terindah, menang Post Blogging Event entry dan membawa pulang LG HDTV 32" dan subscription Astro b.yond almost setahun. So, moral of the stories and buat bloggers baru especially, jangan takut nak join event, most bloggers adalah peramah dan ramai bloggerspun pemalu, macam eyriqazz. Hik3...


Memang seronok diterjah especially komen negatif/membina coz dari situlah kita nampak kelemahan blog kita untuk diperbaiki ke arah ke hadapan. Dari Terjahan melz ini, saya memperbaiki prestasi dan Alhamdulillah, ke arah ke depan sudah semesti. Thanks Melz.InsyaAllah, more terjahan tahun ini.


Honestly, ini event terbaik bagi saya bersama Nuffnang. Firstly, of course team Orange Kami menang tempat pertama dan memenangi Samsung Corby Phone. 2ndly, coz event ini kami diletakkan dalam satu kumpulan tanpa mengira agama dan bangsa, jadi semangat berpasukan dengan most of yang tidak dikenali diuji disini. Bad newsnya, Isteri menangis sakan, phone ini dicuri ketika shopping di Isetan. Sejak dari hari itu, eden sudah tidak berapa Suka bershopping di Isetan lagi.Oh ya, di event ini jugalah ramai bloggers yang saya jumpa.Some of it masih aktif, some of it, sudah hilang tanpa berita.

My $$ Cheque From Nuffnang


Hik3, Inilah entry hangit pertama di bulan 2010. Ramai juga yang tertipu. Tadaa, Plan 2011 ni mahu hangitkan lagi , hey, life is Beautiful. Seronok juga menghangitkan dan dihangitkan , kan?

Fuhh, panjang la pula...- Bersambung-


Related Posts with Thumbnails