May 10, 2011

My Top 20 Events with Nuffnang in 2010|Final Part

Final Part, My Top 20 Events with Nuffnang in 2010, inilah Top 5 event bagi saya yang telah saya hadiri bersama Nuffnang :



Event yang menguja, satu team 4 orang. Saya bergandingan dengan Je Jai n the gang. Memang meriah terkejar ke sana ke mari. Ala-ala Amazing Race gitu. 


Yiezaa, Model Geng-Geng Bujang Lapok

Macam-macam aktiviti ,dari bergaya,menyumpit,puzzle sampaikan menari di Pool. Fuhh, Je Jai memang terror bergelek dan aksi dangdut,no wonderla, dulu pernah berguru dengan Datuk Mat Daud Kilau. Di event ini juga la first time saya jumpa face to face, Sifu saya , Melromeo. Memang best dan teruja, Digi, bila nak buat lagi?


Masa mula-mula Nuffnang offerkan untuk saya jadi Guest Blogger di Sharing Session ni, saya almost tolak. Yerla, saya blogger picisan, nanti apa pula kata orang? Namun, saya fikirkan positif, dan Alhamdulillah, event ni berlangsung dengan jayanya. Thanks buat semua yang hadir.

Number 3 : Astro B.yond Bloggers Night

Ni event ketiga yang saya hadiri sejak saya aktif dengan Nuffnang dan event ke 3 paling best di 2010. Banyak informasi saya perolehi. Masa tu memang teruja untuk memiliki Astro B.yond. 

Juga dapat jumpa Geng-geng Talibarut Kak Ina KL

Kali ketiga ni la baru berani tegur KakInaKL. Ingatkan garang. Siap dia panggil n borak-borak sakan. Hik3, so, bloggers, jangan takut nak join event. First impression is not always rite dan sepanjang saya join event, tak pernah lagi jumpa blogger kerek or berlagak,sombong etc. Cam Kak Ina KL ni, bukan main kamceng lagi skang ni.

The Best Part, I won the best write up for Post Event entry. LG HDTV 32" dan Astro B.yond subscription selama setahun menjadi milikku.

First time memang hadiah utama dengan blogging ni. Memang teruja. Thanks Astro n Nuffnang, making my life happier with New TV n Astro B.yond.

Number 2 : Nuffnang Friso Gold Family Day Out

Kami bapa dan ibu mahu juga join event. Tapi yang selalu menjadi halangan adalah masa dan menjaga anak-anak. Event ni, siap boleh bawa Spouse dan juga anak-anak. Memang best sakanlah, sekeluarga boleh menikmati dan enjoy di Kizsports dan Gym. Yang paling seronok, of course la anak-anak :

Bukan Main seronok lagi Alisya. Time ni belum lagi cukup 1 tahun. Kalau skangni, sure dia lagi seronok
Persembahan Silap Mata

Memang seronok especially dapat dinikmati seisi keluarga. Anak-anak, mak pak, dan dapat jumpa Mama n Papa Blogger. Susah nak cari sebegini. Umm, tahun ni tak nak buat lagi ke? Wifey dan tertanya-tanya, Alisya pun sure lebih teruja. 
Number 1 : Samsung Corby Carnival

The best event for me last year. Main reason coz semangat berpasukan dapat dipupuk tanpa mengenal bangsa dan agama. Barula 1Malaysia namanya. Berganding bahu for 1 common goal. Ingat mudahke nak kumpulkan camni? 4 team, 15 orang satu team. Me, dalam team orange yang memang happening dan meriah.Setakat Team Pink Jejai , main tarik tali, saya tarik sebelah tangan je (hik3, tipu2)

Team Orange di Samsung Corby

Oh, Team Manakah yang Menang?

Of Course, Orange Team. Samsung Corby for u sayang (Sob2, sedih phone tu kena cilook masa shopping)

Apapun, kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti. Di event yang lain, saya menang lucky draw LG Cookies. Oh, event Nuffnang di 2010 memang mengujakan. Rasanya overall, lebih 20 event yang saya joini bersama Nuffnang tahun lepas, just listkan My Top 20. 

Tahun 2011 tidak mengecewakan walaupun event Nuffnang agak sepi skit tahun ni, latest one event yang saya hadiri :

I Won Best Dress For HyppTV Bloggers Party (First time sewa Costume n won best dressed)

Lain padang, lain belalang. Seperti entry AriffShah : Bagaimana Mengukur Kejayaan Sesebuah Blog? . For me, ianya bukan diukur daripada hits, Income mahupun followers tapi kepada kepuasan/kegembiraan diri sendiri dalam berblog. Kegembiraan itu saya kecapi bersama Nuffnang, event yang menguja, rakan-rakan bloggers yang Cool & Happening, pengalaman baru yang mempesona, peluang yang sukar diperolehi di luar sana, dan juga kegembiraan yang dapat dikongsi seisi keluarga.

Thanks Nuffnang for making my life happier & merrier. Teruskan event yang menguja dan mempesona di masa hadapan dan lebih banyak jemputan yang dapat hadir. The more, the merrier kan?

P/s : How about U?Apa event yang paling anda suka tahun lepas?

9 comments:

  1. Kat Pak Li la kita 1st time jumpa... :D

    ReplyDelete
  2. bestnyaaaaaaaaa :)
    teruja dan tak tahu nak cakap apa lagi. best best and the best !!!
    TAHNIAH bro :)

    *comelnya alisya waktu kecik. sekarang lagi comelll :)

    ReplyDelete
  3. auucchhh ada lagi muka i... hahahahha

    ReplyDelete
  4. the best for me is the astro b.yond. ahaha, time tu laa tertubuh so call tali barut gang

    ReplyDelete
  5. @lAl:kan,pastu bila last jumpa ya?

    ReplyDelete
  6. @Miza Yusof :thanks..comel macam papanya kan?nanti2 joinla..the more the merrier..

    ReplyDelete
  7. @sW33tdARLiNG :mana satu amy ya?apsal tak cam ni..hik3..

    ReplyDelete
  8. @Matjoe:hak3..betoi2...masatu matjoe sombong..langsung taknak tegur aku..hak3

    ReplyDelete
  9. Memang layak jadi anak emas kalau macam ni bro.. hehehe... tahniah2

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails