Showing posts with label cek nuffnang. Show all posts
Showing posts with label cek nuffnang. Show all posts

October 3, 2012

Janji Rajin Jangan Malas


Apa pun bidang tak kisah janji RAJIN jangan MALAS tapi mengeloh dan salahkan orang sana sini … memanglah orang tak suka. - Ayat dipetik dari entri Emas Pelaburan Bijak yang Perlukan Ilmu - 

Alhamdulillah, merasa lagi Income Blog 4 angka bulan ini. Rezeki anak-anak. Semalam dapat proposal baru, long term. Syukur..

Yup, dalam apa jua bidang , kenalah rajin dan jangan malas. Kalau asyik mengeluh, tidak berusaha dan asyik salahkan orang, memang susah untuk ke hadapan. Samalah juga dalam blogging, Sambil Menyelam Sambil Minum Air, kalau kena dengan caranya, apa yang kita minati boleh dapat Side Income yang memuaskan. Tepuk dada, tanya selera. 

Ilmu itu pun penting. Invest in yourself and knowledge. InsyaAllah, hati lebih gembira dan kejayaan akan lebih mudah dicapai.

P.s : Tahniah Sis, Oktober yang Hebat. 

January 5, 2012

Cek Pertama dari Nuffnang Tahun 2012


Alhamdulillah, Cek Pertama Dari Nuffnang tahun ini. Sentiasa menggembirakan hati ini setiap bulan yang tidak pernah fail sampai ke rumahku. Bolehla simpan menanti kehadiran Insan baru tak lama lagi. 

Hik3, saje hidekan amount. Yerla, hide pun salah, tak hidepun salah kan? So, tepuk dada, tanya selera... 

P/s : Siapa nak terima Virus Bakal Jutawan?

November 2, 2011

Wordless Wednesday|Tuah Ayam Nampak di Kaki, Tuah Eyriqazz bersama Nuffnang

September 30, 2011

Cek ke 24 Dari Nuffnang

Cek ke 24 saya terima tersenyum Riang
Thanks Nuffnang, Hatiku Gembira bukan kepalang
Dikau sentiasa buatku tidur dengan lebih tenang

P/s : Kenapa Trafik 4 Angka tapi Earning 2 Angka? . Bukan susah nak susah, bukan senang nak Senang.  

April 2, 2011

RM1,395.69 Dari Nuffnang


Alhamdulillah, balik kije petang tadi, check surat, ada cek dari Nuffnang. RM1,395.69 , syukur, bolehla belikan apa yang patut. Cek Nuffnang memang selalu sampai on time, senang la nak planning.

Umm, bolehla bawa Isteri terjah IKEA lagi weekend ni lepas temankan Isteri buat Spa treatment. Thanks Milkadeal, dapat sponsor wifey spa dengan diskaun yang menawan. 

Thanks Nuffnang and million thanks to all of u readers. Without readers, tak merasala eyriqazz nak merasa side Income camni.

P/s : Maaf belum sempat poskan lagi hadiah keychain dan juga e-mail Job buart pemenang Sponsored Post dari Eyriqazz. InsyaAllah, minggu depan saya e-mailkan dan poskan ya. 

* Jangan Lupa Like Entry saya INI ya [ 7 Interesting Places to Visit in Selangor]

March 4, 2011

Dalam Hati Ada Taman|My Biggest Cheque from Nuffnang

Dalam Hati Ada Taman|My Biggest Cheque from Nuffnang

Alhamdulillah, rezeki berblogging bersama Nuffnang. My Biggest Income so far sebulan dari Nuffnang. Masih jauh jika dibandingkan dengan Blogger Jutawan, namun gembira dengan rezeki yang diperolehi. Inipun berkat tunjuk ajar blogger jutawan. Thanks Redmummy.

Bak kata Kak Red, jangan jadikan duit sebagai faktor utama berblogging. Have passion in it, the rest will come later. U r rite Kak Red, learn a lot from u. Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Special thanks juga buat Sifuku, Melromeo , tanpa tunjuk ajarnya, mungkin saya tidak perolehi rezeki sebegini. Thanks bro, Bro memang Sifu terbaik.

Yup, most of this Income from Advertorial . Thanks Nuffnang for the trust/opportunity given to me. Saya akan cuba buat yang terbaik di masa hadapan. Thanks to All the readers too, tanpa kamu, tiadalah income sebegini bagiku.

Kongsi-kongsi? Yup, akan saya kongsi-kongsikan rezeki ini dengan Small Contest/Contest/Give Away dan apa yang terlintas di hati nanti.

P/s : Tak salah sambil menyelam sambil minum air, tapi biarlah kena dengan caranya. Dream Big, don't give up and do your best. InsyaAllah, sooner or later, akan ada hasilnya.

February 9, 2011

Rezeki 2011 Bersama Nuffnang


Alhamdulillah, Rezeki berblogging bersama Nuffnang dimurahkan di awal tahun 2011 ini. 4 Tawaran Sponsored Post telah diterima untuk tahun ini. InsyaAllah, akan saya cuba yang terbaik untuk membuat entry yang terbaik supaya Nuffnang dan Advertiser happy dengan entry itu. Kenalah buat yang terbaik bila diberikan kepercayaan kan? Lebih-lebih lagi, ianya berbayar.

Tak sangka, dulu pernah berangan-angan untuk dapatkan Advertorial/Sponsored Post. Siap buat entry hangit lagi [Advertorial|Patutkah Aku Terima Tawaran Lumayan Itu? ] . Itulah kata orang, tak salah ada cita-cita, namun berusahalah untuk mendapatkannya. InsyaAllah, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Myself, sepanjang hampir setahun setengah bersama Nuffnang, saya begitu gembira. Event, rakan-rakan blogging, dan pelbagai lagi yang saya nikmati bersamanya yang mungkin sukar diperolehi di tempat lain. Masih teringat lagi :

Bukan main happy lagi masatu. Yerla, mati-mati saya ketawakan rakan saya dulu time dia berblogging n pasang iklan Nuffnang. Kata Scam la, mana boleh buat duit la, berjanggut la tunggu, dan macam-macam lagi.Amikk koo, dah merasa sendiri , barulah tahu kan?. Alhamdulillah, tahun ini lebih gemilang dari tahun lepas. Dapatla saya merealisikan My Wish List gadget 2011 , iPhone 4 dengan Income Nuffnang tahun ini. Thanks Nuffnang.

Tahun lepas saya pernah berkata, " I Love Nuffnang " . Now pendirian saya tetap sama. Walaupun dilanda ombak dan badai, hatiku tetap setia bersamamu. Ewah.....

Mahukan Cabaran menulis Sponsored Post? Sahutlah cabaran eyriqazz , [Contest|Sponsored Post dari Eyriqazz]. Setakat ni sudah 3 orang yang telah eyriqazz berikan kepercayaan untuk menulis entry sponsored Post ini (refer entry INI, INI dan INI) dan Alhamdulillah, ketiga-tiga mereka gembira dengan peluang yang diberikan.

P/s : Believe in your Sixth Sense. Minat+Usaha+Berfikiran Positif=Success. Pecahkan ruyung, dan dapatkan Sagunya. Thanks again Nuffnang.

February 7, 2011

2 Cek Nuffnang Menggembirakan Hati

Terkezut, pertama kali terima 2 cek dari Nuffnang pada bulan yang sama. Gara-gara tersilap tekan cash out dua kali di bulan December 2010. Biasanya di combinekan terus, tapi mungkin coz dah hampir dengan Cuti CNY, ianya jadi dua kali. Apapun, cek ini cukup menggembirakan hatiku.


Cek Pertama

Cek Kedua

Umm, saya bukannya blogger Jutawan, tapi Cek ini betul-betul mengembirakan hati. Tambah sikit lagi ,dah boleh angkat iPhone 4, tapi first come first, kena gunakan bayar kredit kad + simpanan dan juga reserve untuk hadiah GTO Pointz. Takpe, kalau ada rezeki tak ke mana kan?

Sharing is Caring, rezeki yang dapat elokla dikongsi-kongsi kan? So, kali ini saya ingin kongsikan rezeki ini. Mudah aja, sila teka :

 Nombor Bilik Yang kami menginap di Hotel Seri Malaysia Ipoh tahun lepas (Hint : 3 angka)

3 peneka paling tepat/hampir tepat akan memenangi RM10 Cash or Top Up. Selamat meneka....Boleh teka sekali saja. Hadiah akan digandakan 2 (menjadi RM20)  buat yang pemenang yang turut join Contest/Cabaran INI .

January 7, 2011

My 12th Cheque From Nuffnang

Alhamdulillah, rezeki di awal tahun 2011. 2 tiga hari lepas ,  cek dari Nuffnang tiba untuk Income bulan November 2010 :


My 12th Cheque From Nuffnang

4 Angka? takdelah, tiga angka je, not every month saya dapat Income 4 angka, normalla dalam berblogging ni. Apapun, saya gembira dengan rezeki ini. Bolehla guna untuk belikan hadiah untuk Alisya dan kongsi-kongsi dengan pembaca melalui GTO Pointz nanti.

Kata orang, sambil menyelam sambil minum air. Tak salah sambil berblogging ,earn extra income kan? Siapa yang tak suka duit? Anyhow, work of advice, put ur passion in it, n write what u love, the rest will come later. Sooner or later. Anyhow, gembira bersama Nuffnang, sejak saya join bulan Sept 2009, tiap-tiap bulan dapat Cash Out, cuma pernah one month tak dapat cash out. Saya terima. Turn out, bulan depannya, dapat cash out 4 angka.

Maaf kalau entry ini disalah tafsirkan . Saya hanya manusia biasa. Yang buruk itu datang dari saya.Salah silap, harap maafi ya?

Nuffnang really Change My Life and more than RM10K+ hasilnya (Income+hadiah COntest) yang saya perolehi bersama Nuffnang. Is it worth it? Yes, it was worth it for me, blogger Cap Ikan Ayam Goreng.

P/s : Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau tidak diusahakan, manakan dapat hasilnya. Begitulah juga dengan berblogging. Minat dan jangan mudah putus asa. Cabaran dan ujian is a normal things in blogging.

*** My Wish List for 2011 - Consistent 4 angka Income berblogging, wish me Luck...

November 1, 2010

RM1K+ Cek Nuffnang Akhirnya Tiba

RM1K+ Cek Nuffnang Akhirnya Tiba

Saat yang kunanti-nanti akhirnya tiba. Merasa juga akhirnya untuk merasa my First RM1K Cek dari Nuffnang setelah setahun lebih bersamanya. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Tuhan kerana dimurahkan rezeki.

Kesedihan juga kerana satu Adv proposal tidak menjadi kenyataan kerana faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan. Kalau tak, tentu seronok dapat bercuti ke luar negara. Dah lama tak keluar negara sejak balik dari belajar. Plus :

"Just to recap, the smartphone will be yours to review for a period of 2 weeks, from 29 October to 12 November and the BlackBerry Curve 9300, BlackBerry Bold 9700 and HTC Aria are up for grabs as prizes for the bloggers who have the best review of the phones" . That mean IPhone4 yang bakal ku review , sudah 100% pasti tidak akan menjadi milikku. Apapun, i will still review and give my honest feedback about it.

Takpelah, kalau ada rezeki tak ke mana kan? Tidak dapat di sini, mungkin ada rezeki di tempat lain. Who know mungkin saya terpilih sebagai salah seorang pemenang MySelangorStory? Wish Me Luck ya?

P/s : Rezeki ada di mana-mana. Up and down adalah perkara normal dalam berblogging. Pecahkan ruyung dan dapatkan sagunya. Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya kan?

October 28, 2010

My 1st RM1K+ Cheque With Nuffnang Is On The Way


Alhamdulillah, My 1st RM1K+ cheque with Nuffnang is on the way. Hatiku dari hari ke hari semakin gembira bersama Nuffnang. Walaupun ada yang cuba menggoda dengan pelawaan yang mempesona, kupekakkan telinga, kubutakan mata, kubukakan hati hati hanya dengan Nuffnang.

Money is Not everything. Aku gembira bersama Nuffnang. Banyak kegembiraan dan aku selesa bersama Nuffnang. Ramai kenalan baru kukenali hasil event-event dari Nuffnang. Bagiku, Nuffnang, dulu, Kini dan mungkin selama-lamanya.

Maaf ,entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk. Cuma teruja dan berkongsi pengalaman. Pandangan saya, Nuffnang adalah yang terbaik for long term Investment with Blogging. Win-win situation diamalkan bersama Nuffnang. Umm, plan nak guna duit ini untuk bercuti sambil pergi graduation adik akhir bulan 11 nanti di Uitm Sri Iskandar.

Ohh, I Love You Nuffnang. Ku sudah temui lubuk emasku bersama Nuffnang. Aku gembira dengan apa yang kuperolehi walaupun mungkin tidak sebanyak ramai bloggers di luar sana. Peluang dan panggilan hangat yang diterima kini semakin menggembirakan hatiku. Thanks Nuffnang.

P/s : Pecahkan ruyung, dan InsyaAllah dapat sagunya. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya kan? Oh ya, saya sudah updatekan serba sedikit Tips Blogging kompilasi dari saya.

March 22, 2010

No Sweat!


''Adidas Action 3 | The Best Defence Against Sweat With Triple Action"

Terus terang saya katakan, saya adalah pengguna Adidas Action 3 deodorant setelah menggunakan produk ini beberapa bulan yang lepas sempena memenangi pertandingan Project Alpha Blogging Contest Season 1 yang dianjurkan oleh Nuffnang dan penaja utamanya iaitu Adidas Action 3 pada tahun lepas.

No Sweat ataupun tidak berpeluh, memang bertepatan dengan produk ini. Sepanjang menggunakan produk ini  terutamanya pek kanister, saya begitu gembira dan menggemari produk ini. Mudah, sembur saja, wanginya bukan main semerbak dan wangi. Tidak lagi terasa peluh di ketiak sehinggalah pulang dari tempat kerja. Yang paling penting Isteri saya dan orang-orang di sekeliling saya menyukainya.

Bak kata Isteri dan juga aku, I Love Good Smelling People . Adidas Action 3 menjadikannya ianya suatu realiti buatku. Tak sangka, dengan memenangi Contest itu, aku kini menjadi pengguna setia Adidas Action 3 Deodorant.

Terima Kasih Nuffnang dan Adidas Action 3

Selain itu, produk ini mudah dibawa ke mana-mana. Kalau time balik kampung ke Terengganu ataupun bercuti, letak saja di dalam beg, warnanya yang menarik dan mudah dilihat membuatkan aku mudah untuk mencarinya. Siap masa balik kampung aritu, adikku turut tertawan dan mahu aku belikannya untuk dia juga. Nanti abang belikan ya?

Lebih-lebih lagi time aktif dan panas di Terengganu dengan udara pantai, produk ini membuatkan ketiakku sentiasa kering dan berbau wangi. Jadi, bila nak bersalam dengan orang yang datang semasa kenduri kahwin adik masatu, tidaklah aku terasa malu. Konfiden pun meningkat.

Oh ya, tak lupa juga, sekarang ini Project Alpha Season 2 tengah mencari 'Guest Bloggers' untuk Season 3. Ingin menjadi guest bloggers? Nantikan link untuk audition di akhir entry saya nanti. Memang hebat kerjasama dan Project Alpha Season 2 ini, aku tertarik dan tergoda untuk menyaksikannya nanti. Anda bagaimana pula?

Serangkap pantun untuk Adidas Action 3 :

Adidas Action 3 menjadi pilihanku kini
Produk berkualiti , tidak berpeluh gembiranya hati
Aku gembira keyakinan semakin tinggi
Meneruskan perjuangan yang masih jauh lagi

Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions

March 8, 2010

Advertorial | Patutkah Aku Menerima Tawaran Lumayan Itu?

Salam readers. Beberapa hari yang lepas aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari seseorang. Dia mengajak aku berjumpa kerana ada business proposal katanya.Berkenaan Advertorial Job di blogku. Kaget aku dibuatnya, mana dia dapat nombor telefon aku?Dari mana dia tahu pasal blog aku?Namun, atas sikap ingin tahu, pertemuan kami diatur di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Malaysia.

Saya Gembira

Di pertemuan itu, dia memperkenalkan dirinya. Dia adalah seorang Freelancers luar yang tengah mencari beberapa bloggers untuk projek terbarunya.Namanya Ms Sheila.  Aku salah seorang yang terpilih setelah diperkenalkan oleh seorang bloggers yang cukup popular yang namanya biasalah menjadi rahsia.Projek yang akan diberikan olehku diberi nama Projek 123 sempena pertama kali projek sebegini dilancarkan.

Projek 123 dalam genggaman

Agak kaget juga aku dibuatnya. Dia menerangkan lebih lanjut. Dia tertarik dengan caraku menulis dan katanya aku ada potensi dan sesuai buat Advertorial Job . Katanya lagi, dia menjangkakan bilangan readersku akan meningkat tak lama lagi (Adussh,kembang hidung 2 mangkuk). Cuma template blog aku perlu ditukar dan di upgradekan supaya nampak lebih profesional namun tugas itu dia akan lakukan 'free of charge'. Tugasku hanyalah menulis Advertorial Job yang diberikan.

Lebih memeranjatkan, apabila dia memberikan cek pendahuluan yang bernilai :
RM13 Ribu ++
Oh ya, tak lupa juga,Thanks Nuffnang untuk cek terbaru yang baru diterima

Fuhh,lumayan juga. Namun ,ku katakan padanya, Maaf, ku sayangkan Nuffnang.Ku sayangkan status Gliterrati ku.Lantas dia (Ms. Sheila) menerangkan, jangan risau.Dia bukannya competitor Nuffnang.Dia hanya tolong promosikan bisnes restoran yang tengah meningkat naik, kedai makan,  kedai-kedai yang baru dibuka dan banyak lagi. Jadi, status ku tidak akan hilang. Lagipun, aku hanya perlu menulis lebih kurang 5 artikel sebulan selama 2 tahun kontrak itu (jadi jumlahnya lebih kurang RM30,000/RM250 satu entry).Fuhh,walaupun takdela selumayan Advertorial Nuffnang, namun bagiku ianya masih lumayan.

Katanya lagi, jumlah itu adalah jumlah minimum yang akan dibayar. Setakat ini, dia telah berjaya mendapatkan lebih kurang 100 syarikat dan restoran yang berminat. Entry ini salah satu untuk melihat gaya penulisanku Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang at Taman Melati.

Cek itu pula, aku tanyakan juga, kenapa tulisan tangan dan jumlahnya pelik sahaja?Katanya, usah risau, cek itu bukan bounce cek, dan nombor itu ada rahsia disebaliknya (bersempena nama projek 123 katanya).Namun, aku masih belum berjaya mencari kaitannya.

Ussh,aku jadi keliru. Patutkah aku terima tawaran lumayan ini?Once in a lifetime opportunity.Kata orang, rezeki jangan ditolak.



Psst....Psttt....Adakah aku menerima Projek 123 ni?




Jawapannya di bawah ini...




Bawah lagi...




Skit-skit lagi....




Di Sini  : Projek 123 adalah projek ciptaan ku sendiri. Anda telah terkena ENTRY HANGIT.Miahahaha.....(Tiru gaya Melz gelak ).Saje je nak kenakan korang sebelum aku bercuti sakan/balik kampung beberapa hari lagi.Hik3.

P/s :Maaf dipinta. Teruja tak membaca? Lepas ni nak wujudkan satu segmen baru juga la. Segmen ENTRY HANGIT...Amcam,ok tak?

February 22, 2010

Sambil Menyelam Sambil Minum Air

Sambil menyelam sambil minum air. Sambil menulis sambil berblogwalking. Ok juga kan?Kasi trafik dekat orang lain, di masa yang sama menulis entry.Wah, teruja dan memberikan inspirasi bila baca entry di blog JARD  .Inilah entry nya :


Wah, seronoknya bila ada silent reader memuji. Hik3, samalah juga bila orang mengomen di blog kita dan bagi kata-kata yang menyentuh perasaan, membuatkan semakin bersemangat untuk menulis. Congratz JARD, u deserve it.Honestly, saya pun suka singgah di blog u, cuma kerana kesibukan masa kadang-kadang tak sempat nak mengomen + Disqus Comment kadang-kadang lambat loading.

Kalau tulis pasal Nuffnang mesti tertarik nak lihat kan?Teruja dan seronok bila baca entry dari Elissmie .Akak Elissmie ni garang orangnya, dia suka tarik telinga orang tau.Hik3, gurau je Akak, akak ni memang cool dan peramah. Masa Friso Gold , sempat dia menegur aku walaupun masatu aku tak kenal dialah Elissmie.Cantik nickname akak, apa maknanya ye?Oh ya, inilah entry nya :

Wah2, tentu seronok kan akak?Saya pun masa terima first cek, memang happy giler. Nanti bolehlah akak belanja saya makan ye? Hik3...Tuhla, siapa cakap berblog takble buat duit?Sambil menyelam sambil minum air.Sambil berblog ,sambil usha blog orang lain. Buat akak Elissmie, teruskan berblog. Blog akak memang slalu saya singgahi.

Menyinggah pula di blog Kak Sumijelly .Tertarik dengan entry : Buffered Earning yang tidak pernah Ku Miliki .Umm,sabarlah Kak.Ada rezeki tak kemana. Teruskan usaha dan don't give up k kak? Takper, nanti bila dapat Buffered , kot-kot berderet-deret Buffered Earning untuk akak. Blog Kak Sumi ni pun menarik, dia pun pandai menulis, selalu dapat invitation dan menang contest online. Huk3, akak taknak join contest saya ke?Huhu,mentang2lah hadiah saya berikan tidak lumayan. Hik3...

Adush,rindunya kampung halaman bila bukak blog Cik Lily Putih .Fuh,meriah betul bila baca entry Travelog to Kuala Kemaman,Satar Sedap di Warung Otak-Otak Che Wan .Meh kita layan model yang ku ciluk dari blog Cik Lily Putih :

Model Satar terhebat di Pasaran

Hik3, Terengganu kampung halaman. Memang makanan di Terengganu sedap-sedap belaka. Memang teruja dan jealous bila tengok entry Cik Lily Putih ni. Fuhh, nasib baik bulan 3 ni aku balik kampung. Bolehla pekena keropok lekor, nasi dagang, satar ,dan lain-lain lagi. Seronoknya bercutikan?

Menyinggah di blog Zaid , wah-wah Zaid dah tukar template blog la. Memang cantik dan menarik. Aku jealous la.Zaid, hutang Software gambar bila nak bayar?Hik3, dah lama aku menunggu ni. Wah, wah, entry Zaid ni penuh sentimental dan kesetiaan. Entry apa?Korang tengok la sendiri :


Wah2,ada juga rakan seperjuanganku yang masih setia. Hik3, kita serupa Zaid. I Love Nuffnang too. Apapun, pilihan di tangan masing-masing. Cam aku cakap, money is not my main priority for blogging now, jadi aku akan tetap setia dengan Nuffnang. Tepuk dada ,tanya selera.

Ishh,bulan ni cam sepi je kan?Cam berkurang event yang Nuffnang anjurkan.Menanti juga ni event Nuffnang seterusnya. Zaid ni memang rajin join contest dan event Nuffnang. Kalau pi Nuffnang event mesti ada Zaid. Patutla dia setia dengan Nuffnang. Ahli Seumur Hidup Nuffnang ni.Patutla Nuffnang pun makin sayang ngan Zaid dan Buffered Earning zaid makin kencam.Hik3,gurau je Zaid.Zaid, ko taknak join contestku?(hik3,gaya mengayat baiknya)

Oh JAI .Aku sokong rakan bloggersku. JAI masih mencari rentak dalam berblog ini. Duit 1 Sen Boleh Cecah Ribuan Ringgit? .Fuhh, menarik. Alamak, mana duit satu sen aku ye?Kalau aku simpan dan kasi kat cucu-cucu aku nanti mesti laku kan? Thanks JAI for the info, patutla time BNM keluarkan duit baru special edition, berduyun-duyun orang beratur.Memang ada value yang tersendiri kan?

P/s :Siapa yang mahu diacah-acah  juga? Mehla komen, 5 orang akan ku undi untuk ku acah-acah dalam satu entry nanti.

February 9, 2010

My ? Cheque From Nuffnang

Hai Senangnya dalam hati
Dapat cek Nuffnang lagi
Tak sia-sia aku berblog ini
Sambil menyelam, sambil kejar Dyesebel yang Cantik Sekali

Comelkan Dyesebel?

Siapa cakap tak boleh buat duit dengan blogging especially daripada Nuffnang?  Walaupun aku baru 5 bulan dengan Nuffnang dan baruje bergiat aktif, tiap-tiap bulan memang boleh cash outkan Income Nuffnang. Seronok juga rasa hati.Ala,yang kat atas tu bukan banyak pun, mana boleh nak lawan Melromeo mahupun Cik Epal.Aku ni blog picisan saja. Baru je nak belajar merangkak cam anakku Alisya.

Sepanjang 5 bulan ni, apa lagi yang terkini selain daripada apa yang telah ku katakan di blog sebelum ini?Umm, aku sangat gembira kerana :

Followerku dah cecah 500

Namun,bak kata Melz,Jadi Follower Untuk Apa? ,Maafkan aku kalau ada follower yang tersinggung aku tak follow blog mereka.Aku memang tak suka follow orang kerana terpaksa dan andainya anda rasa kecil hati ,maafkan ye?
 
Bagiku lebih senang dan selesa follow blog yang kita suka kan? Dan jika sebab ini juga membuatkan anda rasa aku tidak memulangkan kembali "follow you,follow me back",aku tak marah jikanya mahu unfollow aku kembali. Hehehe,apapun, aku sayangkan followerku semua, nanti ada masa aku cuba acah-acah dan terjah blog follower ku pula. Anda pun sedang diperhatikan especially yang mana-mana yang aku slalu tinggalkan komen di blog mereka.


Dari pelbagai negara juga terjah blogku ini

Hehehe,terimakasih diucapkan walaupun pembaca dari mana saja berada.Tanpa pembaca,apalah sangat penuliskan?

First time ada entry cecah 100 komen (entry ini )

Aku memang menghargai komen-komen yang diberikan,cuma maafkan aku kalau tak sempat membalas semua komen. Bukan sombong mahupun pilih kasih,namun kesibukan masa membataskan membalasnya. Namun,aku akan cuba sedaya upaya untuk singgah kembali ke pengomen dan cuba untuk membalas komen kembali.

Aku tahu,one of the best part for blogger ialah bila membaca komen yang ditulis,kan? Ala,tanyalah sesiapa sahaja,mesti mereka teruja nak baca komen yang ditulis.Jadi,itulah yang aku cuba lakukan jua. Cuma cepat atau lambat saja.Sabar-sabar ye? Lagipun,segmen terjah dan acah-acah saja akan tetap berjalan dari masa ke semasa.Itulah salah satu caraku untuk membalas .

Oklah,aku pun nak berkongsi tips kali ini walaupun aku rasa aku masih belum layak untuk kasi tips.Tips ini kuamalkan dan setakat ini, memuaskan.(some of the tips melalui pembacaan dan diberikan oleh Sifuku , Melz ) Walaupun hasilnya takdelah banyak,namun aku sudah cukup puas hati .3 tips kali ini,banyak-banyak panjang pula dan tak larat nak baca bak kata Ween :

1)Jangan pandang ringan pada survey Nuffnang di blog Manager dan juga Edit Survey (sebelah-sebelahje).Dari survey inilah Nuffnang boleh pilih ads apa yang nak letak di blog anda.Jadi,updatelah dia sedetail-detail yang mungkin (Penting sgt ni)

2)Pelbagaikan entry.Tak salah nak bercerita kisah peribadi namun selitkan perkara lain seperti makanan,travel, shopping, barangan pengguna, testimonial kita dan sebagainya.Barulah mudah dapat Buffered Earning(lebih lanjut kena tanya orang yang lebih berpengalaman cam Melz dan Kak Jie) .Tak caya tanya Abang SharingInfoz, dah berpuluh-puluh buffered dia dapat.Trafik memanglah penting,namun entry pun tidak kurang pentingnya..

3)Bagi blog baru cuba jalinkan hubungan persahabatan di alam maya ini.Tinggalkan komen membina dan once in a while, bercerita dan cubalah linkkan blog mereka di entry anda.Tentu mereka menghargainya. Aku tak tahu apa itu/teknik google page ranking dan juga Alexa, dan andainya jika aku bercerita dan linkkan blog bloggers lain di entryku boleh menjejaskan prestasi Alexa dan pagerankku,aku tak kisah,biarkan aje. Persahabatan aku utamakan.

Word of mouth is very powerful tools nowadays. Ada masa,sertailah event-event Nuffnang supaya dapat mengenali lebih ramai bloggers-bloggers di luar sana. Sebab itulah aku juga masih setia dengan Nuffnang. Wang bukanlah sebab utama aku memilih pengiklan. Kepuasan hati lebih penting bagiku.Siapa cakap Income Nuffnang tak lumayan? Tepuk dada tanya selera, nak dapat Income menarik, mestilah ada ujiannya dulukan?Begitulah juga Nuffnang rasanya.

Apapun,terima kasih Nuffnang.Aku mahu ucapkan lagi , bahawa :


P/s :Betul kata sesetengah bloggers,kalau kita terlalu mengejarkan wang dalam berblog, kita mudah terkandas di tengah jalan. Namun, jika kita minat dan teruskan usaha, duit itu akan datang kepada kita. Remember, the Law of Attraction? Hik3....Apa pula pandangan anda?Seronok tak berblog?

P/s/s : Seperti kata Melz dan Sharinginfoz, "Sharing is Caring, Sharing is Power''. For myself, i trust in the word, "Teach Others,Learn from Others, The More You Give,the More You Will Get''.Anyway,lebih kurang sama je maknanyakan.Apa pula pengalaman anda?Tentu lagi bestkan?Willing to share?
Related Posts with Thumbnails