Showing posts with label tawaran lumayan. Show all posts
Showing posts with label tawaran lumayan. Show all posts

March 8, 2010

Advertorial | Patutkah Aku Menerima Tawaran Lumayan Itu?

Salam readers. Beberapa hari yang lepas aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari seseorang. Dia mengajak aku berjumpa kerana ada business proposal katanya.Berkenaan Advertorial Job di blogku. Kaget aku dibuatnya, mana dia dapat nombor telefon aku?Dari mana dia tahu pasal blog aku?Namun, atas sikap ingin tahu, pertemuan kami diatur di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Malaysia.

Saya Gembira

Di pertemuan itu, dia memperkenalkan dirinya. Dia adalah seorang Freelancers luar yang tengah mencari beberapa bloggers untuk projek terbarunya.Namanya Ms Sheila.  Aku salah seorang yang terpilih setelah diperkenalkan oleh seorang bloggers yang cukup popular yang namanya biasalah menjadi rahsia.Projek yang akan diberikan olehku diberi nama Projek 123 sempena pertama kali projek sebegini dilancarkan.

Projek 123 dalam genggaman

Agak kaget juga aku dibuatnya. Dia menerangkan lebih lanjut. Dia tertarik dengan caraku menulis dan katanya aku ada potensi dan sesuai buat Advertorial Job . Katanya lagi, dia menjangkakan bilangan readersku akan meningkat tak lama lagi (Adussh,kembang hidung 2 mangkuk). Cuma template blog aku perlu ditukar dan di upgradekan supaya nampak lebih profesional namun tugas itu dia akan lakukan 'free of charge'. Tugasku hanyalah menulis Advertorial Job yang diberikan.

Lebih memeranjatkan, apabila dia memberikan cek pendahuluan yang bernilai :
RM13 Ribu ++
Oh ya, tak lupa juga,Thanks Nuffnang untuk cek terbaru yang baru diterima

Fuhh,lumayan juga. Namun ,ku katakan padanya, Maaf, ku sayangkan Nuffnang.Ku sayangkan status Gliterrati ku.Lantas dia (Ms. Sheila) menerangkan, jangan risau.Dia bukannya competitor Nuffnang.Dia hanya tolong promosikan bisnes restoran yang tengah meningkat naik, kedai makan,  kedai-kedai yang baru dibuka dan banyak lagi. Jadi, status ku tidak akan hilang. Lagipun, aku hanya perlu menulis lebih kurang 5 artikel sebulan selama 2 tahun kontrak itu (jadi jumlahnya lebih kurang RM30,000/RM250 satu entry).Fuhh,walaupun takdela selumayan Advertorial Nuffnang, namun bagiku ianya masih lumayan.

Katanya lagi, jumlah itu adalah jumlah minimum yang akan dibayar. Setakat ini, dia telah berjaya mendapatkan lebih kurang 100 syarikat dan restoran yang berminat. Entry ini salah satu untuk melihat gaya penulisanku Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang at Taman Melati.

Cek itu pula, aku tanyakan juga, kenapa tulisan tangan dan jumlahnya pelik sahaja?Katanya, usah risau, cek itu bukan bounce cek, dan nombor itu ada rahsia disebaliknya (bersempena nama projek 123 katanya).Namun, aku masih belum berjaya mencari kaitannya.

Ussh,aku jadi keliru. Patutkah aku terima tawaran lumayan ini?Once in a lifetime opportunity.Kata orang, rezeki jangan ditolak.



Psst....Psttt....Adakah aku menerima Projek 123 ni?




Jawapannya di bawah ini...




Bawah lagi...




Skit-skit lagi....




Di Sini  : Projek 123 adalah projek ciptaan ku sendiri. Anda telah terkena ENTRY HANGIT.Miahahaha.....(Tiru gaya Melz gelak ).Saje je nak kenakan korang sebelum aku bercuti sakan/balik kampung beberapa hari lagi.Hik3.

P/s :Maaf dipinta. Teruja tak membaca? Lepas ni nak wujudkan satu segmen baru juga la. Segmen ENTRY HANGIT...Amcam,ok tak?
Related Posts with Thumbnails