Showing posts with label entry hangit. Show all posts
Showing posts with label entry hangit. Show all posts

July 22, 2011

Selamat Tinggal Nuffnang


Yup, I Love Nuffnang. Truly, memang saya sayangkan Nuffnang. Boleh dikatakan semua event yang dianjurkan, akan saya cuba sertai, setiap Contest, akan saya cuba joini, setiap inisiatif baru,akan saya sokongi, dan apa jua yang Nuffnang cuba lakukan, akan saya sokong dan berikan respons yang terbaik.


Terlalu banyak kegembiraan yang saya capai bersama Nuffnang almost 2 tahun bersamanya. Income yang menguja, IPAD 2, Hadiah Percutian/Honeymoon Package ke Kota Kinabalu,Sabah, LG HDTV,Test drive Proton Exora,Ford Fiesta dan pelbagai lagi. Lebih mengharukan bila terpilih dan Featuredkan di Nuffnang untuk May 2011. Most of my Blogging Achievement, adalah bersama Nuffnang.


Ramai bloggers yang saya kenal dan jumpa face to face pun kerana Nuffnang especially Geng-Geng Talibarut. Memang best dapat kenal ramai bloggers dan boleh dikatakan pengalaman begini memang sukar dicari/diganti. Ohh, beratnya hati ini untuk membuat keputusan.
Apapun, Sedangkan Pantai Lagi Berubah, Inikan Pula Hati Manusia. Selamat Tinggal Nuffnang, sudah tiba masanya untuk saya mengucapkan selamat tinggal. Kenapa? Umm, biarlah rahsia. Rahsia yang akan saya simpan seorang diri.


Ke manakah arah tuju Eyriqazz.Com selepas ini? Tunggu dan lihat,walau bersama "siapa" pun, entry akan tetap di upkan di blog ini. Semoga pembaca terus menyokong blog Cap Ikan Ayam Goreng ini.Life Has to Go on bak kata abang Je Jai yang baru saja memenangi Percutian ke Filipina, juga hasil bersama Nuffnang. Congratz Bro, u deserve it..

Apapun, Once again, terimakasih Nuffnang. Pengalaman manis bersamamu akan ku ingat sampai ke hujung nyawa....Sob2, menitik airmataku ketika menulis entry ini (Ala-ala citer Hindustan skit)...

Last but not least.........

................

...............

..................

.........................................................

...........................................

INI adalah ENTRY HANGIT. Hik3, manakan mungkin begitu mudah untuk saya meninggalkan Nuffnang yang telah banyak memberikan kegembiraan buat kami seisi keluarga.

Jika ada Sumur di ladang
Boleh kami menumpang mandi
Kegembiraan dan pengalaman menguja bersama Nuffnang
Sukar dicari dan ditukar ganti

April 20, 2011

Saya Terpilih untuk Review HTC Flyer Maxis10


Tentu ramai yang dah tahu kan, next gadget yang bakal direview di Maxis10 adalah HTC Flyer . Memang menguja, tablet yang seakan-akan macam IPAD 2. Oh, indahnya kalau saya yang berpeluang review gadget ni.

Masa tengah surfing Twitter, terpandanglah twitter ini :

Tweet dari AprilYim, salah seorang yang akan memilih reviewers untuk Maxis10

Ohh, luluh hati ini. Cik Amoi?? For surela pompuan...Lagipun saya baruje lepas terpilih, takkan dia nak pilih lagi kot. So, i just continue with my work .

Suddenly, my phone ringing. It keep ringing....I picked up the phone..

Ehh, Naik Nombor..Macam familiar la nombor ni...

Dup dap, dup dapp...Jantungku berdegup kencang...Nombor ni memang saya familiar coz dah savekan nombornya di telefonku...Dup dap, dup dappp..Agak-agak, apa la dia nak cakap?Nak minta pulangkan phone ke?

April : May I Speak to Eyriqazz?
Me : Speaking..

April : Congratz..u have been selected as one of reviewer for HTC Flyer..Please come to... at......
Me : ????? ...It's not an April Fool joke rite? Are u serious?

April : Yes, i am..Anyway, i don't like April Fool joke...
Me : (Speechless) ...Oh, Ok..thanks again..I will come this friday...

Speechless, tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Terpilih buat kali kedua? Rasanya baruje tak sampai sebulan saya review Nokia E7. Betulla kata pepatah, Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapa yang tahu. 

Oh, Welcome to me baby, my new gadget :

HTC Flyer...

Terasa macam bermimpi pula. Teruja dan tak sabar menanti hari itu. Akan saya review sebaik-baiknya. Memang bercita-cita nak memiliki IPAD 2, tak sangka berpeluang review HTC Flyer yang tak jauh beza dengan IPAD 2.

P/s : Dream Big,Who knows what coming rite?

P/s/s : Ini Adalah Entry Hangit.. Eden tak dapat pun, saja mau hangitkan korang...Jangan Marah Naa...Nanti kena Jual...Hik3...

January 12, 2011

Kisah Cinta Terlarang dengan Gadis Mat Salleh


Oh, I think i never told my Love Stories with Gadis Mat Salleh rite? Oh ,lebih tepat lagi, Kisah Cinta Terlarang dengan Gadis Mat Salleh. Hik3, mungkin anda tak percaya kalau saya ceritakan but i will still write it. Believe it or not, it's up to u.

Her name is Kristin Cranwell. Ohh, bukan Kristin Kreuk heroin cerita Smallville tu ya. It's is not easy for me to tackle her. Kata pepatah sendiri, jinak-jinak Burung Helang plus what is the odd gadis mat salleh jatuh cinta dengan lelaki melayu? I can say close to 0 kot? Well, action is better than word, I'm not MatRomeo or Melromeo, but to cut the story short, she became my GF. Ahaks..What is the Odd eyriqazz couple ngan Minah Salleh? Close to 0?


Oh, it's not easy couple dengan Kristin. Adat dan Budaya berbeza. Adat kebaratan jauh berbeza dengan Adat Ketimuran. The positif things about culture there adalah mereka lebih open minded, cakap lebih suka straight to the point, daya berfikir  lebih matang dalam meluahkan pendapat/idea dan pelbagai lagi. Negara moden la katakan.

Umm, the negatif things that I'm not proud of  being a Bf to Kristin, sometimes i have to follow her to Club/Clubbing and etc as this is their culture. Kalau kita lepak di kedai mamak, mereka pula lepak di kelab malam. Oh, saya tidak pernah order barang terlarang, setakat Coke n Pepsi sahaja.

Kristin aktif bersukan and she play football for our University. Sometimes saya temankan dia bila kena lawan ngan Univ lagi. Jauh perjalanan, luas pengalaman , pelbagai tempat saya pergi , Nottingham, Sheffield, Manchester, London , Newcastle dan pelbagai lagi.


Oh, I almost lost my "Virginity" with Kristin. Jiwa muda remaja yang mudah terpengaruh . Janggalla kehidupan Mat Salleh bercouple without Sex rite? But i manage to control my temptation and Keterunaanku berjaya dijaga. Wowwi, boleh percayake? She's Hot  for sure...


Suka dan duka, ranjau dan duri. Study and Studo...Oh, Kristin oh Kristin. Anyhow, kusangkakan panas sampai ke petang, hujan di tengahhari. Di hari terakhir,graduation Day, i decided to break up with her. Hampir bercucuran air matanya keluar? Why E? Itulah panggilannya padaku? Why, Why?

Oh, dunia kita berbeza, i will go back to Malaysia and you will be still here plus our culture is different and i don't think my Mum can accept u. Oh, Air Mata Kristin jatuh bercucuran...

Surprisingly, this is the word that come out from her. Oh E, I am willing to go to Malaysia with you and staying there.

Nahh, it is not easy like that...Not today, Not tomorrow...N hari ini bukannya hari..Why Not? Coz today i want to tell u one secret....What is it said Kristin...

The Secret is today is Thursday....Malam Ini Malam Jumaat.N i wanna say....Ha...Ha......Hangittttt...... 

Hik3, kisah diatas adalah bohongan dan daya imaginasi eyriqazz saja. I never know that girl, ambil gambar pun secara kebetulan as nak ada memori grad bersama Minah Salleh. Ahaksss....

P/s : Jangan Marah Naa...Nanti kena Jual...

October 29, 2010

Kereta Baruku | Toyota Altis

Pucuk Dicita, ulam mendatang. Lain yang dicita, lain pula yang diorder. Ini gara-gara pameran di satu shopping complex dan tertarik dengan pelawaan Sales Girl yang jelita la ni. Mula-mula wife idamkan Toyota Vios, then Honda Accord, tup-tup, dek kerna pameran itu dan teruja kami pi booking :

Toyota Altis
Cantik juga kan?
Silver memang pilihan hatiku

Hampir bergaduh sakan kami suami Isteri. Isteri berkenan sangat, saya mula-mula tak berkenan mana.Agak mahal dan belum berkemampuan.  Tapi dek Sales Girl yang cantik jelita dan kata-kata menggoda, akhirnya saya tergoda sama. Melayan duit simpanan berbloggingku setahun lebih dan simpanan isteri nak bayar downpayment. Melayan RM15 ribu. Aduh, mungkin inilah kata pepatah " Biar Papa Asal Bergaya".

Tak sabar menanti kereta baruku ini. Katanya bakal sampai sebelum birthdayku bulan 11 nanti. Ewahh, ni yang teruja hati, dekat birthday dapat kereta baru. Gembiranya hati, Toyota Altis pun jadilah ,better than takde kan?

Oh, tidur malam termimpi-mimpi memandu kereta ini. Bilalah agaknya dapat kupandu kereta ini? Cepatlah proses loan semua, tak sabar membawa kereta ini untuk honeymoon kali kedua dan Alisya pun dah tak sabar-sabar menanti adik menemaninya bermain.

Sabar,sabar..akan tiba masanya...Oh, aku teruja...Tak sangka, hasil berblogging boleh tahan juga...

Pangggg....Ambil sebiji...Apa ni???? Tersentak dari igauan dan layanan perasaan, rupanya aku hanya pasang angan-angan....

Masih belum faham??Dushh....ini hanyalah permainan entryku yang sudah lama tidak kubuat..Entryyy apa? Ingin ku tahu juga? Apa lagii...Ini ADALAH ENTRYYY HANGITT....Hik3, masih belum awal untuk tukar kereta...

Psst...maaf ya..selingan Hari Jumaat..Besokkan dan cuti..Sekali sekali dihangitkan, syok juga kan? Hik3....

August 7, 2010

I Won IPAD 32GB Wifi | Annual Dinner 2010

Minggu lepas, Companyku ada menganjurkan Annual Dinner. Saya dan Isteri tidak melepaskan peluang untuk ke majlis ini.

Saya dan Isteri | Ada Gaya YB tak saya berbaju batik? Bukan Yang berhormat, Yang Berblog...Hik3...
Kumpulan Panca Sitara mana la ni .
Isteri dan rakan-rakan Ofisku
Kami memilih Chinese Food. Sedap juga Udang ni.
Persembahan Anuar Zain tidak mengecewakan

Dipendekkan cerita, tibalah ke acara yang dinanti-nanti, iaitu lucky draw. Ada 100 Hadiah Lucky draw dan 5 hadiah utama. Akhirnya tiba di top 2, hadiah tempat kedua menarik juga iaitu Iphone 3gS 16GB. Berdebar-debar time tu,please,please be mine. namun hampa :

Iphone bukan milikku.

Rasa kecewa, dah mahu pulang. Ahh, hadiah No. 1 tentu bukan menjadi milikku tapi menanti dengan sabar. Dup,dap,dup dap..berdegup kencang jantung ini. Adakah tuah dan Luck Lucky Draw Memenangi LG Fresh Cookie Phone Touch Screen akan berterusan? .Akhirnya selepas dikocak-kocak nombor itu, dia mengumumkan, pemenangnya jatuh kepada Staff Bernombor XXX dan nama............Ehh, cam kenal no. itu, Yess...itu nombor dan nama Eyriqazz yang dipanggil danmenang cabutan bertuah no. 1. Yuhhuu,terlompat-lompat kegembiraan macam tidak percaya saja :

IPAD 32 GB Menjadi Milikku

Oh, tak dapat dibayangkan perasaan gembira ketika itu. Kemenangan berganda rasanya.Sebelum ini Annual dinner, tak pernah menang apa-apa walaupun sebatang pen. Ohh, suka hati ku. Bolehla beronggeng bersama IPAD pula. Keterujaan sampaikan disimpankan dulu rahsia ini dan entry ini untuk berkongsi kegembiraan itu. Yippie, Come to Papa , IPAD ku.

Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Anda pun bertuah juga kerana :

INI ADALAH ENTRY HANGIT!!!!!!

Jangan marah ya,sekadar bergurau di hari minggu. Minggu depan dah Masuk ramadhan kan? Hik3, eyriqazz tak menang IPAD, hanya membawa pulang doorgift :

Digital MP3 buatan China/Thailand  kot...

Hik3, takde chop sirim lagi. Eyriqazz tak pakai mana MP3 ni. Wifepun dah ada mp3. terasa macam mahu buat contest je kasi hadiah ni, oktak?

P/s : Selitkan hidup ini dengan senyuman . Life Ain't dat Serious rite? 

P/s/s : Terimakasih buat Semua di atas Link untuk entry-entry ini :

Ini Blog Shahir, Bukan Shahir AF8 (Rajin retweet entry saya)

My Favourite For Today : Ehem,ehem, kalau bawah 18 tahun jangan cuba KLIK YA

P/s/s/s : Anyone yang ada buat entry dah linkkan blog saya, jangan malu-malu informla ya? Kadang-kadang saya tak perasan, mungkin saya akan cuba membalas backlink itu, sooner or later . 

P/s 4 : Doa2kan saya menang Digital Camera Sony TX5 'Sony Water Moments' di Sunway Lagoon hari ini anjuran Nuffnang dan Sony. InsyaAllah, kalau menang, ada hadiah yang menanti untuk pembaca blog ini juga.

July 21, 2010

Ini Adalah Entry Hangit

Mood agak ke Laut skit. Jadi, jom layan Entry hangit. Dushh, rahsia telah dipecahkan awal-awal, apa yang :



Hangit Lagi?

Hik3, layan je lah, Cuba cari di mana kehangitannya? Peneka 5 terpantas yang memberikan jawapan yang tepat  akan membawa pulang 2 GTO Pointz  :

1) Tips Belajar Yang Berkesan | Camne Mahu Score CGPA > 3.75 [ KLIK SINI ]


3) Download Video Lucah Ariel Peterpan dan Luna Maya [ KLIK SINI ]

4) Tempat Makan Yang Best [ KLIK SINI ]

5) Kenapa Rozita Che Wan Nekad nak berhenti Berlakon [ KLIK SINI ]

6) Gambar XXX Nasha Aziz [ Klik Sini ]

7) Gambar Terbaru Awek Melromeo [ Klik Sini ]

P/s : Cepat-cepat, siapa cepat dan tepat dia dapat.

UPDATED

Tekaan akan ditutup pada pukul 12 tengah malam 21/7/2010. Keputusan akan diumumkan pada 22/7/2010.

July 9, 2010

Sorry Guys, I Can't Make It

Di keheningan pagi, jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Jari jemariku masih rajin dan menari-nari di papan keyboard ini. Ohh, sukarnya untukku luahkan rasa hati ini . Namun, aku perlu beritahu juga. Entry Nuffnang Sharing Session at Pak Li Kopitiam dirujuk.

Di sini, saya ingin memohon kemaafan kerana :
Sorry Guys, I Can't Make It

Maafkan saya, baru beberapa jam tadi saya menerima panggilan telefon dan ada Urgent matter yang perlu saya hadiri. Oh, terasa beratnya hati ini untuk melepaskan dan meluahkan. Janji sudah dikota, manusia berpegang pada janji, namun yang mana yang lebih penting saya perlu dahului. Maaf Sekali lagi.

Apapun, jangan risau, saya telahpun Inform Nuffnang dan saya rekomenkan mereka ini untuk menjadi pengganti saya di sesi itu nanti. Mereka lebih lama berkecimpung dalam berblogging ini dan pengalaman mereka rasanya tentu dinanti-nanti. Inilah dia :

1) Kak Ina KL ( Credit Picture to Daydeck )

Kak Ina KL tidak perlu diperkenalkan lagi. Seorang pakar masakan, ibu yang penyayang, Pencinta Event Nuffnang dan memang seorang happy go lucky dan mudah diajak berbual. Kalau layan berborak dengan dia, 2 tiga jam pun terasa cepatnya masa berlalu. Masakannya di blognya begitu menggoda dan selalu membuatkan nafsu makan saya semakin bergelora dari hari ke hari dan hasilnya mood saya bertambah happy dan berjaya menghasilkan entry yang lebih saya gemari. Please Support Her k?

2) Je JAI @ Azhar Ramli @ Abang Jambu

Kembarnya Jejai mencetuskan kontroversi di dunia hiburan apabila hubungannya dengan Fasha Sandha akhirnya diluahkan secara terbuka.Tidak lupa juga, adik angkatnya Arja Lee yang mencetuskan kontroversi dengan berbogel dalam filem terbarunya 'Dalam Botol'. Je JAI akan berkongsi pengalaman dan tips berSEO especially tips berkenaan Keyword "Sotong" yang berjaya mencetuskan fenomena baru di blognya. Di samping itu , Je JAI juga akan bergandingan dengan Robb Chew aka Sotong Zai dan akan membuatkan special Appearance dengan menyanyikan lagu "Sotong, Bermacam Sotong, Ada Paul Sotong, ada Sotong Kurita" . Nantikanlah penampilan Istimewa Je JAI dan Sotong Zai nanti ya.

Sorry Guys, I Can't Make It dari saya
Maaf,Maaf Itu saya yang kamu tahu ya?
Yerla,yerla, saya mengaku silap saya
Menghangitkan Anda kali ini pula

P/s : I will be there. Walaupun saya akui saya bukannya Blogger Popular dan sekadar Blogger Cap Ikan Ayam, InsyaAllah, saya akan cuba berkongsi informasi sepanjang almost 1 tahun saya berblogging secara aktif dan pengalaman mengujakan saya bersama Nuffnang.

P/s/s : Apa agak-agaknya soalan yang mahu ditanyakan ya? Boleh saya prepare myself first.

July 1, 2010

Gambar Ariel Peterpan dan Luna Maya yang Terhangat -18 SX-

Sekarang ni, tengah sibuk diperkatakan isu penyebaran Video Lucah Ariel Peterpan dan Luna Maya. Juga bersama gadis-gadis yang lain. Tiba-tiba dapat e-mail dari seorang rakan dengan tajuk " Gambar Ariel Peterpan dan Luna Maya yang TerhangaT-18SX-" . Fuhh, bergelora di Hati Eyriqazz ni. Nak buka tak nak ya?

Ariel Peterpan dan Luna Maya

Ala, kalau saya buka e-mail ni pun bukannya orang tahu pun kan? Hak3, dussh,tumbuh tandukkk. Dah kecoh satu Asia Tenggara dan Malaysia, dah heboh di merata media massa dan juga blog, mahu tahu juga gambar apa yang dihantar. Budak ofis pun ada yang bertanya, dah download luna maya video?

Sikap curiosity yang semakin menebal, akhirnya saya membuat keputusan untuk membuka attachment tersebut. Berdegup kencang jantung ini, hangat sangat ke? Mana lagi hangat dengan Kisah Fasha Sandha ngan Jejai? Ataupun Kisah Wan N**** ataupun Pramugara terlampau?

Inilah hasilnya  :

Hangat Tak?

Dushh, ini bukannya hangat, ini hangit. Saya dihangitkan bulat-bulat. Muahaha, ni yang rasa teruja nak buat entry hangit kembali ni. Stay tune, akan muncul tak lama lagi.

Hangat dan Hangit dua-dua mengujakan
Versi Hong Kong, Versi Indonesia sudah di pasaran
Adakah akan muncul versi Malaysia di masa depan
Tanyalah BeautifulNara  mungkin dia ada jawapan

May 19, 2010

Selamat Tinggal Dunia Blog

Salam Dari Eyriqazz,

Entri yang agak sedih bagi saya hari ini. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun berat dan sukar untuk diluahkan namun kata-kata perlu dilontarkan. Ditelan mati mak, diluah mati ayah.

Di kesempatan ini, eyriqazz ingin menyusun 10 jari buat semua rakan-rakan bloggers, pembaca dan semua yang telah menyokong saya sepanjang hampir setahun saya berblog secara aktif. Ucapan maaf terutamanya buat Kak Ina KL yang baru saja terkena panggilan hangit dari saya dan juga semua pembaca blog saya. Mungkin ada salah silap saya yang tidak saya sedari, maafkan saya juga. Biasalah, jadi manusia ini tidak lari dari membuat silap.

Sayonara Dari Saya

Tibalah masanya eyriqazz melabuhkan tirai dan mengucapkan Selamat Tinggal Dunia Blog. Perjalanan saya terhenti di sini. Usah di tanya sebabnya, yang pasti saya mahu luangkan lebih masa buat keluarga dan orang tersayang. 

Isteripun dah bising-bising saya habiskan banyak masa depan laptop . Itulah, kadang-kadang tak sedar kesilapan sendiri bila alpa  di alam maya dan Isteri sendiri diabaikan. Di samping itu, begitu tersentuh jiwa lelaki saya apabila membaca luahan seorang Isteri yang bertajuk " Kalaulah Saya Sebuah Blog " . Mungkin itu juga yang bermain-main di fikiran Isteri tersayangku.

Oh, itu bukan sebab utama, ada banyak lagi sebab lain saya terpaksa mengucapkan Selamat Tinggal.

Takpelah , tiada siapa yang akan perasan kehilangan blog Cap Ikan Ayam Goreng ini. Patah tumbuh, hilang berganti.  Apapun, saya akan tetap menyokong dan membaca blog anda secara senyap dan drop komen once in a while.

Selamat tinggal dunia blog . Aku akan merindui belaian manjamu , namun keputusan ini sudah muktamad bagiku. Walaupun baru berjinak-jinak dengan dunia blog ini, kenangan manis, mengujakan dan memori terindah seindah Lirik Lagu Yang Terindah Drama Akasia Adamaya akan tetap mekar diingatan.

Sebelum saya mengundurkan diri, satu pantun buat semua :
Selamat Tinggal Dunia Blog dari saya
Alam maya ini akan saya rindui dan ingati jua
Last but not least, dengarlah luahan hati saya
Inilah entry hangit terbaru saya adakah anda teruja dan terkena?

P/s : Mana boleh saya meninggalkan dunia blog semudah itu. Hik3…

P/s/s : Tapi, kalau betul pun, apa salahnya kan? Satu pergi beratus blog yang bagus muncul (Oh, blog saya hanya merapu meraban seorang diri).  Terimakasih buat semua.

P/s/s/s : Maaf dari saya.Saja nak menghangat/hangitkan Hari Rabu yang belum tentu hangat/hangit ni.

May 18, 2010

Blogger Popular Terkena Panggilan Hangit

Salam dari Eyriqazz,

Monday Blues sudah berakhir, Tuesday Coolz muncul lagi. Kali ni saya ingin bercerita kisah :


Blogger PopulaR Terkena Panggilan Hangit



Beginilah lebih kurang perbualan telefon Panggilan Hangit tersebut :

Penghangit : Hello, boleh bercakap dengan Puan X?

Anak Puan X : Siapa Ni?

Penghangit : Saya dari Maybank Kredit Kad

Anak Puan X : Mama, Maybank Kredit Kad telefon

Puan X : Hello, awak nak offer saya subscribe kredit kad ke?

Penghangit : Bukan, saya nak inform Puan X yang kredit kad Puan sudah tiga bulan tidak berbayar?

Puan X : Kredit kad tak berbayar? Saya mana ada kredit kad?

Penghangit : Umm, dalam sistem kami sudah tiga bulan tak bayar.

Puan X :Awak silap orang ni, awak cakap ngan Puan X binti apa?

Penghangit : Puan X binti.....  Alamat di Sentul....No. telefon seperti ini..Last transaction di Sogo...

Puan X :Awak jangan main-main (dengan nada dah nak mengamuk dan marah)....

Penghangit  : Betul puan...So bila puan boleh bayar ni?

Puan X : Saya takde kredit kad Maybank...Camnila...Saya akan buat laporan polis..tunggulah...(marah-marah lagi )

Penghangit : (Sudah tidak dapat menahan untuk gelak......Terus gelak....)hak,hak,hakkk........sudah terkena!!!

Puan X : Adoii...hampeh betoi kamu Mr Y..... ( kenal juga dia ya?)

Nak tahu siapa yang terkena panggilan hangit dan penhangitnya? Jom terjah :


Kak Ina KL dihangitkan Eyriqazz

P/s : Hik3..best juga dapat kenakan Kak Ina KL ni. No hard feeling ya akak? Saje menyakat-nyakat. Janganlah report polis, naya saya nanti...Hik3...

P/s/s : Lepasni boleh la jemput saya makan di rumah akak...

P/s/s/s : Lepas ni nak hangitkan siapa pula ye? Any suggestion?

May 11, 2010

Si Dia Yang Menggiurkan

Tidur tak lena, mandi tak basah. Itulah gambaranku semenjak aku berjumpanya beberapa hari yang lepas. Ohh, penangannya begitu mengujakan hati dan buat aku tergoda. Susah untuk aku melupakan Si Dia Yang Begitu Menggiurkan. Teringat-ingat penangannya siang dan malam.

Adussh, kenapa ianya menimpa diriku ? Apa salahku sehingga kau menggodaku sebegitu rupa? Aku tidak hensem, aku tidak kacak, aku tidak kaya, aku bukannya Si Romeo, aku tidak pandai memikat hati , namun aku tetap tergoda denganmu. Cukup menggiurkan melihatmu dan buatku tak keruan.

Kesetiaanku Diuji Lagi kali ini. Apakah yang patut aku buat ? Si Dia yang menggiurkan begitu mengugat Imanku. Aku serba salah, aku keliru dan aku tidak pasti apakah yang patut ku buat. Apa pandangan anda semua ? Ujian ini begitu hebat buatku, tidak tertahan aku menanggung rindu terkenang si Dia yang menggiurkan. Adussh, patutkah aku luahkan di sini ? Patutkah? Aku keliru, maafkan aku sayang, Si Dia betul-betul menggiurkan dan membuatkan aku tidak keruan.

Siapakah yang aku maksudkan? Demi pembaca aku dedahkan ini (Rahsia terlampauku) namun jangan dedahkan pada Isteriku ya? Access Internet nya telah ku sekat @ ku pinjam broadband Celcomnya bila Broadband Streamyx ku buat perangai lagi. Dah lama tak buat perangai, ikut layan perasaan kot. Straight to the point .

Adakah Si Dia?

Umm, bukan ini, ini bukan citarasa ku. Tidak cukup menggiurkan dan  menepati citarasaku .

Adakah Si Dia?

Umm, pun bukan Si Dia. Si Dia lebih menggiurkan dan menawan hati, Inilah si dia yang dimaksudkan:

Si Pulut Mangga Yang Menggiurkan Hati dan Sedap Sekali
Nyam-Nyam, Menawan Hati

Hik3, ada sesiapa yang terkena ke? Entry Hangit Eyriqazz muncul kembali. Monday Blues dan habis, Tuesday Coolz muncul pula.

Pulut Mangga menggiurkan hati
Isteri beli aku mencuba sekali
Sedapnya rasa ingin nak lagi
Di lain masa akan kusinggah lagi

P/s : Pulut Mangga yang sedap ini boleh didapati di LG Floor, dekat area Carrefour, Mid Valley Megamall. Boleh tahan kesedapannya. Isteriku memang gemarkan sangat-sangat. Pulut Mangga ni asalnya dari Kelantan kan? Kat mana lagi boleh dapati Pulut Mangga ni di KL ya?

March 8, 2010

Advertorial | Patutkah Aku Menerima Tawaran Lumayan Itu?

Salam readers. Beberapa hari yang lepas aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari seseorang. Dia mengajak aku berjumpa kerana ada business proposal katanya.Berkenaan Advertorial Job di blogku. Kaget aku dibuatnya, mana dia dapat nombor telefon aku?Dari mana dia tahu pasal blog aku?Namun, atas sikap ingin tahu, pertemuan kami diatur di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Malaysia.

Saya Gembira

Di pertemuan itu, dia memperkenalkan dirinya. Dia adalah seorang Freelancers luar yang tengah mencari beberapa bloggers untuk projek terbarunya.Namanya Ms Sheila.  Aku salah seorang yang terpilih setelah diperkenalkan oleh seorang bloggers yang cukup popular yang namanya biasalah menjadi rahsia.Projek yang akan diberikan olehku diberi nama Projek 123 sempena pertama kali projek sebegini dilancarkan.

Projek 123 dalam genggaman

Agak kaget juga aku dibuatnya. Dia menerangkan lebih lanjut. Dia tertarik dengan caraku menulis dan katanya aku ada potensi dan sesuai buat Advertorial Job . Katanya lagi, dia menjangkakan bilangan readersku akan meningkat tak lama lagi (Adussh,kembang hidung 2 mangkuk). Cuma template blog aku perlu ditukar dan di upgradekan supaya nampak lebih profesional namun tugas itu dia akan lakukan 'free of charge'. Tugasku hanyalah menulis Advertorial Job yang diberikan.

Lebih memeranjatkan, apabila dia memberikan cek pendahuluan yang bernilai :
RM13 Ribu ++
Oh ya, tak lupa juga,Thanks Nuffnang untuk cek terbaru yang baru diterima

Fuhh,lumayan juga. Namun ,ku katakan padanya, Maaf, ku sayangkan Nuffnang.Ku sayangkan status Gliterrati ku.Lantas dia (Ms. Sheila) menerangkan, jangan risau.Dia bukannya competitor Nuffnang.Dia hanya tolong promosikan bisnes restoran yang tengah meningkat naik, kedai makan,  kedai-kedai yang baru dibuka dan banyak lagi. Jadi, status ku tidak akan hilang. Lagipun, aku hanya perlu menulis lebih kurang 5 artikel sebulan selama 2 tahun kontrak itu (jadi jumlahnya lebih kurang RM30,000/RM250 satu entry).Fuhh,walaupun takdela selumayan Advertorial Nuffnang, namun bagiku ianya masih lumayan.

Katanya lagi, jumlah itu adalah jumlah minimum yang akan dibayar. Setakat ini, dia telah berjaya mendapatkan lebih kurang 100 syarikat dan restoran yang berminat. Entry ini salah satu untuk melihat gaya penulisanku Restoran Nasi Dagang Ulik Mayang at Taman Melati.

Cek itu pula, aku tanyakan juga, kenapa tulisan tangan dan jumlahnya pelik sahaja?Katanya, usah risau, cek itu bukan bounce cek, dan nombor itu ada rahsia disebaliknya (bersempena nama projek 123 katanya).Namun, aku masih belum berjaya mencari kaitannya.

Ussh,aku jadi keliru. Patutkah aku terima tawaran lumayan ini?Once in a lifetime opportunity.Kata orang, rezeki jangan ditolak.



Psst....Psttt....Adakah aku menerima Projek 123 ni?




Jawapannya di bawah ini...




Bawah lagi...




Skit-skit lagi....




Di Sini  : Projek 123 adalah projek ciptaan ku sendiri. Anda telah terkena ENTRY HANGIT.Miahahaha.....(Tiru gaya Melz gelak ).Saje je nak kenakan korang sebelum aku bercuti sakan/balik kampung beberapa hari lagi.Hik3.

P/s :Maaf dipinta. Teruja tak membaca? Lepas ni nak wujudkan satu segmen baru juga la. Segmen ENTRY HANGIT...Amcam,ok tak?
Related Posts with Thumbnails