Showing posts with label kak ina kl. Show all posts
Showing posts with label kak ina kl. Show all posts

June 25, 2012

Model Cookies On Air

Yiezaa, Kak Ina KL kini semakin mengembangkan sayapnya untuk Cookies sedapnya. Antara Model-model barunya yang bakal mempromosikan Cookiesnya sempena raya tak lama lagi :


Dari Kanan : Hilal On Air, Mat Joe Taukeh WWW dan Eyriqazz

Wahh, so korang, kalau nak tempah Cookies Kak Ina KL, baik tempah cepat-cepat. Macam hot cake niii.... Laris di pasaran...


P.s : Kak ina, 2 x 100 biji reservekan utk saya sempena raya nanti...Nak bawa pulang ke kampung..Alisya suka sangat...

April 29, 2012

Kak Ina KL Masuk Hospital


Agak terkejut bila menerima sms dari rakan blogger @  Kak Ina KL semalam :


"Mula sakit lutut dari hari rabu,tadi pergi sek anak.Amik gambar terus kramm xleh jalan kaki kanan"

Pagini telefon Kak ina KL. Katanya kena operate dan masukkan gel di lutut. Tak pasti berapa lama akan berada di Ampang Puteri Specialist Hospital. Eyriqazz dah di Kelantan, kalau tak boleh juga pergi tengok-tengokkan.

Semoga operation tu berjalan lancar. Kalau ada yang free, jenguk2la Kak Ina KL di APSH ya?

P/s : Nak kena aktif semula bersukan.... Bila dah makin berusia, pelbagai penyakit boleh datang jika tidak jaga pemakanan, kesihatan dan tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat (tuju kat diri sendiriI

April 9, 2012

Kak Ina KL General Manager?

Kak Ina KL dah jadi General Manager?
Bolehla belanja kami makan camni...Hik3...

February 18, 2012

WWW.KAKINAKL.COM NAK BAGI RM


Norish Karman cantik berseri
Kak Ina KL senyum nampak gigi
Buat dialog yang paling kreatif mudah sekali

Norish Karman masih jelita lagi
Je Jai tergoda, Rozita Che Wan mahu ditolak ketepi
Jelingan manja Norish Karman buat  Je Jai termimpi-mimpi
Mengidam untuk bergelar Datuk Z suatu hari nanti?

P/s : Jom sama-sama meriahkan Contest ini : http://bit.ly/yTZvCJ

October 10, 2011

Kak Ina KL dan Blogger MasterChefMY | Hasrat di Hati Tidak Tertunai


Kak Ina KL nama diberi
Mencuba nasib di Blogger #MasterChefMY pertama kali
Blogger masakan terkenal sana sini
Pernah try masakannya memang terliur hati

Di dapur ini mereka beraksi
Menunjukkan bakat yang terpendam selama ini
Oh kenapa tiada live di saat ini
Mahu juga melihat aksi memasak teruja hati
Suwa suwee good morning goreng-goreng sedap sekali
Masak memasak memang hobi Akak dari dulu lagi
Masuk Blogger #MasterChefMY memang teruja hati
Yang terbaik dari akak mungkin itu kata Kak Ina KL ini

Tuah ayam nampak di kaki
Setelah mencuba, hasrat tidak tertunai kali ini
Walaupun tidak ke final Blogger #MasterChefMY time ini
Tahun depan kalau ada akan dicuba lagi

Saya memang teruja hati
Melihat pengalaman yang dikongsi oleh Kak Ina KL di ENTRY ini
Pengalaman menguja sayang tak dapat join sekali
Akan saya rekodkan dengan Astro B.yond PVR sudah semesti
Siapa terlepas, jemputla ke rumah tontoni sekali

I Need Your Love, Please

September 28, 2011

Maybelline New York | Ole-Ole dari Kak Ina KL

Sayang : Abang, kenapa setiap kali event Produk kecantikan Wanita i.e. maybelline, Loreal, Abang tak dapat jemputan dari Nuffnang?
Eyriqazz : Yerla, Abang ni Blogger Lelaki. Cam tak sesuai la dijemput ke sana..

Sayang : Ala, kalau jemput abang, Sayang pergi tak boleh ke? Teruja bila tengok dapat produk kecantikan yang cantik-cantik. Cam entry Kak INA KL ni : Hasil Rembatan Maybelline New York FashionWeek Workshop

Sayang pun suka produk Maybelline ni, especially gincu dia...Kalau camni, sayang pun nak jadi blogger jugaklah...Maybe nanti diorang ble invite sayang..

Dush,dushh.tak dapat nak menjawab...Anyway, mungkin Kak Ina KL mendengar luahan hati si Isteri, katanya ada ole-ole Maybelline produk untuk Isteri.Berbalas ole-ole keropok keping dari Terengganu buat Kak Ina KL . Rezeki ibu mengandung kot...Alhamdulillah :


Maybelline New York | Ole-Ole dari Kak Ina KL 

Thanks Kak Ina KL. Wifey sukakan semua produk ni. Ada produk-produk ni memang isteri dah plan nak beli..Yey, save budgett.... Thanks a lot...Betulla kata orang, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita menerima..Give and take itulah sebaiknya..Rezeki bila dikongsi-kongsi, akan lebih menggembirakan, kan?

September 16, 2011

Bila Driver Eyriqazz Bergambar


Ehem,ehem, Inilah Driver saya semalam merangkap Manager Ketua Talibarutz . Ehem,ehem, bro tak perasan ke Mamat belakang tu dah "cekak Pinggang" tak puas hati? Hik3...

August 10, 2011

Blog Pilihan August 2011

Fuhh, sejak update Blog Pilihan Eyriqazz untuk March 2011, tersangkut di tengah jalan. Mood agak kerajinan skit, so Inilah blog Pilihan Eyriqazz untuk August 2011 :



1) Denaihati  - Hidupkan untuk Memberi. Salah seorang blogger kegemaran eyriqazz yang banyak buat Contest dengan hadiah-hadiah yang menarik. Antaranya Insentif tunai untuk setiap trafik ke blog denaihati . Selain itu, banyak berkongsi isu-isu semasa, keagamaan, sukan, dan sebagainya. Yup, memang benar, saya ada praktikkan, Hidupkan Untuk Memberi, dan it's true, The More you give, the more you will get.

P/s : X sabar menanti next contest dari bro denaihati.



2) Cik Epal - Blogger unik yang mempunyai identiti tersendiri.Cik Epal gonjeng yang terkenal dengan Segmen Menternak lemak, Shaheizy Sam, anonymous,keluar magazines, dan pelbagai lagi.  Gaya penulisannya yang outspoken dan tulus memberikan kekuatan tersendiri di blognya. Blog peribadi yang mencecah 10K+ UV sehari memang sukar dicari dan cikepal telah membuktikannya.RM5K+ sebulan dengan berblogging,memang menjadi idaman setiap bloggers di luar sana. In person dan di blog, itulah orangnya. Tiada sorokan identiti dan apa yang boleh saya katakan, Cik Epal, salah seorang top blogger di Malaysia. Well,well, it's not easy being her, tak gitu Cik Epal?

P/s : Cik Epal, bila mahu payungkan kami berbuka puasa?


3) Mat Gebu - Blogger masakan yang selalu membuatkan air liur saya meleleh dek keterujaan melihat masakan yang dimasak oleh Mat Gebu. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ini. Oh, alangkah indahnya kalau dapat berbuka puasa bersama Mat Gebu. Salah seorang blogger masakan yang cukup top, online users beratus-ratus setiap kali. Umm, siapa cakap blogger Blogspot tak mampu pergi jauh? Mat Gebu sudah membuktikannya.

P/s : Mat Gebu, bila nak ajak saya  makan-makan di rumah mat gebu?

4) Kak Ina KL  - Ketua Talibarutz. Seorang ibu, blogger yang mempunyai ciri istimewa. Mana nak cari blogger yang bukan setakat terror memasak namun selalu join dan menceriakan event-event bloggers? Satu keluarga pula menyokong sama. Blogger yang unik yang berkongsi suka duka kehidupan, kekeluargaan, masakan yang mampu mengalahkan 5 star hotel, dan tak lokek dengan senyuman dan nasihat. A few entries sebelum ini yang saya dedicatedkan untuk Kak Ina, bolehla terjahi ----> SINI

P/s : Bilakah agaknya akan tertunai hasrat di hati untuk makan di rumah Kak Ina KL ?
Abang Ensem @ http://abangensem.com


5) Abang Ensem  - Sesuai dengan nama blognya, memang hensem orangnya. Peramah pulak tu. Inilah blogger Jutawan yang saya kagumi. Mempunyai lebih kurang 14 buah rumah yang mostly disewakannya. Inilah Sang Penyu yang eyriqazz kagumi, di dalam diam banyak membuat side Income dengan hartanah, jualan ebook, seminar dan etc. Banyak perkongsian menarik berkenaan tips hartanah yang memang best untuk diterjahi especially cam eyriqazz yang baru nak berjinak-jinak dengan sewa rumah.

P/s : Bro, taknak kasi ''Ebook sebagai free gift ke untuk saya ker sebagai hadiah raya?" . Boleh saya tolong reviewkan dan jadi affiliate bro... Tak lupa juga, berminat nak join seminar bro tu...Hik4...rezeki ada di mana-mana saja kan?

P/s : Apa pula blog pilihan anda bulan ini? Kongsi-kongsikan di sini, jika ada yang berkenan di hati, boleh saya masukkan  untuk Bulan September pula nanti...

January 14, 2011

Ketua Tali Barut@Kak Ina KL Terkena Panggilan Hangit Lagi


Eyriqazz : Salam Kak...
Kak Ina KL : Salam....

Eyriqazz : Kak, besok saya tak dapat join laa Maxis Om Nom Nom Race
Kak Ina KL : Kenapa Pula?

Eyriqazz : Saya half day arini. Sampai ofis, boss cakap besok ada testing di Shah Alam. Aduhh...
Kak Ina KL : MasyaAllah. So camne ni? Dah e-mail Robb?

Eyriqazz : Blom..Camne ya kak ? Siapa nak ganti?
Kak Ina KL : Aduuh, Kacau betoi la... Camne ni (dengan nada sedih dan lebih serius)

Eyriqazz : Umm, entah la kak ...camne ya?
Kak Ina KL : Umm....Tuhla...Kamu ni..ada-adaje last minute ni...

Eyriqazz : (sudah tidak dapat menahan)...Hak3......Hak3......
Kak Ina KL : Aphal?kenapa?

Eyriqazz : Hik3..gurau je kak....Hangittt..Saya join la..saje nak nyakat akak....
Kak Ina KL : Nak kena luku kamu Ni!!!! Ada Lori Ada Bas...

Panggilan hangit b4 this : Blogger Popular Terkena Panggilan Hangit

Hik3, jangan marah nak Kak Ina...Nanti kan team kita nak dapat hadiah pi HK.Ahakz, Dream Big, manatau menjadi realiti kan? Thanks akak kasi tumpang besok...Tak sabar menanti hari besok

P/s : Jangan lupa Support Our Team nanti..The Talibaruts Team Are Ready to the Maxis Om Nom Nom Race

Umm, lepas ni nak hangitkan siapa pula ya?

December 3, 2010

Mat Joe Makan Kulit Kerbau

Beberapa hari lepas layan Lepak-lepak ngan Talibarut Kak Ina KL di Mali's Corner Danau Kota. Antara yang join adalah Eyriqazz, Mat Joe, Daydeck, Kak Ina KL, dan Firdaus @ Manager Kak Ina KL.

Dipendekkan cerita, Daydeck yang baru pulang dari Bangkinang, share2kan keropok @ Jajang untuk kami. Dipendekkan cerita lagi :
Mat Joe Makan Kulit Kerbau

Hik3,rupa2nya jajang tu diperbuat daripada kulit kerbau. Terus mat Joe terus tak makan jajang tu, walhal before tu dah hampir sepaket di habiskan (tambah cerita kasi sedap).
Firdaus pun terus Stim bila pekena Jajang Kulit Kerbau

Waka-waka, bukan setakat diorang, eyriqazz, kak ina kl, wifey sampaikan Alisya pun terkena penangan jajang kulit kerbau tu. Masa belum diberitahu, berselera je, bila dah tau...yuhuuu....jom makan Nasi Lemak or Kuay Teow..

Best juga dpt borak-borak camni, Kak Ina KL siap brainwash saya dan wifey lagi, inilah tips dari Kak Ina KL :

1) Penuhilah permintaan isteri selagi mampu. Itu hak mereka (wifey report kat Kak Ina KL saya tak penuhi hasratnya untuk jalan-jalan pi Uptown Danau Kota)
2) Masa anak kecik-kecik ni laa best nak buat apa-apa. Birthday party etc, bila mereka dah besar, mereka dah susahla. Kawan-kawan , best friend mereka dan lebih sukar nak nasihat ,etc..

3) Biar Nampak Papa dan Pakai pakaian yang sama, asalkan poket bergaya. Yieza, respectla Kak Ina. Duit berkepuk2,saje je taknak tunjuk.

Cukupla dulu, selebihnya, tunggu sesi lepak-lepak seterusnya. Next time, saya belanja, Mali's Corner tu jalan kaki pun boleh dari rumah saya.

P/s : Thanks to blogging, I Met a Lot of Wonderful people. Apa pula pengalaman anda?

November 18, 2010

Angkat Tangan | Hentikan Penderaan Kanak-Kanak

Hari Isnin yang lepas, saya tumpang sekaki kereta Kak Ina KL ke talk Pump Up the Volume , Get On Board, Stop the Child Abuse anjuran bersama oleh ChurpChurp
Saya dan Kak Ina KL

Saya menghadirkan diri bagi mendengar apa kata pakar-pakar dalam penderaaan kanak-kanak dan rasanya ianya bagus bagi saya yang baru saja menjadi bapa kurang dari 2 tahun. Walaupun bapa muda (25 tahun), ilmu perlu dilengkapkan? So, talk ini menarik hati saya untuk turut serta.

Angkat tangan, Hentikan Penderaan Kanak-Kanak
Let's Get On Board. Register and Say No to Child Abuse 
Every Hand Count
Datang Awal, dapat 2 Voucher Starbucks, boleh bawa Alisya n Mama ni
Datin Paduka Marina Mahathir antara yang turut join forum

Antara informasi dari talk ini yang boleh saya kongsikan adalah "Penderaan datang dari pelbagai jenis, rohani dan jasmani", Child Abuse did not come from poor family only, dan pelbagai lagi. Tersentak seketika, masih banyak yang perlu saya pelajari rupanya. Bukan senang jadi ibu/bapa ni kan?

Soalan dari Niki Cheong

Soalan yang begitu bagus dari Niki , How to Stop Child Abuse in School i.e. from Teacher? Oh, tak sangka ada juga penderaan mental dari Cikgu kepada anak-anak murid ya. My wife, plz don't do that ya.

Eyriqazz, Kak Ina KL dan Niki Cheong

Overall, it is a good talk. Jadi, sebagai rakyat yang prihatin jomla sama-sama register ,setakat hari ini baru 6,058 hand di website itu, target asal 100,000 . Jom sama-sama sertai di sini : http://www.uniteagainstabuse.my/register .Ianya ambil masa kurang 10 minit tapi begitu berharga tanda sokongan anda. Bukan kena bayarpun kan?

***Antara penderaan ke atas kanak-kanak adalah kurangnya masa bersama mereka especially bila both bekerja, anak-anak perlukan tumpuan, bila ibu bapa semakin sibuk, mereka akan mula mencari jalan lain dan timbulnya gejala sosial yang semakin berleluasa.

*** It take a Small step to make a Bigger Step. Make it Count. Let's Join together , I already put my hand there, it's is ur turn now :  http://www.uniteagainstabuse.my/register

November 16, 2010

Kak Ina KL dan Starbucks


Kak Ina KL : Eyriqazz, Kita minum kat tempat lain je la, kak ina tak biasa minum tempat camni.

Eyriqazz : Xper kak ina, bukannya selalu. Eyriqazz blanje.

Kak Ina KL : Kak ina bukan takde duit . Tapi, better berjimat-jimat kan? Biar nampak tak bergaya, asalkan poket bergaya.(dalam poket sah riban-riban ni)

Eyriqazz :Ewah, Respekla Ina. Myself, Once in a while tak salah manjakan diri. Muda-muda ni la (25 tahun baru) nak merasa kan. Dah tua-tua nanti, deria rasa pun dah lain (tujukan khas buat Je Jai @ Klon P. Ramlee) . Jom kak ina.

Kak Ina KL : Apa2je lah. Rezeki jangan ditolak kan?Jom....Small Cup please....

Dialog asal telah diubah serba sedikit bagi menyedapkan rasa.

P/s : Contohila sikap kak ina KL. Biar nampak tak bergaya, asalkan poket bergaya.Respek Kak Ina KL, mampu hantar anak belajar oversea (UK) fully sponsor by Dia dan suami (anda mampu?). Berjimat-jimat untuk anak-anak baguskan? Jom sama-sama Order Kukis Kak Ina KL, saya dah order dua balang , anda bila lagi?

P/s/s : Awek Mat Salleh kat blakang asyik jeling-jeling @flirt ngan eyriqazz.Nampak gaya dia tak merasa lagi jurus Piring Terbang Cik Siti Wan Kembang. Huk3...Muekkss,perasaan....

*** Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Thanks Kak Ina KL . U teach me a lot .Not in blogging only, but in life too. Penat bodek ni, bila nak jemput makan di rumah?

November 15, 2010

NaniRostam @ Mama Hanis Zalikha Teruja dengan Cookies KakInaKL

Entry Bila Artis Terlampau Beraksi dirujuk. Memperkenalkan :

 Eyriqazz and The Delicious Cookies (Model Terbaru/Tak Berbayar Cookies Kak Ina KL )

Cookies bukan sebarang Cookies, sampaikan NaniRostam@ Mama Hanis Zalikha yang terkenal dengan " Fresh homemade chocolate chip cookies, the best you'll ever taste " pun turut menerjah (1st time dia terjah blog eyriqazz, Hanis Zalikha bila pula? ) . Tak percaya? Jom terjah :
Komen dari NaniRostam @ Mama Hanis Zalikha

Oklah, honestly, saya beli sebalang je. RM45 100 biji, Alisya suka, Mama suka, dan saya suka. Tak sampai seminggu dah habis licin .

Nyam,Nyam, seriously, memang sedap.Jika dibandingkan dengan biskut Famous Amous, tak jauh bezanya
Oh,tinggal sikitje lagi ( Now, dah gone All)
Sedap dimakan, Sedap digayakan, Menanti satu balang lagi petang nanti dari Kak Ina KL

Feedback saya, tak sangka Kak Ina KL bukan saja pandai memasak (pernah mencuba masakannya berkali-kali), namun buat Cookies pun sedap. Patutla orang tawarkan offer jual cookies besar-besaran dia tolak kerana dia pentingkan kualiti. Mana bolehkan, nak sedap, tapi nak murah? Adush, Kualiti n Quantity goes hand in hand la Makcik yang order nak untung sorang je tu.

Cookies Kak Ina KL menguja dan sedap sekali
Sekali cuba, mahu order lagi
Action speak for itself, kalau tak percaya cubalah sendiri
Kalau tak sedap, saya sanggup hisap jari ini

P/s : Oh, ini bukan iklan berbayar. Kalau bagus,katakan bagus, kalau tak bagus katakan tidak....Contactla Kak Ina KL kalau berminat ya. 

P/s/s : Pernah cuba Cookies Kak Ina KL? Apa kata anda?

July 19, 2010

Pengalaman Mengujakan di Restoran Berputar Seri Angkasa Menara KL

Hari Sabtu yang lepas, 17 July 2010 saya mengambil keputusan untuk celebrate Birthday Isteri dengan belanja dia Buffet Brunch Di Restoran Berputar Seri Angkasa, Menara KL. Pengalaman yang begitu mengujakan buat kami sekeluarga . First time pula tu singgah di sini walaupun dah duduk KL lebih 5 tahun dah :

Menara KL, Destinasi Yang Dituju
Baruje Sampai Buat Pertama Kali  ( Isteri 2nd Time)
Tiket yang telah ditempah terlebih dahulu

Set Buffet Brunch time weekend termasuk tiket naik adalah RM81 seorang untuk dewasa. Pasal harganya boleh rujuk di sini [ Official Website Seri Melayu Group ]

Menaiki Lif ke tempat dituju
Sampai juga akhirnya | Nasib baik, sebelum diputar berlatar belakangkan KLCC (dengan ketinggian 282 Meter - Restoran ke 4 tertinggi di dunia )

Bersama Alisya tersayang
Menarik juga susunan meja nya
Suasana di dalamnya
Desertnya nampak menggiurkan
Antara menu masakan Melayu
Desert lagi
Inilah yang saya ambil dulu
Paul Si Sotong Kurita turut menjadi santapan saya
Berselera Alisya makan
Memang tak takut gayat betul la anak eden NI!!
Persembahan Lagu dan Piano

Saya sempat dedicatekan lagu Happy Birthday Buat Isteri namun oleh kerana tulisan saya terlalu cantik, dia tersilap membacanya, Azwa Hanin menjadi Azura Haron. Dush, jauh sekali kan? Sorry sayang....

Inilah tambahan pengalaman mengujakan saya :

1) Suasananya memang best dan santai, patutla mahal, RM81 seorang. Buffet, makannya sampai kembung.hik3.

2) Kelazatan masakannya bagi saya biasa-biasa aja. Takdelah tersangat sedap dan takdelah tak sedap . Menepati citarasa saya. Rating saya kasi 6.5/10. Rasanya masakan Kak Ina KL dan Mat Gebu @ TiffinBiru lebih menyelerakan.

3) Servis nya memang best. Ala, standard makan kat Hotel. Cuma agak sedih, air yang disediakan hanyalah air masak, kopi dan teh.Kalau pekena fresh oren ataupun Sirap Bandung tentu lebih mengasyikkan.

4) Walaupun weekend, takdelah full house. Kebanyakannya foreigner yang datang. Mungkin coz harganya yang mahal ataupun once in a while occasion. Lagipun, dengan Harga Minyak yang baru naik ni, ramailah yang cut on on dining out camni kan?

5) Apapun, saya dan Isteri puas hati. Bukan masakan yang menjadi faktor utama, namun suasana dan kelainan yang dicari. Apapun, kalau dapat diperbaiki mutu makanan, tentu lebih best dan mengujakan.

6) Restoran itu akan diputar secara perlahan-lahan.Memang tak perasan pun, sekejap ehh, kenapa dah kat tempat lain ni?

7) View dari Restoran memang best dan menarik. Kalau pemandangan malam tentu lagi best tapi harga double lah. Hik3, tak mampu eden.

8) Alamat Restoran Ini :

Restoran Berputar Seri Angkasa Di Menara KL
TH02, Jalan Punchak Off Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur

Lebih lanjut, bolehlah terjah website INI [ Seri Melayu Group ]

Restoran Berputar Seri Angkasa Menara KL hadiah buat Isteri
Isteri tersayang sempena Birthday sudah semesti
Hopefully Isteri berpuas hati
Sayangkan Isteri turut-turuti

Pengalaman mengujakan weekend ini
Santai dan seronok rasa hati
Alisya dan Isteri pun senyum sampai pipi
Siap bertanya, bila boleh datang lagi?

Sharing Is Caring | Jangan Lupa Singgah di [ Entry Pilihan Eyriqazz Hari Ini ]

June 19, 2010

Tertunailah Hasrat Di Hati

Salam dari Eyriqazz,

Akhirnya Tertunailah Hasrat di Hati. Sebelum itu bolehla refer entry Terjah | Hasrat di Hatiku Belum Tertunai . Semalam Kak INA KL datang ke rumahku untuk mengambil coklat yang dikirimnya dan inilah Ole-Ole buat kami sekeluarga :



Moist Roast Chicken or Ayam Masak Madu Ya?
Nyam,nyam, Menyelerakan

Brownie Cake
Nangka Favouriteku yang dibeli oleh Isteri
Dinner kami semalam

Memang sedap ayam yang dimasak oleh Kak Ina KL. Brownie kek pun sedap dan Isteri cakap tak cukup .Hik3,nanti kena terjah rumah Kak Ina KL pula pasni. Barula puas hati. Ataupun jom kita buat gathering kat Rumah Kak Ina KL nak? Kita kongsi-kongsi dan suruh kak ina masak. Saya gerenti best dan puas hati. Hik3..

Masakan Kak Ina KL sedap dan menyelerakan
Tertunailah kini hasrat di hati
Terima Kasih Kak Ina kerana sudi masak dan hantarkan
Lagi kali boleh la kasi lagi


Related Posts with Thumbnails