Showing posts with label mat joe. Show all posts
Showing posts with label mat joe. Show all posts

January 5, 2012

Terkena Jangkitan Virus Bakal Jutawan

Adussh, rasanya Eyriqazz pun sudah terkena jangkitan virus Bakal Jutawan ini ketika menghadiri majlis di rumah Ketua Geng Talibarutz.
Kesan virusnya : Malas nak update blog
Ahh, tidakk....Nak kena jangkitkan kembali ke Mamat Jambu ni laa...

September 23, 2011

Blog Pilihan September 2011

Fuhh, agak lewat la sedikit update blog pilihan eyriqazz bulan ini jika dibandingkan dengan  Blog Pilihan Eyriqazz untuk August 2011

Inilah Blog Pilihan Eyriqazz Bulan ini :






1) Kak Yan - Boleh Bah Kalau Kau. Honestly, ini salah seorang sifu eyriqazz. Banyak tips, perkongsian menarik dikongsikan di sini. Kalau mahu berguru tips SEO, blogging, etc, blog ini memang eyriqazz rekomenkan. Pandai-pandai la godek entry-entry lama. Antara blogger berpengalaman,surirumah sepenuh masa yang mampu menjana pendapatan at least 4 angka sebulan.
P/s : Bila mau blanje Ikan Bakar Klang, Kak Yan?





2)Je Jai - Asyik-asyik Je Jai. Nak buat camne, dah kena paksa.Kan tak letak blog dia, abis diamuknya satu KL.Wahh, Abang Long dah macam KL Gengster ya?..Ahaks, gurauje. Ini blogger pertama yang eyriqazz jumpa in real life. Walaupun di alam maya selalu gaduh2, Mamat ni sebenarnya cool dan jambu orangnya. Pelbagai perkongsian dikongsikan di sini, gosipnya dengan Fasha Sandha, dan juga .... Ahh, terjahla sendiri....Dah terjah, sudah pasti teruja untuk terjah lagi..
P/s : Header bila mau tukar? Macam mahu hujan laa eden nampak bro dengan awan-awan itu... 

3) Madam Mondoq - Blogger yang boleh dikatakan baru aktif kembali. Memang teruja dengan gambar-gambar di blognya yang membuatkan hati ini berdegup kencang untuk menyambar DSLR. Cuba tengok Matanya..Mata inilah yang telah membuatkan "Shah Rukh Khan @ Laling terus jatuh cinta pandang "kali ke berapa ya? "

P/s : Selain gambar cantik,entri diolah menarik, diani pun pandai design header,banner,etc..Sila-sila order kalau dia sudi mendesignnya.Cantikk...


4) Mat Joe  - Orang Kanan Talibarutz. Seorang bapa, blogger, Pelabur Hartanah dan juga Bakal Jutawan. Banyak berkongsi tentang tips-tips berkenaan kewangan yang memang bagus untuk diambil iktibar dan diamalkan. Mendapat didikan dan tunjuk ajar dari Jutawan Hartanah dan bakal bergelar Jutawan Hartanah tidak lama lagi...
P/s : Bila mau lepak-lepak lagi "Geng-Geng Talibarutz dan Bujang Lapok? "


5) Miss Lolly  - Blog ini digemari ramai especially 'stalker' i.e lelaki remaja yang tertarik dengan kecantikan pemilik blog ini. Yes, including u Cimon. Juga Mamat INI. Hari-hari mesti terjah katanya. Namun, apakan daya,walaupun   boleh dikatakan antara Lelaki Paling Ensem di Malaysia , Fahrin Ahmad tetap menjadi pilihan pemilik blog ini. 
Put that aside, "Beauty with the Brain", walaupun jarang update,sekali update "Woww factor" memang jelas kelihatan dengan banyak komen membina diterima.Entri pun banyak maksud tersurat dan tersirat. Antara entri yang menjadi kegemaran eyriqazz adalah :


P/s : Kata rakan saya @ Mamat INI boleh aturkan "Janji Temu" dengan Fahrin Ahmad. Hik3, just kidding.... Tapi dengan "status jutawannya" rasanya tidak ada masalah kot...

P/s : Apa pula blog pilihan anda bulan ini? Kongsi-kongsikan di sini, jika ada yang berkenan di hati, boleh saya masukkan  untuk Bulan October 2011 pula nanti...

September 15, 2011

Bakal Jutawan Belanja Makan

Hii gembiranya dalam hati. Semalam Bakal Jutawan yang baruje rembat Samsung Galaxy Tab belanja lunch semalam . Tempat makan lintas jalanje dari ofis Jutawan Hartanah yang Hensem bergaya.


Patut dicontohi. Walaupun jutawan, pekena Maggi je.Ke segan nak "Paww member bro? " Nampak simple, poket berkepuk2...Miss Dior terliur tu memandang Maggi Mamat hensem di sebelahnya

Bakal Jutawan sempat lagi promote blog eden dengan gadget terbarunya...Mana-mana mesti ada  Je jai

Nasi Goreng Ayam ,Sedapp

Je Jai : Serius woo, Fasha Sandha ajak aku kuar dating..Apa lagi, mengamuk laa wife aku...
Bakal Jutawan : Serius Bro?Abissh, bro terima tak?
Je Jai : Hak3, biarlah rahsiaa..Syuhh,syuhhh....

Agak-agak, siapa yang paling hensem antara bertiga ini yang menjadi Pilihan Miss Dior?

Umm,takyah jawabla...Dah tahu dah jawapannya...

August 19, 2011

Klon Ahmad Busu Ditemui

Tergelak saya bila membaca pantun dari Shakiddo di entry ini . Inilah pantunnya yang berbunyi :

                                       MLM dan hai-O memang anti
Itulah matjoe yang kita tahu
Korang nak tau apa dalam hati kid ni
Muka matjoe ni macam mat deris pimai2 tang tu!! 

Betulke Muka Mat Joe ni macam Mat Deris/Ahmad Busu PiMai-Pimai Tang Tu. Umm, Agent Eyriqazz menjalankan tugas :



Gaya Rambut, Check
Misai, Check
Cara Senyum, Check
Bentuk Muka, Check
Gaya berpakaian, Check
Susunan gigi, Check
Gaya Button Baju, Check
Nickname, Mat Busu, Mat Joe..Umm, both ada Mat, Check
Bentuk telinga, Check
Janggut, Fail...Mat Joe terlebih janggut
(So, keberangkaliannya, 90% serupa). A+ untuk Mat Joe

So, overall, adalah kot Iras-Iras Mat Busu. Hik3, jangan marah naa Mat Joe, bergurau di Malam Jumaat.

P/s : Kata orang, dalam dunia ni ada 7 orang yang serupa muka dengan kita. Pelanduk dua serupa...

June 8, 2011

Wordless Wednesday #5 - Jelingan Sweet 30


Jelingan Sweet 30 - Timekasih Bro Belanja Makan Ayam Kampung

February 23, 2011

Tahniah Mat Joe | Isterinya Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Tahniah Mat Joe | Isterinya Selamat Melahirkan Bayi Lelaki

Oh, terima SMS dari Mat Joe petang tadi. Baru teringat untuk updatekan. Inilah smsnya :

" Baby dah lahir, 3.31 kg, boy, ceasar 6.45pm. Bilik No. 7, Wad Sutera, Tingkat 7, HUKM Specialist. Masa melawat 8 pagi-10 malam "

Alisya dan Hasanah, anak sulung Mat Joe.

Tahniah Mat Joe, dah cukup sepasang anak bro. Nih yang buat eden jeless ni....InsyaAllah bro, ada kelapangan, eden datang melawat...

January 24, 2011

Pertandingan Minum Aiskrim


Get Ready, Goo...Ehh, Hasanah mana aiskrim?

Nanti,nanti, Papa (mat Joe ) pi belikan

Ok, Mulakan..Chaiyok,chaiyok

Wah, semangat nampak....Satu Aiskrim Malaysia Berperisa Milo, satu berperisa Kacang Hijau

Agak-agak siapa yang menang? Kalau terror cubalah teka

January 8, 2011

Great Blogger Eyriqazz?

Cissh, berani sungguh dia menerjahku. Ini yang buat hangin ni. Dahla kutuk eyriqazz habis-habisan. Ni yang rasa nak mengamuk cam Hang Jebat. Takper, kajang pak Malau kajang berlipat, Kajang hamba mengkuang layu, Hang terjah akan ku ingat, Nahh, ini entry balas dariku.

Hik3, gurauje, terjahan yang kusuka sebenarnya dari Mat Joe , inilah terjahannya :

Bukan cikgu, mengaku ‘great’ pulak tu (Mat Joe sebelah kiri sekali)

Hik, yup, saya bukan guru, saya seorang banker saja. Ahakss...Ini serba sedikit terjahannya :

Mula Kenal - Sewaktu awal rajin membaca blog, saya telah tahu kewujudan Eyriqazz yg selalu tinggalkan komen pada blog entry orang lain. Kali pertama nampak in person pada event astro beyond bloggers night tapi tak sempat tegur kerana pada waktu tu eyriqazz lepak di kelompok lain.

Kali pertama jumpak di event 'gatsby largest blogger gathering' since then, sy selalu lawat blog beliau. Selalu jugak keluar lepak makan kt jalan doraisami lepas kerja.

Kandungan Blog -Secara umum ianya berkaitan personal life, tetapi you'll always be suprise dgn entry2 yang bakal terbit kerana ianya boleh meliputi pelbagai aspek kehidupan, lawak ada, tips blogging ada review blog ada, pasal makan ada, pasal travel ada, gosip ada, kisah menarik ada. This blog is a must read

Trafik & Income- Tidak pasti jumlah sebenar tapi rasanya lebih 2000 sehari. Kalau sesuatu blog itu tidak menarik, mana mungkin ramai nak datang membaca. Income dgn blogging ni pun agak lebat, especially sekarang dia dah berjaya dapat few 'advertorial' write up dari Nuffnang. sometimes sebulan  boleh dapat rm1k. Truly inspiring

Sifu Saya - Atau bahasa lebih ikhlas, saya banyak terikut2 dgn apa yang ada diblog dia, seperti page counter, facebook page, 2 columb blog. Even contest Azam 2011 ni pun diadaptasi dari contest yg pernah dia buat.

to Bro Eyriqazz, to me you are:
GBE – Great Blogger Eyriqazz

Selebihnya, korang terjahla sendiri di SINI

Thanks bro, hik3, tak layak lagi rasanya digelar Great Blogger Eyriqazz. Apapun, thanks a lot n thanks to Nuffnang to coz menemukan dengan Mat Joe.

Oh ya, jangan lupa join COntest Menarik darinya , hadiah lumayan menanti pemenang : Contest Azam 2011

P/s : Kalau Mat Joe kasi gelaran GBE kat Eyriqazz, apa pula gelaran anda untuk saya? 

*** Ada sesiapa yang turun main Badminton ngan GplusMy besok?

December 3, 2010

Mat Joe Makan Kulit Kerbau

Beberapa hari lepas layan Lepak-lepak ngan Talibarut Kak Ina KL di Mali's Corner Danau Kota. Antara yang join adalah Eyriqazz, Mat Joe, Daydeck, Kak Ina KL, dan Firdaus @ Manager Kak Ina KL.

Dipendekkan cerita, Daydeck yang baru pulang dari Bangkinang, share2kan keropok @ Jajang untuk kami. Dipendekkan cerita lagi :
Mat Joe Makan Kulit Kerbau

Hik3,rupa2nya jajang tu diperbuat daripada kulit kerbau. Terus mat Joe terus tak makan jajang tu, walhal before tu dah hampir sepaket di habiskan (tambah cerita kasi sedap).
Firdaus pun terus Stim bila pekena Jajang Kulit Kerbau

Waka-waka, bukan setakat diorang, eyriqazz, kak ina kl, wifey sampaikan Alisya pun terkena penangan jajang kulit kerbau tu. Masa belum diberitahu, berselera je, bila dah tau...yuhuuu....jom makan Nasi Lemak or Kuay Teow..

Best juga dpt borak-borak camni, Kak Ina KL siap brainwash saya dan wifey lagi, inilah tips dari Kak Ina KL :

1) Penuhilah permintaan isteri selagi mampu. Itu hak mereka (wifey report kat Kak Ina KL saya tak penuhi hasratnya untuk jalan-jalan pi Uptown Danau Kota)
2) Masa anak kecik-kecik ni laa best nak buat apa-apa. Birthday party etc, bila mereka dah besar, mereka dah susahla. Kawan-kawan , best friend mereka dan lebih sukar nak nasihat ,etc..

3) Biar Nampak Papa dan Pakai pakaian yang sama, asalkan poket bergaya. Yieza, respectla Kak Ina. Duit berkepuk2,saje je taknak tunjuk.

Cukupla dulu, selebihnya, tunggu sesi lepak-lepak seterusnya. Next time, saya belanja, Mali's Corner tu jalan kaki pun boleh dari rumah saya.

P/s : Thanks to blogging, I Met a Lot of Wonderful people. Apa pula pengalaman anda?
Related Posts with Thumbnails