Showing posts with label je jai. Show all posts
Showing posts with label je jai. Show all posts

November 1, 2012

Doa Buat Je Jai

Terima mesej dari Abang Ensem tentang keadaan Je Jai yang semakin tidak stabil.

Refer entri INI

Cubaan menghubunginya sejak beberapa  bulan yang lepas namun gagal. Kali terakhir dengar khabar berita, apabila Mat Joe dapat menghubunginya dan mengatakan keadaannya yang semakin tidak stabil. Ajak berjumpa di majlis kahwin adik iparnya pertengahan bulan 11 .

 Sama-sama la kita doakan buat Bro Je Jai. 

Jika ada rezeki lebih, sama-samalah kita menghulurkan sumbangan buatnya :
Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman ) 


Kisah Je Jai sebelum ini boleh baca di SINI

August 24, 2012

Je Jai - Antara Rakan, Rahsia, dan Racun

Sticky post.

 
# Rakan 

Je Jai, bermulanya sebuah persahabatan di Event Nuffnang yang pertama saya hadiri 3 tahun yang lepas di Event Mr Potato Fiesta.Berterusan di Samsung Corby, Digi Pimp My Broadband n etc. Dialah blogger pertama yang saya jumpa in real life dan itula juga katanya. Berdetik dari situ, persahabatan mula terjalin. Usik mengusik di entry, event, menjadi permainan kami. Rasa macam janggal sekiranya any event blogging yang saya hadiri especially yang dianjurkan oleh Nuffnang, Je Jai tidak hadir sekali. Siap wifey cakap, Abang ni ngan Je Jai, elokla tu.Satu kepala....Yup, dia antara rakan bloggers terbaik yang pernah saya kenali yang banyak membantu, online dan offline. Masih teringat, sesi mengeteh yang sering kami adakan di Kedai Mamak depan Ofis Nuffnang bersama Mat Joe. Gurau senda ,sakat menyakat perkara biasa bagi kami.


Pandai Anak Je Jai lukiskan Gambar Eyriqazz. Terimakasih Najuma

#Rahsia

Bro, doktor sahkan aku mengidap "Lung Cancer Stage 4". Hampir luruh hati ini apabila mendengar perkhabaran telefon dari rakanku ini Jan 2012 yang lepas. Diminta saya dan rakan-rakan rapat rahsiakan hal ini daripada pengetahuan rakan-rakan blogger yang lain. Katanya, biarla rakan-rakan still pandang dan treat dia macam biasa, gurau-gurau, bukannya kesian dengan keadaan dia. Kami pegang rahsia tersebut namun hati masih berbelah bagi. Beberapa kali kami cuba usulkan untuk membuat entri bagi memohon bantuan meringankan bebannya namun ditolaknya. Keras sungguh hatinya. Namun, jika saya berada di situasi dia, sayapun mungkin akan buat perkara yang sama.


Menitik Lagi Air Mata Eyriqazz bila baca Surat ini dari salah seorang anak Je Jai di salah satu entrinya...
-Sebak dan mendayu-dayu..Hati meronta-ronta untuk dihebahkan Satu Dunia tapi pada masa yang sama hormati pendiriannya-
#Racun

Namun, sejak beberapa bulan ini, hati mula terasa kelainan. Adakah dengan merahsiakan ianya akan menjadi racun yang berbisa buat Je Jai dan masa depan dia, Isteri dan anak-anaknya? Jiwa masih berbelah bagi. Cancer Stage 4 bukan dugaan yang ringan.Nasihat rakan-rakan saya forwardkan kepada Je Jai , kalau-kalau ianya dapat membantu. Time itu katanya antara yang banyak membantunya adalah Saudara Denaihati dan Rosyam Nor. 

Peristiwa ketika dia membantu saya di Event Celcom semakin membuka mata dan hati saya. Menitik airmatanya bila saya hulurkan wang sebagai tanda terimakasih membantu. Sanggup drive untuk ke event Celcom ,time weekend pukul 10 pagi. Masa belanja makan dia lunch, sudah nampak yang dia macam sudah hilang selera makan. Hanya dicuit-cuit saja makanan dan minuman.Sebak, namun saya tabahkan hati....Masih saya bergurau-gurau dengannya...

Lepas event, saya hulurkan duit kepadanya :

Je Jai : Bro, aku bantu ko ikhlas...Aku tak minta duit-duit ni..Persahabatan lagi penting dari wang ringgit....
Eyriqazz : Aku faham bro, tapi, ini ikhlas dariku...Anggapla duit ini duit buat anak-anak...Lagipun, kalau ko tak bantu, memang aku dah tolak awal-awal hadiri event ini...

Tetap ditolaknya.First time saya melihat airmatanya mengalir. Malam itu saya transferkan ke akaunnya namun teruk saya dibebelnya. Don't do this again bro..Kalau eden susah, eden minta... Plzz bro..Wang ringgit bukannya ukuran....


Namun, event berbuka Puasa di Cititel bulan lepas membuatkan hatiku tidak keruan. Je Jai kasitau dia mula muntah darah. Katanya macam sudah tidak larat untuk meneruskan kimo.Sudah jatuh ditimpa tangga, kos rawatannya sampai ke tahap maximum dan syarikatnya tidak lagi menanggungnya...

Semakin berbelah bagi...Saya mula Create Group Facebook Sulit bagi memohon bantuan kewangan buat Je Jai dan berkali-kali dikatanya ,plz don't go public about this.... Sumber dari Kak Red, Abang Ensem,Sumijelly dan myself menghubungi Je Jai dan isterinya saya updatekan di group tersebut. Pelbagai respons dan cadangan diterima. Salah satu yang membuatkan eyriqazz terpanggil untuk kongsikan :

maybe aku insensitive sangat dalam hal ni.. tapi if let say by esok aku tak nampak entry @ FB post untuk mintak public help on behalf of him.. I'll do it myself. respek dia punya decision utk senyap2 buat tatau etc is one thing, but we are talking about life n death decision. even if all those donation still cant help him recover, at least anak2 n isteri dia xterbeban sangat bila dia dah tak ada. Even kalau lepas ni dia benci kat kita (or in this case aku) pun benci la.. at least aku tak nak jadi seorang kawan yang duduk diam dan biarkan kawan aku dari memusnahkan diri sendiri (& possibly masa depan orang2 yg dia sayang) semata2 nak memuaskan dia punya selfish request.

as harsh as it may sound, he need some wake up call. His life bukan dia punya sorang je... anak2 dia.. isteri dia dia nak letak mana. Kita semua tau medical coverage diorg dah abis guna.. and I'm pretty damn sure simpanan dia suami isteri pun x tinggal banyak mana sekarang. Let say la kita lambat buat decision, dia tak lama.. apa backup plan dia untuk keluarga dia? duit sekolah anak2 dia? korang sanggup ke tanggung rasa bersalah sebab biarkan dia n keluarga dia without adequate help which they should have? 

Honestly, I'm totally agreed with him. Racun yang semakin menerkam jiwa . Rakan bloggers pun sudah dapat greenlight dari Nuffnang untuk turut membantu sebarkan hal ini namun perlukan greenlight dari Je Jai. Namun, apakan daya, hatinya masih belum mahu menerima bantuan....


Namun, atas pendapat majoriti di group tersebut dan sayapun rasa, sudah tiba masanya untuk dipublickan bagi lebih banyak sumbangan dan bantuan dapat dihulurkan dan juga keadaan Je Jai yang semakin ........ Kalau Eyriqazz boleh tolong Alia Haryanie, kenapa tak tolong rakan karib sendiri? Apa ni Eyriqazz?  Maaf, saya tiada jawapan untuk itu...Untuk itu, saya mohon kemaafan kerana menyimpan rahsia begitu lama dan tidak bertindak lebih cepat...

 Check out this entry too--> #SaveJejai

Je Jai, maafkan aku...Kali ini, rasanya sudah perlu ianya go public.... Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Dia antara rakan terbaik yang pernah saya kenali. Dia antara rakan yang banyak membantu perjalanan blog ini. Dia juga yang banyak memberikan nasihat dan inspirasi. Dan dia juga lah yang menjadi "Rakan, Rahsia, dan Racun yang jika terus disimpan akan terus memudaratkan diri dan keluarganya maybe...

Sama-samalah kita membantu.... Saya sudah hubungi Isterinya untuk buat precaution measure in case akaun kena block etc... Sumbangan bolehla disumbangkan terus ke :

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman ) 

Terimakasih buat sesiapa yang sudi membantu. Yup, kusangkakan rakan menangis sudah tiada di masa kini namun rupa-rupanya masih ramai Insan berhati Mulia di luar sana. Sama-samalah kita hulurkan bantuan lebih-lebih lagi Hari Raya tinggal beberapa hari je lagi....


P.s :Yup, sampai sekarang saya masih dibelenggu rasa bersalah kerana tidak meminta bantuan rakan-rakan lain terlebih awal...I Can't Change the Past but Hopefully I can help and do my part for the future of Je Jai family....

May 27, 2012

Dulu Malu, Kini Mahu

Siapa Wanita Pilihan Hati Saya?
Malu, Malu, saya malu nak mengaku
Jangan, Jangan, Jangan Kasitau Rozita Che Wan
Saya Serius malu...

Dulu Malu, Kini Mahu
Dulu Saya buat-buat taknak mengaku
Rozita Che Wan yang bertakhta di hatiku
Dari dulu sampai kini ku tertunggu-tunggu

May 10, 2012

Atok J : Yup, Sayalah Orangnya

Wartawan Hiburan : Betulke Atok J yang dikaitkan dengan Tasha Shila baru-baru ini?
Atok J : Yup, Sayalah Orangnya...Psst, psst, senyap-senyap tau...Bini saya ada kat sini... Saya segan nak cakap, tapi sebenarnya memang saya takut bini..Sebabtu saya plan nak belikan Vibrance Kegel untuk wifey nanti.... Nak bodek Isteri...
Nurul : Ooo, siaplah Nurul report kat Puan Mas Atok Je jai...

Tokey Siakap : Kah3, Ada Hati betoi la Atok Je Jai ni...Perasan Lelebih laa pulakkk...
BeautifulNara :Jap2,gosip hangat ni...Nak update kat blog jap....

P/s : Jika ada sumur di ladang
Minta Bantuan untuk eyriqazz berpeluang menang --> http://bit.ly/I5h6Rw

May 6, 2012

Rozita Che Wan - Ambil Saya Jadi Calon Suami

"Kepada Rozita Che Wan yang belum ada calon, ambil saya jadi calon Suami . Lepas ni tak ada lagi orang nak fitnah anda" - Harian Metro hari ini-

Umm, agak-agak siapa yang hantar luahan hati ini ya? Jap, jap, eyriqazz rasa eyriqazz boleh teka siapa yang hantar ni. Saya rasa :

Atok J yang hantar coz dulu dia pernah dikecewakan Rozita Che Wan

P/s : Bro, Udah-udahla tu cuba nak tackle RCW.Sampai harian metro diluahkan perasaan.  Bunga bukan sekuntum..... Hik3...

April 25, 2012

Tasha Shila - Identiti Datuk J Terbongkar?

Tasha Shila : Saya Bukan Ditaja and He Is Not A Datuk, He Just an Atok J

P/s : Umm, hensem juga rupanya Atuk J ini....No wonder la digila ramai artis kan? 

March 31, 2012

Rozita Che Wan : Bukan Datuk K tapi...

Yup, bukan Datuk K yang cuba melamar saya....
Yang sebenarnya saya di dalam di dalam dilema untuk memilih lamaran dari mereka...Antara
atau ATOK J

Rakan-rakan pembaca, apa pandangan anda.Bantula RCW untuk membuat pilihan, siapakah yang terbaik antara dua orang di atas? ....

P/s : Agak-agak kalau ianya betul menjadi kenyataan, agak-agak gempar tak ya dunia blogging ni?

February 27, 2012

Je Jai Feeling Blues Diserbu Peminat


Peminat No. 1 Je Jai (depan Je Jai) : Awww, tak sangka laa dapat jumpa Abang Je Jai di sini malam ni...
Serius, saya minat gile kat abang Je Jai...Bila abang je jai nak bikin album?
Je Jai : Ehh, malula saya awak cakap camtu...Rasa cekudal dan nak terkucil dalam seluar ni..

Sumi : (Jeling-jeling)...Malam ni kalau aku jual black magic,sure lakuni....
Daydeck : Ehh, apsal MC tu muka cam aku? Pelanduk dua serupa ke?

Eyriqazz : Baju Petak-petak bukan untuk orang tua ya....Hik3...

February 14, 2012

Rozita Che Wan Buat Je Jai Tak Tidur Lena

Semalam saya ada ajukan dan Jual Pantun di Facebook Eyriqazz, tak sangka ramai pula yang membalasnya. Tergelak juga bila tengok pantun-pantun yang dibalas, kreatif dan memang "Rozita Che Wan Buat Je Jai tak tidur lena" ..

Inilah pantun yang saya jual :

Rozita Che Wan cantik menawan
Je Jai tergoda Je jai gila bayang
Penangan RCW sukar dilawan
Oh, kenapa RCW yang digilakan-gila si Abang Je Jai dari dulu hingga sekarang???? 

Ini antara jawapan pantun yang agak menarik :

RCW artis sensasi masa kini
Jadi pujaan pemuda-pemudi
Mana tak keruan dek hati
Kalau dah cantik macam miss Lamborgini ^_^
- Norshida-

Babah Jejai dah gila bayang,
Mandi tetap basah tapi tak makan,
Kenapa RCW yang digilakan jejai sampai sekarang,
Tak dapat bergambar buat laa alasan!
- Shakiddo-

Rozita Che Wan cantik menawan
Je Jai tampan tiada tara
Bro Eyriqazz bijak handalan
Tidak terlawan bijak berkata
-Salatul-

RCW memang cantik menawan,
 membuatkan Je Jai tak lalu makan,
Pelik juga kenapa RCW yang Je Jai Gilakan,
 mungkin jelingan yang menggoda la tu kan....
-Are Liya-

Selain Pole Dance Mat Tiger pandai menyanyi Dondang Sayang
Bagi Abang Jejai Rozita Che Wan takdelah menawan,
Bukan Abang jejai yang gila Bayang,
Si RCW yang dah kena Sawan
- Je Jai (cuba menegakkan benang yang basah-

Sopan santun si gadis cantik,
 lenggang lenggok berkebaya sulam,
sekali RCW jeling dgn bulu mata melentik,
sampai ke sudah jejai tak lelap tidur malam.
- Norazlini-

 Abg je jai jgn berangan,
takut nnt hilang slera mkn,
RCW xcari hartawan,
cuma mahu yg teruna serta tampan.........
p.s. ehh, Je jai masih teruna ke?
-Farzul -

Usha pekat RCW melenggang2,
Salah langkah bleh masuk longkang beso,
Mane x nye Abg Jejai gile byg,
Baju ketat RCW mengancam woo!!
-Diah Oshin-

Hik3, tak sangka ramai rupanya yang berbakat dalam berpantun ni. Saje taknak tunjuk skill kan? Umm, kalau dapat jawapan balas pantun ni dari Jagoan pantun cam Kak Ina KL, Abangensem dan Matgebu ni ,sure lagi tidak lena tidur malam je jai dibuatnya...

P/s : Ada sesiapa yang mahu beli pantun lagi? Bolehla kasi balasan di SINI...

February 11, 2012

Happy 50th Birthday Je Jai

Entri ini ditujukan khas buat sahabat bloggerku , Je Jai yang menyambut birthdaynya yang ke 50 hari ini. Je Jai antara bloggers terawal yang eyriqazz kenal in real life. Dialah rakan baik, dialah musuh di blog, dan dialah juga yang menjadi "magnet" antara rakan-rakan bloggers yang rapat especially Geng-Geng Talibarut dan Geng-Geng TaliPerut.

1st time jumpa dia. Masa ni dia masih gemuk..Hik3

Antara komen terawal bro Je Jai di blog Eyriqazz :

"Salam bro..mintak kebenaran untuk link blog saudara ke blog saya yang tak seberapa...link-linklah kita yerrr...he.he.he kalau bro nak link blog saya bebesau hati saya, nie blog saya 

http://rbcollector.blogspot.com/"


Digi Pimp My Broadband 2010. 2nd time jumpa mamat ni rasanya

Pernah digosipkan dengan Fasha Sandha

Namun, dia tetap setia dengan yang satu iaitu Peminat Setia Datuk Siti Nurhaliza ....

Crazy Time - LG Monster Cookies

Makan Time - Maxis Om Nom Nom Race
Feeling Artis Time - Digi Pimp My Music

Pinky Time -  Samsung Corby Carnival

Gula-Gula Time - Astro B.yond IPTV 
Reddish Time - Birthday Anak Redmummy
Winning Time - Hyptv Bloggers Party
Berbuka Puasa Time - Samsung Berbuka Puasa 2011
Racing Time - Volkswagen Test Drive 2012
Hensem & Kacak Time - NAPBAS 2011

Put all the things aside, bro Je Jai antara rakan bloggers paling akrab dan cool yang pernah saya kenali. Antara pengalaman dan kemanisan berblogging, dapat mengenali seorang sahabat bloggers yang walaupun sudah mencecah 50 tahun, namun masih berjiwa muda. Kalau tak, masakan Rozita Che Wan pun boleh tergoda? Hik3....

Buat bro Je jai, tabahlah dengan dugaan yang dihadapi. InsyaAllah, kami doa-doakan dan cuba usahakan yang terbaik. Life is Beautiful.... Semoga bro terus kuatkan semangat dan tidak mudah putus asa. Kami akan cuba menolong .

My wish, semoga bro terus gembira, success dan berjaya mencapai apa yang diidam-idami. Wish list nak masuk meminang Rozita Che Wan? Umm, saya n Abang Ensem boleh tolong pinangkan untuk bro...

Special thanks buat Nuffnang kerana mengeratkan hubungan antara bloggers dan juga Mamat Jambu ini.


January 14, 2012

Je Jai Bakal Hadiahkan Kereta Volkswagen Buat Fasha Sandha?

 Majlis Perkahwinan Fasha Sandha dengan JeJai tak lama lagi. Fuhh, dengar cerita Je Jai makin sibuk mencari hadiah buat Fasha Sandha. Fuhh, adakah ini yang bakal di hadiahkan Je Jai?



Agak-agak sesuai tak kereta Volkswagen Polo GTI ni dengan Fasha Sandha ya?

Saya rasa tentu Fasha Sandha tergoda coz Janggut Je Jai yang lentok ni...Hik3...
Adushh, ada hati pulak tu nak suh eden jadi driver dia bila dia dah kahwin nanti?
Driver pun driver la, asalkan kasi saya sebiji Volkswagen Polo GTI ni

Apakan daya, bukan Je Jai namun Jejai yang bakal berkahwin. Tak dapatlah nak menolong. Fasha Sandha sudah melepas, Rozita Che Wan jinak-jinak merpati, adakah Siti Saida pula yang bakal ditackle Je Jai? 

P/s : Bro Je Jai, tak dapat kahwin ngan Fasha Sandha, jemputan Majlis Kahwin sure dapatkan? Hik3...

November 11, 2011

Kenapa Rozita Che Wan Taknak Bergambar dengan Je Jai


Interview Ekslusif Eyriqazz bersama Rozita Che Wan

Eyriqazz :Terimakasih RCW kerana sudi diinterview oleh saya. Saya eyriqazz dari Eyriqazz.Com .
RCW : Eyriqazz.com? Wahh, famous blog tu. Hari-hari RCW terjah.

Eyriqazz : (tersipu-sipu, hidung mula terasa tinggi). Ehh, terimakasih. Tak sangka RCW salah seorang pembaca setia saya. Actually, interview saya kali ini nak bertanyakan pasal Isu sebelum ini [Je Jai Dikecewakan Rozita Che Wan ].
RCW : Teruskan

Eyriqazz : Kenapa RCW enggan bergambar dengan Je Jai ya? Kesian kawan saya tu...
RCW : Umm, bukan segan tapi........Takutt...Nampak gaya macam ah long. Ingatkan dia nak tarik kereta RCW.Almaklumla dah dua bulan tak bayar.

Eyriqazz : Oh ye ke...kesian dia.Hari-hari dia terkenang detik itu. Nampak je mukanya ganas, tapi dalam hati ada taman.
RCW : Umm, tuhla...send my apologize to him. Next time, minta dia interview saya pula.
Eyriqazz : Thanks ya RCW atas kesudian di interview.




Lokasi Interview : Dalam mimpi, malam tadi...Huwa, Huwa, huwa...Ha, ha... Ha ,ha,  hanggiiittttt...........

November 3, 2011

Apabila Je Jai Teruja nak Pasang Lagi Satu

Mula-Mula menjadi Insan Ke 5 dan berSkandal dengan Fasha Sandha

Siap Fasha Sandha wish Birthday lagi..Ewah,ewah..

Isteri kata : Takper,takper... Umur dah masuk 50, biasalah..Miang-miang keladi.

X berjaya dengan Fasha Sandha, cuba pula menackle :

Rozita Che Wan..

Isteri kata : Huwa,huwa, huwa...Memang sayangpun tak rela bermadu dengan RCW.

Now cuba nak menackle Siti Saleha @ Nora Elena pula

Je Jai : Laling, boleh Abang pasang lagi Satu?
Isteri Je Jai : Boleh, boleh...tapi dengan satu syarat....

Abang nak sayang tembak abang dengan Pistol?
Or dengan Senapang?

P/s : Most wanita tidak rela hidup bermadu. Madu, maybe Indah bagi lelaki, tapi racun berbisa bagi wanita, kan?..Hik3,Je Jai, don't try-try ya...

October 25, 2011

Meleleh Air Liur Je Jai Melihat Fasha Sandha Cun Melecun


Je Jai : Ohh, nak pilih Fasha Sandha ke Rozita Che Wan?
Fasha : Pilihla saya,pilihla saya.Gerenti Puas hati..

Eyriqazz : Umm, layan cerita "Cinta Elysa" lagi Besttt....
Suka siot lakonan Aril (Johan As’ari) 

P/s : Agak-agak siapa yang Je Jai pilih ya?Fasha Sandha ke Rozita Che Wan?Hik3.... 

October 8, 2011

Tahniah Je Jai Masuk Final Blogger MasterChef


Tahniah Je Jai dapat Masuk Final Blogger MasterChef  (Credit picture to HazmanFadzil)

5 orang yang terpilih ke Final untuk Semifinal 2 (Credit picture to Yuen Yee from Nuffnang)

Aiseh,sedih ,seorang lagi Geng Talibarut @ Kak Ina KL tak terpilih ke final..takper2, kalah menang adat pertandingan. Yang penting pertandingan yang sihat kan?

P/s : Good Luck Je Jai untuk Final Nanti...Kami geng2 akan sentiasa support dari belakang...Chaiyoookk...
Related Posts with Thumbnails