Showing posts with label kereta volkswagen. Show all posts
Showing posts with label kereta volkswagen. Show all posts

January 16, 2012

Sesi Pandu Uji Kereta Volkswagen 2012

Special thanks to Nuffnang dan Volkswagen Malaysia, weekend yang lepas saya berpeluang pandu uji beberapa kereta volkswagen di Desa Park City. Memang excited bila dapat pandu uji kereta volkswagen ini .

Register dulu. Staff Nuffnang sentiasa ceria walaupun event dibuat time weekend. 
Je Jai : Betul-betul. Ingat nak hadiah kan  21st Century Beetle, buatnya..
Myvitrd : Dream On Bro..Ehh, bro bukan nak jadi Mr. Labuci ke?

Hiks, put selingan n sesi sakat menyakat aside, memang syok bila dapat pandu uji ni. Kereta pertama yang sempat dipandu uji adalah :



Volkswagen Passat

Fuhh, boleh tahan juga. Memang mantap la kereta import ni kan? Kalaula dapat pandu uji dan kasi pinjam seminggu sure lagi best ni. Hik3...

Terserempak laa dengan sorang Mamat Indon . So, bawak balik laa....Hik3...
P/s : Aksi topi ni tiru gaya JeJai sebenarke?


Harga kereta Volkswagen Passat di Malaysia sekarang ni lebih kurang RM185,000-RM250K. Fuhh, nak sama harga dengan rumah 2nd eden. 


Volkswagen Polo. Fuhh, Merah Menyala. Aummm...Ni mesti Kak Red suka 


Ini antara kereta yang menjadi kegemaran ramai. Antara yang paling banyak terjual di Malaysia untuk kereta Volkswagen. Umm,tak sempat nak pandu uji atas faktor masa. Harga around RM108,000 iaitu yang paling murah untuk jenama Volkswagen di Malaysia.


Volkswagen Golf .Mantap juga

Syiok juga bawak Volkswagen Golf ni. Suka bentuknya, sporty dan nampak class gitu. harga around RM150K. 


Abang,abang, ada jumpa wallet saya tak? Tercicir la..Sayang woo, ada gambar Nasha Aziz dalam tu...Hik3..
Volkswagen Polo GTI. Wahh, tak sabar nampak Suami Thara Sofian nak test drive kereta ni..

Ni yang paling best yang saya pandu uji. Macam bawak kereta lumba. Time pecut memang berdesut. Tapi, memang tak boleh lawan husband thara sofian bawak. Eden raso, tak lama lagi mesti dia nak angkat sebijik ni. Takperlah, nanti suruh wifey hadiahkan ya? Or bro lebih berminat dengan Golf GTI? Harga Polo GTI ni lebih kurang RM134,000 .
Fuhh, dapat angkat sebijik best jugak ni
Engine. Mantap..
Bloggers Bersama Nuffies

Once again, terimakasih Nuffnang dan Volkswagen Malaysia kerana beri peluang kepada kami test drive kereta Volkswagen ni.Memang menguja dan mempesona. Terasa cepatje masa berlalu. Next time maybe bolehla buat trip  ke Cherating ke sambil test drive, syok juga kan?.  Honestly said, kalau ada duit yang cukup, memang saya rembat dan sebiji salah satu kereta volkswagen ni. Nak balik kampung pun senang, sure cepat sampai. 

P/s : Apa pula pandangan anda tentang kereta Volkswagen ini?

January 14, 2012

Je Jai Bakal Hadiahkan Kereta Volkswagen Buat Fasha Sandha?

 Majlis Perkahwinan Fasha Sandha dengan JeJai tak lama lagi. Fuhh, dengar cerita Je Jai makin sibuk mencari hadiah buat Fasha Sandha. Fuhh, adakah ini yang bakal di hadiahkan Je Jai?



Agak-agak sesuai tak kereta Volkswagen Polo GTI ni dengan Fasha Sandha ya?

Saya rasa tentu Fasha Sandha tergoda coz Janggut Je Jai yang lentok ni...Hik3...
Adushh, ada hati pulak tu nak suh eden jadi driver dia bila dia dah kahwin nanti?
Driver pun driver la, asalkan kasi saya sebiji Volkswagen Polo GTI ni

Apakan daya, bukan Je Jai namun Jejai yang bakal berkahwin. Tak dapatlah nak menolong. Fasha Sandha sudah melepas, Rozita Che Wan jinak-jinak merpati, adakah Siti Saida pula yang bakal ditackle Je Jai? 

P/s : Bro Je Jai, tak dapat kahwin ngan Fasha Sandha, jemputan Majlis Kahwin sure dapatkan? Hik3...

September 9, 2011

Volkswagen Das Auto 2011 | Saya Jatuh Cinta

10-11 September 2011
Stadium Bukit Jalil
* Masuk Adalah Percuma

Volkswagen Das Auto Show bakal berlangsung weekend ini. Memang satu event yang menarik yang akan mempamerkan pelbagai kereta Volkswagen yang cantik, hebat dan rasa mahu angkat.Umm, camne saya tahu? Semalam saya berkesempatan dan dijemput oleh Volkswagen untuk menghadiri sesi Pre-Launch of Volkswagen Das Auto Show 2011. Briefing dari wakil Volkswagen dan berpeluang melihat sendiri kehebatan kereta Volkswagen. Jom Terjah :


Fuhh, memang layan main games kereta ni. Record saya 200km+/h ...Best
Di Pre-Launch semalam

Pre-Launch semalam telah diacarakan oleh Elaine Daly, salah seorang pengacara terkemuka di Malaysia. Talk juga turut diberikan dari pihak Volkswagen antaranya Petra Schreiber ( Marketing Director, Volkswagen Group Malaysia) berkenaan Model terbaru yang bakal dipasarkan di Malaysia, Kelebihan kereta Volkswagen, Sejarah, dan Volkswagen Das Auto Show 2011 yang bakal berlangsung weekend nanti (Sabtu & Ahad).
Kusyuk mendengar taklimat dari Volkswagen. Honestly, saya sendiri pun speechless bila melihat kereta-kereta Volkswagen yang mengujakan
Antara Model kereta Volkswagen yang muncul dan diberikan maklumat semalam

Fuhh, teruja tak dengan motosikal tu? Nak satu, nak satu…


Antara Model kereta yang muncul adalah Polo, Polo GTI, Golf, Golf GTI, Golf R,Jetta, EOS, Cross Touran, Passat, Scirocco dan pelbagai lagi. Santapan mata dan mengidam-idamkannya.

Briefing dari wakil Volkswagen. Ohh, terujanya dengan kereta warna merah tu @ The 21st Century Beetle!
Yang Mana Satu Pilihan Anda? Nak semua boleh???
Juga dipersembahkan nyanyian. Suka lirik lagi nya...
'If I Could Reach Higher, Just for one Moment touch the sky"
Ella Pun Ada. Ratu Rock Malaysia. Cantik Ella...Huk3, tak sempat bergambar dengannya
The 21st Century Beetle, Merah Menyala. Indah Khabar, Cantik dipandang
Bestnya kalau ianya menjadi milikku. Terkesima memandangnya

Selepas itu, kami dibawa ke bilik Pameran Volkswagen Das Auto Show 2011 @ The Dome. Antara kereta-kereta Volkswagen yang bakal dipamerkan nanti antaranya :

Volkswagen Polo. Cantiknya. Nampak ekslusif
Volkswagen Golf. Pun mempesona
Volkswagen Polo GTI. Umm, yang ni sesuai untuk Eyriqazz @ GTO.. Hik3...
Volkswagen Golf GTI . Oh rambang mata sudah
Volkswagen Scirocco. Unik namanya
Volkswagen EOS. Jatuh Cinta Pula
Fuhh, sporty, design cantik, segak bergaya
Dapat naik pun dah rasa ke awang-awangan. Syok.
Sayang, Hadiah Birthday Abang nanti hadiahkan kereta ini ya?
Volkswagen Passat CC. Cool
Volkswagen Tiguan. Nampak tahan lasak
Volkswagen Touareg . Besar tapi Nampak Hebat

Fuuhh, memang teruja dan rambang mata. Volkswagen menawarkan pelbagai pilihan untuk pelbagai segmen pengguna. Tepuk dada,tanya selera. "The Cars Created for the People and Creating Generations of Drivers". Antara kelebihan kereta volkswagen adalah enginenya " Maximum Power, Minimum Consumption", pelbagai pilihan yang menarik mengikut citarasa dan sudah terbukti dan memenangi pelbagai award di Peringkat Antarabangsa. 
The Dome. Bersih dan Santai Environmentnya
Jadi Apa tunggu lagi?

Jom Terjahi Volkswagen Das Auto Show 2011 di Stadium Bukit Jalil weekend ini (10-11 September 2011). 

September 8, 2011

Merah Menyala Kereta Baruku

Bapaku Pulang dari Kerja
Bapaku beli kan kereta
Kereta warna merah menyala
Volkswagen EOS Namanya
Papaku nampak kacak bergaya
Mata sepet pun tak apa
Sungguhla cantik sukanya Alisya
Bilala pula nak bawa jalan-jalan seisi keluarga
Volkswagen The Beettle pun sporty bergaya
Indahnya andai menjadi milik saya
Boleh ku bawa seisi keluarga
 Bercuti ke merata-rata
Namun apakan daya
Kereta baru merah menyala hanya cita-cita
Kalau ada rezeki tidak kemana
Adakah mungkin menjadi milik saya di masa depan pula?

P/s : Hik3, kuat berangan eyriqazz ni..Usahkan kereta The Bettle, nak beli tayar the Bettle pun tak mampu...
Related Posts with Thumbnails