Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

August 29, 2012

The Need for Speed with Michelin Pilot Experience

Kereta Myvi, Kereta Eyriqazz Sekeluarga. 

Banyak Jasanya dari dulu hingga sekarang. Kecil-kecil cili padi, kalau di highway, rasanya inilah antara kereta yang selalu memotong di line paling kanan...

Eyriqazz agak lambat belajar memandu kereta. Rasanya di umur 20an baru ada lesen kereta. Lepas dapat lesen kereta, memang agak meminati kereta. Apakan daya, nak angkat kereta baru dalam masa terdekat, bajet belum cukup lagi. Namun, sepanjang tempoh ini pernah juga cuba-cuba memandu kereta lain. Who know one day bakal menjadi milik saya?

Pucuk di cita, ulam mendatang. Drive your Dreams with the Michelin Pilot Experience memberikan peluang keemasan, once in a lifetime untuk mencuba Kereta lumba yang agak menarik dan menawan hati antaranya Formula Michelin, The Formula 2 Seater, The Renault Clio, the Porsche (Bling, blingg..), and the Citroen C2 Rally!

Kenapa peluang ini perlu diberikan kepada Eyriqazz? Inilah antara sebab-sebabnya :

1) Saya sangat meminati Kereta. Banyak hadiri Launch dan Motor Show bila ada kelapangan. Antara yang pernah saya hadiri :


Serius, agak teruja dengan kereta-kereta di situ. Kereta Proton Jebat ni pun nampak agak cool. Namapun catchy. 


Just kidding. Pameran ini diadakan di Terengganu. Isteri pernah bercita-cita untuk memiliki Kereta berjenama Toyota. Umm, one day, one day maybe?


Agak menarik design kereta ini. Lebih menarik, event ini turut dihadiri oleh Tun Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia dan juga Daphne Iking sebagai pengacara. Fuhh, dapat test drive ni, tentu best kan?


Tepuk dada, tanya selera. Pernah juga terasa nak memiliki kereta mesra alam sekitar. Tanya poket, tanya Isteri.


Kereta Lotus - Nampak Sporty juga

Fuhh, kan best kalau dapat drive ni kan? Huk3, dapat drive juga, tapi bukan kereta ini. Kereta lain yang diberikan untuk di test drive.



Rasa macam Seorang Jutawan dapat naiki Volkswagen EOS...Hik3...

2) Pengalaman Test Drive Kereta 

Minat pada kereta dan juga rezeki berblog, sempatlah juga diberikan peluang untuk test drive dan mencuba pelbagai jenis kereta, antaranya :


Yess, kereta ini memang bagus untuk keluarga yang ramai especially Spacenya yang besar. Pakcik eyriqazz yang ada anak 5 orang ada beli kereta ini. Meriah tengok diorang balik kampung beramai-ramai. In term of speed, umm, sila pergi test drive sendiri....

Engin mantap

Fuhh, memang layan bawak kereta ni. Memecut 100km/h kurang dalam 5 saat. Memang syok drive kereta ini. Antara pengalaman yang sukar dilupakan.


Honestly, ini kereta terbaik yang pernah saya pandu uji. Bawak 130km/h di lebuhraya rasa macam bawak 70km je. Naik ke Genting Highlands berdesut-desut sekejap je. Isteri pula ramai yang menjeling bila bawa kereta ini ke sekolah. Walaupun seminggu je dapat test drive, satu pengalaman yang memang sukar dilupakan.... Yess, The Need for Speed is Really for me..Adrenaline Rush, jantung berdegup kencang. With Michelin Pilot Experience, it will be the best experience ever :

3) I Love Dreaming Driving Fast Car i.e. :


Yiezaa, lebih-lebih lagi bila kereta ini muncul di Filem Transformers. Memang mengidam-ngidam nak pandu kereta ini. 



Volkswagen Beetle

Serius cool kereta ni.. Fuhh, dreaming, dreaming memandu kereta ini di highway pulang ke kampung halamana, Terengganu.



Ferrari...Fuhhh, Marvellouss

Of course i'm dreaming about ferrari too... Kereta yang cukup unggul dan memang tidak perlu disebut lagi.....Enough said, i really Need for Speed with Michelin Pilot Experience


Dear Michelin, Please Make my Dream A Reality


I wanna Drive The Porsche
Saya mencuba once in a lifetime opportunity
Memandu kereta lumba yang hebat adrenaline rush datang kembali
Choose Me, jadikan impian saya satu reality

June 3, 2012

Keluarga Eyriqazz Perlukan Kereta Lebih Besar

Dengan kehadiran Azim, Strollernya saja sudah separuh memenuhi bonet kereta Myvi kami
Yup, Myvi ini telah banyak berjasa

P.s : Any suggestion kereta yang sesuai dan terbaik buat keluarga kami?

March 24, 2012

Kereta oh Kereta : Ada Cadangan?


Kereta Myvi ini telah banyak berjasa kepada Eyriqazz sekeluarga. Namun, dengan kehadiran insan baru tak lama lagi, maybe we need a Bigger Car .Upgrade or 2nd car maybe? . Umm, any cadangan kereta yang sesuai buat eyriqazz sekeluarga yang selalu travel dan berjalan jauh balik kampung dan terengganu. 


Agak-agak kereta ni sesuai tak untuk eyriqazz?
Hak3, dream on...Nak bayar road tax nya saja pun tak mampu....Kih..

September 8, 2011

Merah Menyala Kereta Baruku

Bapaku Pulang dari Kerja
Bapaku beli kan kereta
Kereta warna merah menyala
Volkswagen EOS Namanya
Papaku nampak kacak bergaya
Mata sepet pun tak apa
Sungguhla cantik sukanya Alisya
Bilala pula nak bawa jalan-jalan seisi keluarga
Volkswagen The Beettle pun sporty bergaya
Indahnya andai menjadi milik saya
Boleh ku bawa seisi keluarga
 Bercuti ke merata-rata
Namun apakan daya
Kereta baru merah menyala hanya cita-cita
Kalau ada rezeki tidak kemana
Adakah mungkin menjadi milik saya di masa depan pula?

P/s : Hik3, kuat berangan eyriqazz ni..Usahkan kereta The Bettle, nak beli tayar the Bettle pun tak mampu...

May 12, 2011

I Need A Bigger Car!!!

Ohh, I Really Need A Bigger Car. Bila anak dah makin membesar dan planning untuk anak kedua sudah bermula, rasanya saya perlukan kereta yang lebih besar , selesa, dan dapat memenuhi kehendak kami yang both bekerja, suka travel,shopping, pulang ke kampung di Terengganu/Kelantan dan pelbagai lagi.

Kereta yang kami gunakan selama in memang telah banyak berjasa kepada kami, sudah lebih 3 tahun bersama kami sebenarnya. Namun bila anak dah makin membesar dan even tengah membesar, sometimes kesukaran tetap dialami . Contohnya :

Ketika Alisya kecil

One seat gone, jadi bila jalan-jalan, di belakang hanya boleh memuatkan 2-3 orangje lagi. Memang leceh especially bila Mak/Mak Mertua dan keluarga dari kampung datang bekunjung dan mahu bawa mereka pusing-pusing.

Belum ditambah lagi stroller Alisya, beg kami, extra selipar or kasut, seterika kalau pergi bercuti dan pelbagai lagi. 

Pakai kereta Sedan, kekurangannya adalah ruang. Especially bonet. Kalau nak balik kampung, Satu bonet tu mesti penuh dengan barang Alisya saja. Pampers,Pakaian, Susu, tuh belum ditambah kalau bawa pulang stroller sekali.Sometimes kami pulang ke kampung halaman naik kapal terbang/keretapi bila fikirkan susah nak pulang dengan kereta especially bila adik ipar yang tinggal dengan kami mahu pulang sekali .

Di Kampung, terpaksalah guna kereta Bapa Mertua. Hik3...

Samalah juga kalau pi Shopping, kadang-kadang ada yang tak terbeli ,ruang tak muat. Contohnya masa  Shopping di Nilai, actually, banyak lagi mahu beli, tapi bila tak muat, terpaksa batalkan niat. Nipun kesian kat Alisya terpaksa tidur sebegitu. Umm, I really need a bigger Car.

Saya juga pernah test drive kereta yang lain  tapi masih belum convince untuk membelinya, one of the main reason kerana :

Space, Space (belum cukup luas especially bonet)

Kami perlukan a bigger space bagi memenuhi keperluan kami sekeluarga dan juga saudara-mara yang datang berkunjung ke rumah.

Bila keluarga datang dari kampung dan mahu pergi bercuti, masalah yang sama turut dialami. Kalau lebih dari 5 orang maju pergi, either gerak naik 2 kereta ataupun gunakan public transport. Contohnya :

Pergi Ipoh, Naik ETS
Bapa Mertua/Mak Mertua/Anak Buah
Bercuti di Melaka, bawa Abang Long sekeluarga, bawa 2 kereta.

Fikir-fikirkan balik, bila pergi bercuti bawa 2 kereta ,agak rugi juga kan? Minyak lagi, tol lagi, maintenance lagi, parking space, dan pelbagai lagi. Di tambah pula Isteri sekarangni makin aktif kegiatan kokurikulum dan kadang-kadang kena hantar anak murid untuk Pertandingan Tarian etc. Sometimes, tak dpt bawa semua or bawa 2 kenderaan untuk ke Pertandingan itu.

Lebih-lebih lagi sekarangni, ibu/mak/bapa mertua dan saudara mara semakin kerap berkunjung ke KL, we really need a bigger car untuk kemudahan kami. Tak lupa juga, kalau dah ada anak kedua nanti, sure akan susah nak pergi mana-mana especially balik kampung/bercuti.

P/s : Umm, i Really need a bigger Car... Agak-agak apa kereta yang sesuai ya? Any suggestion?

May 2, 2011

Kereta Terbaru Je Jai dan Maria Ozawa

Milik Siapakah Kereta Ini? Adakah ini Koleksi terbaru Milik Je Jai dan Maria Ozawa?. Hik3... Cool juga kereta Lotus ni kan? Kalau dapat rembat satu best juga ni :


Evora, Merah Menyala
Elise, Biru Mempesona
Cantik..
Europa, Kuning cool juga
Nak satu,nak satu
Exige, Kelabu menawan juga
Kuning ini pun aku suka

Yang ni pun Cun dan sesuai buat " Je Jai dan Maria Ozawa" . Hik3..

P/s : Fuhh, kalau dapat yang warna biru tu best juga. Cantik dan memang favourite Colour eyriqazz ni.Kalau ada give away menang kereta camni best juga kan? Hak3, in my dreamm...

February 12, 2011

Kereta Siapa Yang Parking Sini Ni

Dushh, Kereta Siapa Pula Yang Parking kat Parking Lot Kami ni?

Papa :Camne nak kluar ni? Issh, nak kena ni, suka suki je parking kat tempat orang.

Sayang :Ehh, Papa, bukan kereta Papa ke?

Papa : Bila masa pula Papa beli kereta ni?

Sayang : Umm, apa-apa je la Papa...Yang penting bawak Sayang pi Bukit Tinggi dengan kereta ni harini. ..

Papa : Umm, Okk...

P/s : Jom terjah Bukit Tinggi...

August 3, 2010

Betulke Model Kereta Waja Baru Akan Dikeluarkan Tahun Ini (2010) ?

Betulke Model Kereta Waja Baru Akan Dikeluarkan Tahun INi (2010) ? .Sambil-sambil menonton Berita jam Pukul 8 malam tadi di TV3, ada satu berita berkenaan kisah yang dipaparkan di sebuah blog (tidak disebut nama blognya) pasal Model Kereta Waja Baru yang berada di jalanraya dengan gambarnya sekali. Ura-Ura dan Sumber dari TheStar mengatakan [ Proton in product collaboration with Mitsubishi] model ini akan dikeluarkan selepas 2010 .Adakah bermakna selepas itu 2011 ataupun tahun ini?. Sikap ingin tahu, jadi sayapun menggunakanlah Skill Men Google yang tidak seberapa ini dan inilah yang saya temui :


Adakah Ianya Seperti Model Mitsubishi Lancer [ Kredit Here ]
Ataupun Camni [ Kredit Here]
Ehh, Ni dah berada di Jalanraya ni?  [ Kredit Here ]
Ni No Plate Negara Mana ya ? [ Kredit Here ]
Biasaje Saya Tengok [ Kredit Here]

More Pictures Can Click Here

Cantik Juga Kan ? [ Kredit Here ]

Teruja tak tengok ? Saya pernah memandu kereta Waja, Milik Bapa Mertua. Pinjam semasa balik raya dari Kelantan ke Terengganu. Not bad dan lebih seronok memandunya berbanding dengan kereta Kami Sekarang iaitu Perodua MyVI. Dengar cerita model ni bakal mencecah harga RM80 ribu lebih. Betulke?

Bagi kami, mungkin tidak kot. Bercita-cita untuk memiliki Kereta Toyota Vios untuk  digantikan dengan kereta Myvi kami. Tengoklah camne nanti. Apapun, kalau betul ini gambar-gambar model kereta waja baru yang akan dikeluarkan proton tidak lama lagi, ianya nampak cantik dan menarik juga cuma bagi saya kereta Proton ini bagaikan " Indah Khabar Dari Rupa" ataupun "Muka Depan Lagi Cantik dari Dalamannya" . Maaf, hanya pandangan peribadi berdasarkan pengalaman rakan-rakan dan keluarga.

P/s : Apa pula kata anda? Adakah Kereta Proton Menjadi Pilihan Anda?Adakah model terbaru kereta Waja ini mampu membuatkan anda berdegup kencang dan terus booking bila ianya berada di pasaran?
Related Posts with Thumbnails