Showing posts with label beautifulnara. Show all posts
Showing posts with label beautifulnara. Show all posts

May 10, 2012

Atok J : Yup, Sayalah Orangnya

Wartawan Hiburan : Betulke Atok J yang dikaitkan dengan Tasha Shila baru-baru ini?
Atok J : Yup, Sayalah Orangnya...Psst, psst, senyap-senyap tau...Bini saya ada kat sini... Saya segan nak cakap, tapi sebenarnya memang saya takut bini..Sebabtu saya plan nak belikan Vibrance Kegel untuk wifey nanti.... Nak bodek Isteri...
Nurul : Ooo, siaplah Nurul report kat Puan Mas Atok Je jai...

Tokey Siakap : Kah3, Ada Hati betoi la Atok Je Jai ni...Perasan Lelebih laa pulakkk...
BeautifulNara :Jap2,gosip hangat ni...Nak update kat blog jap....

P/s : Jika ada sumur di ladang
Minta Bantuan untuk eyriqazz berpeluang menang --> http://bit.ly/I5h6Rw

June 3, 2011

Selamat Pengantin Baru BeautifulNara

Selamat Pengantin Baru BeautifulNara (Credit Picture Here)

Selamat Pengantin Baru BeautifulNara. Elok je tarikhnya majlis akad Nikad 03 June 2011 . Maaf Bro tak dapat hadiri Majlis kenduri kahwin besok, Ada Exora VIP Session dan lepas Session tu terus pulang ke Terengganu, pakcik kahwin hari ahad ini. 

Semoga Ikatan Perkahwinan Kekal Sepanjang Hayat dan Berbahagia Selalu Hendaknya. Bang Nara, salah seorang Blogger Popular yang down to earth dan peramah yang pernah saya kenali. 

P/s : Tentu Bang Nara ternanti-nanti Malam Pertama Kan? Good Luck Broo....Hik3..

January 9, 2011

Ramalan Eyriqazz Keputusan AJL 25 Hari Ini

Anugerah Juara Lagu/AJL 25 9 January 2011

Yiezaa, eyriqazz menyahut Cabaran BeautifulNara [Ramalan Abang Nara Keputusan AJL25 Ahad Ini, Pasti Tepat 99.99%] untuk meramalkan keputusan AJL 25 hari ini. 

Inilah Ramalan Pak Nujum Eyriqazz untuk keputusan AJL 25 malam ini :


1. Juara AJL25 – Cinta Sempurna – Yuna
2. Naib Juara AJL25 – Selamat Malam – Faizal Tahir
3. Tempat Ketiga AJL25 – Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
4. Vokal Terbaik – Tolong Ingatkan Aku – Anna Raffali
5. Persembahan Terbaik – Ekstravaganza – Bunkface
Ehh, Tunang Beautifulnara, Fazlin nampak cam ada Iras-iras Yuna kan? (kredit Picture to Je Jai ) .Psst, ada gaya-gaya "Cinta Sempurna tak?"

P/s/s : Siapa pula pilihan anda untuk AJL 25 hari ini? 

August 31, 2010

Berbuka Puasa di Restoran Bistro Qaseh Anjuran BeautifulNara.Com

Hari Ahad yang lepas, 29 August 2010 saya dan keluarga telah menghadirkan diri untuk Majlis Berbuka Anjuran BeautifulNara.Com yang diadakan di Restoran Bistro Qaseh, Section 13, Shah Alam. Selepas agak sedikit sesat akhirnya kami sampai di Destinasi yang dituju :



Bersama BeautifulNara dan
JE JAI


Sibuk BangNara melayan peminat yang hadir (hik3)

Antara Juadah Yang dihidangkan

Selera Kampung

Santapan Kami Sekeluarga
Isteri Senyum Gembira
Alisya Pun nak Makan

Best Lah Papa, nanti datang lagi ya?

Review saya, boleh tahan masakan di sini dan berbaloi dengan harga buffetnya iaitu RM19.80 (Bang Nara tak sponsor tau, hik3 ) , juadah dan makanan kampung pun pelbagai, rasanya boleh tahan, kuih muih, dan pelbagai juadah turut dihidangkan. Saya kasi Rating 7.5/10 untuk Restoran Bistro Qaseh/ Air Tangan Ibu ini. Yang penting dapat mengeratkan hubungan sesama kita kan di bulan Puasa Ini kan?


Bang Nara bersiap sedia untuk Cabutan Bertuah

Salah seorang pemenang Cabutan Bertuah

Bergambar Kenangan 

Thanks BeautifulNara kerana menjemput, next year adakan lagi ya? Saya suggestkan buat di Restoran Ayam Penyet pula, juadahnya memang Marvellous dan best. Bro pun dah boleh la bersiap sedia mencari Sponsor ya, boleh la next time makan percuma , hik3...

Oh ya, kalau anda mahu singgah, inilah Alamat Restoran Bistro Qaseh ini :

Alamat: 2, Jalan Boling Padang F, 13/F, (Blkg Tesco Xtra), Seksyen 13, Shah Alam, Selangor (landmark opis syarikat Upin Ipin Les Couspoque tue )

P/s : Tunang Bang Nara sudah kasi tarikh kahwin mereka tahun depan. Wah2, tentu meriah kan? 

August 6, 2010

Happy 27th Birthday BeautifulNara

Entry ini saya dedicatekan khas buat rakan blogger saya yang memang popular dan terkenal dalam dunia blogging di Malaysia ini . Siapa lagi kalau bukan, BeautifulNara .Baruje tahu pasal ini dlm pukul 12 pagi lebih semalam dari entrynya yang bertajuk : Hari Ini Hari Jadi Saya, Saya Sudah Tua tapi Masih Belum Kahwin 


Apapun, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan :
Happy 27th Birthday BeautifulNara

Ada Apa Dengan BeautifulNara? Honestly, apa yang saya boleh katakan selepas mengenalinya semenjak event pertama bersama Nuffnang iaitu Mister Potato Event pada 2009, saya memang kagum dengannya. Blogger Idola yang terkenal namun mempunyai budi pekerti yang baik, peramah, happy go lucky dan sentiasa tersenyum dan mudah melayan kerenah semua orang walau di mana saja berada. Inilah blogger contoh, walaupun popular, dia mudah mesra dengan semua orang. No wonderla, rezekinya pun semakin murah dan masyuk. Some of my Happy Moment with BeautifulNara :

Ketika Event Samsung Corby Carnival dan Project Alpha Season 2 Launch

Astro B.yond Bloggers Night dan Digi Pimp My Broadband Challenge

Sentiasa Tersenyum di Mana Sahaja

Inilah salah satu blogger idola dan kegemaran saya.  Menjadi Inspirasi untuk saya terus ke hadapan dan banyak yang saya pelajari darinya. Thanks BeautifulNara. Entry berkenaannya pun banyak saya tulis di blog ini sebagai tanda terimakasih dan menghargai jasanya, bolehla search aje Beautifulnara di sidebar search button.

Oh, sempena Birthday Bro yang ke 27 ni ( saya umur 27 dah ada seorang anak dah bro) , hik3, saya mahu wish BeautifulNara :

1)Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki dan Berbahagia Selalu di samping keluarga dan Insan tersayang

2) Semoga Cepat Kahwin . Tahun depan kan? Jangan lupa jemput. Bak kata JE JAI, don't worry, nanti bro akan dapat anak kembar 4 terus. Hik3, kalaula masin mulut je jai.

3) Semoga Bro terus maju dan berjaya dalam apa jua yang dilakukan, pekerjaaan fulltime dan juga blogger berjaya.

4) Last but not least, semoga tempias Bro mengena kat saya juga. Bro dah cecah 5 angka income dari blogging sebulan (kan,kan? ) , saya 4 angka masih belum lagi. Hik3, semoga ianya menerjah kat diriku juga. Apapun as Bang Nara pesan, "Jangan Berblog kerana Duit".

Tak lupa juga, saya dedicatekan lagu ini buat Bro BeautifulNara sempena birthdaynya yang ke 27 ( hik3, bukan 40 ke bro? ) :


Happy Birthday To You



Dan juga 2 rangkap pantun dari saya :

Happy Birthday BeautifulNara
27 tahun sudah semakin tua
Tahun depan InsyaALLAH bakal kahwin dengan insan tercinta
Semoga bunting pelamin, cepat2 dikurniakan anak pula

Hari dinanti telah tiba
Hari ini hari gembira
Best of Luck dari Saya
Semoga terus berjaya hendaknya dan doa-doakan saya juga

P/s : Terima kasih Buat Nuffnang juga. Kalau bukan kerana Nuffnang, mungkin saya tidak akan berpeluang untuk mengenali blogger hebat ini. 

P/s/s : Semakin hari terasa semakin tua diri ini. Hik3, mungkin sudah sampai masanya untuk bersara, pulang ke kampung dan menanam Dugung (Durian + Jagung). Hak3.....blogging change my life, dan berblog menemukan saya dengan ramai insan menarik di luar sana. Itulah yang sepatutnya kan, enjoy and have fun. 

August 1, 2010

Pemenang Contest Jom Kuiz Bersama Eyriqazz

Salam malam dari Eyriqazz,

Entry Jom Kuiz Bersama Eyriqazz | Siapakah Beautifulnara dirujuk. Disini diumumkan :


Winner Contest Ini

Setelah meneliti semua jawapan yang diberikan, diumumkan pemenangnya (jawapan yang paling tepat) jatuh kepada :

IzzahFarhana - 20 GTO Pointz dan juga blognya bakal diterjah.  Dan jawapannya adalah :

Beautifulnara hensem bergaya namun sayang sudah menjadi tunangan orang.

Oh ya,  Hidayah Ismawi pun hampir menjawab dengan tepat namun sayang dia terlebih satu perkataan. If not, mungkin hadiah itu menjadi miliknya kerana dia lebih awal memberikan jawapan . Namun, as consolidation prize, 5 GTO Pointz for u hidayah. Mesti bersengkang mata nak mencari jawapannya kan?

Yang lain-lain pun ramai yang hampir memberikan jawapan yang tepat cuma tersilap satu dua patah perkataan saja.

Jawapannya mudah aja, saya ambil idea dari Filem The Da Vinci Code cuma saya tukarkan skit. Jawapan diambil dari setiap ayat menaik. That mean, ayat pertama perkataan pertama, ayat kedua perkataan kedua,dan seterusnya dan jadilah 9 perkataan dengan satu ayat yang lengkap. Mudah je kan?

P/s : IzzahFarhana, nanti informkanlah ya untuk hadiah itu. Samada mahukan top up or cash (maybank only). To Hidayah, ur point nak ditukarkan ke cash pun boleh atau nak simpan2 dulu pun boleh. Nanti informla ya?

P/s/s : Amcam, ok tak kuiz ni?Mahukan kuiz yang lebih mencabar lagi?

July 31, 2010

Beautifulnara Sangat Bergaya namun BeautifulNara Bakal Menjadi Tunangan Orang

Hik3, tergelak seketika bila membaca jawapan yang diberikan oleh JARD untuk entry Jom Kuiz Bersama Eyriqazz | Siapakah BeautifulNara? iaitu Beautifulnara Sangat Bergaya namun BeautifulNara Bakal Menjadi Tunangan Orang . JARD, bukan bakal, memang sudah menjadi tunangan orang, bolehla refer entry  : Saya Sudah Bertunang!!!

Setakat pagi ini, masih belum ada lagi jawapan yang tepat diberikan. Jom terjah some of the answer given by the bloggers:

1) Carl Samsudin - Beautifulnara blogger hensem bergaya namun cinta dia masih juga nuffnang! 
Komen : Adakah Cinta BangNara kepada Nuffnang melebihi cintanya kepada Tunang tersayang? 

2) AkmaFaizal - Blogger hensem bergaya orangnya, sayang... dia menjadi tunangan orang (macam ayat kecewa je? ) 
Komen : Hik3, mestilah. Ramai wanita di luar saya yang keciwa seperti Lisa Surihani, Tizz Zaqyah, Fasha Sanda (sebelum ada JE JAI) dan juga Diana Danielle. Hik3

3) BeautifulNara - saya mmg hensem dan kacak bergaya
Komen : Ewah, ayat tak boleh tahan punya.Hik3...takper3,bro memang kacak bergaya.

So, apa tunggu lagi? Masih belum ada lagi peneka yang tepat. Oklah, saya tambah lagi Insentif. Hadiah ditambah menjadi 20 GTO Pointz @RM20 dan blog anda akan diterjah!!!!. Amcam, ok tak?

Soalannya, boleh refer entry INI 

P/s : Dah tengok cerita Da Vinci Code? Kalau dah tengok tentu boleh jawab kuiz mudah ini. Hik3, Selamat Mencuba di Hari Weekend yang Indah. Gotta go, nak pergi taman burung dan berjumpa Anuar Zain. 

July 30, 2010

Jom Kuiz Bersama Eyriqazz | Siapakah BeautifulNara?

Oleh kerana tiada e-mail yang diterima untuk No. 191161, di sini Eyriqazz ingin ajak korang berkuiz dan mengasah bakat yang terpendam. 10 GTO Pointz dipertaruhkan kepada sesiapa yang menjawab dengan tepat dan terpantas. Inilah kuiznya yang bakal menguji minda korang yang bertajuk :


Ok, Jawapan ada di bawah ini ( Satu patah perkataan untuk Satu Ayat ya). Lengkapkan menjadi satu ayat yang lengkap dengan 9 patah perkataan kesemuanya. Ok, Jom inilah ayat-ayatnya :

Beautifulnara Seorang Blogger Popular. Sangat Hensem dan Senyuman Menawan. Sekarang Semakin Bergaya dan Menjadi Tumpuan. Popular dan Hebat namun Humble Orangnya. BeautifulNara cakap Cinta dan Sayang Sama Fazlin Tunang Tersayang. Bakal Kahwin Tahun Depan dia Sudah Merancang Persiapan. Blogger Hebat, Sebutan, Kegemaran dan Masih Menjadi Igauan. Perwatakan Menarik, Mudah Mesra, Peramah dan Juga Tunangan Someone. Sungguh tak Rugi Aku Join Nuffnang, Jumpa Pelbagai Orang.

Klu : 1) 9 patah perkataan. 2) Setiap ayat, satu patah perkataan.

P/s : Jom solve the puzzle.....Mudah aje..Jawapan bolehla diberikan di komen entry ini.

UPDATED - Hadiah ditambah menjadi 20 GTO Pointz @RM20 ...Ahakszz...Selamat Mencuba

July 23, 2010

Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 | Beautifulnara dan Kennysia Kongsi Rahsia

Terbaca di Nuffnang pasal Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 yang bakal diadakan pada 28-29 July 2010 ( Rabu dan Khamis) . Wah, satu event yang sangat menarik dan mengujakan hati yang bakal membincangkan pelbagai topik terutamanya berkenaan social media, blogging, etika berblog, kelebihan dan kekurangan berblog, dan pelbagai lagi. Yang bestnya, ianya turut menampilkan bloggers hebat dari Nuffnang seperti :


Dua bloggers ini memang blogger hebat dan blogger contoh . Honestly, setiap hari mesti baca blog mereka ini. Penulisan mereka lain dari yang lain dan membuatkan ku terhibur dan menjadi sumber Inspirasi untuk lebih maju ke depan.

Oh, selain mereka, antara yang dijemput adalah YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia yang ke 4), Dato' Sri Tony Fernandes dan tak lupa juga Nikicheong yang juga blogger di bawah Nuffnang.

Actually, aku cukup teruja dengan slot bersama BeautifulNara dan Kennysia . Jom Terjah :

Sesi bersama BeautifulNara, 1215pm 28 July 2010

Blogger’s Highlight:
- How do I go from 10,000 visitor per month to 1 million visitor per month using social media and Google
- The importance of branding your blog from the first day you started blogging.
-  What is wrong with bloggers nowadays? Why you MUST NOT blog for money.

Sesi Bersama Kennysia, 230pm 29 July 2010

Blogger’s Highlight:
- How to convince a social media influencer / the online community to broadcast your brand
- Considerations before approaching an influencer
- Case studies on successful online brand communication

Wah, tentu menarik dan mengujakan. Aduyaii, teringin giler nak pergi tapi apakan daya, buat time weekdays/kerja. 2 hari pula tu. Huk3, hopefully adalah rerakan blogger yang pergi dan berkongsi kembali sesi bersama mereka ini. Tentu best dan menarik hati especially part "How do I go from 10,000 visitor per month to 1 million visitor per month using social media and Google" kan?

Kalau korang berminat, masih belum terlambat lagi nak register. Bolehla terjah SINI . Sempat lagi nak register tu, rasanya kalau pergi memang tak rugi coz banyak informasi dapat diperolehi. Who know, anda pula yang bakal menjadi seperti BeautifulNara dan Kennysia selepas ini?

BeautifulNara dan Kennysia berkongsi rahsia
Di Asian Bloggers and Social Media Conference 2010 minggu depan saja
Aduhai, ruginya rasa hati tak dapat turut serta
Banyak Informasi menarik bakal dikongsi dan dicerita

P/s : Ada sesiapa yang pergi tak?

P/s/s : Bestkan kalau dapat join COnference dan event camni?

June 14, 2010

Tizz Zaqyah dan Diana Danielle Menggigit Jari

Photobucket
Tizz ZaqyaH dan Diana DanieLLe Menggigit Jari

Kesian buat Tizz Zaqyah dan Diana Danielle terpaksa mengigit jari apabila lelaki idaman mereka sudah dirampas orang. Ohh, sedihnya. Sebelum itu, bolehlah baca entry Aura BeautifulNara | Rekod Baru Tercipta . Apa yang terpaksa digigit?

Hik3, tentu korang dah tahu kan ? Bloggers Entertainment  Gosip Artis Terkini yang cukup popular di Malaysia sudah pun bertunang pada 6/6/2010. Jadi, menggigit jarilah Tizz Zaqyah dan Diana Danielle. Nampaknya, kenalah mereka mengejar Jejai pula. Siapa jejai tu ye?

Ok, jom layan aksi melampau Bang Nara sepanjang majlis pertunangannya (Kredit Pictures to Kak Nara )

BeautifulNara bertunang
Gaya Tak Cukup Tidur Ternanti-nanti Hari Ini

Photobucket
Tersenyum Kegembiraan
Photobucket
Abang Nara bila nak sampai ni?
Lompatan Pertunangan
Lompat !! Eh, kenapa Bang Nara tak melompat?

Congratz Bang Nara. Kata orang bertunang ini darah manis. Jangan dok ngorat si Lisa Surihani sangat, ingat, awak tu dah bertunang. Hik3, gurauje....

1 rangkap pantun buat Bang Nara:

Bang Nara Selamat Bertunang tersenyum gembira
Hari dinanti-nanti kunjung tiba
Tizz Zaqyah dan Diana Danielle menggigit jari pula
Apa nak buat, jejaka idaman Malaya sudah menjadi tunangan orang akhirnya


P/s : Semoga ke jinjang pelamin, bahagia ke akhir hayat bro. You are one of the best blogger I ever know. Happy and proud kenal ko. Good Luck and terimakasih Bro....

June 6, 2010

BeautifulNara Hampir Kena R**** di Astro B.yond PVR Roadshow

BeautifulNara cuba mempertahankan Maruahnya dari Kena *****
Apakah Yang Telah Terjadi? Adakah Mereka Berjaya ?

Hik3, sebenarnya ini sedikit sedutan Event Astro B.yond PVR Roadshow . Bolehla refer entry Jom Ke Midvalley Hari Ini Sokong Redmummy for Astro #byondpvr . Jom layan sedikit aksi BangNara (sedikit je coz line Internet still lembab ni)

Meraih Undi ( Ble bertanding Parlimen Hulu Selangor Ni!!)

Hik3, suka baca Manifesto BeautifulNara " Saya tak Hensem tapi Baik Hati, Votelah Saya". Betul-betul, inilah antara popular bloggers yang baik hati dan berjiwa blogger sejati .Hik3...Saya pun tergoda, jadi sayapun :

Adakah Undi Bang Nara? Teruja juga ni!!

Vote 4 Change, Vote me!! You Can Make A Difference? Wah, apa Difference bro? Apa yang change? Hak3, anda telah mengubah gaya blogging dan menjadi motivasi bagi saya.Thanks bro.... Namun, saje je kasi dia gembira sat, my vote 4 event ni goes to :


Tengoklah betapa sedihnya Bang Nara bila one of peminat setia dia sokong Redmummy. Boleh terjah entry ini juga : LIVE BLOGGING DARI CITRUSPLUS - TAHNIAH REDMUMMY!!!  dan tengok apa BeautifulNara sound kat saya :

beautifulnara said...



aku kalah sebab eyriqazz berpaling tadah di saat2 akhir. hahaha
 
Hak3, di saat-saat akhir bro? Tuhla, serba salah sebenarnya. Tapi as Redmummy approach saya dulu, saya votelah Kak Red dari awal bukan di saat-saat akhir bro... Takpe bro, eden masih setia ngan BeautifulNara dan Redmummy. Hik3...Gaya pujuk BeautifulNara yang tengah teresak-esak di bilik tidurnya mengenangkan detik kekalahan yang tidak disangka-sangka. Hik3, gurau lagi.
 
Akhirnya, sokongan saya berhasil dan Redmummy Won!!
 
Later on saya updatekan pasal event ni ya? Internet slow bangat, nak join Contest Mr. Potato pun tak sempat, adushh,kecewanya dahla dah byk gambar diambil untuk Contest Mr Potato Rice Crisps ni.
 
Oh ya, harini juga hari bertuah BeatifulNara. Good Luck Bro, semoga semuanya berjalan lancar. Pasal apa? Yangtu kenalah tanya yang tuan badan, kan saya bocorkan rahsia lagi, mengamuk dan taknak kawan ngan saya pulak nanti.
 
P/s : Masih teringat-ingat lompatan maut BeautifulNara mengejarkan si Ehem-Ehem.... Mantap!!! Ble ajarkan saya tak bro?
 
P/s/s : Agak-agak, selepas peristiwa itu, adakah BeautifulNara masih teruna?Hik3,tepuk dada, tanyalah BeautifulNara.

May 24, 2010

Project Alpha Featured Bloggers Adidas Ole Ko Challenge

Project Alpha Featured Bloggers Adidas Ole Ko Challenge

Sambungan dari entry BeautifulNara for the Adidas Ole KO Challenge! dan Football=Adidas? ,saya mengambil keputusan untuk pergi ke Midvalley pada Jumaat yang lepas, 21 May 2010.

Tidak hampa kerana ramai featured bloggers yang hadir iaitu BeautifulNara,Redmummy, Budiey, Cheeserland, Azwan Ali, Ninie Ahmad, Klubbkidd, Kyspeaks, Shaolin Tiger, Niki Cheong dan juga pengacara hot dan sensasi Project Alpha Season 2 iaitu Jojo Struys.

Jom kita layan sekali apa yang berlaku malam itu :


Introduction Session

Tergelak juga bila dalam sesi tu bila Cheeserland ditemuramah Jojo Struys, orang lain sibuk strecthing , dia kata "the only strech yang dia tahu adalah Photoshop Strecth".
Inilah gelanggang One On One Adidas Ole Ko Challenge
Kemenangan sudah pasti di tanganku, Itulah kata-kata penuh semangat BeautifulNara
Cun dan Cool nya bola Adidas ni, kalau dapat satu kan Bestt...
Azwan Ali ditemuramah Redmummy

First match menemukan Azwan Ali dengan Redmummy. Tergelak sakan satu kawasan Midvalley tu bila Azwan Cakap lebih kurang camni " I don't ball, I play ball only after 12pm, If u want to play ball please call me at.....dot...dot..dot....Pastu masa sebelum lawan redmummy, dia challenge redmummy n inform, ''if i win , you let me play ball with ur hubby". Hak,hak3, memang sensasi betul la Si Azwan Ali.

Ole Games rules nya mudah. Ole = kick between the leg. Jadi sesiapa yang bola masuk di celah-celah kaki, dikira kalah @ KO walaupun tengah leading 10-0. That's why games nya dinamakan Ole Ko Challenge. Kalau tiada Ole, siapa yang menjaringkan paling banyak di kira pemenang.

Cheeserland berentap dengan Michael (Director of Project Alpha Season 2)
Redmummy vs Azwan Ali (Redmummy menang, tapi ble tahan juga Azwan Ali main)

Lupa pulak nak cakap, Bro JAI dia sokong Azwan Ali, saya ni first choice BeautifulNara dan 2nd choice Redmummy. Beautifulnara bertemu dengan redmummy di suku akhir dan kemenangan berpihak kepada Beautifulnara. Yey, tak sia-sia aku melatih BeautifulNara yang agak semput itu. Gurau je Bro...

Pemenang Adidas Ole KO Challenge = KySpeaks

Mantap permainan Kyspeaks ni. Di suku akhir dia mengalahkan Budiey dengan Ole walaupun Budiey tengah leading 2-0 dan tinggal beberapa saat lagi sebelum wisel penamat. Di separuh akhir, dia kalahkan BeautifulNara 2-0 kalau tak silap, silap strategi BeatifulNara ni. Di final, dia mengalahkan Michael kurang daripada 30 saat juga dengan Ole. Dushh, bila saya ada can nak lawan Kyspeaks yang terror ni? Betulla kata orang, You are what u Eat. Tak sia-sia dia makan pelbagai makanan dan berblog pasal makanan, mantap bersukan rupanya.

Acara ini agak menarik dan dihadiri oleh bloggers dan hadirin yang berkunjung di Midvalley. Sempatlah bergambar dengan :

Budiey dan JAI
Dartbatman yang tidak lari dengan Baju trademark Batmannya

Darkbatman datang lambat, dia sampai games dah habis, dushh, mesti kereta Batman nya lupa nak servis ni. Takdelah, dia cakap dia sesat dan agak jem jalan. JMR pun hadir sama, tapi tak sempat nak bergambar .Thanks bro JMR, nice borak-borak ngan u.

Bean Moreno pula hilang entah ke mana, tunggu-tunggu tak sampai-sampai. Mungkin dia tersesat jalan dan singgah di SPA kot.Hak3, gurau jer bro.

P/s : Acara yang memang seronok . Bila pula nak buat Ole Ko Challenge untuk Nuffnangers?

P/s/s : Sedih tak dapat main. Dah siap bawa boot,baju, dan etc. Sampai-sampai cakap nak main kena bayar RM30 . dushh, cancel niat, kalau main pun sure kena belasah teruk ni.Hak3....Apapun, memang seronok tengok diorang beraksi di gelanggang , ada gaya dan personaliti tersendiri.

P/s/s/s :

Menarik juga Special Edition Adidas Product, harap-harap dapatlah memilikinya nanti..
Related Posts with Thumbnails