Showing posts with label beautifulnara terlampau. Show all posts
Showing posts with label beautifulnara terlampau. Show all posts

June 6, 2010

BeautifulNara Hampir Kena R**** di Astro B.yond PVR Roadshow

BeautifulNara cuba mempertahankan Maruahnya dari Kena *****
Apakah Yang Telah Terjadi? Adakah Mereka Berjaya ?

Hik3, sebenarnya ini sedikit sedutan Event Astro B.yond PVR Roadshow . Bolehla refer entry Jom Ke Midvalley Hari Ini Sokong Redmummy for Astro #byondpvr . Jom layan sedikit aksi BangNara (sedikit je coz line Internet still lembab ni)

Meraih Undi ( Ble bertanding Parlimen Hulu Selangor Ni!!)

Hik3, suka baca Manifesto BeautifulNara " Saya tak Hensem tapi Baik Hati, Votelah Saya". Betul-betul, inilah antara popular bloggers yang baik hati dan berjiwa blogger sejati .Hik3...Saya pun tergoda, jadi sayapun :

Adakah Undi Bang Nara? Teruja juga ni!!

Vote 4 Change, Vote me!! You Can Make A Difference? Wah, apa Difference bro? Apa yang change? Hak3, anda telah mengubah gaya blogging dan menjadi motivasi bagi saya.Thanks bro.... Namun, saje je kasi dia gembira sat, my vote 4 event ni goes to :


Tengoklah betapa sedihnya Bang Nara bila one of peminat setia dia sokong Redmummy. Boleh terjah entry ini juga : LIVE BLOGGING DARI CITRUSPLUS - TAHNIAH REDMUMMY!!!  dan tengok apa BeautifulNara sound kat saya :

beautifulnara said...



aku kalah sebab eyriqazz berpaling tadah di saat2 akhir. hahaha
 
Hak3, di saat-saat akhir bro? Tuhla, serba salah sebenarnya. Tapi as Redmummy approach saya dulu, saya votelah Kak Red dari awal bukan di saat-saat akhir bro... Takpe bro, eden masih setia ngan BeautifulNara dan Redmummy. Hik3...Gaya pujuk BeautifulNara yang tengah teresak-esak di bilik tidurnya mengenangkan detik kekalahan yang tidak disangka-sangka. Hik3, gurau lagi.
 
Akhirnya, sokongan saya berhasil dan Redmummy Won!!
 
Later on saya updatekan pasal event ni ya? Internet slow bangat, nak join Contest Mr. Potato pun tak sempat, adushh,kecewanya dahla dah byk gambar diambil untuk Contest Mr Potato Rice Crisps ni.
 
Oh ya, harini juga hari bertuah BeatifulNara. Good Luck Bro, semoga semuanya berjalan lancar. Pasal apa? Yangtu kenalah tanya yang tuan badan, kan saya bocorkan rahsia lagi, mengamuk dan taknak kawan ngan saya pulak nanti.
 
P/s : Masih teringat-ingat lompatan maut BeautifulNara mengejarkan si Ehem-Ehem.... Mantap!!! Ble ajarkan saya tak bro?
 
P/s/s : Agak-agak, selepas peristiwa itu, adakah BeautifulNara masih teruna?Hik3,tepuk dada, tanyalah BeautifulNara.

January 21, 2010

Ada Apa Dengan BeautifulNara

Segmen terjah bersama eyriqazz@ Great Teacher Onizuka diteruskan lagi,dan kali ini mangsanya seperti yang dijanjikan adalah :



Beautifulnara, popular dan sensasi

Sebelum saya meneruskan edisi terjah saya,saya ingin bongkarkan rahsia  BeautifulNara yang mungkin anda belum tahu :

1)Namanya di alam nyata adalah Nazuwan
2)Umur sebenarnya adalah 37 tahun namun apabila orang tanya dia cakap umurnya baru 27 tahun

3)Abang Nara akan kahwin pada 11/11/11 dengan hantaran bernilai RM111,111.11
4)Bang Nara ni gayat dan takutkan benda2 tinggi.Contohnya :


Yangni..G Force di Sunway Lagoon.Bayar RM1 juta pun dia tak berani nak naik (Credit picture to Kancilbiru )

5)Pernah bercinta dengan ramai gadis cantik & popular (7 yang aku tahu) namun kebanyakannya clash tak lama lepas itu atas alasan seperti tak cukup tinggi,terlampau cantik, kurang cantik, berdarah kacukan, dan tak suka makan budu.

6)Mendapat bayaran berpuluh-puluh ribu sebulan daripada Nuffnang dan sebahagian daripada duit itu disimpan di bawah bantal tidurnya.Sumber inspirasi katanya.

7)Pernah Bercinta dengan Fasha Sandha di alam maya,namun dia menolak cinta Fasha Sandha kerana dia sudah menemui cinta sejatinya(Fazlin),tidak mahukan kontroversi melampau , dan Fasha Sandha bukan tastenya.Lagipun Fazlin dengan Fasha tak jauh bunyinya kan?

Hahahaha,information di atas hanyalah gosipku semata-mata.Asyik dia je nak gosipkan artis,tibalah giliran aku pula nak kenakan Bang Nara ni pula...Jgn marah ye,nanti kena juall....

Ok,berbalik kepada tajuk utama.Inilah komenku kenapa blog BeautifulNara begitu digemari,sensasi, dan disukai ramai.Sebelum tu,minta maaf Abang Nara,ambil gambar di blog anda tanpa permission terlebih dahulu  :


Heliza satu negeri denganku

1)Artis,Artis,Artis

-Cam gaya Donald Trump, Location,Location,Location. Rakyat Malaysia memang sukakan entry berkaitan Artis.Aura artis memang kuat,cakap je pasal artis,berduyun-duyun orang akan membaca.Cerita je pasal gosip mengancam,mencanak-canak hits naik.Hey,dah memang minat pembaca,terpulangla kepada mereka kan?Contoh terdekat aku sendiri,bila je aku buat entry pasal ni : Artis Popular Minta Tandatangan Dariku, entry ini menerima antara hits tertinggi sepanjang aku berblog ketika itu.

Siti Nurhaliza pun terkena dengan Bang Nara

2)Tajuk entry yang menarik,gempak ,dan Kebaboom

-Jika diperhatikan,tajuk entry yang ditulis oleh BeautifulNara,semuanya gempak-gempak,catchy,dan membuatkan tangan gatal-gatal nak menekannya.Antara entry yang kurasakan tajuknya menarik adalah :

Yang selebihnya,kenalah terjah sendiri.Banyak sangat nak sebut,semuanya menarik.Rambang mata dibuatnya aku.Patutla Isteri aku kalau time free jer,sibuk dok usha2 blog BeautifulNara ni.Siap gelak sorang2 lagi.

3)Gambar-gambar yang menarik dan diselitkan dengan ''humour'' .
-Cuba korang tengok gambar ini :

Rasa nak gelak tak?



Atau yang ini?Mendalam maksudnya tu..Hihihi..

Selain tajuk yang menarik,gambar-gambar yang diselitkan cukup menarik dan menghiburkan.Wife aku gelak sakan bila tengok gambar Ketiak Basah Siti Nurhaliza dan Rosyam Nor.Aku pernah tanya Bang Nara ni,gambar-gambar tu ambil kat mana?Dia jawab,kat internet katanya.Aku surf2 internet tak jumpa pula gambar2 seperti di blog dia.Umm,ni rahsia turun-temurun.Mana ble kasikan?Kenalah berguru dengan Bang Nara,manatau nanti dia wasiatkan rahsia itu.Meletup la jawabnya blog anda juga nanti.

4)Gaya penulisannya bersahaja, santai dan mudah diterima
-Gaya penulisan Bang Nara betul-betul cool.Gaya bahasa nya mudah difahami semua orang dan dengan caranya yang tersendiri.Almaklumlah,pernah belajar di Korea.Cerita Winter Sonata tu pun dah berpuluh-puluh kali Bang Nara khatam.No wonder,ayat-ayat yang ditulisnya menyentuh kalbu dan menusuk jiwa.Ewahh,dulu Bang Nara kan Mat Romeo orangnya,ramai awek Korea sangkut dia buat dekje.Siap nangis2-nangis pun ada.


Bersama BeautifulNara di Samsung Corby Carnival

5.In Person, BeautifulNara memang Cool,peramah, dan mudah melayan kerenah orang lain
-Sebelum saya mengomen,dengarkahlah komen dari salah seorang pembaca di blog saya ini :


Komen daripada pengomen/pembaca

Haah,Bang Nara ni memang peramah dan langsung tak kisah dengan title dia ''Top Blogger''.Dia treat semua orang sama rata dan mudah melayan kerenah blogger nak bergambar,berbual or etc.First time jumpa dia masa event Mr. Potato.Pastu jumpa lagi di Friso Gold ,Astro B-yond,Digi Pimp My Day Challenge,dan terakhir di Samsung Corby Carnival.

Memang Bang Nara tidak menghampakan,senyumannya asyik menguntung memanjang.Syabaslah Bang Nara, no wonder dia menjadi 'Top Blogger' di Malaysia ini.Attitude,experience,knowledge and popularity go hand in hand.Saling melengkapi satu sama lain.

6.Tips-tips yang diberikan memang mengancam
-Walaupun popular,Bang Nara ni tidak kedekut ilmu dan lokek untuk
berkongsi.Yang mana dia boleh kongsi,dia akan kongsi-kongsikan.Antara tips2 menarik daripada Bang Nara adalah :

i)tulis apa saja yg korang rasa nak tulis, luahkan, jgn peduli apa yg org cakap(DONE).
ii)Jgn tulis macam surat khabar ke, utusan Malaysia, JANGAN. itu xbest. xnak skema2 ni. (DONE)

iii)Break urself, means u have to be unique. Macam Bang Nara, all his readers will find him to search for the latest gossip. (tengah mencuba,Segmen terjah ni pun Inspirasi daripada tips Bang nara)
iv)Kalau u nak famous cara dia seeeeenang je, u hentam org yg famous2. (Haha,akan kuterjah dan hentam bloggers2 famous selepas ini)

Selebihnya,boleh tgk entry ini daripada Ween (ayat tips ni pun kuambil disana),dia menang tempat kedua Pertandingan blogging Project Alpha tahun lepas :

7)Ada Iklan yang ehem2 dan agak mengujakan mata memandang


Apa pendapat anda?
Fuhh,macam2 iklan.Darilah untuk di atas ranjang sehinggalah memikat wanita idaman dan buat duit dengan blog.yang tu saya pun blom sempat nak terjah lagi,lagipun masih yakin dengan kemampuan diri sendiri.Hehehehe....

Namun,kalau anda berminat,terjahla,manatau dapat membantu dan memperbaiki diri.Sebenarnya,Bang Nara ni popular sgt,tu ramai advertiser yg berebut-rebut nak iklan kan di situ.Bang Nara,advertiser utk jual Blackberry half price takdeke?Beg2 LV mak datin yang nak dilelongkan xde ke?Kalau nak advertise di blog Bang Nara,tak dapat diskaun ke?Hehehe...

Tamat sudah edisi terjah kali ini.Tak sabar juga ku menanti penangan aura BeautifulNara ini.Kalau terjahan di Hanis Zalikha mampu mencecah 760 uniques,agak-agak yang ni cecah 1 ribu tak?Hehehe,tunggu..Nanti saya publishkan jawapannya.

P/s :Inilah pesanan daripada Bang Nara



P/s/s:Lepas ni nak terjah siapa pula ya?Redmummy, Kennysia, Sepet,atau ThePrincessRedbloodSnow ?Itu 4 nama yang bermain-main di fikiran.Any suggestion?
Related Posts with Thumbnails