Showing posts with label astro byond. Show all posts
Showing posts with label astro byond. Show all posts

June 6, 2010

BeautifulNara Hampir Kena R**** di Astro B.yond PVR Roadshow

BeautifulNara cuba mempertahankan Maruahnya dari Kena *****
Apakah Yang Telah Terjadi? Adakah Mereka Berjaya ?

Hik3, sebenarnya ini sedikit sedutan Event Astro B.yond PVR Roadshow . Bolehla refer entry Jom Ke Midvalley Hari Ini Sokong Redmummy for Astro #byondpvr . Jom layan sedikit aksi BangNara (sedikit je coz line Internet still lembab ni)

Meraih Undi ( Ble bertanding Parlimen Hulu Selangor Ni!!)

Hik3, suka baca Manifesto BeautifulNara " Saya tak Hensem tapi Baik Hati, Votelah Saya". Betul-betul, inilah antara popular bloggers yang baik hati dan berjiwa blogger sejati .Hik3...Saya pun tergoda, jadi sayapun :

Adakah Undi Bang Nara? Teruja juga ni!!

Vote 4 Change, Vote me!! You Can Make A Difference? Wah, apa Difference bro? Apa yang change? Hak3, anda telah mengubah gaya blogging dan menjadi motivasi bagi saya.Thanks bro.... Namun, saje je kasi dia gembira sat, my vote 4 event ni goes to :


Tengoklah betapa sedihnya Bang Nara bila one of peminat setia dia sokong Redmummy. Boleh terjah entry ini juga : LIVE BLOGGING DARI CITRUSPLUS - TAHNIAH REDMUMMY!!!  dan tengok apa BeautifulNara sound kat saya :

beautifulnara said...



aku kalah sebab eyriqazz berpaling tadah di saat2 akhir. hahaha
 
Hak3, di saat-saat akhir bro? Tuhla, serba salah sebenarnya. Tapi as Redmummy approach saya dulu, saya votelah Kak Red dari awal bukan di saat-saat akhir bro... Takpe bro, eden masih setia ngan BeautifulNara dan Redmummy. Hik3...Gaya pujuk BeautifulNara yang tengah teresak-esak di bilik tidurnya mengenangkan detik kekalahan yang tidak disangka-sangka. Hik3, gurau lagi.
 
Akhirnya, sokongan saya berhasil dan Redmummy Won!!
 
Later on saya updatekan pasal event ni ya? Internet slow bangat, nak join Contest Mr. Potato pun tak sempat, adushh,kecewanya dahla dah byk gambar diambil untuk Contest Mr Potato Rice Crisps ni.
 
Oh ya, harini juga hari bertuah BeatifulNara. Good Luck Bro, semoga semuanya berjalan lancar. Pasal apa? Yangtu kenalah tanya yang tuan badan, kan saya bocorkan rahsia lagi, mengamuk dan taknak kawan ngan saya pulak nanti.
 
P/s : Masih teringat-ingat lompatan maut BeautifulNara mengejarkan si Ehem-Ehem.... Mantap!!! Ble ajarkan saya tak bro?
 
P/s/s : Agak-agak, selepas peristiwa itu, adakah BeautifulNara masih teruna?Hik3,tepuk dada, tanyalah BeautifulNara.

February 24, 2010

Tuah Ayam Nampak di Kaki

Tuah Ayam Nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu.Tentu korang selalu dengar pasal pepatah ni kan?Namun, tidak semua tuah ayam itu nampak di kaki, ada juga tuah ayam nampak di :


Kecantikannya seperti Ayam Serama Ini

Teruja betul aku, sebenarnya aku nak kongsi pengalaman yang berlaku ke atasku pada petang 23/2/10, lebih kurang pukul 330 petang. Aku menerima panggilan yang tidak disangka.Beginilah lebih kurang perbualannya :

X :Encik, hutang kredit kad sudah 10 bulan due , bila mahu bayar?
Saya : Hutang kredit kad?Ehh,saya selalu bayar laa.
X : Aiyoo, macam mana ble cakap dah bayar, saya check ini system sudah lama tak bayar.Encik mahu saya panggil itu Samseng datang rumah Encik collect duit ke?
Saya : Ussh,Samseng, ni dah lebih ni?Anyway,ni siapa ni?
X :Sayalah Fafau....
Saya :Fafau?
X : Fafau @ Farah Fauzana dari Hot fm. Anda telah terkena panggilan Hangit...
Saya :Grrr...siapa punya kije la ni!!

Hik3,adushh siapa yang kasi hangitkan aku ni?Hik3,jawapannya, Aku yang hangitkan korang.Perbualan sebenar camni la  :

X :Hello, boleh bercakap dengan Encik X?
Saya :Saya bercakap.
X :Tahniah.anda baruje memenangi hadiah.....Jangan lupa collect hadiah di xx...ya?
Saya :Betulke ni?
X :Betul la,nanti kitorang e-mailkan detailnya.
Saya :Ok,thanks ya (teruja dan hampir menitiskan air mata)

Fuhh,teruja betul.Nanti punya nanti, akhirnya e-mail yang kutunggu itu tiba.Malas nak edit, aku pastekan saje di sini :

Dear Nuffnanger,

Congratulations! You're one of the winners of the Astro B.yond Bloggers Night post-event blogging contest! You'll be walking away with a Astro B.yond Box set, a subscription to Astro B.yond HD channels for 2010 and a 32” LG HD TV.

As per our phone conversation earlier, please be at the Astro office at the date, time and venue below to collect your prize, and also take a tour of the Astro office:

Date: 1 March 2010
Time: 10.30 a.m.
Venue:
MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd
All Asia Broadcast Centre,
Technology Park Malaysia,
Lebuhraya Puchong - Sg. Besi, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur

Once again, congratulations and see you on Monday! :)

Cheers,

Teoh Xinxian
Blogger Relations Executive

Yey,macam tak percaya je.Aku menang?Aku menang??Tak sangka entry ku ini : Astro B.yond Bloggers Night telah melayakkan aku memenangi hadiah utama berupa Astro B.yond Box set, a subscription to Astro B.yond HD channels for 2010 and a 32” LG HD TV. Fuhh, mahu-mahu lebih RM2 ribu hadiah ni dan selamat tak payah bayar bil Astro tahun ni.Rezeki-rezeki.

Oh LG HD TV, tidak sabar untuk ku memiliki mu

Fuhh, kesetiaanku berbalas juga. Tak sangka aku memenangi hadiah ini. Selepas Samsung Corby wife ku hilang dan dicilok di Isetan, rezeki ini pula yang datang. Di sebalik dugaan, ada hikmah di sebaliknya. Terimakasih Nuffnang dan Astro, dan apa yang ingin ku katakan, I Love Nuffnang 

P/s : Gembiranya dalam hati. InsyaAllah, bulan depan aku buat Contest lagi. As i told earlier , the more u give, the more u will get. Apa pula pandangan anda?

P/s/s : Kena ambil cuti half day la Isnin ni, daydeck, boleh tunjukkan jalan ke sana tak? Betul kata pepatah itu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.Jadi, teruskan usaha dan jangan mudah putus asa. Rezeki ada dimana-mana saja.Usaha tangga kejayaan.
Related Posts with Thumbnails