Showing posts with label winner. Show all posts
Showing posts with label winner. Show all posts

August 7, 2010

I Won IPAD 32GB Wifi | Annual Dinner 2010

Minggu lepas, Companyku ada menganjurkan Annual Dinner. Saya dan Isteri tidak melepaskan peluang untuk ke majlis ini.

Saya dan Isteri | Ada Gaya YB tak saya berbaju batik? Bukan Yang berhormat, Yang Berblog...Hik3...
Kumpulan Panca Sitara mana la ni .
Isteri dan rakan-rakan Ofisku
Kami memilih Chinese Food. Sedap juga Udang ni.
Persembahan Anuar Zain tidak mengecewakan

Dipendekkan cerita, tibalah ke acara yang dinanti-nanti, iaitu lucky draw. Ada 100 Hadiah Lucky draw dan 5 hadiah utama. Akhirnya tiba di top 2, hadiah tempat kedua menarik juga iaitu Iphone 3gS 16GB. Berdebar-debar time tu,please,please be mine. namun hampa :

Iphone bukan milikku.

Rasa kecewa, dah mahu pulang. Ahh, hadiah No. 1 tentu bukan menjadi milikku tapi menanti dengan sabar. Dup,dap,dup dap..berdegup kencang jantung ini. Adakah tuah dan Luck Lucky Draw Memenangi LG Fresh Cookie Phone Touch Screen akan berterusan? .Akhirnya selepas dikocak-kocak nombor itu, dia mengumumkan, pemenangnya jatuh kepada Staff Bernombor XXX dan nama............Ehh, cam kenal no. itu, Yess...itu nombor dan nama Eyriqazz yang dipanggil danmenang cabutan bertuah no. 1. Yuhhuu,terlompat-lompat kegembiraan macam tidak percaya saja :

IPAD 32 GB Menjadi Milikku

Oh, tak dapat dibayangkan perasaan gembira ketika itu. Kemenangan berganda rasanya.Sebelum ini Annual dinner, tak pernah menang apa-apa walaupun sebatang pen. Ohh, suka hati ku. Bolehla beronggeng bersama IPAD pula. Keterujaan sampaikan disimpankan dulu rahsia ini dan entry ini untuk berkongsi kegembiraan itu. Yippie, Come to Papa , IPAD ku.

Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Anda pun bertuah juga kerana :

INI ADALAH ENTRY HANGIT!!!!!!

Jangan marah ya,sekadar bergurau di hari minggu. Minggu depan dah Masuk ramadhan kan? Hik3, eyriqazz tak menang IPAD, hanya membawa pulang doorgift :

Digital MP3 buatan China/Thailand  kot...

Hik3, takde chop sirim lagi. Eyriqazz tak pakai mana MP3 ni. Wifepun dah ada mp3. terasa macam mahu buat contest je kasi hadiah ni, oktak?

P/s : Selitkan hidup ini dengan senyuman . Life Ain't dat Serious rite? 

P/s/s : Terimakasih buat Semua di atas Link untuk entry-entry ini :

Ini Blog Shahir, Bukan Shahir AF8 (Rajin retweet entry saya)

My Favourite For Today : Ehem,ehem, kalau bawah 18 tahun jangan cuba KLIK YA

P/s/s/s : Anyone yang ada buat entry dah linkkan blog saya, jangan malu-malu informla ya? Kadang-kadang saya tak perasan, mungkin saya akan cuba membalas backlink itu, sooner or later . 

P/s 4 : Doa2kan saya menang Digital Camera Sony TX5 'Sony Water Moments' di Sunway Lagoon hari ini anjuran Nuffnang dan Sony. InsyaAllah, kalau menang, ada hadiah yang menanti untuk pembaca blog ini juga.

April 2, 2010

Pemenang Contest Terjah Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka

Salam dari Eyriqazz. Minta maaf atas kelewatan mengumumkan pemenang Contest Terjah Eyriqazz atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Salah satu sebabnya, semua entry best-best belaka dan agak susah untuk memilih pemenangnya. Jadi, tanpa membuang masa, inilah pemenang yang eyriqazz rasakan terbaik :


Pemenang Pertama - UnlistedOne

Hadiahnya : Wang tunai RM50 + Voucher KFC/Pizza Hut bernilai RM10 + Blog anda akan diterjah Eyriqazz

Pemenang Kedua - Sakiralicious

Hadiahnya : Wang tunai RM30 + Voucher KFC/Pizza Hut bernilai RM10 + Blog anda akan diterjah Eyriqazz

Pemenang Ketiga - Bella 

Hadiahnya : Wang Tunai RM20 + blog anda akan diterjah Eyriqazz

Dan, Inilah kejutannya seperti yang dijanjikan sebelum ini :

Hadiah ditambah untuk tempat Ke 4 Hingga Ke 7 iaitu RM10 ataupun top up RM10 (terpulang kepada pilihan pemenang). Dan inilah pemenangnya :

Tempat Ke 4 - Asphaq

Tempat ke 5 - Fathiha Zainal

Tempat ke 6 - Kancilbiru

Tempat ke 7 - Kyuubi_85

Kejutan kedua, untuk finalist ke 8 hingga ke 11, satu entry khas (4 orang terus dalam satu entry saya) dan saya akan dedicatekan pantun dan Acah-acah untuk anda di sana :

Inilah Dia : Tifa, Aus, Billet dan Ween

Oh ya, pemenang Hadiah Saguhati  - Blog anda akan diterjah Eyriqazz (3 hadiah saguhati ataupun lebih bergantung kepada penyertaan, 3 tersebut adalah untuk entry/penyertaan 1@7 (kalau menang hadiah utama,tak dptla hadiah saguhati), cabutan undi melalui http://random.org , dan pilihan penyertaan ke-x daripada Isteri) akan diumumkan kemudian. Tidak sempat mengundi lagi.

Terima kasih kepada peserta yang lain juga, maaf tak sempat nak link kan blog anda di sini. Jangan risau, more Contest to come in the future. Jangan lupa join ya?

Pemenang Contest diumumkan di Hari Jumaat yang mulia ini
Terima Kasih buat semua yang menyertai
Kalah dan Menang dan resam Contest sebegini
Di Lain kali, jangan lupa cuba lagi


P/s : Sedih , Hadiah pertama actually nak tambah satu lagi hadiah iaitu voucher MOS(Ministry of Sound) di Sunway Pyramid bernilai RM100 namun voucher tu MIA (Missing in Action).Jadi,kalau jumpa voucher tu,eyriqazz akan update kembali.Voucher itu tidak dijumpai.Jika tidak boleh kasi kepada pemenang tempat pertama.

P/s/s: Kepada pemenang sila hubungi saya dan tinggalkan detail di komen saya (jangan risau, tidak akan dipublishkan) seperti no. Akaun, Alamat Rumah (tempat pertama dan kedua) dan juga pilihan samada cash ataupun top up untuk pemenang tempat ke 4-7.

P/s/s/s : Apa Contest seterusnya ya? Apa pandangan anda?Contest Apa yang Eyriqazz patut buat? Ala, apa salahnya duit Income berblog di kongsi-kongsi kan?

March 3, 2010

First Time Menang Hadiah Utama Bersama Astro B.yond

Salam. Entry ini adalah sambungan entry Astro B.yond dan 32" LG HDTV .Semalam tak sempat nak updatekan detailnya kerana terlalu penat dan kegembiraan yang mengujakan membuatkan aku tertidur awal.

Pejabat Astro

Punyalah teruja, sepatutnya jumpa dengan wakil Astro pukul 2 petang.Namun, kerana tak pernah pergi Bukit Jalil, aku gerak awal dalam pukul 1230 tengah hari.Pukul 115 dah sampai sana.Mula-mula guard tu taknak kasi masuk, nasib baikla bila dia telefon balik Azaria Lo, kami dibenarkan masuk.

Lebih kurang pukul 2 petang, Azaria Lo pun sampai.Saya bersama Robb Chew serta pemenang seorang lagi dibawa "Tour Pejabat Astro'.Inilah lebih kurang tempat yang kami lawati:

1) Bilik kebal Astro @ bilik di mana siaran Astro dikawal.Mengujakan bila tengok banyak-banyak tv besar berada di sana.Ingin ambil gambar tetapi tidak dibenarkan.

2)Set studio e.g. Raja Lawak. Memang besar dan menarik.Namun sayang,datang silap hari,kalau tidak mungkin boleh jumpa artis.Hik3.

3) Bilik Persalinan
4)Satelit Astro
5)Stesen Radio

Mengujakan.Antara stesen Radio yang berada di pejabat Astro adalah Thr Gegar, Radio Era, Lite.fm dan banyak lagi. Selebihnya, korang boleh tanya daydeck kerana dia salah seorang Manager Besar disana.

Selepas pusing-pusing dan ronda-ronda :

Singgah di Cafe Ceria

Memang ceria Cafe ini. Minum dulu sambil menunggu hadiah diambil.Inilah rahsia yang ingin ku kongsikan semasa berada di sana dan berborak-borak dengan Robb Chew.

Robb Chew berkongsi cerita peribadi.Teruja aku mendengarnya.Dia sanggup melepaskan biasiswa Petronas selepas 2 tahun berada di Universiti Teknologi Petronas di Tronoh (ambil course Chemical Engineering) semata-mata mengejar bidang yang lebih dia minati iaitu Mass Communication.Namun, sekarang Robb Chew sudah boleh berbangga,menjadi salah seorang orang kuat Nuffnang.Sebut Robb Chew, mesti semua Nuffnangers kenal kan?Syabas buat Robb Chew.

Surat penerimaan daripada Astro, Inilah lebih kurang surat tersebut(copy dan paste ayatnya):

ASTRO B.yond
Astro B.yond Bloggers Night - Post Coverage Blog Entry Winner

Dear Eyriqazz (bukan nama sebenar),

The future entertainment awaits you!

Thank you for being with us at the Astro B.yond Bloggers Night! We read that you have blast during that night so CONGRATULATIONS!You're the winner of the Astro B.yond Bloggers Night - Post Coverage Blog Entry Contest! Your blogpost on http://eyriqazz.blogspot.com/2010/01/astro-byond-bloggers-night.html has certainly helped build interest among the blogging community and Astro B.yond to life!

Your prize consists of the following :


  • Astro B.yond box

  • Astro B. yond outdoor unit (dish)

  • New smart card

  • New remote control

  • HDMI cable

  • Standard installation (surface wiring)

  • Access to the best HD channels corresponding to your current package subscription, until end of December 2010

  • 32" LG High-Definition TV
Teruja, akhirnya hadiah yang kunanti-nantikan tiba :

Bersama Isteri dan LG HDTV yang bernilai RM1,700+

Punyalah teruja sampaikan sekarangpun belum test tv ini lagi. Mungkin besok kot,lagipun almari tv ku muat-muat je nak letakkan tv ni dan risau kot-kot anakku tertarik TV tu.Sayang tu. Lepas ni bolehlah aku menyaksikan pengalaman Astro B.yond yang mengujakan.Setakat ni subscribe ke Sport saja namun mungkin akan ditambah lepas ni.Jadi, ada masa bolehlah ajak rakan-rakan bloggers sekali menyaksikannya.Hik3, perkara yang baik elok-elokla dikongsi kan?

Akhir kata, terimakasih buat Astro dan juga Nuffnang. Inilah yang buat aku lebih setia dan sayang dengan Nuffnang walaupun Buffered Earningku makin kurang je bulan ni.Takpelah, duit bukan faktor utama.Susah senang kenalah harungi bersama-samakan?Barulah setia namanya. Lagipun, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Gambar Gathering Bloggers ini telahpun kuberikan kepada Robb Chew untuk diletakkan di Nuffnang Footprint

P/s :Ingin juga rasanya berkongsi Tips untuk memenangi Blogging Contest cuma rasanya aku belum layak je lagi untuk berkongsikannya.Yerlah,nanti ada pula 'otai-otai' yang kata aku berlagak pandai etc.Cam takut la pula nak bercerita pasal tips bila baca entry INI . Kadang-kadang apa yang ingin dikongsikan disalah ertikan.Walaupun aku belum pernah menerima komen seperti yang dikatakan oleh saudara Bean Moreno, namun terasa la juga kerana saya pun Newbie juga.

P/s : Apa pula pandangan anda? Namun, saya tidak akan berputus asa.Saya akan buat apa yang saya rasakan betul namun teguran/kritikan saya tetap terima . Suka atau tidak , pilihan di tangan pembaca untuk menilainya. Pandai atau tidak, bukan kita yang menentukannya.Newbie atau Otai, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan nya kan?Apa salahnya kalau saling bantu-membantu?

March 2, 2010

Astro B.yond dan 32" LG HDTV

Gambar dulu. Akan updatekan detailsnya later bila berkesempatan.Very tiredd today...But I am  so happy today. Kepenatan berbaloi.

32'' LG HDTV untuk di bawa pulang
Pejabat Astro, Bukit Jalil
Bersama Robb Chew, dan seorang lagi pemenang

Pemenang bersama Wakil Astro ( Azaria Loh )
Satelit oh Satelit
Bilik Persalinan
Tahniah Buatku

P/s :Mungkin besok saya updatekan detail pasal pengalaman mengujakan ini.So tired sampai komen di entry pun tak sempat nak balas.Apatah lagi nak menulis entry (Ada entry lain yang dah disiapkan beberapa hari lepas namun lebih teruja nak publish yg ni dulu ). Apapun, terimakasih buat semua.Andalah Inspirasi saya untuk saya lebih berjaya.I Love All of you, Pembaca.

P/s/s : Ada rahsia yang ingin dikongsi sama.Siapa yang nak tahu rahsia itu?

February 24, 2010

Tuah Ayam Nampak di Kaki

Tuah Ayam Nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu.Tentu korang selalu dengar pasal pepatah ni kan?Namun, tidak semua tuah ayam itu nampak di kaki, ada juga tuah ayam nampak di :


Kecantikannya seperti Ayam Serama Ini

Teruja betul aku, sebenarnya aku nak kongsi pengalaman yang berlaku ke atasku pada petang 23/2/10, lebih kurang pukul 330 petang. Aku menerima panggilan yang tidak disangka.Beginilah lebih kurang perbualannya :

X :Encik, hutang kredit kad sudah 10 bulan due , bila mahu bayar?
Saya : Hutang kredit kad?Ehh,saya selalu bayar laa.
X : Aiyoo, macam mana ble cakap dah bayar, saya check ini system sudah lama tak bayar.Encik mahu saya panggil itu Samseng datang rumah Encik collect duit ke?
Saya : Ussh,Samseng, ni dah lebih ni?Anyway,ni siapa ni?
X :Sayalah Fafau....
Saya :Fafau?
X : Fafau @ Farah Fauzana dari Hot fm. Anda telah terkena panggilan Hangit...
Saya :Grrr...siapa punya kije la ni!!

Hik3,adushh siapa yang kasi hangitkan aku ni?Hik3,jawapannya, Aku yang hangitkan korang.Perbualan sebenar camni la  :

X :Hello, boleh bercakap dengan Encik X?
Saya :Saya bercakap.
X :Tahniah.anda baruje memenangi hadiah.....Jangan lupa collect hadiah di xx...ya?
Saya :Betulke ni?
X :Betul la,nanti kitorang e-mailkan detailnya.
Saya :Ok,thanks ya (teruja dan hampir menitiskan air mata)

Fuhh,teruja betul.Nanti punya nanti, akhirnya e-mail yang kutunggu itu tiba.Malas nak edit, aku pastekan saje di sini :

Dear Nuffnanger,

Congratulations! You're one of the winners of the Astro B.yond Bloggers Night post-event blogging contest! You'll be walking away with a Astro B.yond Box set, a subscription to Astro B.yond HD channels for 2010 and a 32” LG HD TV.

As per our phone conversation earlier, please be at the Astro office at the date, time and venue below to collect your prize, and also take a tour of the Astro office:

Date: 1 March 2010
Time: 10.30 a.m.
Venue:
MEASAT Broadcast Network Systems Sdn Bhd
All Asia Broadcast Centre,
Technology Park Malaysia,
Lebuhraya Puchong - Sg. Besi, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur

Once again, congratulations and see you on Monday! :)

Cheers,

Teoh Xinxian
Blogger Relations Executive

Yey,macam tak percaya je.Aku menang?Aku menang??Tak sangka entry ku ini : Astro B.yond Bloggers Night telah melayakkan aku memenangi hadiah utama berupa Astro B.yond Box set, a subscription to Astro B.yond HD channels for 2010 and a 32” LG HD TV. Fuhh, mahu-mahu lebih RM2 ribu hadiah ni dan selamat tak payah bayar bil Astro tahun ni.Rezeki-rezeki.

Oh LG HD TV, tidak sabar untuk ku memiliki mu

Fuhh, kesetiaanku berbalas juga. Tak sangka aku memenangi hadiah ini. Selepas Samsung Corby wife ku hilang dan dicilok di Isetan, rezeki ini pula yang datang. Di sebalik dugaan, ada hikmah di sebaliknya. Terimakasih Nuffnang dan Astro, dan apa yang ingin ku katakan, I Love Nuffnang 

P/s : Gembiranya dalam hati. InsyaAllah, bulan depan aku buat Contest lagi. As i told earlier , the more u give, the more u will get. Apa pula pandangan anda?

P/s/s : Kena ambil cuti half day la Isnin ni, daydeck, boleh tunjukkan jalan ke sana tak? Betul kata pepatah itu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.Jadi, teruskan usaha dan jangan mudah putus asa. Rezeki ada dimana-mana saja.Usaha tangga kejayaan.

February 21, 2010

Pemenang Contest RM10 Eyriqazz

Contest RM10 Eyriqazz telahpun berakhir semalam. Jadi, kalini eyriqazz ingin mengumumkan :

Pemenang Contest Ini

Oh ya, tiada siapa yang berjaya meneka dengan tepat. Jadi, Eyriqazz akan memilih pemenang yang menjawab hampir tepat/paling pantas. Tanpa membuang masa, eyriqazz ingin mengumumkan pemenangnya jatuh kepada :

1) JAI dan inilah jawapannya :

EYRIQAZZ - Adakah ia spesis makhluk asing yang mendarat dari planet pluto..ahaks..ahaks..ahaks..agak susah nak memberi jawapan kenapa nama EYRIQAZZ menjadi pilihan. Nak kata gabungan suami isteri takdelah kut..uihhhh...susah nak pasti tuuhhh...

2)Cik Lily Putih dan inilah jawapannya :

gabungan nama maybe tapi bukan nama you & yr wife kan.

Jawapan sebenarnya biarlah rahsia dulu namun yang pasti ianya bukan nama saya ,watak cerita Jepun, Takashi Sorimachi dan gabungan saya+ isteri.

Oh ya, pemenang akan saya hubungi tak lama lagi dan pilihan hadiah yang anda inginkan. Tak lupa juga, anda akan diterjah juga. Terjah tetap terjah.

Tahniah kepada pemenang, kepada yang tidak menang cuba lagi di lain kali. Oh ya, contest satu lagi pun bakal berakhir, iaitu Contest Terjah Eyriqazz@GTO . Hadiahnya lebih lumayan dan bakal berakhir 28 February 2010 ini. Jadi, apa tunggu lagi?Cepat-cepatlah join dan ada kejutan yang bakal berlaku.Tunggu...

P/s : Agak-agak Contest apa yang perlu aku buat next time ye?Any suggestion?
Related Posts with Thumbnails